Khamis, 15 November 2012

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU DARI KERAJAAN SELANGOR






 Perutusan Dato’ Menteri Besar Selangor,

YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, 
Sempena Sambutan Maal Hijrah 1434


Bismillahhirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahitaala wabarakatuh.


Syukur Alhamdulillah,  Allah Subhanahuwataala masih memberi peluang dan ruang kepada kita  di negeri Selangor Darul Ehsan khususnya, agar terus menikmati kemakmuran dan keharmonian hidup hingga ke tahun  baharu 1434 Hijrah.

 Hijrah mendukung tiga pengertian penting, iaitu meninggalkan negeri asal yang diperintah oleh golongan kafir; menjauhkan diri daripada dosa, dan permulaan tarikh Islam. 

Maal hijrah, yang diadakan sempena tibanya 1 Muharam, adalah majlis yang dimeriahkan sempena mengingati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa hijrah Rasulullah Sallallahualaihiwassalam  dan para sahabat baginda. Rasululllah bersama rombongan, yang selepas menerima wahyu daripada Allah Subhanahuwataala, melakukan hijrah dari Mekah ke Madinah, pada sekitar tahun Masihi 622. Tarikh itu juga diterima sebagai kiraan bagi kalendar Hijrah atau takwim Islam.  
 
 Firman Allah Subhanahuwataala dalam surah An-Nisa',  ayat 100, yang bermaksud: "Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya dia  dapati di bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur: dan sesiapa yang keluar dari rumahnya untuk berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian dia mati sesungguhnya sudah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

 Setelah lebih seribu empat ratus tahun berlalu, kita perlu sedar  betapa kejayaan hijrah Nabi Muhammad Sallallahualaihiwassalam itu kini menjadi jambatan tertegaknya Daulah Islamiah kerana hijrah tersebut dipandu dan didukung oleh keimanan dan ketakwaan yang jitu.  Kejayaan hijrah itu juga turut mengubah lanskap akidah, ibadah, akhlak dan gaya hidup ummah ketika itu.

 
Bagi negeri Selangor, yang penduduknya kini lebih 5.4 juta orang dan nisbah kelompok Islam hampir-hampir seimbang dengan peratusan kelompok bukan Islam, maka saya sebagai Dato’ Menteri Besar, yang turut membantu Duli Yang Maha Mulia Sultan berhubung dengan ehwal Islam di negeri ini, amat berharap agar semua pihak berusaha mengekalkan perpaduan dan keharmonian antara kaum, misalnya dengan tidak cuba menghina atau mempersenda apa-apa sahaja amalan keagamaan kaum-kaum lain.

  Usaha kita ini sebenarnya bagi mematuhi firman Allah dalam surah  al-An’am, ayat  108, yang bermaksud; “Janganlah kamu memaki patung atau berhala yang mereka sembah selain Allah kerana mereka nanti bertindak memaki Allah dengan melampaui batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah, Kami (Allah) jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Allah tempat kembali mereka, lalu Allah  memberitahu mereka perkara-perkara yang mereka lakukan (semasa di dunia).”

  Berhubung dengan sambutan Maal Hijrah 1434, sebagaimana lazimnya, pelbagai usaha dan cara dilakukan oleh umat Islam untuk menyambut kedatangan tahun baharu ini. Perkara yang ditekankan di sini, bahawa dalam apa pun cara menjalani kehidupan di dunia ini, termasuk menyambut pelbagai perayaan keagamaan, kita semua  harus berhemat atau tidak boros dalam hal berbelanja baik terhadap harta atau kepunyaan diri. Sangat ditegah oleh Allah jika kita sewenang-wenangnya menyalahgunakan harta milik orang lain apatah lagi menyalahgunakan kuasa lantas menggunakan harta milik negara bagi faedah diri dan keluarga atau kroni.
 
 Justeru itu, marilah kita membetulkan kesilapan dan dosa yang dilakukan pada tahun Hijrah 1433 lalu, misalnya kita sering sibuk kerana mengejar kesenangan dunia sehinggakan  sering meninggalkan sembahyang, tidak membaca al-Quran  dan sering berkata-kata dusta. Sebaliknya, bermula 1 Muharam Tahun Hijrah 1434 ini, marilah bersama kita berusaha untuk meningkatkan keimanan, atau menghijrahkan diri ke arah kebaikan, selaras dengan tema Maal Hijrah tahun ini, iaitu” “Wasatiyah Tunggak Kesatuan Ummah”.

Akhir kata, semoga usaha kita yang murni ini sentiasa diredai Allah Subhanahuwataala dan kita semua mendapat keberkatan.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434.

Wassalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam TT, sempena kedatangan tahun Baru Hijrah 1434 ini, marilah kita sama-sama rakyat Malaysia menyimpan iltizam untuk menghumban gerombolan penyamun tarbus kedalam tong taik, agar rakyat dapat merasai erti sebenarnya Hijrah. Buang yang Najis ambil yang Bersih! Kah..Kah..Kah..

Tanpa Nama berkata...

hahaha..Perutusan daripada TT x ada ke? x kan masa Raya Aidilfitri je TT sudi utk berutus2 ni? hahaha

Tanpa Nama berkata...

kuat boros dalam teks ucapan adalah kak ros janda gemok macam babi....
kah...kah....kah...

didi kota belud berkata...

BIAR KERING KERINGAT..JANGAT KERING SEMANGAT.......NI SEMUA YANG KOMEN NI DAH DAFTAR MENGUNDI LUM........?

Tanpa Nama berkata...

saya tak mahu daftar.. kerana sistemnya tak telus..