Jumaat, 10 Julai 2020

MELAYU TAK SOKONG ANWAR KERANA ADA DUA L



MELAYU 

TAK SOKONG

ANWAR IBRAHIM

KERANA DUA L


Melayu anggap Anwar liberal  dan ada isu moral 

PAKATAN Harapan (PH) hanya ada peluang tipis untuk berkuasa sekiranya Anwar Ibrahim diletakkan sebagai calon perdana menteri, berikutan imej liberalnya yang menyukarkan beliau mendapat sokongan Melayu, kata penganalisis.

Menurut mereka, presiden PKR itu tidak mendapat sokongan masyarakat Melayu kerana musuh politiknya menggunakan isu moral dan imej pro-Barat terhadapnya.

Penganalisis politik Dr Mazlan Ali memberitahu The Malaysian Insight, sekiranya Anwar mendapat sokongan, sudah pasti beliau telah lama mendapat kuasa.

“Saya tidak rasa Anwar ada sokongan untuk menjadi perdana menteri,” kata Mazlan.

Mazlan berkata, imej liberal dan sekular Anwar telah merosakkan peluangnya untuk mendapat sokongan daripada masyarakat Melayu dan Dr Mahathir Mohamad juga turut menyatakan perkara yang sama.

“Label itu akan memberi kesan terhadapnya. Hanya parti bandar seperti DAP dan Amanah, akan menyokongnya. Itu sebabnya beliau tidak mendapat sokongan pro-Melayu dan Islamis,” katanya.

Bertentangan dengan kepercayaan popular bahawa Anwar seorang yang rasional dan bertoleransi, namun lawannya menggunakan DAP untuk menyerangnya, katanya.

Mazlan berkata, itu merupakan salah satu sebab mengapa parti Islam PAS, yang merupakan bekas sekutu dalam Pakatan Rakyat, memilih untuk bekerjasama dengan Umno.

Menurutnya, isu agama dan kaum masih relevan di Malaysia dan itu sebabnya mengapa Umno dan PAS masih mendapat sokongan Melayu.

Bagaimanapun penganalisis politik itu berkata, Anwar perlu pertahankan prinsipnya, mengekalkan pendirian terhadap rasuah dan meneruskan perjuangan untuk isu ekonomi dan hak asasi manusia.

Walaupun sekutunya, DAP dan Amanah memberikan sokongan kepadanya, ia masih tidak cukup untuk beliau menjadi perdana menteri.


DUA L NI APA

L SATU LIBERL

L DUA MORAL

TU PASAL

ANWAR SELALU

KANTOI

AMIN

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

melayu tak sokong Anwar sebab Anwar nak bebas rasuah, mana melayu nak sokong ? kah kah kah kena sokong bossku, baru lah bossku huluq banyak kepada orang melayu, curik rompak kiri kanan jual tanah Melayu bukan kesah, janji dapat duit, duit duit kiblat melayu UMNO, semua main duit, sampai orang kampung pon sanggup jual diri untuk duit, asal money is God, kiblat pon kaleh kah kah

Unknown berkata...

Belum ada bukti Najib salah

Unknown berkata...

Hidup jangan jadi anjing dap

Unknown berkata...

Setuju