Jumaat, 17 Julai 2026

LIBERAL DEMOKRASI GAGAL - ISLAM MUNCUL SEBAGAI PENGGANTI


PENYEBAR

LIBERAL

 DEMOKRASI

TERBUKTI GAGAL

MAKA AGAMAWAN

MUNCUL MENJADI PENGGANTI

KHALAS

Unknown commented on
"TANDA PAS BAKAL
 MEMIMPIN NEGARA"

PAS ini ada kelayakan apa? Jurusan apa ? Sastera dah kena? Dia nak ikut peraturan 1,400 tahun dahulu? Kah kah kah orang-orang muda umur 18 tahun sudah boleh mengundi? Sejarah lama kontrak sosial yang dibuat dahulu sudah tidak relevan lagi? 

Yang menyokong cerita lama hitam putih hanya Mahathir Mohamad berusia 101 tahun dan Hishamuddin Rais sahaja kah kah kah kali ini bagi bungkus semua puak puak tua yang hidup lama dan menghabiskan beras negara kah kah kah kah kah

DAP TUNTUT RCI ?


APA JADI

DENGAN DAP

DULU HEBOH

TUNTUT RCI ?

AMIN

Unknown commented on 
"TANDA PAS BAKAL MEMIMPIN NEGARA"

Heboh-heboh gegak gempita RCI itu ini.
Akhir sekali senyap sunyi apa satu dakwaan satu ekor mafia pun tak kena gari masuk ke lokap.

Kertas siasatan berkeping-keping buang masa orang siasat, menyuarat, audit itu ini akhir sekali senyap sunyi apa satu dakwaan satu ekor mafia pun tak kena gari masuk ke lokap.

Ini Malaysia-lah!
Mana ada satu kes besar yang telus jelas nampak pada mata rakyat yang malaon semua boleh jadi ada datuk seri tan sri kena gari masuk lokap.

ada 2ekor saja anak razak dan anak samad. itu pun ramai orang gila nak minta dia dibebas lepas di tanya kenapa duit berjuta masuk ke akaun dia, dia jawab tak tahu.

Malaysia boleh!

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

JUMAAT 18  JULAI  2026

PERANG  DITERUSKAN

SERANG MENYERANG HARI KE 7


AMERIKA BOM JAMBATAN DI BANDAR ABBAS -  perang makin merebak.

MINYAK SIMPANAN AMERIKA MAKIN SUSUT – MAT TERAM DALAM TEKANAN.

Iran dah lama tutup Selat Hormuz. Satu perkara  BARU  timbul – APA DIA?

BAB AL MANDAP di LAUT MERAH AKAN DI TUTUP JUGA – jeng jeng jeng.

Dunia wajib bersedia. Kita wajib bersedia. 

HARGA BRENT CRUDE dah naik hampir 90 dolar satu tong – jeng jeng jeng -  Houthi di Yaman akan bergerak bila  sampai masanya – ini kata -kata diplomatik.

Akhbar THE TELEGRAPH LONDON dah lapor Bab al Mandap dah kena tutup.

SUBSIDI MINYAK
Wow – Menteri kata 40 bilion kita belanja subsidi minyak – ini berat – amat berat -  pasti ada cara lain yang boleh kita usahakan.

KERETA TELAN $40 BILION – berapa banyak rumah boleh di buat untuk warga  dengan 40 bilion RINGGIT? 

Jumlah 40 bilion RINGGIT  boleh batal PTPTN

Jumlah 40 bilion RINGGIT boleh buat hospital tercanggih.

Nampaknya ini KERJA BODOH SUNDISI MINYAK INI SAMA MACAM TERUM SERANG  IRAN – hentikan kerja bodoh ini. Amin
HOKKIEN
Pagi ini basah segar – kemarin hujan lebat. Di Pintu Masuk suara Terkukur gumbira, Dalam belukar Cengkerik bersimponi. Keng Keng melintas.

Langit biru indah – matahari dah bersinar. KL & KL Sentral berkabus.

Dekat Wakaf Pertama  semua muncul – lalu gua beri nasi. Siti tak kelihatan. Puppy Itam muncul. Bila gua bergerak ke Wakaf Ke tiga  ada yang mengekor.

Berjalan pulang – Ibu Muda   dah kenyang – rehat atas  Makam.

Gua dengar Gagak merengget – apa yang di tangisi? 

Depan Wakaf Pertama semua menunggu – bila gua tabur Friskies – Tiong  muncul -  berlabuh  solo.   Gua tabur jauh-jauh – agar jangan bergaduh.

Pagi ini gua gumbira ramai  datang makan tapi Siti tak kelihatan.

Hari ini akan panas – jika petang redup – malam sejuk santai. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI JUMAAT

BRO
Waktu itu  kertas kosong – lu lukis dan tulislah  karya terbaik lu.

BRO
Lu tak dapat ubah masa lalu – tapi lu boleh membangun masa depan lu.

BRO
Kemarin dah berlalu – esok penuh haarapan. Amin.

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT