Sabtu, 18 Julai 2026

HAWIWAN JUGA ADA PERASAAN


JANGAN SEKSA

HAIWAN - DIA

JUGA  ADA

PERASAAN

AMIN

Unknown commented on
 "ZOO DAN KITA"

Kesian binatang dalam zoo Abe TT, daging buah ikan untuk binatang pun manusia sapu, curi daripada binatang, pernah nampak binatang kurus kering kerana perbuatan manusia, kalau bebas sakan dah kena dah kah kah kah semuanya perbuatan orang-orang kita juga tidak berhati perut langsung, binatang dikurung kemudian makanan dia pun bawa balik kah kah kah kah

FAKTA SEJARAH


FAKTA

 SEJARAH

AMIN

Unknown commented on 
"LIBERAL DEMOKRASI GAGAL - ISLAM MUNCUL SEBAGAI PENGGANTI"

Salah seorang tokoh paling penting dan pengasas bersama MCA ialah Tun Omar Ong Yoke Lin, seorang Cina Muslim yang memeluk Islam. Beliau merupakan tokoh besar negara yang terlibat dalam rundingan kemerdekaan.

PAGI INI


PAGI INI



PAGI INI

SABTU 18 JULAI  2026

PERANG  DITERUSKAN

SERANG MENYERANG HARI KE 7


AMERIKA
Mat Teram beri ucapan di TV Amerika. Mat Teram klim China masuk campur Pemilihan Presiden 2020 – Teram kalah – Biden menang.

Semua tahu INI TAKTIK TERAM untuk tolak  PRU TENGAH TAHUN bulan   November ini.

TeraM pasti kalah. Demokrat akan masuk dan kuasai KONGRES – maka akan berjalan PEMECATAN.

TERAM AKAN DI PECAT : KES GILA !

Maka dari sekarang Teram kempen undi tak boleh pakai – TIPU TIPU TIPU – bila Teram kalah bulan November maka TERAM akan   kata TIPU  TIPU TIPU .

PERANG SERANG MENYERANG MASUK HARI KE 7 – Iran serang semua barau Amerika – tapi belum serang Saudi.

Di YAMAN HOUTHI akan tutup Selat Bab Al Mandap – kah kah kah –

HARGA MINYAK DAH NAIK 88 dolar 55 sen satu tong – kah kah kah – kalau perang berterusan dalam 1 minggu minyak BRENT CRUDE MENTAH akan naik 100 dolar satu tong.

MINYAK SIMPANAN AMERIKA MAKIN SUSUT.

Taktik IRAN betul – teruskan perang hingga bulan November – harga minyak naik – Teram kalah di Amerika – bulan Oktober Netanyahu juga akan kalah di Israhell. Amin.

PROJEK PERPADUAN UMMAH BERJALAN LANCAR. Ini dibuktikan dengan pembahagian kerusi.

BERSATU  parti CERET BERET akan kacau  langkah Perpaduan Ummah – Apakah Malikul Sembab akan kerja sama dengan Madafaka?

HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk – matahari dah muncul sinar lemah. Kemarin hujan petang dan hujan malam – lopak air disana sini.

KL & KL Sentral berkabus nipis. Langit  pucat putih – masih belum  membiru.

Pagi ini unggas  gumbira – Murai  berkicau – Terkukur berlagu – suara Pipit di dengar dalam sawah rumput – tapi hanya  satu dua ekor yang terbang yang lain tak kelihatan – Cengkerik gumbira bersimponi – bumi basah.

Ha ha – Pagi ini di Wakaf Pertama – ramai datang makan. Siti dan Puppy Itam ada sama. Ibu Garang pun ada – tapi dah berbudi. Gua beri nasi atas makam.

Dekat Pokok Ara ada lopak air -  bila gua tabur friskies semua datang makan. Sampai ke Wakaf Pertama lagi ramai menunggu.

Gua tabur jauh jauh  di atas jalan – agar tak bergaduh. Tiong Solo datang makan sama – Gua gumbira.

Hari ini gua harap akan panas – jap lagi nak ke Chow Kit. Malam kemarin gua di NSK – Tomato masih mahal 10 ringgit sekilo – Tomato Cheri 15 ringgit sekilo – gua tak beli.  Nak tengok harga di Chow Kit. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SABTU

BRO
Kemarin hanya dalam ingatan lu. Hari ini dalam tangan lu – esok harapan lu.

BRO
Lu jangan peduli masa lalu – lu jalani hidup untuk hari ini.

BRO
Lu jangan masuk penjara masa lalu – lu ketawa bila  ingat masa lalu -Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI