Jumaat, 17 Julai 2009

MARI KITA INGAT MENINGATI SATU SAMA LAIN DAN SEDIA BANTU MEMBANTU




A(H1N1): UITM MELAKA DITUTUP 9 HARI
-mStar

Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah, Melaka ditutup selama sembilan hari berkuat kuasa serta merta berikutan penularan wabak Influenza A (H1N1) di kampus terbabit sejak seminggu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Mohd Ismail Merican berkata, penutupan kampus tersebut adalah disebabkan kejadian kes-kes influenza yang tinggi di kalangan pelajar UiTM serta bagi mengawal penularan virus berkenaan di kalangan para pelajar.


SWINE FLU COULD KILL 65,000 IN UK , WARNS CHIEF MEDICAL OFFICER
– The Guardian London 17hb Julai 2009r

Up to 65,000 people could die from swine flu in the UK in a worst case scenario set out by the chief medical officer as the government launched a national service for patients to obtain antiviral drugs over the internet and telephone.

With 29 deaths now linked to the pandemic and a further 53 patients in intensive care, the cabinet's emergency planning committee, Cobra, is meeting three times a week to prepare for the impact of the rapidly spreading pandemic.

On a day of dramatic revelations, the Department of Health revealed:

• The launch of the National Pandemic Flu Service helpline for England.

• 55,000 new infections last week.

• More than 650 people in hospital.

• Half of the UK's children might fall ill.

• 132 million doses of a vaccine – still in development – have been ordered, enough for two injections for every UK citizen.

The internet service and helpline will initially involve 2,000 people in call centres giving out advice and prescribing antiviral drugs such a Tamiflu and Relenza. The number has not yet been given out, but the helpline should open by the end of next week. It is intended to relieve intense pressure on GPs and hospitals.



TAHAP H1N1 DI MALAYSIA MASIH TERKAWAL


PETALING JAYA: Malaysia belum sampai ke tahap penularan wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) secara meluas dalam komuniti walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan wabak itu tidak mampu dikawal pada peringkat global.

Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai, berkata wabak H1N1 di negara ini masih pada tahap jangkitan tempatan secara berkelompok yang terkawal dan setakat ini tiada penularan dalam komuniti.

Bagaimanapun, katanya negara akan berdepan dengan masalah untuk mengawal wabak jika berlaku jangkitan tempatan dalam komuniti kerana wabak akan menular dengan cepat seperti yang berlaku di Thailand.

"Amat penting masyarakat menyedari tanggungjawab untuk memastikan tidak berlaku penularan wabak dalam komuniti dengan mengambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan, termasuk mematuhi arahan kuaran-tin, memakai topeng dan kalau perlu melaksanakan penjarakkan sosial," katanya selepas merasmikan program 'Liver Update' kelapan di sini, semalam

Sementara itu, bercakap kepada media selepas majlis penyampaian 20 mesin haemodialisis kepada 14 hospital kerajaan di Sepang, Liow berkata, sembilan daripada 10 kes baru H1N1 yang dilaporkan semalam membabitkan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Alor Gajah, Melaka.

Katanya, beliau sudah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan, i Dr Mohd Ismail Merican supaya memberi perhatian serius terhadap keadaan di UiTM itu, bagi memastikan ia tidak menular khususnya di kalangan penduduk setempat.

"Saya kecewa dengan keadaan ini (di UiTM) dan jika keadaan tidak dapat dikawal kita mungkin terpaksa menutup fakulti atau keseluruhan kampus itu untuk mengelakkan penyakit daripada merebak ke luar kampus," katanya.

Sementara itu, Dr Mohd Ismail dalam kenyataannya berkata, jumlah kes terkumpul sehingga semalam ialah 835 kes dengan 562 kes import dan 273 kes jangkitan tempatan.

"Jumlah pesakit H1N1 yang dirawat di hospital ialah 25 orang, pesakit yang menjalani rawatan pesakit di luar rumah (105) dan yang sembuh daripada jangkitan H1N1 ialah 705 orang.

"Justeru, saya memohon kerjasama semua pihak untuk mengawal penularan penyakit ini kerana H1N1 adalah virus baru dan kita tidak mempunyai imuniti kepada jangkitan virus ini," katanya.

Mengenai situasi global, katanya, WHO melaporkan kes terkumpul adalah sebanyak 116,954 kes dengan 557 kematian dari 146 negara iaitu peningkatan 2,263 kes dengan dua lagi negara baru iaitu Marshall Islands dan Tonga.

Beliau berkata, negara yang melaporkan peningkatan kes tertinggi ialah Filipina (959 kes), Australia (561 kes), Jepun (488 kes), Hong Kong (78 kes) dan Korea (55 kes).



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hasrat rastam molako nak jadik mosir kah kah kah
tapi apo nak dikato
londu pulak jadik london lobih dulu kah kah kah
sian bebudak itm, tapi sementara takdo kelas ni, tak berhajat ko nak bergolek berdemo berteeshirt hitam?