Jumaat, 17 Julai 2009

AHAD PETANG BERKUMPUL DI STADIUM KELANA JAYA



PERHIMPUAN RAKSAKSA BELA KEMATAN TEOH
- malaysiakini

Kerajaan Selangor akan mengadakan perhimpunan solidariti "Perhimpunan Rakyat" Ahad ini bagi menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock yang ditemui mati, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam selepas disoal siasat berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Perhimpunan tersebut akan diadakan Ahad 19 Julai ini di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya pada jam 4.30 petang.

Ia akan dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat, kata satu kenyataan sekretariat akhbar pejabat menteri besar Selangor.

Menurutnya, Ketua Polis Selangor Dato Khalid Abu Bakar telah dimaklumkan mengenai perhimpunan tersebut.

"Kerajaan negeri sekali lagi menyampaikan takziah kepada keluarga Teoh dan bersedia untuk memberikan sumbangan kewangan bagi pengurusan jenazah dan pengembumian," katanya kenyataan itu lagi.

SEMUA DI JEMPUT HADIR - SEMUA DI JEMPUT DATANG - SETIAKAWAN DENGAN YANG DISEKSA




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gerombolan baru perasan yang rakyat telah bersamanya kerana keputusan Manik Urai, kini rakyat kembali pada PR. Bila UBN nak bubarkan DUN Perak bagi menguji perasannya? Kejadian kecelakaan terhadap Sdr Teo akan pasti membuat rakyat jauh hati dengan gerombolan

Cob Nobbler berkata...

kerajaan selangor nak buat perhimpunan solidariti sebab teoh beng hock mati jatuh bangunan?

bila nak buat perhimpunan solidariti sebab pengemis2 kat kl takde duit nak makan?

bila nak buat perhimpunan solidariti kat anak2 setinggan yang rumahnya diruntuh pemaju perumahan?

err..bila nak buat perhimpunan solidariti kat penduduk kampung buah pala yang kerajaan negeri pulau pinang kata "tak tau apa nak buat" tu?

Tanpa Nama berkata...

Asal nama suruhanjaya memang jenis celaka sikit....diaorng ingat kita ni hamba abdi ke? sama la macam Suruhanjaya Komunikasi Multimedia...haram jadah!