Jumaat, 11 September 2009
SATU LAGI PROJEK NAK TIPU MELAYU
MALAYSIA SATU SATU NEGARA BERI ELAUAN HIDUP NELAYAN – berita hairan
BACHOK: Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang memberikan elaun bulanan kepada nelayan walaupun ada kalanya mereka tidak turun ke laut, kata Awang Adek Hussein.
"Mereka adalah kumpulan yang istimewa mendapat pembelaan daripada kerajaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bayaran elaun sara hidup nelayan dan menghadiri majlis berbuka puasa di Institut Kemahiran Belia Negara di sini malam tadi.
KAH KAH KAH…
woit… JANGAN LAH TIPU MELAYU…. kah kah kah…
woit….JANGAN LAH BODOH KAN MELAYU…. kah kah kah…
woit… INI FAKTA : HAMPIR SEMUA NEGARA ERPOPAH BUKAN SAJA BAGI DANA PADA NELAYAN MASA TAK TURUN KE LAUT…. kah kah kah…
kah kah kah…TAPI PADA SIAPA SAHAJA YANG TAK ADA KERJA AKAN DI BERI ELAUN HIDUP…kah kah kah…
kah kah kah… ELAUN MINIMA… SEWA RUMAH…kah kah kah…
woit… HENTIKAN LAH PROJEK MEMBODOHKAN ORANG MELAYU…kah kah kah…
woit… MELAYU MALAS MEMBACA …. SUKA MENDENGAR… JADI JANGAN BODOHKAN MEREKA…. kah kah kah
nota:
bukan sahaja warga akan diberi elaun
para pelarian juga akan di beri sama.
malah pelajar malaysia juga yang
bekerja di sana mendapat layanan yang sama.
macam mana ini berlaku?
negara ini bukan negara islam
ramai warga mereka makan babi
ramai warga mereka pergi tengok konsert
ramai warga mereka tak ada agama
tetapi negara ini bukan negara rasuah
cukai tinggi
gaji tinggi
sekolah dan universiti free
hospital free
bilik perpustakaan merata rata
manusia di dahulukan
bukan isteri anak atau bini
atau ahli parti
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
22 ulasan:
Apa? Gerembolan kepala lembu masih ingat mudah tipu melayu sebab dah biasa 52 lebih..senang aje main isu ketuanan melayu lebai PAS pun lembek tengkok!....hau hau hau hau...nasib baik lebai PAS tak isap cuban, klau tidak meleleh tengok Awang tu isap cuban!Ade hok nak karajaang perpaduang lagi ke? boleh jadi geng pale lembu...
Awang Adek DOL sebab dia tak cakap pasal DOLE maka sudah tentu dia BAGIDOL!
well said, tq bro.
Salam bro,
Selamat berbuka puasa, aku dah lama mengikuti penulisan ko.
Dari satu sudut, cara ko menulis menunjukkan ko sangat berilmu @ mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas.
Dari sudut lagi satu, aku berpendapat penulisan ko mempunyai unsur unsur humor. Humor yang membuka mata, membuka minda dan merangsang jiwa.
Syabas. Semoga ko terus menulis. dan semoga usaha ko untuk "mencelik" kan bangsa melayu dirahmati allah.
Salam Success!
syukurr juga tu
ada juga untuk ada Menteri@timbalan yang berasal dari Kelantan.
..yang Gosipnya..
cukai dari rakyat kepada sikit rakyat,,semua negeri ada cukai,,
tetapi jika di tenung LABEL Z di mana mana persimpangan jalan raya di Kelantan berbeza dengan label Z di TGANU..ada besar ada kecil??betul ke tak tak tau..gosip ker benar?
betul tu bro.depa dok ingat kita ni mcm melayu dulu.gerombolan yg pijak lembu je bodoh mcm lembu.tgk Jepun.rakyat depa x ada agama pun tapi PM depa kalau ada scandal,resign terus x payah suruh2.walaupun cukai tinggi tapi kemudahan awam depa superb.depa dpt balik apa yg dia org byr kat gomen depa.ni BN bagi ciput ungkit bertahun2...hai bila la org melayu lain nak sedar2.
awang adek bercakap pakai kepala lutuh... bodoh !!!
cakap negara maju - belajar nak kena bayar... smapai tua tak abis bayar utang...bodoh !!!
ni beberapa perenggan gua petik dr tulisan Isham brjudul "Diploma dan Pak Turut"
-----------------------------------
Saya menganggur dalam kota London, kota yang paling menarik dalam dunia ini. Dalam sistem negara maju seperti di UK atau di Eropah Barat taraf hidup saya dipastikan tidak akan merundum terus walau pun saya tanpa kerja. Saya memiliki sebuah flat tiga bilik yang dibayar oleh majlis tempatan. Saya juga mendapat bantuan hidup minima setiap dua minggu. Kualiti kehidupan saya tidak meleset tetapi yang merundum ialah kehilangan harga diri.
Memang betul kualiti kehidupan saya ketika menganggur di London lebih tinggi jika dibandingkan dengan seorang yang pegawai berpangkat tinggi yang bekerja di Kuala Lumpur atau di New Delhi. Saya masih mampu ke dewan-dewan musik, berupaya ke panggung bangsawan dan menonton filem-filem terbaru. Jika tidak berduit langsung saya boleh memasuki gedung-gedung pamiran atau galeri seni yang sentiasa memperagakan lukisan dan kerja-kerja seni yang kuno atau yang terbaru. Pembudayaan jiwa seorang penganggur di kota London tidak mungkin runtuh.
Di Eropah dengan sistem sokongan sosial yang baik, sesiapa yang kreatif pasti dapat melakukan sesuatu ketika menganggur. Semua bergantung kepada keinginan masing-masing. Di waktu menganggur inilah anak-anak muda di Eropah berkarya. Ada yang melahirkan filem experimental. Ada yang melahirkan lukisan avant garde. Banyak novel dan karya fikshen ditulis dizaman menganggur. Dan paling jelas ialah keupayan anak-anak muda penganggur ini menggemparkan dunia dengan bakat karya musik mereka. Menggarap karya ialah cara untuk melayan diri dizaman mencari dan menunggu pekerjaan.
Saya tidak tahu bagaimana seorang penganggur boleh hidup di Kuala Lumpur tanpa sistem sokongan sosial yang baik seperti yang wujud di negara Eropah. Bayangkan setiap kali bertemu kawan pasti akan ditanya sama ada sudah mendapat pekerjaan atau tidak. Pertanyaan seperti ini pasti menusuk setiap hati para penganggur. Jika puluhan kali ditanya dengan soalan yang sama dan jawapannya masih negatif, besar kemungkinan si penganggur ini akan melarikan diri berkhalawat ke dalam hutan atau tidak keluar rumah langsung.
Rasanya kesilapan utama ialah sistem pembelajaran kita yang telah bagitu usang dan ortodok. Sistem pembelajaran jenis yang kita pakai ini adalah yang terbaik untuk menumpulkan pemikiran kreatif. Sistem ini juga amat baik untuk memadamkan semua bentuk fikiran yang berpotensi untuk melahirkan pendapat dan pandangan baru. Hasilnya, sistem pembelajaran yang sedang kita gunakan ini amat baik untuk melahirkan Pak Turut, Tukang Ikut atau Kaki Bodek yang taat setia.
Dalam suasana ekonomi pertanian 50 tahun dahulu mungkin Pak Turut, Tukang Ikut dan Kaki Bodek yang taat setia tidak menghadapi banyak masaalah. Mereka akan terus ke sawah atau ke ladang atau ke laut. Hari ini semuanya telah berubah. Kerana perubahan inilah maka kita sekarang sering bertemu dengan Pak Turut, Tukang Ikut dan Kaki Bodek yang sedang menganggur.
Bayaran wang "dole" dah lama ada dibanyak negara eropah .Negara eropah bukan Islam dan mereka bukan nya melayu .
Negara mereka tu tak ada sultan dan tak ada agung , tak perlu pakai fatwa fatwi pon jaga rakyat mereka.
Siapa tak ada kerja bolih beratur mintak 'dole" , tak kira bangsa ,ugama ,mamak , keturunan atau nelayan ..asalkan mereka yang mintak dole itu ialah rakyat miskin negara sendiri.
Tak ada wang beli makanan?..Boleh pakai Setem Makanan ..Food stamp.
"Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang memberikan elaun bulanan kepada nelayan walaupun ada kalanya mereka tidak turun ke laut, kata Awang Adek Hussein." hahahaha...ini dah banyak kelentong jual obat chap umno..hahaha
Wehhhhhhhhhhhh macamana nak dapat borang nak jadik nelayan hah ...kena pi bangunan MARA ka ? kah kah kah
Bodoh betoi Pak Menteri kita nie sbb dia ingat rakyat masih ngok ...padahal rakyat dah banyak merantau lihat negara maju macamana ....mintak2 la musim tengkujuh mai tiap2 hari baru padan muka menteri tuh
fakta pasal negara eropah abg isham betul.
memamng ramai org tak tau, kecuali yg pernah duduk lama di sana (bukan sebagai pelancong)...
adek tak penah gi eropah. die studi kat US ler....
tapi adek ni, bukan ker dulu jadi tukang urut sekejap lepas PRU12......
tu la pasal cakap, .....jadi tukang urut melebong......
lebong ajer lar...
Aku tinggal kat Republik of Ireland skrg ni. Kat sini rakyat Irish dan permanent resident yg takde kerja diberikan elaun Euro200 seminggu. Mana kerajaan dpt duit? Melalui cukai kpd syarikat2 dan tokey2 yg besar2 tu la.
Kat Malaysia lain. Syarikat2 besar, tokey2 dan kroni didahulukan, terlepas drpd cukai dan zakat. Rakyat miskin ditinggalkan.
kau boleh balik kenegara yang bukan
islam tu lepas tu makan babi,minum arak,lepas tu tengok konsert dan berzina tak de orang nak halang kau....lepas tu menganggur minta bantuan subsidi diorang dasar tak tahu dik untung.
Ala..Islam yg diamalkan di sini,adalah islam putar belit yg dicipta oleh UMNO tiga suka dan suku sakat UMNO
bagi subsidi makanan lago berlambakl...terung kat sini 15 duit saja..kat msia boleh beli apa dgn 15 duit..
pi mampuih..la bn..
memang benar free.. cumanya bab universiti bukan semua negara free.. kalau x silap cuma belgium je yg free ..
setuju bebenor
awang adek tau tidak pasal kumpulan UB40?
Kalau tak kelentong bukan UMNO nama partinya. Kalau selalu sangat kelentong itu pemimpin UMNO orangnya.
Kala mudah nak dikelentong itu orang UMNO namanya.
Masalah pokoknya adalah kelentong. Kelentong sama dengan cakap bohong. Cakap bohong untuk tipu rakyat Melayu. Melayu kerja nelayan. Nelayan orang Melayu. Kaki kelentong itupun orang Melayu gak.
Bagi menyingkirkan kaki kelentong seperti ini, pakat2 undi PAKATAN RAKYAT semasa PRU13 nanti.
Takut apa lagi. Mengundi pun dah ikut saloran 1. Takut apa lagi. Dah tuapun masih bongok lagi?
Kepada peminat2 UMNO terutama kepada mereka yang sudah tua, lupakanlah UMNO. Ingatlah sentiasa PR.
ha ha ha
kerja bodoh
jerman hentikan pekerja tapi bagi elaun kepada pekerja yang di hentikan
malaysia bagi pampasan
sekali makan habis
visit
http://melodymockers.blogspot.com/
Buat abunawaz...
Isu kat sini adalah pemimpin LembUMNO semua kaki kelentong. Segala mende konon - kononnya yg pertama, yg satu-satunya di dunia ni.
Hakikatnya itu semua BOHONG semata2. Dulu bolehlah kelentong mcm ni utk dpt undi. Zaman skrg sori laa. Menyerlahkan kebodohan ada la bila ungkapkan kata2 mcm ni. Yg herannya, ada lagi org mcm kau ni yg dok sokong pembohong mcm ni.
Catat Ulasan