Ahad, 20 Februari 2011

SALUT UNTUK MEREKA YANG BERANI




ANAK MUDA BANGUN MELAWAN



nota:
lihat dan sedarlah
bahawa semenjak auku
digunakan untuk menindas
anak anak muda - telah muncul
dua jenerasi anak anak muda yang bangang

mereka telah dibangangkan untuk
menjadi pekerja yang taat
mereka di bodohkan hinggakan
tak dapat menilai bahawa pm mereka
terlibat dalam kes bunuh!!!



SURAT DARI YANG AKAN DI SINGKIR

ok bro..ko bleh publish surat nih..yg nih ok utk TT...


hari ini, aku dihadapkan ke pejabat HEP, untuk dakwaan ke atas aku. Objektifnya mudah: halang aku dari bertanding. dengan surat berletter headkan Kementerian, jelas aku wajib dihalang dari bertanding, dan akan didakwa atas kesalahan tatatertib. peduli ape aku. ini pesanan aku untuk semua anak muda mahasiswa. jangan gentar, jangan takut..kita teruskan kebangkitan ini.

selagi sistem pendidikan kita tak bebas. selagi kita tak dapat autonomi. selagi kita tak diiktiraf. selagi kita diperbodohkan dengan AUKU. selagi kita terus didoktrin. selagi kita bergelar mahasiswa..kita akan terus berjuang!! hari ni aku dijatuhkan dan dianiaya oleh anjing2 Aspirasi belaan hegemoni yang bacul dan takut berdepan mahasiswa yang peduli.mahasiswa sebenar.bukan mahasiswa celup produk AUKU..esok lusa siapa pulak lagi? biar apa pun terjadi, biar apa pun yang akan timpa kita..jangan undur! jangan jilat punggung mereka! jangan diperbodohkan oleh org2 yg bodoh!

hidup, hidup..hidup mahasiswa!!

bro, ko bleh komen KAH KAH KAH nanti...pencerahan otak mahasiswa


CALON PRO–M UPSI MUNGKIN DISINGKIR – harakah daily

Malam menjelang hari pernamaan calon bagi pilihan raya kampus hari ini, menyaksikan seorang calon, Adam Adli dari Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universti Perguruan Sultan Idris (UPSI) telah menerima notis untuk menghadiri pendengaran berkaitan dengan penglibatannya dalam kempen 'Kembalikan Hak Air Rakyat' pada Disember tahun lepas.
Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berkata, jika pelajar terbabit dituduh di bawah Auku Bahagian 15, maka beliau yang menyertai barisan Mahasiswa Progresif mungkin akan menghadapi tindakan penyingkiran atau hilang kelayakan sebagai calon.

Katanya, jika Adam memerlukan keizinan daripada pihak pentadbiran untuk menyertai demonstrasi kempen air tersebut atau menghadapi tindakan penyingkiran daripada kampus, maka barisan Mahasiswa Nasional yang cenderung kepada sekolah juga patut dikenakan tindakan yang sama.

Justeru, ujarnya Presiden MCA dan Presiden Gerakan perlu memberi penjelasan berhubung dengan kem latihan yang diadakan di Universiti Putra Malaysia yang diadakan pada 7 hingga 9 Januari lalu dalam suasana pilihan raya kampus.

Menurutnya, setiap peserta yang kesemuanya mahasiswa Cina telah membincangkan masalah berkaitan kempen yang akan diadakan.

“Saya masih ingat lagi pada tahun 2009, ketua perdebatan sastera MCA, Chen Jin Hui bersama 5 orang ahli kumpulannnya telah menjemput Gua Su Qin masuk ke dalam kampus untuk pameran tsunami politik 2008.

“Mengapa mereka dibenarkan menjemput Guo Su Qin?” soalnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Jelas, katanya Malaysia mengamalkan ‘double standard’ dalam melaksanakan undang-undang.

Sehubungan itu, tambahnya Kementerian Pengajian Tinggi dan jabatan-jabatan yang berkaitan patut bertindak lebih adil dalam melaksanakan undang-undang terhadap isu itu.

“Manakala bagi ahli-ahli BN yang ingin memberi bantuan kepada pelajar dalam kempen-kempen pilihan raya seharusnya bersama-sama pihak kami dalam usaha menghapuskan Auku daripada meneruskan perlaksanaan undang-undang ‘double standard',” katanya yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan.

NOTA:
kelihatan anak muda mahasisa telah bangun
kelihatan mereka telah mula menyusun
mereka terus di tekan
mereka terus di kepong
mereka terus di bodohkan

yakinlah bahawa ini tidak akan berterusan
yakinlah penindasan ini sebenarnya adalah baik

kerana:
dimana ada penindasan di sana ada perlawanan
seribu kali di tindas seribu kali di lawan
ini hukum alam – tak ada sesiapa yang dapat mengubah
akhirnya dunia ini adalah milik anak muda!!!


6 ulasan:

Ex-UTM berkata...

as-salam TT...

teman dulu pernah jugak berkempen utk calon yg "pro-BN" kat kampus sekitar tahun 2003-2004 di UTMKL. teman malas nak berkempen tp kebetulan calonnya adalah rakan teman jugak, jadik bantu ler atas ajakannya..

apa ingat calon2 PRO-BN tak langgar AUKU jugak ker... kami calon2 & pekempen2 pergi ke UPM utk taklimat & bersama2 Ahli Parlimen BN iaitu YB Adham Baba di sana dlm majlis tertutup..

teman rasa xsedap hati.. & berkata dalam hati, kalo calon PRO-Aspirasi BN boleh pulak MP BN dtg ke kampus & berkempen tapi calon PRO-Mahasiswa kene tangkap kalo dikempen oleh PAS & PKR..??

seolah2 calon yg bertentangan pendapat dgn UNIVERSITI & KERAJAAN di anaktirikan & dipinggirkan. Rasa menyesal pun ada.

tapi HARI INI nasihat teman pada mahasiswa2... teruskan berkempen.. KEMBALIKAN ZAMAN MAHASISWA YG BERKUASA & MAMPU BERSUARA...

James_Iha berkata...

Saudara Adam adalah contoh kpd ancaman terhadap program me'lobotomize'kan anak2 muda melalui BTN,PLKN atau doktrin sampah spt AUKU kununnya demi peningkatan modal insan .Adam adalah umpama kanser dlm hidup mereka2 yg mewah(terlampau) dan lupa sejenak kekayaan itu adalah hasil dr keringat mereka yg tertindas dn diputarbelitkan atas janji bernama kemajuan. Aku yg pernah tertindas telah lama faham jiwa insan bernama Adam. Salute!

mahasitua berkata...

politik, politik jugak
belajar jangan lupa
daftar undi jangan lupa
time undi jangan tido
pangkah biar PR

mulai sekarang kempen undi PR
buat biar halus
rancang biar bijak
satu jadi seribu
seribu jadikan sejuta
kena ingat balaci bn ada kat mana2
biar TNC tak nampak

Tanpa Nama berkata...

berbalik pada budak yg nak kena buang tu.. tak boleh kaa saman upsi? cabar kat mahkamah laa.. saman universiti!!..

aku tak sekolah.. aku nak tau boleh ka saman Uni?

Tanpa Nama berkata...

kalau propeser kangkong yg menjawat kedudukan sebagai rektum ke, eh rektor, atau jawatankuasa di siplis (syphilis) ke, eh disiplin, sudah pasti dia bebal utk memahami hukum fizik zaman-berzaman:

for every action,
there is an equal and opposite reaction

sebab propeser kangkong ni samada dari spesis "mi no spik englis",
(jenis pemalas yg bukan tau belajar cari ilmu sebaliknya hanya tau copy&paste ataupun tau tunggu di spoonfed shj);
atau dari spesis "my inglend so good, it is like landen"
(jenis perasan a.k.a. like good only, tapi sebenarnya bangang tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut)

lagi banyak sukusakat bahlol ni buat gampang terkumpul,
lagi besar pulak sekali nanti rakyat marhaen bagi reaction!

-average joe-
klakka-la.blogspot
klickdefella(klakka-la)
twitter: averagejoeMY

AdamAdli berkata...

aku budak yang disebut di atas..hari ini selesai sudah kempen pilihan raya..seperti yang dijangka, memang aku tak dapat bertanding..tapi takpa..aku tak gila jadi MPP hanya untuk didoktrin dan dijadikan balaci pihak atasan.. kempen hari ini panas..paling panas dalam sejarah UPSI..

tentang hal saman menyaman itu..aku hanya boleh kata: tak perlu lagi setakat ini...kita tunggu sampai kes ini dibicarakan, baru ambil tindkan seterusnya... inshaallah, bila diasak oleh media yang peduli, mahasiswa yang peduli, dan anak muda yang peduli, mereka akan tunduk...mungkin kes aku akan digugurkan,kerana objektif mereka dah tercapai: aku diharamkan dari bertanding...

sekarang, aku sedang susun strategi..siapa kata pencerahan minda anak muda mahasiswa hanya bila tiba saat PRK?? setiap hari boleh dilakukan..bonus buat kita bila kita ditindas sebegini...