Isnin, 4 April 2011

INI SUDAH TEROK




KENYATAAN RESMI


3 April 2011

Dalam pada semua masyarakat sivil menentang amalan penahanan tanpa
bicara tiba-tiba kita dikejutkan dengan penahanan saudara Kadir Hashim
yang juga seorang OKU ( orang kelainan upaya) di bawah Akta
Keselamatan (ISA). Ini menunjukkan bukan sahaja Kerajaan tidak
mengendahkan desakan rakyat tetapi ia menggambarkan BN sudah terlalu
angkuh. Apatah lagi Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor Jumaat lalu
telah meluluskan Usul Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kita difahamkan Kadir Hashim dikaitkan dengan militan di Cambodia.
Jika benar dakwaan tersebut, Kadir hendaklah dibawa kemuka pengadilan,
dibicarakan dan dibenarkan membela diri. Negara ini mempunyai cukup
akta dan undang-undang yang boleh digunakan umpamanya Akta Polis dan
Kanun Keseksaan.

KEADILAN dengan tegas dan sekeras-kerasnya mengutuk penahanan tanpa
bicara Saudara Kadir Hashim yang jelas membelakangi
hak asasi manusia. Justeru, penahanan ini sebenarnya hanya bermotifkan
politik dan sengaja untuk menenggelamkan isu-isu panas yang berkaitan
dengan pilihanraya Negeri Sarawak yang semakin hampir.

Maka, KEADILAN dengan ini terus mendesak supaya akta zalim ISA
dimansuhkan dan kesemua tahanan yang ada didakwa di mahkamah dan
dibicarakan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada. KEADILAN
sedar bahawa ketenteraman awam itu adalah penting dan mesti
dipertahankan tetapi penahanan tanpa bicara melalui ISA itu jelas
sekali zalim dan di luar kemanusiaan.

Selamatkan Malaysia!

Dr Wan Azizah Wan Ismail
PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT


nota:
ini sudah terok!!!

betul betul teruk
gila lagi menggilakan
sesat lagi menyesatkan
zalim lagi bukti kezaliman



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bro...
benda tu jadi kat msia ke kat libya
macam kat libya jek?

cicit ngah layor berkata...

DPP berlambak,LA banyak,AG yg cukup baguih pon ader.Tak bulih ker demer tetapkan satu tuduhan untuk saudare Kadior ni.Aper ker tak cukup bukti? Bulih ker menghukum hanyer berdasarkan tomahan jer? Yg pasti,kalau Kadior tu pengampu,dah tentu dier tak jadi mcm ni.