Rabu, 1 Jun 2011
MEMAHAMI GARIS POLITIK
BANGUN MELAWAN!
POLITIK DAN GARIS POLITIK
Saya selalu membaca dan mengamati tulisan, komentar dan analisa politik terkini tentang negara kita ini. Saya membaca dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Ada yang menarik: sayangnya banyak pula yang membosankan. Membosankan kerana sang penulis hanya bergelut dengan personaliti individu - si politikus. Tidak lebih dari itu.
Politik bukan hanya tentang individu. Politik ialah tentang kuasa. Perjuangan politik ialah perjuangan untuk merebut kuasa. Merebut kuasa bertujuan untuk merebut punca-punca ekonomi. Di belakang punca ekonomi ialah kelas. Perjuangan politik ialah perjuangan kelas.
Kelas dan ekonomi tidak dapat dipisah macam santan dengan kelapa. Setiap sosok manusia tergulung ke dalam satu kelas. Secara kasar – ada dua kelas: yang memerintah dan yang di perintah i.e yang berkuasa dan yang tidak berkuasa. Yang berkuasa ialah mereka yang memiliki harta dan kekayaan. Yang tidak berkuasa ialah mereka yang tidak memiliki harta kekayaan dan gulungan miskin.
Dalam sistem ekonomi kapitalis seperti dalam negara kita ini – gulungan miskin adalah kaum tani, kaum nelayan dan kaum buruh. Mereka ini adalah kumpulan terbanyak. Manakala kumpulan terkaya tidak ramai. Kumpulan kaya amat sadikit – mereka adalah kumpulan minoriti. Tetapi mereka menjadi pemilik harta kekayaan yang terbanyak. Justeru melalui harta kekayan, mereka dapat membeli kuasa.
Ini bukan tulisan propaganda. Ini hakikat – fakta saheh - yang boleh di rujuk kepada Jabatan Statistik Negara. Fakta fakta – ekonomi dan kelas ini - menjadi kabur atau sengaja dikaburkan dengan agenda agama, dengan agenda bahasa, dengan agenda kaum dan bangsa. Politik ialah agenda merebut kuasa. Period. Khalas. Agenda-agenda yang lain hanyalah alat dan taktik untuk mengolah persetujuan orang ramai untuk bangun merebut kuasa.
Justeru untuk saya, perjuangan politik ialah untuk melupuskan kuasa kumpulan kaya yang sedikit dan mengambil alih punca-punca ekonomi yang ada dalam tangan mereka. Harta kekayaan wajib diambil kembali untuk di agih-agihkan kepada rakyat terbanyak. Ini seperti yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat telah mengambil kembali hak air dari syarikat Syabas dan memberikan secara percuma pada orang ramai.
Justeru berlaku perlawanan yang maha hebat antara Pakatan Rakyat dengan gerombolan United Malays National Organisation di Selangor. Perlawanan ini ialah perlawanan untuk merebut punca ekonomi. Ini adalah perlawanan dua kelas – kelas kaya yang menindas sedang berlawan dengan rakyat. Suara orang teramai - suara rakyat - diwakili oleh Pakatan Rakyat.
Hingga ke tahap ini, jika masih ada penulis dan pemberi komentar politik tidak memahami hakikat kelas dan ekonomi maka si Mamat atau si Minah itu wajib rajin membaca dan mentelaah. Panjangkan akal dan panjangkan ilmu. Sehingga ke hari ini memiliki akal fikrah yang kritikal masih belum dicukai lagi.
Kalau saya membawa para pembaca ke luar Malaysia – hakikat yang sama juga dapat kita lihat. Di Amerika Syarikat Barack Obama dipilih untuk mempertahankan dan menjaga kepentingan saudagar senjata dan para taikoon di Wall Street. Raja Abdulah dipilih untuk mempertahankan kepentingan gulungan feudal di Saudi Arabia. Sarkozy di Peranchis dipilih untuk mempetahankan kepentingan saudagar Peranchis dan kaum Zionis di Peranchis.
Apabila tuan pembaca telah memahami asas-asas politik dan ekonomi diatas maka saya akan membawa pembaca untuk memahami apa makna dan tanda perebutan puncuk pimpinan Pas yang sedang berjalan hebat sekarang. Perlawanan hebat yang saya maksudkan ialah perebutan kerusi Timbalan Presiden Pas diantara Mat Sabu dengan Nasharudin Mat Isa dan Tuan Mat.
Untuk saya pertandingan ini adalah perebutan kuasa. Perebutan kuasa ini ialah perjuangan kelas. Kalau kita kaji dari segi politikal ekonomi, dalam istilah politik moden Parti Pas ini ialah parti yang mewakili kepentingan borjuis kecil Melayu. Parti yang mewakili kepentingan borjuis besar dan borjuis nasional ialah United Malay National Organisation. Justeru saya berani berkata disini bahawa tidak mungkin Daim, Ananda, Vincent Tan atau Syed Mokhtar menjadi ahli Pas. Parti Pas tidak akan memperluaskan kepentingan ekonomi mereka.
Pas mewakili Guru-guru Melayu, Tok Peraih, Penjaja, Tuan Empunya Warong, Kontrektor Kelas Bawah, Peneroka, Nelayan termasuk juga Askar dan Polis Pencen. Gulungan ini merasa kepentingan ekonomi dan gaya hidup mereka dapat dipertahankan oleh Parti Pas.
Kalau Pas ini parti bojuis kecil Melayu bagaimana pula dengan ulama dalam Pas? Biar saya terangkan disini bahawa dari segi ekonomi para alim ulama juga memiliki kelas. Dari segi pensejarahan penubuhan parti politik di Malaysia kita akan dapat memahami bahawa alim ulama dalam Pas ini tergolongn kepada borjuis kecil Melayu. Mereka merasa diri mereka akan dipinggirkan oleh United Malays Natioanl Organisation yang amat mesra bersekongkol dengan Towkay dari MCA atau bekas penjajah British. Hujah agama ketika keluar dari payung United Malays National Organisation pada ketika itu adalah hujah terbaik untuk mempertahankan kepentingan ekonomi kelas borjuis kecil Melayu.
Justeru hari ini kita akan bertemu dengan ulama yang bekerja dengan United Malay National Organisation. Mereka ini saudagar agama yang kaya dan lumayan. Kerja mereka ialah mencari ayat-ayat dan hadith nabi untuk 'menghalal' kan apa saja dasar dan tindak tanduk United Malay National Organisation.
Dengan ini apakah Mat Sabu dan Nasaruddin ini memiliki pandangan politik dan kelas yang sama kerana mereka berdua berpayung dalam Parti Pas? Jawabnya tidak. Parti MCA adalah parti towkay tetapi ramai juga buruh yang menjadi ahli ini. Parti MIC ialah parti Chettiar dan Mandur tetapi ramai kuli estate yang menjadi ahli.
Awas dan waspada. Didalam kumpulan borjuis kecil ini juga akan terdapat sosok-sosok yang berminat untuk menjadi borjuis besar dan borjuis nasional. Didalam PKR juga pasti ada yang bermimpi untuk menjadi borjuis nasional. Bermimpi untuk menjadi tuan pemilik kuasa jana leterik atau pemilik kilang gula dan beras. Ini bukan sesuatu yang mustahil.
Ditahap ini dalam politik negara kita apa yang wajib kita kenali ialah kepentingan kelas apa yang di wakili oleh Mat Sabu. Kepentingan kelas siapa pula yang diteraju oleh Nasharudin Mat Isa. Seperti saya tulis diatas tadi – perjuangan politik ialah perjuangan kelas. Untuk saya mustahil kedua-dua mereka ini mewakili kelas yang sama. Jika mereka dari kepentingan kelas yang sama mustahil mereka akan bertempur.
Nasharudin dikatakan dari jalur ulama. Tetapi dalam analisa politikal ekonomi ulama ini tidak memiliki apa apa makna. Ini hanyalah ‘tagline’ untuk menjual produk. Ulama hanya jenama yang dikenali umum. Majoriti ahli Pas adalah manusia warak yang ritual agama Islamnya terjaga rapi. Untuk para ritualis ini jenama ulama ini cukup memyakinkan. Justeru dengan bijak Nasharuddin telah melabelkan dirinya ulama. Jenama ini amat baik untuk meraih sokongan dalam Parti Pas.
Dalam analisa ini bukan jenama ulama yang kita bincangkan tetapi 'calon ulama' atau yang 'bukan calon ulama' itu mewakili kelas yang mana? Ini soalan yang wajib kita terus bertanya apabila kita membaca politik. Jika kita dapat memecah persoalan kelas maka kita akan dapat memahami pertembungan politik yang sedang berlaku dihadapan mata kita.
Akhbar Utusan Malaysia diaanggap suara musuh oleh Pas dan Pakatan Rakyat. Kebelakangan ini – sebelum muktamar Pas berlangsung - akhbar ini tetiba menyatakan rasa gumbira dan senang hati jika 'kumpulan ulama' dalam Pas ini mencapai kemenangan. Malah sekali imbas kita lihat Mubarak – kumpulan Umno Pencen – tetiba berkempen untuk Nasarudin. Jelas suara United Malay National Organisation ini mahu 'tim ulama' menang dan terus berkuasa.
Beberapa tulisan dalam akhbar Utusan semuanya memperlihatkan bahawa United Malays National Organisation merasa takut jika sekiranya Mat Sabu berjaya mengalahkan Nasaruddin dan Tuan Mat. Utusan kelihatan berhempas pulas menabur racun berkempen agar ahli Pas akan mengenepikan Mat Sabu
Lalu timbul persoalan? Kenapa Utusan sibuk mahu Mat Sabu kalah? Jawapan untuk soalan ini ialah kelas. Dalam pemahaman politik moden Mat Sabu ini mewakili kelas Mustadhafin atau kelas tertindas. Dalam bahasa politik moden Mat Sabu ini mewakili kelas kaum proletar – kaum buruh dan kaum tani – kaum majoriti yang tertindas.
Nasharudin Mat Isa walau pun dalam Parti Pas tetapi memiliki niat dan mimpi untuk menjadi borjuis besar - borjuis nasional. Cita-cita untuk menjadi borjuis nasional ini hanya akan termakbul jika sekiranya Pas dan United Malay National Organisation dapat bersatu dan bekerjasama dalam satu perserikatan yang baru. Penyatuan ini dibawah lambang Perpaduan Melayu.
Justeru pertembongan Mat Sabu, Nasa dan Tuan Mat ini memiliki implaksi yang amat jauh merentas markas tarbiah Pas di Gombak. Kemenagan Mat Sabu akan membuka satu garis baru didalam Pas. Garis ini ialah garis memperjuangan gulungan tertindas. Jangan lupa Mat Sabu ini pernah menimbulkan isu Padi Kunca di Kedah dimana tuan tuan pemilik tanah sawah yang luas merasa tergugat.
Tuan-tuan tanah ini ada yang menyokong Pas. Lalu mereka merasa marah kerana kain sarong topeng agama mereka telah diselak terbuka oleh Mat Sabu. Manakala Nasarudin tidak memiliki apa-apa budaya politik melawan. Malah Nasa ini dikatakan amat beersedia untuk bersekongkol dengan United Malay National Organisation. Manakala Tuan Mat mencelah bertanding untuk memastikan garis musthadafin yang dibawa oleh Mat Sabu dikuburkan.
Dari sini amat jelas menunjukkan bahawa kepentingan kelas melintasi kepentingan parti politik. Ini samalah seperti United Malay National Organisation yang melaungkan ketuanan Melayu tetapi akan sedia berkerjasama dengan para cukong dari MCA atau MIC untuk kepentingan kelas mereka.
Pasti ada sosok-sosok dalam Pas yang bersedia berkerjasama dengan United Malays National Organisatuion untuk memastikan – inshaaalh – mimpi mereka untuk menjadi borjuis nasional termakbul. Juga memastikan kepentingan ekonomi mereka dipertahankan dan dikembangkan. Jangan pula hairan jika saya katakan hari ini sosok-sosok jenis Nasa ini juga ada dalam PKR dan DAP. Cuma ketika ini suasana politik tanah air kita belum memberanikan mereka menunjukkan muka.
Jelas disini United Malay National Organisation mahu garis Mat Sabu dikalahkan. Tetapi semuanya terpulang kepada ahli Pas sendiri. Mereka yang membuat keputusan untuk memilih diantara dua garis politik ini. Politik kuasa orang kaya disatu pihak dan politik kaum buruh dan kaum tertindas disatu pihak lagi.(TT)
nota:
tulisan ini telah disiarkan
dalam Suara Keadilan terkini
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon 03-22-72-4045
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
40 ulasan:
Sian ko nasharudin mat isa. Tembelang kau sudah dipecahkan oleh TT. mana mau lari?
Oh ye, tak perlu lari. Orang PAS masih tepu lagi di kepala otaknya dengan ketuanan ULAMAK.
Sokong Abg Mat Sabu.
Di mana ada demo di situ ada Abg Mat.
Nasha style org kaya, rumah pun besar.
Kalau kalah lagi Abg Mat tak tahulah nak ckp.
tuan tt
kemas dan molek
ytt
kesian Nasa asyik kena tibai aje. Tapi percayalah anda adalah seorang pejuang. Saya hairan dgn pengomen2 di sini seolah2 buta mata hati. UMNo berjumpa Nasya di benarkan oleh pimpinan -Majlis Syura dan dewan Ulamak. Malah beliau yg di hantar bagi mewakili parti. Tak salah jumpa. Khalid samad pun ada tapi kenapa tak di jadikan sasaran? tahniah Ustaz anda seorang yg beramanah, bukan ikut acuan org luar parti dan mempunyai prinsip serta setia bersama jamaah.
sbb ni la aku suka baca TT.
nak jadi pemimpin bukan semata2 kena dtg demo tiap2 hari. pemimpin kena ada otak pikir strategi. Allah jadikan manusia bermacam2 - ada kekuatan tenaga dan ada kekuatan akal. tengoklah cerita all men are brothers channel 708 astro....hahahaha
pak nasha ni bekas pensyarah kitornng di fakulti undang2 UKM..
memamng style dia kelihatan elit sikit...
support mat sabu! yg nak sgt kerajaei perpaduang masuk lah umno..
ps: untuk apa melayu bersatu? berpecah kah melayu? berbeza pandangan politik tak semestinya berpecah kan. maju kah melayu kalau bersatu? soal nya ialah ilmu, bukan bersatu! nak maju kena ada ilmu!
dan ingat..
tak ada kaum yg bersatu di dunia ni, itu semua ilusi.. di India bergaduh, di china bergaduh, di arab bergaduh,, takde bersatu2., itu semua ilusi..
kah kah kah!
melayubodoh@bodoh.com
Hidup Abang Md Sabu. Rakyat Marhaen dan Mustadafin ternanti nanti kepimpinan Abang Md. Nasharuddin dan Nasruddin boleh keluar PAS dan masuk UMNO. Tiada yg larang. 2 Muktamar di Ipoh dan Shah Alam dah putuskan supaya PAS perkukuhkan Pakatan Rakyat tetapi Geng Perpaduang pakat dalam gelap dan ikut pintu belakang.Harun Taib Mustafa Ali juga dalang menipu ahli ahli Pas. Kepimpinan Ulama Penipu!!!
kami anak muda akan bangun melawan.. tukartiub.. tolong buat button sharew kt facebook.. nak share tulis TT kt facebook bagi semua friend bleh baca..
Hidup Mat Sabu!
artikael menarik dan membuka mata dan minda....tapi...nak pinjam ayat TT sat....apa borjuis borjuis nih. tak paham la kena buka kamus pulak dah...cakap la melayu nak tipu mak cik felda ka?....cakap kelas menengah kan senang...
borjuis (adj.)
kelas menengah, orang borjuis
Nasha nak jumpa dengan UMNOGOK tak salah. Tapi cita-cita nak jadi menteri melalui UMNOGOK tolong padamkan.
Aku sokong Abang Mat Sabu
test
testis
testing...
gua xtau tau nk pilih sape...tapi gua lagi suka tuan mat...
gua tabik kalo tt citer politik dr pandgn inglish atau barat, tp kena ingat beb politik pndgan dr barat yg tidak bertunjangkan akar(akidah) yg betul akan selalu menyimpang...bukan semua betul dan x semua gak salah...politik islam tak sama jd jgn kita guna satu acuan utk semua individu kerana x adil.....
i. tujuan politik barat adalah merebut kuasa...kuasa tujuan merebut ekonomi...dlm islam tujuan mendpt kuasa gak ttp beza besarnya adalah tujuan kuasa mengabdikan diri kepada Allah dan menjauhi taghut
ii.politik barat berorientasi kepentingan diri ttp islam berorientasi ubudiyyah (penghambaan) kpd Allah tujuan utama penyokong pas gak bukan pasal nasib mereka dibela ttp menegakkan agama Allah.Kepentingan agama adalah lebih utama dari kepentingan kumpulan atau ind.
iii.politik dalamislam gak bukan pasal melupuskan kekayaan tetapi keadilan dlm mendptkan kekayaan yg selaras dgn syariat...nabi x suruh abd rahman auf melupuskan hartanya yg halal ttp membelanjakan dgn cara yg baik. jgn jadikan agama sebahagian dr politik ttp politik sebahagian dr agama..... apa2pun kita perlu bersangka baik bhawa abg mat dan ustz nasa tidak berbeza matlamat atau kelas atau ekonomi atau latar tp berbeza fikrah dan method untuk mencapai matlamat lebih besar iaitu redha Allah dgn menegakkan syariatNya.
kesian abg mat...selalu kat pangkuan org2 biasa......kesian.....mamapukah abg mat bermain politik politikus bersama sahabat2 politik pas atau sambung seperjuangan dgn org2 biasa. abg mat tak main politik...kalau abg mat yg kaki demo bersama rakyat.....dia mesti menang tapi nasib....rakyat bukan yg undi skrang...abang2 pas yang ber-undi karang!
Salam,
Rasanya dalam sejarah, rakyat kebanyakan tak akan mendapat tempat selagi ianya melalui proses yang biasa, yakni pemilihan. Betullah kata saudara hisyam, kalau pemilihan boleh mengubah apa apa, telah lama ianya diharamkan. Tetapi, kita teruskan perjuangan permilihan semoga mereka yang memperjuangkan rakyat kebanyakan terpilih.
Kekayaan adalah akar kemungkaran, dan manusia perlu akan akar.
Noor M.
Bidor.
cilakak nasa gelap2 dgn umno!benci nasa!kalo dia menang aku hasut mmbe2 aku takyah skg pas dah...serupa skg umno je!
ialah semua memang benar belaka... tengoklah sapa nanti yang ahli-ahli hendak... jika mereka rase la..
T.T Penganut tegar tiori pertentangan kelas
salam brader isham,,politik islam,,dakwah!!cantas mencantas rentak umporno..kakkahkahh...ulamak yg islam ajar ada dua :ulamak baik dn jahat ,,zuhud dn kasih dunia... ilmu di prlukn utk menilai,,caya lu brader,,bravo..t.t
Tidak hairan kebelakangan ini, Astro Awani kerap mempromosikan Nasarudin Mat isa.
Bila rangkaian TV Melayu banyak menyokong seseorang, ini bermakna seseorang itu disukai UMNO Pelingkup Melayu.
Oleh itu jika rakyat Malaysia mahu negara ini lebih aman, bersih dan adil, maka PIJAK dan BUANG cepat2 Nasarudin Mat Isa ini.
Demo bukan hari2 bai.
Bila ada isu penting je, baru ada demo. Pemimpin2 pakatan yg takde urusan waktu tu kena join sekali. Berdiri dibarisan hadapan biar sama2 kena pelangkung dgn polis. Baru adil dan biar diorg tahu betapa susahnya nak deal dgn BN.
Kerajaan BN kena wat demo baru diaorg dgr. Kalau setakat komplen kat paper jgn harap diorg nak ambik pot. Ini fakta bai.
Kepada sesiapa yg takut nak pergi demo jgn byk bunyi dan jgn lupa pangkah PR pada pru13 nanti untuk balas budi kpd pendemo2 yg telah dipelangkung oleh polis.
Selamat berdemo.
Aku harap abg mat sabu yg menang dan memberikan imej yg lbh baik kpd PAS. ustaz nasha memang patut rehat dulu sebab pernah jd kekasih gelap ngan umngok, parti rasuah no.1 dlm malaysia
anon 3:09,
khalid hanya diperangkap oleh pakar strategi, mustafa ali. dan untuk memberi peluang kepada orang seperti sdr mengguna hujah balas untuk mempertahankan nasha. nasha adalah hipokrit dalam pas...
Bro tt
Memang kelas lah lu punya info..Terbaikkk..TQVM TT
Lagi dulu aku tak berkenan dgn si Nasa ni..Memang benar apa yang ku duga pasal nasa ni....Jenuh aku pusing punya pusing puzzle dlm otak aku...dah dpt jawapannya...
Kalau nak hidup mewah..jadilah ularmak UMNO..Gerenti 7 keturunan senang!!
Hidup Mat Sabu...!!!!
TT tolong bongkar cerita ini sbb setahu saya BNM telah rampas RM200 juta dan membelanjakan PRU12 dulu...
Ramai rakyat Kelantan dan Brunei melabur dlm skim ini.
KUALA LUMPUR: Penganjuran konsert membabitkan artis popular tanah air antara taktik licik Ustaz Harun atau Harun Mat Saat untuk menarik orang ramai melabur dalam skim cepat kaya dianjurkan syarikatnya, Dina Group Sdn Bhd (Dina Group).
Akibatnya, artis turut menjadi mangsa lelaki berusia 45 tahun itu yang kini menduduki senarai teratas individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) membabitkan penyelewengan wang kira-kira RM200 juta.
Bekas penyampai radio popular, Isma Halil Hamzah, berkata selainnya lebih 20 artis mendaftar sebagai ahli dan menjayakan Konsert Malam Seribu Karya Rock Rohani di Stadium Malawati Shah Alam pada pertengahan April 2009.
Menurut Isma Halil yang bertindak sebagai pengacara pada konsert itu, antara artis yang membuat persembahan ialah Amy Search, Jamal Abdillah, Ramli Sarip, Mawi, Yantzen, Rahmat (Mega) dan Nazrey (bekas vokalis Raihan).
“Kami tidak menyangka konsert itu mempunyai agenda tersembunyi dan lebih mengecewakan artis yang membuat persembahan langsung tidak menerima bayaran seperti dijanjikan.
teman setuju sangat ...
untuk jadi pemimpin ni, tak perlu datang demo hari hari...
hanya 'remote' ajeeee..
biokan, rakyat saje yang merasa, kena air asid, gas pemedih mata dan cota 'kepala merah' .. pemimpin cukup dengan hanya remote dari rumah mewah ... sesekali tunjuk muka dan bergambar 'gran' ...
naik kereta beso, duduk rumah beso, makan beso, besokan badan, besokan kepala, besokan sat nike jenih lagi.....rakyat kat bawah ..ah deme penyokong 'tegar' ... mesti menang punya....
mat sabu bersama nelayan tengah laut, ataih bot nelayan, minum kopi, dengan oghang yang duduk dirumah sengkek....memang tak layak jadi pemimpin ....
untuk jadi pemimpin kena pandei 'remote control' daghi ghumah mewah.... dan berotak geliga, dari menara gading ...
nasib mika le mat sabu oiiii ...
kawan lagi dengan oghang sengkek ...
mat sabu, mika patut kena belajo dah, macam mana nak jadi oghang kelas 'dewa kayangan'.....
tuan tt, mika tolong ajo mat sabu supaya boleh jadi wakil yang berjiwa 'dewa kayangan' ... kalu tak, sampei bila pun dia tak menang ...
Aku dari dulu lagi sokong mat sabu..mamat ni memang gempak!!!
Apa pun tt..lu punya artikel pun memang gempak!!!
Terbaek!!!
kalau nasharudin lompat masuk umno dapat ganjaran ratusan juta ringgit dari najibtantuya barulah orang pas nak menyesal..
isham datang taman melewar semasa muktamar berlangsung tak?
Tee Ibrahim ni macam Kerajaan Pusat yg nak mencelah seperti dalm kes tuntutan Royalti Tunai antara Kerajaan Kelantan dan Petronas.
Tuntutan Kerajaan Kelantan kpd Petronas yg telah melanggar perjajian. Kerajaan Pusat Umno tergugat jika Petronas bayar tuntutan tersebut. Maka Peguam Negara di arah mencelah utk tidak membayar hutang perjanjian ini.
Maka serupa dlm pertandingan Timpres Pas ini.
Tee Ibrahim di gunakan oleh "Peguam Negara"(golongan ulama) atas arahan Ketua Ulama agar kemaraan Mat Sabu(Mustadhafin) utk meraih jawatan tersebut dapat di noktahkan atas nama so called ulama(borjois).
Bro Isham said
"Membosankan kerana sang penulis hanya bergelut dengan personaliti individu - si politikus. Tidak lebih dari itu".
Gua setuju tamhahan lagi bila membaca malaysiatimes.my yg ditulis oleh blogger yg kronik dgn penyakit KKS.Harap beliau(Mat Saman Kati)berubat dari penyakit KKS tu dan berhenti bergelut dgn menulis ttg Anwar,Azmin,Zuraida dan beberapa pimpinan PKR lain,Beliau adalah pemuja taksub Zaid Ibrahim penyambung riwayat dendam Zaid Ibrahim trhdp PKR dan merasakan sosok spt Zaid itulah contoh ikutan politik baru nya. Gua setuju 110% bhw blogger yg menulis ttg politik seharusnya benar benar memahami eri garis politik sptmana yg bro Isham nyatakan.
"kalau nasharudin lompat masuk umno dapat ganjaran ratusan juta ringgit dari najibtantuya barulah orang pas nak menyesal.."
anon 1 Jun 2011 11:27 PM
pasal apa pulak orang pas nak sesal? kalau dia dpt habuan pasal lompat, tu dia punya pasal la! anon ni lah contoh yg baik jenis pemikiran kepala hotak umngok!!!!
Pada saya rakyat marhaen, takrifan mengenai perjuangan bukan sekadar mengenai keberanian sahaja. Perjuangan adalah termasuk aspek fisikal, mental, spiritual dan banyak lagi. Mengenai cara Abang Mat yang berani, 'stylo' memang menarik perhatian dan selari dengan kehendak golongan muda.... tiada masalah. Cara Us Nasa pula walaupun kebanyakkan kita tak suka dengan idea 'perpaduan', style orang kayanya ... rasanya itu tak patut jadi sebab untuk tak suka pada beliau. Matlamat memperjuangkan dan memertabatkan Islam yang adil adalah wadah yang wajib kita semua pertahankan walaupun ada pendekatan berbeza! Macam Abang Mat dan Us Nasa. Raikanlah perbezaan dalam pendekatan agar kita semua berbeza dari puak yang satu lagi!
p/s Jari kita yang tak sama panjang itulah yang membolehkan kita menyuap makanan ke mulut. Kalau sama panjang kan pelik! panjang!
ampeh..panjang berjela.... anak muda x suka baca yang panjang berjela... anak muda suka yg pendek dan cool...
kah...kah...kah...kah...
Tanpa Nama Si Bodoh 1 Jun 2011 3:09PM dan Osama Laden... korang 2 ni boring ah! balik-balik akidah... balik-balik akidah. akidah jubor ape kalo pasal manusia ni. bukan pasal tuhan! bongok nak mampus di bongok-bongok ular-la-mak.
bodoh nyer korang, korang tau tak ular-la-mak nasha tu kaya raya? mat sabu tu memperjuangkan rakyat bawahan?
kata demo2 tu jihad... kalo betul jihad, apa pasal ular-la-mak tu ponteng2 jihad?
bersangka baik? PUUUUIIIHHHH!!! kenapa ko sangka baik ngan rosmah tu jer??? PUUUUIIIIHHHH!!!
POORAH LA BUDAK2 PAS... pasal korang bodo2 ni, jadi susah lawan Najib...
Mana NASHA ATAU HADI AWANG bile demo??? KORANG 2 NI JUGAK BERDEGAR-DEGAR CERAMAH PASAL JIHAD? Jihad bawah ketiak bini??? Piirahh...
ULAR-LA-MAK!!!
Buang Haji Hadi dan Nasha! Buang Mustaffa Ali! Buang Hassan Ali!
Diorang ni ikut cakap UMNO! Buang!
Sapa guna TANPA NAMA, dia penakut!
Oiiii anak Rais, kalau x suke cakap pasal akidah….tak payah la ko perjuangkan AKIDAH sosialis ko yang sesat tu. PAS berjuang bkn sebab NASHA atau MAT SABU. Juga bukan kerana TG Hadi atau Nik Aziz. Tapi kerana Allah, agama ISLAM. Itulah AKIDAH. Macam ko jugak, pegi demo sebab perjuangan SOSIALIS yg tu. Tu la AKIDAH ko.
AKIDAH tulah yang mendorong perjuangan seseorang. Klu x de AKIDAH ko pun tak nak susah2 mencacai kat TT ni...Ape..ko ingat AKIDAH ni mcam cuingum ke...lepas kunyah ko buleh ludah TUUUIIIIHHH camtu je.? SO SIALLL LIST bole la...AKIDAH mesti ada dalam hati. Ko ingat pegi DEMO bleh tinggal AKIDAH ke. Klu mati, dalam kubo nnti ko nak jawab ape malaikat tanye : “Apa akidah kamu?” Ko nak Jawab ke : “Akidah aku SO SIAALLLLL LIST”!!
Oiiii anak Rais, kalau x suke cakap pasal akidah….tak payah la ko perjuangkan AKIDAH sosialis ko yang sesat tu. PAS berjuang bkn sebab NASHA atau MAT SABU. Juga bukan kerana TG Hadi atau Nik Aziz. Tapi kerana Allah, agama. Itulah AKIDAH. Macam ko jugak, pegi demo sebab perjuangan perjuangan SOSIALIS yg HAPRAK tu. Tu la AKIDAH ko.
AKIDAH tulah yang mendorong perjuangan seseorang. Klu x de AKIDAH ko pun tak nak susah2 mencacai kat TT ni...Ape..ko ingat AKIDAH ni mcam cuingum ke...lepas kunyah ko buleh ludah TUUUIIIIHHH camtu je ke. SO SIALLL LIST bole la...AKIDAH mesti ada dalam hati. Ko ingat pegi DEMO bleh tinggal AKIDAH ke. Klu mati, dalam kubo nnti ko nak jawab ape malaikat tanye : “Apa akidah kamu?” Ko nak Jawab ke : “Akidah aku SO SIAALLLLL LIST”!!
apek muallaf, mika becakap memang sedap .... merujuk kepada akhidah islam..... betoi dan beno belaka ...
tapi mengape oghang laghi daghi akhidah islam .....
oghang tengok contoh ......
zaman nabi dan sahabat serta ulama silam ... deme becakap dan deme buat ....
deme becakap bagi pehak ghakyat bawahan ....
deme tak becakap bagi pehak kapitalis ....
tu yang islam buleh bekembang hingga sepaghuh dunia ....
tapi bila contoh yang ade .... bikin tak serupa cakap ....
kebenaran dan hukum kebenaran hanya untuk oghang bawahan ...
'dewa kayangan' penentu kebenaran dan mengatasi (duduk diataih daghi) hukum kebenaran ...
pejuang terdahulu, 'melihat cermin' dahulu, sebelum menghukum ....
pejuang sekaghang ni ... menghukum dan terus menghukum ... bila sughuh 'tengok ceghomin' - melenting ....
ate .....!?
Catat Ulasan