Rabu, 17 Ogos 2011

MALAPETAKA ROSMAH DAN NAJIB




MALAPETAKA ROSMAH DAN NAJIB

Kali ini saya meminta para pembaca terbuka hati untuk melupakan segala fitnah dan tohmah yang telah dilemparkan kepada Rosmah dan Najib. Saya ingin membawa pembaca kepada realpolitik. Politik tentang kelas, ekonomi dan masa depan negara ini. Seperti yang sering saya tuliskan - kuasa politik ialah kuasa ekonomi. Siapa menguasi ekonomi akan menguasai politik. Ini realpolitik yang di eja dengan huruf k.

Para pembaca yang budiman, sila lupakan cerita dari Lebai Desas anak Desus yang mengatakan bahawa Najib pernah beranak dan beristeri dengan orang puteh ketika dia belajar di UK dahulu. Ini bukan politik. Lupakan juga cerita tentang Rosmah berhasrat agar anaknya akan berkahwin dengan anak Sultan Berunai. Ini bukan politik. Lupakan juga kesah Rosmah menggunakan khidmat bomoh dari India. Ini bukan politik. Jangan terikut-ikut dengan kesah ‘ nasi kangkang Rosmah ’. Ini hanyalah labon-labon Mak Cik Felda sambil-sambil makan kuaci ketika menunggu laki pulang dari ladang.

Saya mahu para pembaca sedar tentang politik dan ekonomi negara kita ini. Saya ingin membawa pencerahan agar para pembaca dapat menilai garis dan dasar negara. Saya juga mahu para pembaca dapat memahami dan menganalisa bukan sahaja politik tanah air malah dapat memahami politik dan ekonomi dunia. Ertinya, saya berharap tulisan ini akan membawa pencerahan untuk melahirkan fikrah yang kritikal. Dengan fikrah yang kritikal tidak mungkin hidung pembaca akan dapat diikat.

Justeru saya ulangi lagi tentang makna dan tanda Nakba. Saban tahun warga Palestin akan menyambut hari Nakba pada 15 Mei. Tarikh ini ialah hari malapetaka yang menimpa bumi Palestine apabila Isreal diwujudkan pada 15 Mei 1948. Kita di Tanah Melayu ada hari Nakba - hari Malapetaka. Pada tarikh 31 Ogos setiap tahun ialah hari Malapetaka untuk kita. Ini kerana pada 31 Ogos 1957 dahulu, United Malay National Organisation telah dinaikkan tahtha oleh penjajah British. Ditarikh inilah bermulanya Malapetaka dan musibah menimpa kita semua.

Setiap tahun semenjak 31 Ogos 1957 Tanah Melayu telah menyambut Hari Malapetaka ini. Ertinya selama 54 tahun Malapetaka telah menimpa kita. Memang betul, pada awalnya ramai warga tidak memahami apa yang saya paparkan. Tetapai generasi muda agak terbuka dan selesa untuk memahami dan menerima konsep Malapetaka ini. Sadikit demi sadikit kesedaran telah sampai. Tahun demi tahun pemahaman tentang 31 Ogos semakin meluas untuk difahami umum.

Contohnya : warga Tanah Melayu kini telah sedar bagaimana mereka telah ditipu dengan lagu Negara-ku. Dengan bantuan Lebai Google, warga telah melihat bukti bahawa Negara-ku adalah lagu ciplak. Melalui YouTube warga juga telah melihat dengan jelas bahawa Negara-ku ini tidak ada sangkut paut dengan ‘kebangsaan’ Tanah Melayu. Negara-ku, Memula Moon atau Terang Bulan bukan ciptaan anak watan Tanah Melayu.

Bagitu juga dengan bendera Malaysia yang berkibar sebagai lambang negara kita. Ini juga hasil ciplakan dari bendera Amerika. Jalurnya ialah jalur Star-Spangled Banner dan tidak ada apa apa yang gemilang pada bendera ciplakan ini. Kerajaan United Malay National Organisation sering mengancam untuk menghukum sesiapa yang tidak hormat kepada bendera dan lagu ciplakan ini. Mengancam dan menghukum untuk mendapat penghornatan adalah ciri asli Malapetaka yang menimpa kita.

Pada bulan Ogos 2011 ini musibah Malapetaka ini semakin jelas. Malah musibah Malapetaka semakin menjadi-jadi apabila Rosmah dan Najib mengantikan Abdulal Badawi di Putrajaya. Malapetaka pertama yang dibawa oleh Rosmah dan Najib ialah pembunuhan Altantuya. Memang betul kes ini diperlihatkan seolah-olah telah selesai. Tetapi, sedarlah wahai pembaca yang budiman bahawa dalam reapolitik kes Altantuya ini masih hidup dan bergerak ligat.

Pembunuhan Altantuya ini telah adalah Malapetaka yang membawa tergadainya tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura. Tanah yang bernilai tinggi ini telah ‘dicekup’ oleh Singapura. Pasti para pembaca akan bertanya apa kaitan Altantuya dengan tanah KTM? Kehilangan tanah ini ialah Malapetaka ekonomi untuk kita semua. Justeru apa kaitan Altantuya?

Untuk memahami Malapetak ini biar saya gunakan metapora bom nuclear Isreal. Israel dari zaman Monshe Dayan , Golda Meir, Shimon Peres tidak pernah mengakui sama ada Israel memiliki bom nuklear atau tidak. Dari segi straterji pertahanan ini penting kerana dasar ‘ entah ada entak tidak ini ‘ akan menjadikan manusia Arab sentiasa was was dan gentar. Tidak ada kepastian ini adalah strateji yang amat menakutkan.

Inilah taktik yang sedang dijalankan oleh Singapura kepada Rosmah dan Najib. Umum tahu melalui akuan bersumpah P.Balasubramaniam bahawa Najib telah menemukan Razak Baginda dengan Altantyuya yang ketika itu bekerja sebagai ‘penyedap ‘ Najib.Mereka bertiga bertemu di pertunjukan Intan Berlian di Pulau Sentosa. Jadi apa hebatnya?

Yang hebat ialah ada kemungkinan polis rahsia Singapura telah mengambil gambar Najib dan Altantuya ketika mereka berada di Singapura. Justeru seperti rejim Arab yang merasa cuak dengan bom nuklear Isreal, Najib juga akan sentiasa merasa takut dengan ‘bom gambar’ Singapura. Najib tidak akan tahu sama ada Singapura ada gambar itu atau tidak. Untuk Singapura pula ada atau tidak gambar ini bukan penting. Yang penting ialah Najib akan sentiasa takut . Ketakutan Najib ini membuatkan Najib mengikut apa sahaja khendak Singapura. Najib buka kena nasi kang kang Singapura apabila menjualkan tanah KTM dengan murah. Ini bukan kes nasi kang kang - ini Malapetaka untuk kita semua.

Ketakutan Najib ini juga sedang dimainkan oleh Amerika dan Australia. Dua kerajaan ini tahu bahawa Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Dari Wikileaks kita diberitahu bagaimana Pak Duta Amerika memberi laporan terperinci kepada Rumah Puteh tentang keterlibatan Najib dalam kes pembununuhan ini. Najib terus merasa takut. Najib yang takut akhirnya membenarkan tentera kita pergi ke Afghanistan. Najib yang takut ini telah membenarkan askar kita menjadi barua Raja Bahrain yang kini mendapat tentangan dari rakyatnya. Ini namanya Malapetaka.

Ketakutan Najib ini telah juga memberanikan Australia untuk menumpang semangkok. Tahun ini Najib telah bersedia untuk menjadi barua Austarlia apabila Malaysia bersedia menerima orang-orang pelarian Australia untuk ditempatkan di Malaysia. Malaysia bersedia dijadikan wilayah Australia dimana kerja-kerja imigresen Australia dapat dijalankan. Ini namanya Malapetaka.

Tidak cukup dengan malapetaka ini - kilang radio-aktif Australia telah juga dibenarkan dibuka di Gebeng, Pahang. Kilang yang amat merbahaya. Rakyat Australia telah menentang kilang ini dari dirikan di Australia. Rakyat Austarlia sedar akan bahaya kilang ini tetapi Najib telah membenarkan ianya dibuka di Gebeng. Ini Malapetka namanya.

Perwatakan Najib bagitu lemah sekali sehinggakan membolehkan Rosmah Mansor mencelah masuk sebagai menteri kabinet. Pernah dilaporkan bagaimana Rosmah Mansor telah mewakili kerajaan Malaysia ke Saudi Arabia untuk membincangkan hal pembelajaran dan bukan Menteri Pelajaran Malaysia. Untuk menambahkan pedih dikaki yang luka - Sharizat Jalil seorang Menteri telah jatuh tarafnya dalam lawatan ini. Mengikut laporan Bernama Sharizat Jalil telah pergi ke Saudi Arabia sebagai pengiring. Merosot taraf anak Mami ini. Ini namanya Malapetaka.

Abdulah Badawi dahulu dikenali sebagai menteri dula dalik. Najib ini bukan sahaja dulak dalik malah Najib ialah seorang yang amat amat penakut. Takut kepada Rosmah Mansor mungkin kita semua faham kerana Rosmah berbadan besar, gemok dan gempal. Takut yang maksudkan disini ialah takut untuk membuat keputusan. Ini Malapetaka.

Biar saya bawa ingatan tentang tunjuk perasaan 9 Julai dahulu. Lihat apa yang Najib lakukan. Ingatkan kembali kenyataan berdulak dalik Najib. Mula mula Najib ingin berjumpa Bersih kemudian kata tak nak jumpa pula. Najib juga membuat kenyataan boleh berdemo asalkan dalam stadium. Kemudian Najib berkata semua tidak dibenarkan. Flip flop atau dulak dalik Najib ini telah jadi bahan lawak.

Dulak dalik Najib yang awalnya jadi bahan lawak ini akhirnya membawa bahaya. Ingatkan kembali bagaimana Najib tetiba membuat kenyataan bahawa dia telah menyerahkan kuasa kepada polis untuk membuat apa sahaja keputusan vis a vis Bersih. Bunyinya pelik tetapi benar. Inilah perwatakan Najib Razak yang semakin mandul sebagai PM Malaysia. Ini Malapetaka.

Pada 31 Ogos ini kita akan menyambut hari Malapetaka. Tidak adalah malapetaka yang paling Malapetka sekali melainkan kemunculan Rosmah Mansor. Ini bukan fitnah. Ini realpolitik kerana Rosmah Mansor ini sedang mengawal ekonomi negara. Siapa mengawal ekonomi akan mengawal politik. Umum mengetahui bahawa apa sahaja projek sebelum diluluskan wajib mendapat lampu hijau dari Rosmah. Lampu hijau ini bukan tanda Rosmah sudah terbaring diatas katil menunggu Najib. Lampu hijau ini tanda projek ini lulus dan Rosmah telah mendapat potongan dari projek itu.

Jangan lupa Rosmah dan Najib ini adalah ‘ free loader’ atau bak kata Mak Cik Felda - suka makan free. Ini terbukti jelas apabila kenduri kendara perkahwinan anak Rosmah di Kazakhstan beberapa bulan dahulu telah menggunakan duit kerajaan untuk penerbangan, golek bantal dan makan minum di sana. Apabila kenduri yang sama diadakan di Kuala Lumpur - di buktikan sekali lagi bahawa bil jamuan makan malam kenduri ini telah dibayar oleh Jabatan Perdana Menteri. Kalau ini bukan Malapetaka ertinya maka Najib Razak tak kenal Ziana Zain dan Ummi masih anak dara lagi.

Kesampaian Malapetaka pada 31 Ogos akan datang sedang menunjukkan satu yang baru. Kini semakin ramai ahli United Malay National Organisation yang merasa kewujudan Malapetaka ini. Ada beberapa gerombolan United Malays National Organistaion kini telah mula berani menyuarakan keresahan mereka. Ada yang menubuhkan Ngo dan ada yang menerbitkan buku untuk menyedarkan pengikut United Malay National Organisation tentang Malapetaka yang sedang dibawa oleh Rosmah dan Najib.

Apa yang membezakan analisa mereka dengan pandangan dunia saya ialah Malapetaka untuk saya bukan dihasilkan oleh individu. Memang saheh, watak individu itu akan menyubur dan membugarkan Malapetaka. Najib yang lemah dan penakut akan membawa Malapetaka. Tetapi ada yang lebih penting yang melahirkan Malapetaka ini: sistem ekonomi. Pada 31 Ogos 1957 dahulu kita telah menerima pakai sistem ekonomi kapitalis.

Justeru Malapetaka yang saya hujahkan disini lahir dari sistem ekonomi yang dibantu oleh watak Najib yang lembik. Rosmah Mansor kini dibuktikan sebaghai pembawa sial bukan sahaja kepada Najib malah membawa Malapetaka kepada United Malay National Organisation.

Pada bulan Ogos 2011 ini media baru dan media antarabangsa telah mula meramalkan Najib Razak akan menjadi Perdana Menteri terakhir untuk United Malay National Organisation. Ini bukan Malapetaka untuk rakyat Tanah Melayu. Ini berita gumbira. Sebenarnya inilah dia Malapetaka untuk Muhyiddin Yassin.( TT)

nota:

tulisan ini telah keluar
di SUARA KEADILAN keluaran terbaru
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan
ini sila pukul talipon : 03-22-72-40-45


23 ulasan:

Beruk Ketawa berkata...

TT,

Ambo nak dengar Malapetaka yang dibawa oleh MAHAFIRAUN buleh...kah kah kah...kah kah

Kalau tak ada Malapetaka Mahafiraun..

Malapetaka yang dibawa Braheng Ali pun bule la...kah kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

OMFG!!! Spot on all the way! Thanks TT for these updates. There is no point to celebrate Hari Merdeka! I really see no farking point....

tok jenggot berkata...

salute la TT
kalau janjib baca mesti menangis sampai sahur.. nak beranchok pun tak boleh ngang..

cuba sekali2 kau pos kau punya cerita ni kat utusan meloya, sekarang meloya tgh cari bahan nak jatuhkan janjib.. diorg takde penulis sehebat kau TT..

tungkaran hati.blogspot berkata...

Sejak akhir-akhir ini kita telah melihat kebobrokan pentadbiran di PPinang, Selangor, Kedah dan juga Kelantan.(perhimpunan Bersih, gereja-murtad, bacaan Al-Quraan-Azan dan sebagainya)
Kebobrokan semakin tenat dengan sikap PAS yang hanya pentingkan undi dan pilihanraya(SPR?) tanpa mempertahankan akidah dan syiar Islam. Keadaan ini barangkalinya tidak akan terjadi sekiranya PAS tidak bersekongkol dengan DAP yang sememangnya anti-Islam....
Kembalilah PAS kepada perjuangan asal sebuah negara Islam bukannya negara kebajikan seperti yang direncanakan dan disukai oleh DAP....!
Jika PAS melihat UMNO jahil mentadbir negara...buktikanlah PAS adalah terbaik untuk seluruh rakyat di bumi Malaysia ini...bukannya sekadar berceramah dan bertazkirah sahaja!
Sesuatu yang manis dalam perjuangan adalah mengakui kesilapan sendiri dan tidak menyalahkan pihak lain.

Tanpa Nama berkata...

Dear TT,

WOW!!!!!!!

U R GREAT WRITER!

UR WRITING MAKES ME THINK THE REALITY OF OUR NATIONAL DAY.

BRAVO!!!!!

KEEP IT UP, TT.

Tanpa Nama berkata...

Syabbas bro. Syabbas...

Sebar luaskan. Sbb tu kita rasa peliks bila PM kita bertndak smcam.

Gua tak mau sambut merdeka lagi.

Tanpa Nama berkata...

bermula dgn sianak rajagopal bernama tunku asal dari negeri antah berantah. sengaja diajar omputih di unibersiti cambridge lalu diantar balik ke malaya utk jadi barua. the so-called fight for merdeka was a dramatic sham to incite the malays into believing betapa patriuutnya dia padahal dlm kepalanya penuh dgn masalah ompotih utk ditanggung: masalah pendatang dan hasil bumi yg kaya utk dikongsi-kongsi. with pretentious concern he took the conditional merdeka thru perikatan by removing the real native parties. senjatanya isa. tangkap jgn tanya! al kisah melalui situngku came horses, race course, lottery, wine, rum, pigs, dogs, nightclub, panggung and everything that is yellow.blah blah.....punca sebelum tu lu tanya la tt. tapi sejak sultan mahmud- kabonya mak dia yg memerintah dinatu eee- nakba belaka. geng jiko tak roti gak tak dapek den nak nolong do. yg den tau selamo ni ekau mengandar boban kalipa palsu. boss eh dajal omputih baik tunku baik najib. pasal bik mama tu boss boleh bagi apo sajo. bincek palsu pun buleh kah kah ...sesekali gua terdengar tt mendenggus:"go to hell la melayu!" hari ini jika melayu bersatu pun tak buleh menang undi!!! tu la bilo ado koso, ado agamo, ado nogori bagi lombu memerintah. kok tt jadi montori buleh belajar pa chu cheng kah kah kah! paling den sodih bilo moto eh berbunyi: dulu, kini dan selama-lamanya! waduh, sempuuuut dong!!!

Tanpa Nama berkata...

Sejarah Lagu Negaraku
Sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Lagu_Negaraku

Lagu ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan.

Pada tahun tahun 1956 semua negeri di Tanah Melayu mempunyai lagu kebesarannya sendiri. Walau bagaimanapun, belum ada sebuah lagu kebangsaan yang merangkumi bagi seluruh negara. Y.T.M. Tunku Abdul Rahman yang menjadi Ketua Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada ketika itu telah membuat ketetapan agar sebuah lagu kebangsaan dicipta sebelum merdeka. Beliau mencadangkan agar diadakan satu pertandingan mencipta lagu kebangsaan. Hasilnya sebanyak 514 buah lagu telah diterima dari seluruh dunia. Namun demikian tidak ada sebuah lagu dari 514 lagu yang dikemukakan yang dianggap sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan.
Jawatankuasa ini kemudian berpendapat satu cara lagi untuk memperolehi lagu kebangsaan yang baik ialah dengan menjemput beberapa penggubah lagu yang ternama untuk menciptanya. Dengan itu jawatankuasa ini membuat keputusan mempelawa beberapa penggubah lagu yang masyhur bertaraf antarabangsa untuk mencipta khas lagu kebangsaan ini. Mereka yang dijemput khas untuk menggubah lagu kebangsaan ini adalah terdiri daripada Benjamin Britten, Sir William Walton yang menggubah lagu perbarisan untuk permahkotaan Ratu Elizabeth II, penggubah opera Amerika Gian Carlo Menotti dan Zubir Said. Namun, hasil gubahan mereka juga ditolak.
Akhirnya Jawatankuasa ini membuat keputusan untuk mendengar kesemua lagu negeri yang sedia ada bagi mengenalpasti sama ada di antara lagu-lagu kebesaran negeri ini ada yang sesuai untuk dijadikan lagu kebangsaan negara. Setelah mendengar kesemua lagu negeri, Lagu Kebesaran Negeri Perak adalah sangat sesuai untuk dijadikan sebagai lagu kebangsaan negara.
Lagu ini telah popular di Mahe, Kepulauan Seychelles di mana bekas Sultan Perak, Sultan Abdullah menetap dalam buangan. Mengikut mereka lagu tersebut sangat popular di pulau tersebut dan selalu dimainkan oleh Pancaragam Perancis yang biasanya memainkan pelbagai lagu dan membuat pertunjukkan konsert untuk orang ramai di pulau berkenaan. Adalah dipercayai melodi ini telah digubah oleh seorang ahli Muzik bangsa Perancis bernama Pierre Jean de Beranger yang lahir di Perancis pada tahun 1780 dan meninggal dunia pada tahun 1857.
Lagu ini kemudiannya telah diperkenalkan oleh Bangsawan dari Indonesia yang sedang membuat pertunjukan di Singapura. Dalam tempoh yang singkat lagu ini telah menjadi popular di Singapura dan diberi nama Terang Bulan. Walaupun lagu ini menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak namun ia dimainkan juga di majlis-majlis sebagai lagu hiburan. Pada masa itu lagu ini terus menjadi Lagu Kebesaran Negeri Perak sehingga dijadikan Lagu Kebangsaan Malaysia dengan nama Negaraku. Selepas itu irama ini tidak lagi dijadikan sebagai lagu hiburan kerana dilarang.

Tanpa Nama berkata...

Indonesia mendapat kemerdekaan melalui penetangan berdarah, Filipina pn memperooleh kemerdekaan melalui pengorbanan jiwa.... tapi hakikatnya Malaysia mendapat kemerdekaan secara tawaran saripada British...sbb British rasa dah tkde kepentingan kt sini lagi

Tanpa Nama berkata...

Go to hell, la TT. Gua sokong Rosmah Mansor jadi PM Malaysia lepas Najib. Dia ada karisma macam Benazir, Corazon Aquino, dll. Hidup Rosmah!

Tanpa Nama berkata...

tuan tt
tulisan yang mendalam dan halus,malapetaka gerombolan bawa itu sama dengan yakjuj dan makjuj.memang umno bongok dan kita merdeka dari kominis bukan british kita tak pernah menentang british tak caya tanya gerombolan,tengok tv tunjuk askar melayu lawan kominis tak pernah askar melayu lawan british.zaman darurat british yang jajah kita bukan kominis tapi yang di lawan kominis pelik.patut penjajah yang kita lawan,kominis itu ciptaan british,tak reti baca buku dalam2

tzm

Tanpa Nama berkata...

JANGAN LUPA KIBARKAN BENDERA USA 21/8 NI!

Tanpa Nama berkata...

TT..saya perhatikan kali ini..walaupun tiap pagi petang malam kita dengan semua pengacara RTM dll selalu memberi arahan.."kibarkan jalur gemilang".. waktu Pak Lan menjadi PM "jalur gemilang" atas pagar-tepi pagar; atas kereta dan merata rata tempat..Tetapi sekarang hanya "banguan kerajaan mengibarkan Jalur Gemilang". "DiKota Kinabalu ada terdapat satu atau dua kereta daripada 10,000 yang mengibarkan Jalur Gemilang". Ada kah ini Tanda Malapetaka 31 Ogos 2011. Adakah ini tanda tanda bahawa rakyat sudah muak dengan pentadbiran PM Najib dengan Rosmah??
TT suruh pemberita kamu siasat samada pandangan saya ini ada kebetulan atau hanya angin saja??

Tanpa Nama berkata...

bukan nak cakap ape tapi najib memang babi.orang umno janganlah jadi bodoh.kalau ye pun nak tetap umno pegang naikkanlah orang lain.naikkan babi buat apa.negara rosak kau jugak melarat nanti.fine kalau nak tetap umno pegang.naikkan orang yang ada moral dan hati nurani serta smart untuk pimpin umno.say no to najib babi

P011 Pendang berkata...

aku ada cadangan:

kita sambut malapetaka tahun ni dgn hanya duduk rumah!! tak payah keluar.

bila mlm kita bergelap. nyalakan pelita atau lilin. tak payah susah-susah tengok TV dsb.

masa bergelap tu, kita cuba kenangkan nasib pejuang-pejuang kemerdekaan yg dilabelkan pengkhianat. kita kenangkan masa depan kita yg akan semakin gelap sekiranya gerombolan terus berkuasa. banyakkan solat sunat taubah dan mohon ampun dari Allah kerana selama ini kita telah menzalimi diri sendiri dengan mengundi dan menyokong dasar gerombolan.

tahun ni insyaAllah tahun ke-14 aku akan sambut malapetaka dalam gelap.

terima kasih aku ucapkan pada UJANG (kartunis) dia pernah tulis dan cadangkan sambut kemerdekaan dalam gelap :)

gengjahat berkata...

kah kah kah..mmg betul la ape tt cakap...aku mmg tak de hati langsung nak sambut merdeka (baca malapetaka)...buat malu je sambut merdeka, lagu negaraku ciplak, bendera ciplak, pastu suruh rakyat hormat...

serenity9260 berkata...

yeah,dinasti madey dan muyiddin akan berakhir tak lama lagi.lawan tetap lawan!!


Kamera Haba Kini Digunakan Untuk Mencuri Nombor PIN ATM!

Acilut berkata...

Kalau Umno tumbang, pasti DAP naik.

Jangan harapkan PAS, apatah lagi PKR akan naik.

Melayu Kontemporari melayu
haprak, melayu islam jahil!

Masa itu Melayu akan jadi hamba dan Islam pula dipijak2

Apamacam puas hati...

Bila diajaknya melayu Islam bersatu tak mahu, Ego ! masing-masing mengaku lebih Islam dari yang lain.

Tunggulah bala daripada Allah...

Tanpa Nama berkata...

Di Putrajaya, Najib dan Rosmah dikelilingi oleh orang orang yang hanya tahu mengangkat pelir sahaja. Tetapi rakyat jelata mencemuh dan membenci mereka tanpa disedari oleh mereka atau adakah mereka sedar tetapi tidak mahu pedulikan...Kalau betul ini dinamakan sombong yang teramat bodoh!Ini adalah permulaan untuk kejatuhan empayar UMNO. Wahai orang-orang UMNO, bangkitlah anda dari tidur yang tak berkesudahan... tegakkan kebenaran atau adakah anda tiada pelir????????

Tanpa Nama berkata...

saya setuju dengan Acilut..Malapetaka ke bila korang enjoy naik LRT, ERL, MONORAIL, bergambar sakan di Putrajaya, selesa dengan pembinaan KLIA, keindahan KLCC, terowong SMART dan macam2 lagi...ooo malapelataka konon...tapi gunakan juga kemajuan yg ada..haha...rasional sikit beb...jgn ingat malapetaka je..bila sedang makan nasi briyani korang lupa malapetaka tu semua..hahaha

Tanpa Nama berkata...

I just love the way you write lah...!!!

JinChrist berkata...

kepada,
tungkaran hati.blogspot

lu ada mabukkah?.

Apa yang dikupad satu dunia dah tahu.

God bless Malaysia..

JinChrist berkata...

kepada,
tungkaran hati.blogspot

lu ada mabukkah?.

Apa yang dikupad satu dunia dah tahu.

God bless Malaysia..