PARIT BUNTAR: Tiga Menteri Kabinet di Perak akan terus memberi sokongan kepada Menteri Besar,  Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Naib Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi, berkata sebarang spekulasi dalaman Barisan Nasional (BN) adalah tidak benar sama sekali.

"Kita (tiga menteri) beri jaminan program turun padang bagi ketiga-tiga menteri ini adalah untuk membantu Zambry bukanlah untuk mengganti Zambry.

"Beliau banyak memberi pembangunan dalam Perak, beliau rajin turun padang dan mesra rakyat," katanya.