Jumaat, 8 Jun 2018

BERITA TUKAR TIUB





Hishamuddin Rais menafikan ada memuat naik artikel berbaur hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, di blognya dan membuat laporan polis berhubung perkara itu. – Gambar fail the Malaysian inight, 8 Jun, 2018.

Hishamuddin nafi siar artikel berbaur hasutan terhadap Agong

AKTIVIS sosial, Hishamuddin Rais menafikan beliau memuat naik artikel berbaur hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, di blognya, semalam.

Peguamnya, Zaid Malek berkata Hishammuddin membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, petang tadi dan mendakwa blognya digodam oleh pihak tertentu yang menulis dan menyiarkan artikel berkenaan.

“Susulan itu, polis memanggil Hishamuddin untuk memberi keterangan di Balai Polis Petaling di sini malam ini bagi membantu siasatan dan tiada tangkapan dilakukan,” katanya.

Zaid berkata proses merekod keterangan itu mengambil masa selama 80 minit dan selesai pada jam 12 tengah malam tadi.

Difahamkan Zaid menemani Hishamuddin ke balai polis itu kira-kira 10.30 malam setelah berhubung dengan pihak polis yang menyiasat dakwaan tersebut.

Semalam, lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Pahang membuat laporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan terhadap Hishamuddin yang didakwa memuat naik artikel berbaur hasutan tersebut.

Hishamuddin didakwa memuat naik artikel itu di blognya www.tukartiub.blogspot.com.

Bagaimanapun, Hishamuddin difahamkan memadamkan kenyataan itu selepas salinan tangkapan skrin mengenainya tersebar di laman sosial. – Bernama, 8 Jun, 2018



----------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Uboooo.....wakakaka

Tanpa Nama berkata...

Blah la tt. Dah baling kedah pastu takde telor nak mengaku, suruk belakang kak ros gedempol. Aku hantar komen membela agong dan anwar takde pun kau siar maknanya sah la kau yang penulis adegan hasut tu dan censor komen aku

Tanpa Nama berkata...

Abis da tukar lagi la kalau mcm ni.. dulu kena skang pun kena...