Sabtu, 9 Jun 2018

KEMUDIAN BACA IN DAN FAHAMI



KEMUDIAN

BACA INI

DAN FAHAMI


Kritikan Anwar: Tolong Baca Tulisan Asal Saya


A Kadir Jasin
Mengikut laporan portal berita Free Malaysia Today (FMT), Anwar “mengkritik” saya “kerana menggunakan kedudukan saya yang dekat dengan kerajaan untuk menyerang raja-raja Melayu dengan fakta yang boleh dipertikaikan.”

Beliau berkata, bukan sahaja kata-kata saya boleh dipertikaikan, tetapi raja-raja tidak boleh menjawab kata-kata menghina itu.

“Kita menghormati hak semua orang untuk menyatakan pandangan, tetapi mereka perlu menunjukkan rasa hormat dan dibuat secara tertib,” kata Anwar dalam sidang media selepas pertemuan dengan wakil-wakil rakyat PKR di Hotel One World, Petaling Jaya, malam tadi.

Saya serahkan kepada para pembaca dan pembahas mengadili saya berdasarkan “kritikan” Anwar itu dengan membaca balik dan memahami hujah saya mengenai hal berkenaan.

Rencana pertama saya dalam bahasa Melayu bertajuk “Masukkan Institusi Raja Dalam Reformasi” (Sinar Harian 27 Mei) dan kedua, tampalan blog saya dalam bahasa Inggeris berjudul “Constitution: The King and the Pauper” pada 4 Jun.

Berkenaan tuduhan Saudara Anwar bahawa saya “menggunakan kedudukan saya yang dekat dengan kerajaan untuk menyerang raja-raja Melayu” adalah tidak benar oleh sebab saya secara terbuka berkata dalam mukadimah tulisan saya bahawa segala pendapat adalah pandangan peribadi saya dan tidak ada kena mengena dengan sebarang jawatan yang mungkin saya sandang.

Berkenaan dengan apa yang Anwar maksudkan sebagai “fakta yang boleh dipertikaikan” itu, silalah pertikai dan berikanlah fakta yang betul. Kalau saya silap saya akan buat pembetulan dan saya mohon ampun.

Beliau mendakwa saya mempertikaikan keperluan beliau menemui Raja-raja Melayu.

Saya tidak pertikai. Saya hanya berkata raja-raja tidak perlu jaminan atau keselesaan kerana kedudukan mereka dijamin oleh Perlembagaan.

Saya tidak menafikan hakikat “Pakatan Harapan berusaha keras untuk mendapatkan sokongan Raja-raja Melayu.” Cuma kemudian baru saya tahu bahawa selain Anwar, ada pemimpin lain PH yang menghadap raja-raja.

Saya tidak berhasrat mencetuskan polemik dengan Saudara Anwar kerana ini tidak perlu. Sesiapa saja yang ingin mendalami dan memahami apa yang saya tulis boleh kembali membaca dua makalah berkenaan yang pautannya saya beri di atas.

Bacalah apa yang saya tulis bukan apa yang dipetik dan diolah semula oleh pelbagai pihak.

Terima kasih.
Wallahuaklam.





------------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bulan puasa ni banyak orang sewil tukar tiub digodam oleh hissamudin Rais hissamudin police reported jumpa cik inspector cun bontot lentik ini spesis jamal pak tongkol

Tanpa Nama berkata...

Pakcik akadir jasin not guilty the acting is close and cleared