Isnin, 8 Januari 2024

AMERIKA TAKUT PERANG MEREBAK



Perang Israel-Hamas boleh merebak, kata Blinken

SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken berkata perang di Gaza mungkin merebak dan mengancam kawasan di Timur Tengah, melihat kepada konflik Israel-Hamas yang semakin meningkat.

“Ini adalah saat tegang di wilayah itu. Konflik ini boleh merebak ke kawasan lain dengan mudah, menyebabkan lebih banyak keadaan tidak selamat dan kesengsaraan,” katanya di sidang media di Doha, bersama Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani.

Konflik itu bermula pada 7 Oktober selepas pejuang Hamas melancarkan serangan balas terhadap Israel yang menyebabkan 1,140 kematian, kebanyakannya orang awam yang ditembak Israel.

Hamas turut menawan 250 tebusan, dengan 132 daripadanya masih dalam tawanan.

Israel kemudian melancarkan kempen perang dengan membedil bom tanpa henti dari udara dan darat yang setakat ini menyebabkan sekurang-kurangnya 22,835 rakyat Palestin di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak mati syahid.

Blinken berkata amat penting untuk Israel mengutamakan keselamatan orang awam dan operasi dijalankan perlu direka seiring dengan melindungi orang awam dan membenarkan bantuan kemanusiaan diberikan kepada rakyat Palestin.

Di tengah-tengah krisis kemanusiaan yang makin parah di Gaza, Blinken berkata orang awam perlu dibenarkan pulang sebaik saja keadaan mengizinkan.

“Mereka tidak boleh ditekan untuk keluar dari Gaza,” katanya selepas dua menteri Israel mengesyorkan rakyat Palestin digalakkan untuk berpindah. – AFP, 8 Januari, 2024.

AMERIKA MULA

TAKUT PERANG

MEREBAK

KAH KAH KAH

KINI AMERIKA

BAWAH TELUNJUK

ISRAEL

KAH KAH KAH

ISRAEL MAHU

AMERIKA SERANG

IRAN

JENG JENG JENG

AMIN

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Kahkahkah Amirika sorang Iran .. yo ko .. toghigat den Amirika sorang Vietkong.