PAGI INI
PAGI IN
25 MEI 2025
MUSIM PANAS DAH MASUK
RASUAH AZAM BAKI
Dalam negara kita ini takda sapa percaya bahawa rasuah sedang di lawan. Ini amat jelas. SPRM telah jadi senjata politik untuk lawan musuh-musuh Anwar Blackrock.
Semua musuh Anwar Blackrock macam Mail Sabri akan terus di godam oleh SPRM. Kenapa ? Kerana Ismail ada potensi untuk singkirkan Anwar Blackrock.
Lihat saja bagaimana Azam Baki kepala rasuah diangkat dan di julang kah kah kah. Satu ketika dulu Anwar Blackrock bukan main tibai Azam Baki.
Lihat pula kes Zahid Hamidi. Kes di Sabah.
Semua jelas bahawa barua yang bermasalah ada barua yang setia. Barua yang ada kes rasuah jadi kepala SPRM akan jadi barua setia ikut arahan. AMIN
UKRAINE
Ibu kota Ukraine – Kyiv kena serangan drone dari Rusia. Ini serangan yang besar untuk malam ke dua.
EROPAH
Kesatuan Eropah mahu berunding dengan Trump satelah Trump kenakan tarif 50% ke atas barangan dari Eropah masuk ke Amerika. Jangan ancam Eropah kata kepala niaga Eropah.
AMERIKA
Mahkamah halang Trump dari menghantar 8 pendatang haram ke Selatan Sudan.
INDIA
Soldadu India tembak mati seorang Pakistan yang cuba lintas sempadan Kashmir.
BELGIUM
Bakal Raja Perempuan Belgium yang sedang belajar di Havard kini dalam krisis. Trump batalkan pelajar asing belajar di Havard
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Mata hari dah keluar cahaya masih lembut. Langit biru berawan putih. KL & KL Sentral berjerebu nipis.
Sana sini gua dengar suara Tekukur. Atas bukit dalam gaung suara di dengar. Tiong lompat melompat atas batu nesan.
Ha ha gua hari hari lintas POKOK ARA. Ini Pokok amat penting. Setahun dua kali akan berbuah. Ratusan burung termasuk Punai akan datang makan di sini. Tahun ini PESTA ARA belum lagi. Bila?
Hari ini akan panas. Kemarin panas hingga ke malam. Jika malam ini angin tak ada maka hujung minggu jadi hangat.
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI AHAD
BRO
Kita ada dua telinga dan satu mulut. Ertinya banyak mendengar dan kurang bercakap.
BRO
Lu perlu toleran pada orang lain. Pada diri lu sendiri lu wajib keras.
BRO
Lu kurangkan keinginan untuk memiliki. Maka lu akan gumbira.
BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT KE GEREJA
SELAMAT BERCUTI


1 ulasan:
tapi nuar kata azam saham kuat lawan rasuah...tak ada orang lain dalam malaysia ni yang paling kuat lawan rasuah macam azam saham.. kah kah kah
Catat Ulasan