Khamis, 22 Julai 2010

BACA BERITA INI BETUL BETUL



AKHBAR PENYAPU MINDA RAKYAT




LEBIH BAIK BERPECAH DARI DERHAKA KEPADA ALLAH – harakah daily

Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah.

Dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada Harakahdaily, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mempersoalkan, apakah apa yang dibuat oleh Umno sekarang untuk perpaduan bangsa atau Islam.

Beliau dipercayai mengulas usaha yang dibuat oleh Mufti Perak, Harussani Zakaria yang cuba mengheret PAS agar bersatu dengan Umno atas landasan untuk kepentingan Melayu dan Islam.

Ia dilihat sebagai usaha untuk menyelamatkan Umno yang sedang karam dan cuba untuk menyeret PAS ke arah permasalahan itu.

KAH KAH KAH…

woit… INI SATU KENYAATAAN YANG AMAT TEGAS… kah kah kah…

woit…INI SATU KENYAATAAN YANG AMAT JELAS…. kah kah kah..

nota:
sila baca yang bawah ini



JANGAN TERPERANGKAP MAIANAN MEDIA
– harakah daily

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mengajak pemimpin dan ahli PAS di semua peringkat tidak terjerumus dalam mainan media Umno berhubung isu kerjasama Umno-PAS
Peringatan itu dilontarkan bagi mengelakkan salah faham dan kekeliruan di kalangan rakyat berhubung kenyataan balas pemimpin yang sering diputar belit media arus perdana.

"Saya selaku Timbalan Presiden PAS ingin menegaskan bahawa semua ahli dan pimpinan PAS supaya jangan terikut-ikut dengan rentak yang dimainkan oleh media arus perdana.
"Kebelakangan ini, isu kerjasama antara PAS dan Umno kembali dipaparkan oleh media-media arus perdana sehingga mengelirukan sebahagian ahli PAS dan masyarakat Malaysia umumnya.

Malah, pihak media telah mendapatkan beberapa pandangan daripada pemimpin-pemimpin PAS di peringkat pusat, negeri dan kawasan berhubung perkara ini," katanya dalam satu kenyataan.

PAS, katanya sangat percaya media-media pro-Umno ini akan menimbulkan persepsi baru sehingga boleh merapuhkan wehdah atau kesatuan dalaman PAS sendiri.

"PAS masih lagi berpegang dengan ketetapan yang telah dibuat dalam muktamar-muktamar yang lalu.

"PAS akan terus memfokuskan kepada gerak kerja mendepani Pilihanraya Umum Ke-13 untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru," katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok menyeru kepada seluruh pimpinan dan ahli agar dapat melipatgandakan usaha untuk memantapkan organisasi terutama diperingkat cawangan dan kawasan serta menambahkan keahlian baru PAS semaksimum mungkin.

Isu kerjasama PAS-Umno terus dimainkan Umno dan juga media pro mereka dalam usaha memancing PAS dan mahu melihat PAS berpecah.

Terbaru, akhbar Utusan Malaysia hari ini sekali lagi memutarbelitkan kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan sehingga menggambarkan beliau pro-kerjasama PAS-Umno.

Akhbar itu kononnya memetik tulisan dari blog Nasrudin namun secara jelas beberapa perkataan diubah bagi kepentingan politik Umno-BN.

Nasruddin ketika mengulas perkara itu berkata, beliau kesal dengan sikap akhbar tersebut yang cuba memesongkan maksud sebenar tulisannya dalam blog http://episodeperjuangan.blogspot.com.

"Tulisan saya diambil secara tidak beramanah dan Utusan telah menjatuhkan etika kewartawanan.

"Saya memberi peringatan kepada pihak akhbar tersebut dan minta supaya membuat permohonan maaf secara terbuka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai khususnya ahli dan penyokong PAS merujuk senduri tulisan asal di blog beliau dan tidak mudah menerima bulat-bulat laporan Utusan yang juga alat propaganda Umno BN.

KAH KAH KAH…

woit… BUKAN MAINAN MEDIA…. kah kah kah..

woit… JANGAN KUNTAU MUNTAU…. kah kah kah..

woit…JANGAN KELINTAU KELINTAU…. kah kah kah..

kah kah kah…. INI BUKAN MAIANAN MEDIA…. INI RACANGAN GEROMBOLAN… kah kah kah..

woit…. INI STRATEJI GEROMBOLAN UNTUK PECAH KAN PAS DARI PAKATAN… kah kah kah..

woit… INI PERANCANGAN …. BUKAN PERMAINAN…. kah kah kah…

nota:
ini berita lengkap dari harakah daily

lihat:

"PAS akan terus memfokuskan kepada gerak kerja mendepani Pilihanraya Umum Ke-13 untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru," katanya lagi.

tidak ada disebut untuk bekerjasama dalam pakatan untuk membentuk
kerajaan pesekutuan yang baru.

tidak ada kutukan terhadap gerombolan
yang diingatkan hanya mainan media

sekali katak melompat
sudah dikenali zahrin
atau pun zul kah kah kah


11 ulasan:

pak leman berkata...

habis jahanamlah pr...pas dah nak terbarai.
Geng perpaduan dah menguntau...anwar takkan senyap je..?

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan komen TT.Geng Perpaduang nak main wayang.Lihat siapa bela siapa.Nasaruddin bela Nasaruddin.Tanya Tim.Presiden PAS tu,siapa jumpa Harussani?Dia pun pernah buat kerja jumpa UMNO dalam gelap.Ahli-ahli PAS wajar tahu,faham dan kenal siapa musang,siapa ayam.

umar al khattab berkata...

"LEBIH BAIK BERPECAH DARI DERHAKA KEPADA ALLAH"

..kenyataan yang sangat tegas. Tahniah

..ini barulah tolak dunia, ambil akhirat.

..jangan tak ikhlas sudahlah kah kah kah

"di akhir zaman, fitnah itu umpama sepotong malam yang gelap"

ha ha ha berkata...

Isham..

Weeekkkkkkkkkk...ghetik aku mendengor cerita berpadu-padu ni..

Cukupler sior berita padu-padu ni..

Pegi jahanam dengan berita Berpadu-padu..yang kita dok layan cerita gerombolan tu watpe...menyusahkan aje...baik cerita tentang Barang naik ke...Waran rosak ker (Woit waran boleh rosak ke?) bodoh melantun ..ha ha ha..

Ahli 3.1 juta...ha ha ha...tu termasuk yang melompat ke PAS, PKR dan yang telah lama arwah (ahli Hantu Umno) ..tak lupa juga nama-nama pendatang asing yang di paksa masuk UMNO ...ha ha ha.

Tanpa Nama berkata...

Kepada pemimpin-2 Pas yang sayang sesangat kepada UMNgOk tu... ada baik korang saje lah berpadu-padu ngan UMNgOk tue... tak yah le heret semua ahli PAS berpadu-padu ngan UMNgOk tu..

Tanpa Nama berkata...

2 kata melayu ni bodoh.. cuba cari isu yang boleh tibai umno kaw2.. la ni semua hak melayu dah xda, mcm biasiswa jpa, kouta melayu untuk ke universiti dah dihapuskan, taraf hidup makin tinggi, agama islam dipersendakan dan sebagainya.. isu macam ni yang patut PR dan penyokong pembangkang utarakan.. UMNO nak alihkan isu semasa depa buat la isu Perpaduan ni.. 2 pun x reti..

Dr Rita Coolidge berkata...

inilah akibat melacurkan agama sendiri untuk tujuan duniawi...

Lang berkata...

nabi pon tak berpadu2 dengan bangsanya quraisy yang ingkar pada allah... apa teruk ke kalau tak bercium molot dengan puak sendiri yang pakai logo lain...

nabi seru bersatu dalam islam tak kira bangsa yaman ke, habsyah ke, arab ke, ajam ke?... bersatu pon untuk taat kepada hukum allah... bukan kuasa nak kumpulkan harta...

masing2 check balik talian dengan allah... ada putus2 tak... talian palsu ke idak?

Tanpa Nama berkata...

tak lama isu ni basi la. sekadar hangat tahik ayam. macam yang lepas jugak. Ameno ni ibarat hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong...malu la sikit.

Tanpa Nama berkata...

2 3 katak mmelompat,pasti katak depan skali brahim ali..kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Geng2 baju batik songkok tinggi ni bila keluar (dgn sengaja) isu perpaduan, isu kerjasama yg direka2 oleh puak2 bengong tu... mereka semua akan segar....macam ayam jumpa taik....
contoh kisah Alwi ketereh ikut sebut kisah kunun mantan KP Pas Salahuddin Ayub pernah jumpa beliau tahun 2006 nak bincang soal kerja sama Umno-Pas...2006...2006 nak ambil kira lagi....hang tido ker...kini dah 2010; 2008 UBN jatuh moyok dan busuk hingga kini. Kini sedang cari tali hayat....

-Aku juga Melayu-