Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 22 Julai 2010

SENYUM KITA LAGI PAGI INI




SATU LAGI BAHAN BUKTI UNTUK LUBANG SAIFOOL





POLIS BATAL LAGI GELEDAH IBU PEJABAT PKR
- mkini

Polis membatalkan lagi tindakan menggeledah ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini walaupun berjaya mendapat waran daripada majistret.

Ketua Komunikasi PKR Johnson Chong berkata beberapa orang anggota polis daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Seremban membatalkan perkara itu setelah didapati waran yang dibawa "rosak" dan "ada kesilapan teknikal".

Sebelum itu, kira-kira 11.30 pagi tadi, berikutan siasatan terhadap seorang ahli majlis pimpinan pusatnya Badrul Hisham Shaharin, polis tiba di tempat kejadian bagi mendapatkan komputer yang digunakan oleh penulis blog itu.

Kelihatan sekurang-kurangnya tujuh polis lengkap berpakaian seragam berada di ibu pejabat parti itu tengah hari tadi.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
komputer telah dilihat melarikan diri
apabila polis menyerbu masuk kah kah kah

5 ulasan:

majistretloyarahlimuzik berkata...

Ketua Komunikasi PKR Johnson Chong berkata beberapa orang anggota polis daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Seremban membatalkan perkara itu setelah didapati waran yang dibawa "rosak" dan "ada kesilapan teknikal".

kah kah kah berderai persidangan meja sarapan kami pagi ni bro...member PDRM (kasta baik punya hehee)kami kata..kalau 'rosak' kenapa umum dekat paper.?!...nak minta kena buang kerja!...ini mesti taktik menakut-nakutkan jak ni..kah kah kah

Edyes berkata...

salam tuan, minta bg laluan utk artikel ini.

Terima Kaseh

Tanpa Nama berkata...

Rosak? waran menggeledah boleh rosak.. rosak pasal apa.. ni mesti waran tu dah digigit tikus... banyak tikus rupanya kat balai tu... Kesilapan teknikal? aik... waran boleh silap teknikal... macam tu ye... kalau silap taip mungkin juga... kerani mahkamah tersalah taip... patut alamat pejabat PKR... kerani tertaip alamat umah saifool al-juburi

Suku Samdol berkata...

TT, komputer Chegu Bard melarikan diri sebab takut kena rembat pungkok dia ... awwwww
kah kah kah.

Lang berkata...

komputer lari diri?...

nasihat umum untuk pemilik komputer...

sila pastikan komputer meja dan komputer riba anda digari kakinya... gari2 kaki boleh didapati disemua kedai komputer berdekatan pada harga RM9.90...

dengan gari komputer anda pasti tak lari...