Sabtu, 6 November 2010

DI SINI KLUANG - KOTA INDAH


DARI LORONG SYED OPUTRA KIRI KE KLUANG



kami mengambil jalan lama untuk ke kluang
telah bosan dengan lebuh raya - bergerak jam empat
petang - seharusnya bermula jam tiga - ada gangguan.

melinatsi semenyeh mantin ke arah seremban - jalan ini
belum pernah aku lalui atau aku telah terlupa. berhutan indah
sesiapa yang belum melintasi jalan ini- sila lakukan sekarang
sebelum semuanya rosak dan mamai. bila melintasi jalan jalan
ini maka cukuplah syarat untuk menjadi warga malaysia yang
peka terhadap keindahaan alam.

untuk lebih menikmati jalan ini naik basikal atau berjalan kaki.


SEREMBAN

seremban satu kota yang ketika aku membesar dahulu cukup
aku mimpi mimpikan. ini kerana aku di jelebu. kini seremban
adalah pekan bangkai yang tidak memiliki karekter - nak kata moden pun tidak
nak kata klasik pun tidak - inilah contohnya
pekan yang telah di hancurkan oleh mat pendek mat isa -
bayangkan lake garden yang indah permai dahulu telah hancur - kalau
sesiap jumpa mat isa - tonggengkan pungung dan kentut kan dia sekali.
cakap dengan dia yang kita tak jumpa di pandang mashar lagi - dah muak
tengok muka dia di negeri sembilan. di padang mashar nak cari benda lain.

lalu berhenti mencari tempat makan - kedai minang- aku minta
roti canai - roti najib - garing - makan dengan ikan susu
dan kuah rendang - enak.

menuju ke tampin - mencari rumah j.shsm 66 jalan tampin n9 - tak jumpa
lalu mengarah ke gemas - melintasui gemencheh - tempat sepupu rosmah mansor
melakukan pembunuhan seram - ramai orang kurang sedar bahawa anak muda ini
mengahdapi sakit jiwa. sakit jiwa ini turun temurun
god save malaysia!!! kah kah kah.


REMBAU

kawasan paling palat kerana yang menjadi YB
disini ialah orang kedah. tak tahu macam mana
malaon ini telah mengakui dia orang rembau.
dalam adat perpatih - yang penting darah ibu bukan
baka ayah - ibu budak hitam ini dari kedah
kerana itu dia hitam legam - amat jarang orang negeri
sembilan legam kulitnya.

macam mana orang rembau kena kelentong - biasanya
orang negeri tak akan suka orang luar atau orang
'semenda' dijadikan pemimpin mereka.

nota: cik gu bard - lakukan sesutau untuk menghilangkan
contengan arang di muka rembau kah kah kah

GEMAS

aku terkecing di tepi longkang
yang lainya tak penting

SEGAMAT

berhenti kedia kopi - kopinya palat malat
jangan sesekali masuk minum kopi
di kedai kopi emas di tengah bandar - aku membeli
kueh lapis untuk persediaan hari raya haji.

kemudian bergerak ke arah kluang - tapi tersangkut di kedai
bundle - dua mamat bangla padai cakap melayu yang mengendalikan
kedia bundle ini. ketika aku masuk - seorang dari mamat
bangla ini sedang masak di dapor - demi zeus - asap dari masakan
bangla ini menerkam mata dan hidung - hampir hampir sama
dengan gas pemedih mata - lalu kau melaung meminta hentikan
memasak dan aku sedia memberi duit mamat ini untuk pergi membeli
bak ku teh kah kah kah


SAMPAI

mencari kedai makan - bertemu warong tepi sungai
yang ada jambatan gantung - kawan aku mengatakan ini bukan sungai
tapi longkang - kami bertengakar - - aku akan mebawa kes ini
ke PBB untuk memastikan lalun ayer di kluang ini
akan di gazet sebagai sungai.

aku makan kway teoy goreng - makan asalkan jangan lapar -
tak sedap - kawasan ini cukup sedih - malap dan memalapkan
jiwa - keadaan macam aked mara - kosong dan sunyi.

satay ayam ok - masih lagi memakai lidi penyapu, kuah satay yang
terbaik yang pernah aku rasa - mungkin akan mencuba lagi.

TIDOO

aku bermimpi ! agak agaknya apa yang aku mimpikan dalam bilik hotel ?
kah kah kah


PAGI INI :

bagun jam 9.30 pagi - kawan aku membuka tingkap dan
EUREKA ! ada kedai dim sum disebelah hotel - aku memag suka dim sum
di KL aku selalu ke jalan ipoh makan dim sum - dim sum ini asalnya
untuk minuman pagi - sekarang telah jadi makan sepanjang hari
ketika aku di london aku selalu ke GREAT WALL
di china town leceister square untuk makan dim sum -
semua kekasih eropahaku - aku perkenalkan dengan dim sum
mereka akan terperanhat bila aku memakan kaki itik dan kaki ayam
lalu aku terangkan -lelaki yang makan kaki itik dan kaki yam
amat bijik diatas katil

selalunya aku berjaya sesudah makan dim sum - kerana aku akan
menerima soalan - are u sure?

dan aku menjawab.. try me.. kah kah kah

nota:
hukumnaya untuk berjaya di ranjang katil
makanlah dim sum selalu

KOPI STESEN

ini kopi klasik semenjak tahun 1936
tapi aku gagal pagi ini - sesudah dim sum
menuju ke stesen tapi penuh dengan pelanggan -
yang beratur beratur - yang berdiri berdiri - semuanya
menunggu tempat.

aku rasa seluruh stesen kulang ini wajib di gazetkan- jangan diubah ubah
termasuk kedai kopi ini. biarkan ianya menjadi seperti sedia kala.

di brussels ada cafe SUBIT MORTE - cepat mati - telah 100 tahun lebih
umurnya - dindingnya kuning kerana asap rokok - setiap kali aku
ke brusells aku akan singgah di cafe ini - para intelectual peranchis
sering ke sini - malah aku diberi tahu margritte ( siapa tak tahu siapa mamat ini
sila tanya lebai google) sering ke sini sebelum wafat

beralih mencari satu lagi cabang cafe ini - juga penuh - lalu aku sedar ini
hujung minggu dan ada cuti panjang - maka kota kluang penuh dengan pelancung

akhirnya kami bertemu dengna kedai kopi tak jauh
dari hotel aku dan tak jauh dari kedai dim sum
nah - bayangkan betapa nikmatnya - semuanya disekitar hotel.


PESTA SABTU INI

tadi aku berjalan dan melihat tempat dimana pesta akan muda ini akan diadakan-
aku lihat pertandingan papan luncur sedang berjalan - nah ! ini
sukan anak muda - bukan sukan jenis aku - aku ingin mencari
kedai gunting - biasanya setiap kota yang kaku singgahi aku akan
ke kedia gunting untuk bercukur.

tempat terpancut lagi dikenang
inikan pula tempat bercukur


aku berjaya menemui tempat bercukur di atas perhentian bas -
dua lelaki melayu yang menjadi tukang gunting - pasti hari ini
tidak ada kedai gunting orang india yang dibuka - pesta cahaya masih
berjalan lagi.

AKU DI DSINI

dalam kedai internet ini - hingar bingar dengan anak anak
muda china bermain komputer - di sebelah aku budak chia mungkin
berumur 7 tahun sedang gagah tembak menembak - di kiri satu kerusi kosong
sebelah kerusi kosong anak muda melayu mungkin 9 tahun
sedang dengan gagah berani membunuh musuh

ini lah moden
membunuh menjadi nikmat yang paling di minati
menembak mungkin menselarakan shahwat muda mereka
pasti anak anak ini
tidak akan menikmati sajak usman awang
tidak membaca siti salina
tidak kenal dengan hamka
tidak tahu apa dia siri zubaidah
jauh sekali hikayat hang tuah
jauh sekali faridah hanum
jauh sekali ali dan nina

mereka suka menembak

demi zeus kalau aku seoarng jutawan
aku akan taja semua anak anak dalam siber cafe ini
aku akan hantarkan mereka ke falujah
aku akan hantarkan mereka ke tora bora
aku akan hantar kan mereka ke peshawar

tembak
dan tembaklah sayang
sepuas puas hati mu
jangan
jangan
jangan buat bising lagi
kerana aku sedang menabur fitnah
dalam blog aku kah kah kah


OK -jam hampit jam tiga aku merasa lapar
tadi aku ternampak kedai minang

ketika berjalan aku selalu mengamalkan
jangan makan kenyang - makan berkali kali
untuk merasakan semua masakan di klung

tadi - di hadapan hotelaku aku ternampak
kedai makan asam pedas - semuan ini wajib
aku rasa -

untuk mereka yang bertelor dirumah dan membaca tulisan ini
yakinlah kluang ini kota menarik -

MALAM INI ?

aku belum tahu apak nak buat malam ini
kah kah kah

17 ulasan:

Cob Nobbler berkata...

Lu penah makan roti canai dengan asam pedas Sham?

Hanya di Johor - in this case,hanya di Kluang.

Kampung gua - gua rindu buah pulasan,manggis,duku dan mangga kampung gua

Kampung Bentong Luar - sebelah Kem Mahkota sebelah hospital

Sayang - kerana alasan maju jadi maju
Mahu jadi membangun

Lancau semua kena radah
Sekarang dah takde
Panggil Taman Seri Kluang.

Sejak tu gua dah tak balik kampung lagi.

Apa khabar orang Kluang?
Gua dah lama tak jenguk Kluang.

mungkin salah seorang dari yang tembak menembak
dalam game tu
Adalah sepupu gua
Siapa tahu

kahkahkah!

layankan je pekan kluang bai!

Lau Tze berkata...

best ulasan..tapi aku tak tau akal pokoknya kah kah kah..

helmy berkata...

woit tt...malam ni hg taktau nak buat apa?jom kita p dangdut

PakcikHOT berkata...

jujur wa katakan.. wa respect dengan cara penyampaian dan penulisan lu.. walau kadang² agak sinikal.. tapi wa fikir cara ini lebih free & bebas..

1 lagi, wa sampai kluang ujung bulan lepas.. wa pegi kluang cafe, tapi yang berciri moden la (branch baru).. sbb wa lalu kat railway station tu penuh, even waktu wa pegi tu pukul 3petang hari kerja (jangan pesong ar! wa tak mengular.. tapi on my way balik kelumpo, out station kat johor)

MHH berkata...

nasi lemak world ada dekat2 dgn bandar kluang tu.

nasi lemak dia 4 lauk kalau tak silap.

terbaik!

cicit ngah layor berkata...

Ader ker terjumper restoren yang juai sup keluang?Tak aper...keluang bulih makan.

Tanpa Nama berkata...

Kluang kota menarik???

Lancau apa kau cakap ni bro?
Aku lahir kat situ la bro
Jangan jadi ali ketam la nak kelentong aku pulak.

kau tau bro..
raya lepas aku nak cari kedai teh tarik kat pekan koboi tur
satu kedai pun tak bukak
termasuklah kedai ramasamy dan ah boon

Mat Sudin Bertam berkata...

bro..dtg le ke tg malim..ade bundle baru bkak kat sblh sekolah khir johari..cool dan murah..

Tanpa Nama berkata...

dim sum.. aku pun.. pantang saja dapat mat saleh.. kira nak balun saja aku ni..

nak ikut nasihat ulamak, depa pun masih kelam kabut nak dengan kehidupan masing2.. itu tak betul, ini tak betul.. itu haram ini haram.. apa dia tak pernah melancap ka waktu muda2 dulu.. senang saja nak bodohkan umat.. tang dia, dia kebal.. api neraka tak lut wey.. hahahaha

ehwan berkata...

tadi petang terserempak ngan sastrawan A Samad Said pkl 3.10pm di Kluang Station semasa hendak pulang ke Kulai.katanya tunggu orang jemput untuk program di Kluang.tak sempat berbual panjang sebab keretapi ke selatan dah sampai.dia tunggu dari jam 1.lebih katanya.diharap sampai hasratnya untuk berpuisi.sedikit rasa simpati dan terkilan kerana penganjur seakan lupa akan kehadirannya

Saiful berkata...

pura vida senor tt, mcm la dikatakan org yg pailing kaya..pad saya org yg paling kaya adalah org yg punya masa..masa merantau..merayau..saya pun suka mcm ni..buat kwn baru..tgk lagak dan gaya org lain2 ..mat mongol mungkin byk duit tapi tak ada masa..saya sekarang pun dah tak ada masa..jeles saya dgn senor..tapi tak pa ..Insya Allah akan ada masa lagi ..utk jadi kaya..kaya dgn masa..semua org ada 24 jam..tapi tak semua boleh kaya mcm senor tt..byk masa..tapi jgn pula buang masa..

Tanpa Nama berkata...

ak akan makan dim sum.....hahahahahahhahahahhahahaaaaaaaaaaaaaaa

Tanpa Nama berkata...

Catatan yg cool dan menarik Hisham! teruskan.
Kalau ada masa pergi ke Teluk Intan - kota menara senget. hahaha

FADLIJH MALEK berkata...

Terima kasih, sebab kau sudi datang ke program "daerah tanpa tie". lain kali aku akan perbanyakan program anakmuda seperti ini.. harap kau x serik untuk datang ke kluang lagi.. ape2 pun kalau sampai kluang lagi telefon.. jangan terus balek!! hahahah

azila berkata...

seremban memang hampeh dibuek dek Mat Isa dulu.. bayangkan 10thn baru siap terminal yg lbh kurang cam stesen lamo. stesen lama dulu ada jugak deretan india jual kacang yg sinonim stesen tu. yg tak puashati sampai sekrg bas g jelebu kemain payah.. stesen tu baru je pakai bbrp thn tp keadaannnya mcm dah diguna sblm merdeka.
dulu saya selalu jln2 kaki dr bandar menyusuri lake garden utk g asrama kat sikamat.ramai jugak org blh bersiar2 kat sana. dibuatnya s'ban parade yg takde org nak masuk buat jadi semak .. org Hindu nak g kuil sebelah tu pun ntah nak parking kat mana.. sesak sgt dah .
BTw, saya suka kalau abg isham catat perjln camni .. saya jenis suka baca benda2 cam biografi.

Tanpa Nama berkata...

datang Pahang pulak,lalu ikut segamat terus ke Rompin.Tengok kota JJ!

Tanpa Nama berkata...

tempat terpancut lagi dikenang
inikan pula tempat bercukur

hehehe..

-rendra-