Ahad, 9 Oktober 2011

SATU LAGI PEROGAM LAWAN GEROMBOLAN





SEMUA DISELATAN DI JEMPUT





HIMPUNAN BLOGGER RAKYAT JOHOR

Bersatu, Bergerak, Berjuang

Negeri Johor merupakan antara negeri sasaran utama Pakatan Rakyat untuk ditawan pada pilihan raya umum akan datang. Setiap parti dari Pakatan Rakyat (Keadilan, Pas dan DAP) telah melancarkan program gerak tawan negeri Johor melalui program berkala parti masing-masing.

Sebagai segmen penting dalam konteks ‘peperangan maklumat’ dan propaganda, maka angkatan blogger, wartawan masyarakat, sukarelawan dan biro-biro penerangan parti Pakatan Rakyat berperanan untuk menyebarluas maklumat mengenai program- program, kenyataan pimpinan, isu semasa dan tawaran dari negeri dibawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Menyedari hakikat bahawa ketika ini di negeri Johor agak ketnggalan dan masih terdapat ruang-ruang yang boleh ditambah nilai, maka Sekretariat Himpunan Blogger Rakyat Johor merasakan suatu program bagi melatih, mengasah dan mempertajam peranan blogger di negeri Johor adalah amat penting dan perlu disegerakan.

Antara pihak yang terlibat langsung dalam penganjuran program Himpunan Blogger Rakyat Johor ialah Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor, Dewan Pemuda Pas Negeri Johor, Unit Amal, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), aktivis, sukarelawan dan penyokong Pakatan Rakyat.

PROGRAM

Tempat : Family Hostel, Rumah Kedai Taman Maju, No 10A Taman Maju, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor D.T
Tarikh : 15 hb Oktober 2011 (Sabtu)
Masa : 10.00 am hingga 6.00 pm
Penganjur : Sekretariat Himpunan Blogger Rakyat Johor
Masuk : PERCUMA


MODERATOR

1. Hishamuddin Rais (Penulis dan pengkritik sosial
2. Rashidi Mohd Hassan (Wartawan kanan Harakah)
3. Blogger Milo Suam (Cyberwarrior Jingga 13)

Tempat terhad, jadi sila daftar lebih awal

Untuk pendaftaran dan pertanyaan, sila hubungi

017-6195764 atau 03-7056243
amkjohor.twitter@gmail.com


NOTA:
pukul talipon sekarang
tempat terhad - jangan
lambat nanti kecewa
seperti yang berlkau pada
ramai anak muda yang terlambat
untuk mengikuti program
KELAB PAK SAKO - ujung minggu
ini di shah alam

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yeayyyyyyyyy.... bang isham turun parit raja.. jgn lupa singgah kg bonagong .. carik YB Shamsul... tolong tanya dia apa cer ngan imbuhan emas sukma baru2.. dapat emas berbakul2 tp coach dapat ciput jer.. sebelum menang cer je lebat.. dah menang susah nak bayau.. dasar!!!