Jam 12.00 saya meninggalkan Sungai Petani dan mengarah kembali ke Permatang Pauh. Halangan polis di pintu tol telah tiada lagi.
Cuaca indah. Awan dan langit biru terbentang– lanskap yang amat susah dilihat untuk orang yang tinggal dalam ‘gaung’ Jelebu. Atau yang tinggal di celah-celah bangunan dalam kota.
Memasuki kembali ke Kubang Semang – simpang tiga – sebelah Masjid. Semua kosong dan lengang. Kedai Nasi Kandar Melayu hanya ada tiga empat orang. Bayangkan setiap hari – 24 jam sebelum ini kawasan ini ‘hot – hot – hot’.
Di simpang tiga inilah pada jam 2.00 pagi – beberapa jam sesudah Anwar menang - saya lihat kesibukankan nya. Anak anak muda, Kakak, Abang dan Mak Cik mengibar-ngibar bendera PKR sambil meluangkan REFORMASI. Satu ulang tanyang sama seperti di hadapan Sogo 10 tahun dahulu. Setiap kereta yang melintasi jalan ini akan dirapati dan bendera PKR akan dikibarkan.
Dalam seribu tahun pun tidak mungkin pesta ini akan berulang. Ambience dan suasana pasti akan berubah. Ianya macam malam lailaturkadar – datang hanya sekali.
Kedai Bundle – le maison du chic – di tutup. Tidak banyak kereta yang berselisih. Mat Motor pun tidak kelihatan. Mungkin belum bangun tidur lagi.
Akhirnya sampai ke tempat yang hendak saya tuju – Bangunan Ibu Pejabat United Malays National Organisation. Malam sesudah pengundian di tutup saya telah melintasinya tetapi tidak dapat melihat dengan lama kerana takut menggangu lalu lintas.
Sebenarnya saya ingin melakar ‘takziah’ kepada pintu kaca bangunan ini yang habis pecah. Kaca terbarai-barai. Dari apa yang saya difahamkan satu gerombolan United Malays National Organisation dari negeri Selatan telah ‘mengamuk’.
Duit soruuuu sudah mis beeb. Ada taiko sedah kemut. Bila mengundi selesai semua hilang.
Dari ‘risikan ‘ saya dapat tahu kaki kemut Belanjawan Kempen tidak lain dan tidak bukan ialah….. Mamat me no speeekin inglish… me no understand nuting.
Setelah menyampaikan ‘takziah’ saya sampai melintasi kembali kawasan yang dikatakan ada kentutan bom. Ini berhampiran dengan sarang gerombolan Puteri. Semua kelihatan senyap.Papan tanda yang gagal dipasang masih tercacak. Saya memerhati rapi mata tahu kalau-kalau ada kain merah atau kain merah jambu yang tertinggal boleh juga di pungut untuk alas tidur kucing saya. Gagal. Satu kain merah pun tidak nampak tersidai.
Sampai ke Bukit Mertajam semua sibuk kembali. Memesong ke kanan lalu mengambil jalan pulang ke Kuala Lumpur. Sepuluh minit di Lebuh Raya baru saya teringat. Kami tertinggal sesuatu. Gobala rupa-rupanya tertinggal dalam lokap di Seberang Jaya.
Khamis, 28 Ogos 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
16 ulasan:
haha. camno lah kau bleh lupo kek YB Gobala. cian dio. p la jamin dio kalo bleh.
harharhar...terlalu feeling nga ambience ..gobola ditinggalkan..harhar
haha.
i really enjoy reading your posts
thanks for making my day! =)
Ha ha brader...sian cermin tu...tapi ngapa Mike Tyson kemut giler...
Kan duit juta juta tu gi mana...buat bayar hutang BN kot.
Ish ish...kau ni suka sangat yg pink pink tu...geli geleman i...tak rela...auwww
Lumpit
sapa yg dimaksudkan me no nuting me no speking tu?
mungkin manusia dengan dua mat dlm namanye itu berkata:
"saya dah ditakdirkan *kemut*.. semuanya kehendak Tuhan jua.."
pigidah!
"Ianya macam malam lailaturkadar – datang hanya sekali."
pakai malam lain bleh... tak sesuai arrr... tak maw arr cam tuhh..
kalau dah kaki kemut...
kalu dah memang kaki kemut..
haha..... cek post-dated 29/8 dan 20/8 yang depa bagi tu..... macam mana????? gerenti kena tendang...
Assallamualaikum
Cerita loe best banget. Kasihan sama YB Gobala yeah. Mudah mudah ada rasa simpati di kalangan pak polisi.
Wassallam
Can people continue to profess
What they want to fully confess
As their own solutions to progress
Without having deemed to transgress
(C) Samuel Goh Kim Eng - 280808
http://MotivationInMotion.blogspot.com
Thu. 28th Aug. 2008.
Ish,ish, ish...Mamat no-speaking inglish tu desperate sangat ke, juat-juta dah ada nak jugak kebas duit titik peluh orang! Dasar pengebas, makan orang sendiri.
What a pity, kain pink puteri would be nice for Siti....
Great report!!
duit kemut tu si mamat ni dah bawak lari ke Astolia atau New Zealand kot?.....
agak2 kat mana dia tanam duit tu ek bro?...keh keh keh!
tolong lah lakukan sesuatu utk bebaskan YB Gobala and family.
ader info2 dari kaum kerabat aku mengatakan UMNO dah belanja RM 33 juta tuk plhraya di permatang pauh tuh. tak tahu la betul ker tak. tp leh cakap, origin info nie datang nyer dari org2 bijan. kan bijan yg jadi pengarah plihan raya umno kat permatang pauh.... hmm.. tak tahu la betul ker tak. saper2 tlg siasat perkara nie. takut2 dier org guner duit rakyat jer.... byk tu kalu 33 juta.
Catat Ulasan