Khamis, 28 Ogos 2008

KAMI ORANG-ORANG BIASA

Bagini ceritanya:

Ketika itu piliharaya kecil di Lunas, ini lama dahulu. Saya ke sana untuk membantu kawan seorang wartawan BBC membuat laporan terus menerus – Lunas/London. Di Lunas kami bertemu.

Dia baru sahaja meninggalkan sekolah. Saya tidak tahu latar belakangnya. Tapi pastilah dari keluarga yang bukan berada. Ketika itu saya masih tidak memiliki talipon tangan. Jadi hilang bagitu sahaja pertemuan kami di Lunas.

Kemudian apabila saya memiliki talipon tangan - kami berhubung. Saya diberitahu yang dia kini sedang bekerja sebagai buruh di sebuah kilang di Pulau Pinang. Jauh juga perjalanan anak muda ini dari Kuala Muda ke Pulau Pinang.

Dia selalu meghantar nota-nota kecil tentang berita-berita ceramah di Kedah atau sebelah Utara. Kebelakangan ini di akhir nota pasti akan tertulis Takbir! Dari nota ini saya amat yakin yang kenalan saya ini telah menjadi ahli sebuah parti politik.

Dua tahun dahulu saya ke Kepala Batas untuk membuat sebuah dokumentri. Kami berjumpa lagi. Tetapi saya perhatikan dia agak kurang selesa dengan susuk dan siswa-siswa di sekeliling saya. Akhirnya kami putus hubungan kerana namanya perlu di keluarkan dari talipon cap ayam saya yang hanya sanggup menerima 100 nama.

Berapa bulan yang lalu dia menghantar nota kembali. Awalnya saya bertanya – ini siapa? Dia mengenalkan diri lagi. Saya amat segan kerana namanya telah ‘terdelete’. Selalunya orang akan memberi alasan yang taliponnya hilang, di curi, kad sim masuk air dan dan dan. Saya hanya nyatakan yang namanya tidak tersenarai lagi tapi di tulis dalm buku talipon. Ini jawapan jujur.

Semenjak dari itu saya selalu mendapat berita tentang ceramah-ceramah besar di Kedah dan sekitar. Anak muda ini cukup aktif datang mendengar ceramah. Rasa saya dia memiliki motorsikal untuk senang begerak.

Ketika PROTES di Kelana Jaya dahulu anak muda ini datang dengan bas rombongan. Dia datang ke gigi pentas tetapi kami tidak sempat berbual kerana saya sibuk dengan itu dan ini. Saya juga tidak tahu dimana dia menginap pada malam itu.

Apabila pilihanraya kecil P44 di umum dia menghantar nota bertanya khabar. Lalu kami berjanji akan berjumpa di Permatang Pauh. Bayangkan betapa susahnya untuk bertemu dengan kawan lama di Permatang Pauh. Saya ternanti-nanti tapi tidak ada berita darinya lagi. Saya tidak pula tahu dia berada di kawasan mana di Permatang Pauh.

Tiga hari kemudian dia menghantar nota kembali. Kami berjanji untuk bertemu di sebelah Masjid Kubang Semang sesudah saya mendengar ucapan Imam Romlang. Lewat malam, ketika dia sampai dengan kawanya , saya sedang berlabon santai dengan kumpulan anak-anak muda Pemantau dari KL.

Nasib baik kami mendapat meja dan kerusi. Lalu kami bersembang. Dia tidak menghubungi saya tiga hari dulu kerana kreditnya sudah habis. Baru saya sedar kenapa kami terputus hubungan.

Kemudian saya bertanya apakah dia di Ipoh minggu lalu. Tidak. Dia hanya ahli biasa sahaja. Bila saya tanya pandangan tentang Hadi hendak jadi PM , dia pun tidak tahu. Dia bukan ‘orang penting’ katanya. Dia hanya penyokong biasa.

Sekarang dia menggangur setelah bengkel bapa saudaranya jatuh muflis. Kawan sebayanya masih bernasib baik – dia memburuh sebagi kuli kontrek. Mereka tidak seperti saya menghisap rokok dari kotak. Mereka berdua berkongsi tembakau dan daun nipah. Saya juga tidak tahu sama ada motosikalnya ada cukai jalan atau tidak. Apa yang saya tahu dia hanya memasukan 10 ringgit tambahan untuk talipon agar dia dapat menghubungi saya.

Nah! Kenalan saya ini adalah orang-orang yang setia dengan perjuangan Reformasi. Mereka menaruh harapan kepada Anwar Ibrahim untuk membuat perubahan. Mereka tidak ambil kira sangat PKR atau PAS atau DAP. Mereka tidak ada pangkat atau kedudukan dalam parti. Mereka tidak ingin jadi ketua bahagian atau YB.

Mereka tidak pernah bermimpi untuk mendapat ‘pink form’ atau untuk mendapat kontrek untuk membuat lebuh raya. Apa yang pentng ialah satu perubahan berlaku dengan harapan hidup mereka akan lebih selesa.

Sebelum kami beredar kami berjanji untuk jumpa kembali. Tidak tahu dimana. Hanya berjanji. Kemudian saya tanya dia tentang intenet. ‘ Dulu ada – sekarang tak pernah tengok lagi..’

Inilah Cerita ‘dia’ saya tulis ini. Dia sendiri pun tidak akan tahu kerana kami ini hanya orang-orang biasa.

42 ulasan:

matcomot berkata...

kejayaan kita pada hari ini adlh bermula dari keikhlasan dan keluhuran hati.

radens albanjari berkata...

salam bro isham. Tersentuh hati baca artikel yang ini.Artikel ini penuh kejujuran. Dan yang menulis juga sangat jujur.

al-banjari online

Abd Rahim berkata...

Ermmmm itulah harapan kita semua,kita amat mengharapkan perubahan yang akan membawa kita kepada satu keadaan yang lebih selesa tanpa korup tanpa pilih bulu kerana kita org2 biasa ini hanya ingin menikmati hidup lebih baik dari keadaan kita sekarang yang terpaksa berhempas pulas bekerja untuk mendapat sedikit keselesaan. Aku secara jujurnya amat mengharapkan tiada lagi kroni tiada lagi kekalutan yang sering memberikan tekanan hidup.

Harapan aku apabila berlaku perubahan didalam pemerintahan negara nanti,aku akan dapat menikmatan hatga minyak yang lebih rendah dari harga cekik darah sekarang,dan semuga harga barangan lain juga akan turut rendah seperti dulu2.

Dengan keadaan aku yang mempunyai keluarga yang agak besar ini,harga barangan yang begitu tinggi kini agak tidak mempu untuk aku hadapi,bukan aku tidak berusaha,tetapi apa yang aku dapat tidak seimbang dengan apa yang akan aku belanjakan....

eqiqdsgn berkata...

bro, lu punya penulisan memang santai dan mendekati jiwa rakyat marhaen. bila lu hendak buat buku. insya'allah kalau gua balik, jumpa lu di pekan kuala klawang.

Tanpa Nama berkata...

Inilah hakikat kehidupan kebanyakkan orang biasa dlm negara Malaysia ini termasuk juga saya. Kami mengharapkan perubahan.

Tanpa Nama berkata...

bergenang airmata saya yang juga orang biasa ni...tetapi pemuda itu bukan orang biasa tetapi luar biasa bagi saya. Dia sepatutnya diberi pendidikan sewajarnya kerana kejujuran dan semngatnya untuk berubah mengatasi semangat profesor2 kangkung yang harap saja akademik tinggi tetapi pendidikan insaniah masih tahap tadika.

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro,

Tersentuh bro... Masih ramai lagi yg jadi "orang-orang biasa"

kalau beeEnd terus memerintah.. Silap silap sekali ngan kita jadi "Orang-orang biasa"

Tanpa Nama berkata...

Cerita yg menyentuh sanubari bg yg menyelami. Iblis paling iri dgn insan yg ikhlas. Syabas atas nukilan ini. Gua salute lu bro Isham!.

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro,

Tersentuh bro... Masih ramai lagi yg jadi "orang-orang biasa"

kalau beeEnd terus memerintah.. Silap silap sekali ngan kita jadi "Orang-orang biasa"

sixfor berkata...

steady la bang! jumpa kat BBC this weekend!

Unknown berkata...

eqiqdsgn,

Brader Isham kita dah terbitkan 2 buah buku koleksi tulisan beliau di Malaysia Kini dan juga Malaysia Today.

Saya diantara peminat tulisan beliau dan saya mempunyai ke dua-dua bukunya.

Baca nie...saya ciplak dari Malaysia Kini...

Hisham Rais lancar buku baru
Jimadie Shah Othman | May 2, 08 12:49pm

Penulis kolum dan aktivis Hishamuddin Rais melancarkan buku terbarunya Keganasan, Penipuan dan Internet yang memuatkan kumpulan tulisan beliau yang disiarkan di akhbar dan internet.

hishamuddin raisMajlis pelancaran buku tersebut diadakan di Bau Bau Cafe belakang Pasar Seni, Kuala Lumpur malam tadi.

Buku kedua Hishamuddin, selepas Pilihanraya atau Pilihan Jalanraya, memuatkan tulisan beliau yang pernah disiarkan di akhbar Suara Keadilan, Oriental Daily dan blog Malaysia Today.

Buku pertama beliau hasil kumpulan artikel di Malaysiakini sebelum ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada April 2001.

Buku terbarunya itu, terbitan Pusat Maklumat dan Penyelidikan Pembangunan (SIRD), boleh dibeli di semua kedia buku utama mulai minggu ini.

keganasan penipuan dan internetPengarah filem terkenal Amir Muhammad turut hadir di majlis ini. Amir terkenal dengan kompilasi bukunya The Politician Says the Darndest Thing.

Malam tadi, beliau membaca 13 petikan menarik daripada buku aktivis politik itu yang menyentuh beberapa isu, antaranya, Umno dan golongan kiri.

Selain itu, exco pelancongan, hal-ehwal pengguna dan alam sekitar negeri Selangor Elizabeth Wong, yang juga seorang aktivis dan penulis blog, turut memeriahkan majlis.

Majlis diakhiri dengan persembahan beberapa pemuzik indie dan deklamasi sajak oleh pemuisi terkenal Pyanhabib.

Lagu-lagu yang dimainkan, umumnya tentang protes, termasuk isu Altantuya.

Selain menulis, Hishamuddin juga pernah menjadi pensyarah filem di Akademi Seni dan Warisan (Aswara).

Unknown berkata...

Brader Isham,

Letaklah gambar 2 judul buku brader diblog ini...tentu mencanak jualannya. Ramai yang minat dengan gaya tulisan brader Isham yang bersahaja.

akhi berkata...

Org biasa begitulah yang sebenarnya ikhlas berjuang. Tak ramai seperti bro isham yang mampu "melihat" perkara ini. Yang selalu nampak ialah orang yang berada di pentas. Yang kadang-kala orang atas pentas inilah yang akhirnya mengkhianati perjuangan dan tewas dengan Ringgit Malaysia. Teruskan "melihat" orang-orang sebegini. Saya terus membaca tulisan bro isham!

ken berkata...

Very simple story but really touching. majority of us is normal people irrespective of races but we just want a normal life, but BN just mess up! Anwar is our hope.

In past, Chinese dislike Malay and vice versa because of divide and rule policy, now what u can see all races unite under one man -- Anwar. Can BN do this?

sixfor berkata...

abe kutucyber....
buku baru saya dah ada, tapi buku lama dia ada ka? boleh share dengan saya? photostat pun takpa....

bluskyes berkata...

love this story...wonderful portrayal of the real people behind all the politicking...wish the politicians would realise that these are the people they should be working for...not all the business interests and whatnot! thanks again for sharing and please dont stop this wonderful series!!

Tanpa Nama berkata...

Thank you and Salam Bro,
Your writing has been a wonderful light throughout the PP campaign. It is like a slow-motion movie but with 100% accuracy.
And the smile on our faces as you narrate the "less clever" ones doing stupid things to lose their own battle. Classic forever.
It is important to remind us of the many clever people out there without the opportunities to realise their full potentials. And a comfortable means of living.
Thank you.
To all at PP and the ones who cross-bordered to assist Malaysia in its time of need.
Merdeka Kembali.

Enche' Eyezoodean berkata...

saya rasa dialah yang melawat blog saya dan membuatkan saya berfikir lebih serius untuk meningkah ayatnya... hehehe...

Forexima berkata...

Ini betul Isham. Di Kelantan sendiri, setiap kali Anwar berceramah, berpuluh-puluh ribu datang. Anwar hanya memakai batik dan seluar slack, tetapi berpuluh-puluh ribu pendengar memakai kopiah, serban, jubah dan sebagainya. Mereka tidak kisah dari parti apa Anwar datang. Inilah realiti yang tidak difahami oleh Nasharuddin Mat Isa dan Dewan Ulama Pas. Saya yakin, jika Pas keluar Pakatan dan masuk BN sekalipun, 90% penyokong Pas akan tetap bersama Pakatan.

Forexima berkata...

Patut aku rasa keliru dan tak faham baca posting tadi... rupa-rupanya BBC itu Bau Bau Cafe. Aku dua-tiga kali ulang baca tetapi masih tak faham kenapa British Broadcasting Corp. datang ke Lunas.

Tanpa Nama berkata...

kagum!
hebat pemuda ni...

Forexima berkata...

Sebenarnya nikmat sebenar hidup ini ialah menjadi "orang biasa". Saya rasa sungguh liberated, lapang dan happy apabila dapat berjalan2 di pasar, merewang2 dalam kedai bundle, melepak atas bangsal dengan buruh dan nelayan. Saya enjoy naik bas dan keretapi. Kalau saya ada RM10 million dalam bank pun, saya tetap akan enjoy datang ke ceramah Pakatan Rakyat, duduk di atas hamparan tikar di atas rumput di tepi parit sambil mendengar cengkerik dan katak.

EQUILIBRIUM berkata...

kutucyber,

teman nak tau..kat mana boleh dapat buku bro hisham ni? ader juai online ke? kalau ader tlg inform ye. tq

Duwanz berkata...

keluar mengundi 38,144 orang

undi rosak = 447 undi

anwar dapat: = 31,195 undi

jumlah undi - undi untuk anwar - undi rosak = 6502 undi (baki dari jumlah keluar mengundi)

arif dapat = 15,524 undi.
Hanafi dapat = 92 undi

undi arif + undi hanafi = 15616 undi

15616 - 6502 = 9114 undi

dari mana jumlah 9114 undi ni datang ya??? heran bin ajaib..??

SPR!!!! Tolong jawab!!!!

~♥ UmmiAnni ♥~ berkata...

salam..

sebenarnya banyak lagi orang2 biasa...dan ramai lagi yg memerlukan bantuan untuk merubah cara hidup yg lebih selesa..bukan nak hidup bermewah atau berlebih2..cukup dengan selesa dan tenang..

wallahualam

L_J berkata...

Dear Hisham,

Very moving.

I am with Anwar only because of his multiracial stance – which takes into account the “reasonable” safeguard envisaged to be given by the Federal Constitution to Malays etc because of their “special position” but balanced against the “legitimate interests” of non-Malays (there is, of course no such as “special rights of Malays”: that is an UMNO myth) - and advocacy of "Ketuanan Rakyat" (as opposed to "Ketuanan Melayu").

His past pro-Islam & pro-Malay past, I forgive (but, macam beliau sendiri, I do not forget), for I believe people can change, insaf and sedar. & Anwar has had so much time for these things in prison dll.

Everything else has already been promised (and broken) by UMNO/BN (i.e., anti-corruption lah, reform lah, good economy lah, ini lah, itu lah etc). Only Ketuanan Melayu they cannot give up, like a penagih dadah cannot give up his fix. Even PAS can suspend (but nor extinguish) its desire for an Islamic state (which, of course, tidak boleh wujud kerana, among other reasons, most Muslims in Malaysia do not want it. Indeed, in most so-called Islamic states too ordinary Muslims do not want it, but dare not say so & you know that).

So I support Anwar’s lead, in the belief that he will keep his word. & so, if I can do something for his cause (our cause) I will.

LJ

Si Tampok Manggis berkata...

Tersentuh Bro,

Mereka yang biasa2 ni ler pejuang sebenar. Pejuang yang hanya berbekalkan harapan untuk perubahan. Hidup mereka sendiri tak ketahuan sudahnya. Tersepit dalam jerih payah kehidupan.

Pejuang2 ini teramatlah mulia hatinya berbanding susuk yang menjadikan politik kuda tunggangan mereka. Keparat yang sentiasa mengintai peluang. Bila2 masa sedia melacurkan maruah mereka. Hari ini mereka bersumpah, esok mereka memungkirinya. Tak ubah seperti sesumpah.

Pesan kepada Pemimpin Pakatan, mereka yang biasa2 ini tak pernah mintak balasan. Mereka sendiri tak pasti apa cahaya harapan yang mereka nanti. Tapi, insafilah perjuangan mereka.
Jagan perjuangan murni mereka yang biasa2 ini dikhianati

Tanpa Nama berkata...

Serius aku sedih Isham.Sayangnya,aku takdak ngan hangpa malam tu.Aku harap,nanti,dapat aku jumpa mamat nih.Buleh aku rekemen dia keja kat Penang.

uhang kinchai berkata...

Someone may have stolen your dream when it was young and fresh and you were innocent. Anger is natural. Grief is appropriate. Healing is mandatory. Restoration is possible.

Remember we make a living by what we get, we make a life by what we give.

Hisham your writing has brought my tears and pls tell your friend that the Wind of change is coming…

Mat Penang berkata...

Salam bro,

Gembira dapat bertemu bro di Gerai Kubang Semang pada 23/8 yang lalu. Ada saya bagi kad hotel saya kat bro dan tawarkan kalau nak pusing2 Penang, boleh saya bawakan.

Anyway untuk maluman semua, satu jasa DSAI dan bro selepas berlakunya demo Baling 1974 ialah ramai penduduk Sik dan Baling dapat permit lori. Tak percaya?
Perasan tak banyak lori-lori alamat tuan punya dari Baling dan Sik. Tun Razak bagi lepas Demo Baling. Dapat la penduduk miskin Baling RM200 satu permit sebulan.

Ini jasa DSAI,bro Hisham dan Siswa Demo Baling,

Wssalam

Anak Nama Anwar Ibrahim

Tanpa Nama berkata...

bro isham

I am very touched by this article.. by the young man & you sharing it with us... orang-orang biasa...

May God bless you & all those who fight for Malaysia baru..

AlexAng

Tanpa Nama berkata...

Ini plak cita aku...

Lagi tiga hari D-Day aku pun pi la round-round Permatang Pauh ngan dua orang member aku.Bukan apa saja nak tinjau-tinjau dan merasa suasana PRK kat sana.Syok gak kat sana tambah lagi kalo kita pi area Permatang Pasir..meriah weii.Sambil dok ronda dok perati la gak mana tau kot-kot terjumpa brader Isham kita kat sana.Tapi result dia...negative bayang pon tak nampak.Mungkin takdak rezeki kot..

Lepas lebih kurang 2 jam kami dok ronda-ronda area Permatang Pauh kami pun singgah minum dan makan kat astaka Bandar Perda.Perut pun lapaq aku order Koay Teow goreng.Abis makan kami pon sembang-sembang pasai hal-hal politik.Dalam dok layan menyembang aku pon teringat yang member aku sorang ni dia ada no. contact Din.Aku pon suruhlah member aku ni tepon kat Din dan tanya kat dia mana tau kot-kot dia ada no. contact brader Isham kita.

Member ni pon ngan malu alah dia pon tepon la kat Din.
Member aku:Allo Din,hang ada ka no. contact Hishamudin Rais?
Din:Hang nak wat apa, sapa mau?
Member aku:Ala,ni..member aku tanya.Dia ingat nak ajak Isham pi makan ka apa ka.Boleh gak kenai-kenai.
Din:Ermmm..dia sibok kot lani.Nantilah aku tengok dulu.

Pastu member aku pon kata..OK la..takpa..
Aku pun frust...Mungkin takdak rezeki kot nak jumpa dia.

Malam tu kami singgah kat Seberang Jaya kedai kopi "Court" belakang ESSO.Dengar kata Kak Wan nak berkempen kat situ.Dalam dok tunggu Kak Wan nak mai member aku ni try SMS kat Din tanya lagi sekali no. contact Isham.Din pon balas SMS balik.Antara SMSnya berbunyi "Nah ampa ambik no contact dia, 016-XXXXXXX ampa tepon pastu ajak lah dia pi makan.Sekarang ni dia dok ada kat Butterworth" Apa lagi aku pon ambik no. tu dan "save".Kemudian aku pon tepon la brader Isham kita
Aku:A'skum Abg Isham..
Isham:Komsalam, sape ni?
Aku:Saya ni member Din..
Isham:Ha..aku ni sesat ni ade kat Kubang Semang..nak gi B.M
Aku:(terkedu) Err..sesat..ngan sapa?
Isham:Aku ngan member aku ni sesat.Ntah la nak ke B.M tapi ade kat Kubang Semang..Takpelah aku cari jalan keluar dulu..
Aku:(masih terkedu) Erk..oklah

Tak sempat gak nak ajak Brader Isham gi makan.Mungkin tak dak rezeki kot.

Tanpa Nama berkata...

Orang biasa... basikal tua...
angan2ku di suatu masa
punya teman yang comel dan manja
berjanji akan selalu bersama
menemaniku sepanjang masa...
orang biasa... basikal tua...

Hayatilah lirik lagu Allahyarham Sudirman ini yang cukup ikhlas menggambarkan suasana hidup masyarakat terbanyak di negara ini yang cukup simple, penuh santai, agak terbuka dan selalunya mudah sekali dibaca liku2 sehariannya.

Manakala fenomena yang jauh berbeza dapat diperhatikan dari gaya kehidupan elit golongan mewah yang sangat terkenal dengan kehidupan mereka yang penuh kompleks meskipun harta kekayaan melimpah ruah ditambah pula dengan kedudukan pangkat dan kuasa mereka.

Meskipun begitu, walaupun terdapat perbezaan ketara dari segi corak hidup dan status antara kedua-dua golongan ini, namun saya pasti kebanyakan rakyat negara ini sebenarnya tetap berkongsi hasrat yang sama iaitu ingin melihat masa depan kepimpinan negara diterajui oleh barisan pemimpin yang berwibawa yang benar2 merdeka dari belenggu penjajahan hawa nafsu mereka sendiri agar nasib rakyat akan terbela sepenuhnya.

Tanpa Nama berkata...

lebih baik biasa dari luar biasa. Budak-budak ni tak tahu ke nak beli buku pegi kedai buku la. letih la ini macam. ish! Kesian abang isham. pegi beli banyak-banyak buku dia, dapat royalti dia belanja makan. tak gitu?

Tanpa Nama berkata...

salam..bro.
pertama skali saya nak ucapkan tahniah & terima kasih byk2 atas usaha yg bro buat ni. usaha+masa+tenaga+fulus yg bro sumbangkn utk 'tukar-tiub' amat bernilai di sisi Allah..amin..dan amat bernilai juga di sisi kami umat malaysia ni. semoga bro isham diberikan kesihatan, ketenangan jiwa dan kekuatan utk terus berjuang menegakkan kebenaran..hidup bro isham!!

kite sume orang-orang biase..
harta pangkat..setakat mane..
esok luse tersungkur juge..
dalam kubur..tu sume boleh tolong ke?..ha..jawab..jawab

hizbul_999 berkata...

salam bro...
minta bantuan...
tahu x blog kamal amir ???

donmny berkata...

TUAN

1. tolong sampaikan seruan terhadap pembangkang yang diketuai bro nuar supaya JANGAN samasekali keluar dewan jika tidak setuju dengan apa-apa yang dibentangkan pak lah & the gang.

2. lawan sampai habis air liur

3. kalau x setuju, keluar dewan je, x 'cool' la. macam budak tadika je

Truckster berkata...

akhirnya dunia ini dikuasai anak muda..

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro.

Jadi orang biasa memang menyenangkan. Orang biasalah yang menyumbang keringat dan air mata untuk menaik tarafkan ketua-ketua dari BN dan PR.

Kekadang telah di atas macam kaduk naik junjung. Banyak guna Emosi dan kekadang lupa pejuangan asal.

Dah terror, jangan pula "cakap berdegar-degar taik tersangkut di hujung gelegar.

Waspada BN dan PR, ubah pendirian , kamu semua mewakili orang yang telah mengundi. Amanah berat. Berat..berat sekali...

Maju Malaysia. Merdek Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

SLM tuan tuan dan puan puan semua
saya pernah berjumpa selama 5 jam dgn sdr Isham dan mendengar celotehnya yg amat seronok didengari dan dibualkan.
beliau memberi pandangan yang mudah difahami oleh kita orang biasa.
1 quotation beliau yg tak saya lupa ialah;
"The biggest employer is the government".
penjelasan beliau tentang isu semasa amat menarik dan membuat yang pening terurai mudah jadinya.
Tahniah buat kau Sdr Isham
Moh makan ikan Patin lagi.

Razak Bin Ramli berkata...

Itulah sifat pembela yang tidak terbela.Luhur hatinya.

Unknown berkata...

Erm,

Baru kini saya temui blog tuan, sungguh ringkas dan mengasyikan.

Tuan, sememangnya ramai anak muda yang biasa tetapi mempunyai semangat yang luar biasa. Jua banyak anak muda yang berjaya dari dasar yang sedia ada asalnya adalah anak muda yang biasa tetapi akhirnya hilang idealisme biasa itu. Mereka menjadi lupa dan alpa akhirnya.

Tahniah, tuan adalah seorang dari anak muda yang memilih untuk kekal dalam idealisme itu walaupun secara realitinya tuan mungkin terpaksa berkorban tentang dunia ini.

Terima kasih.