Sabtu, 10 Mac 2012

DARI WAN AZIZAH





LIOW MESTI MEMAHAMI KEBIMBANGAN RAKYAT TENTANG 1CARE


KEADILAN mengalu-alukan kenyataan terbaru Menteri Kesihatan Dato Seri Liow Tiong Lai bahawa kerajaan masih lagi jauh daripada memuktamadkan model bagi sistem 1Care. Liow mesti memahami kebimbangan rakyat memandangkan kepentingan sektor kesihatan dan rekod buruk Barisan Nasional di dalam memperkenalkan reformasi secara telus dan berwibawa.

Kami berharap Liow dapat menjelaskan proses perundingan berada pada tahap mana. Kerajaan mestilah mendengar input rakyat, bukan menjadikan proses perundingan ini sebagai satu gimik semata-mata sebagaimana Model Ekonomi Baru yang diwarwarkan Perdana Menteri.

Apa yang membimbangkan KEADILAN ialah sama ada jaminan Liow ini bermakna apabila kita melihat isu terbaru kes Lynas. Selepas kerajaan memberi jaminan bahawa sisa radioaktif daripada Lynas adalah selamat untuk disimpan di Gebeng, Pahang, Liow kemudian mengumumkan bahawa sisa tersebut mesti dihantar ke Australia. Walaubagaimanapun tidak lama selepas itu, PM mengumumkan bahawa sisa tersebut akan disimpan di lokasi jauh daripada penempatan (tetapi turut menarik balik tawaran menghantarnya pulang ke Australia).

Sebagaimana disebut di dalam kenyataan saya sebelum ini, kami mengambil maklum bahawa perbelanjaan kerajaan pada kadar 2.2 peratus sebagai peratusan kepada KDNK Malaysia pada 2008 masih lagi rendah berbanding kadar cadangan World Health Organisation (WHO) sebanyak 5 hingga 6 peratus. WHO juga menganggarkan bahawa 20 hingga 40 peratus perbelanjaan kerajaan dibazirkan kerana ketidakcekapan termasuk rasuah.

Justeru, peningkatan perbelanjaan kerajaan untuk sektor kesihatan berserta sebuah sistem yang lebih telus dan cekap akan memberi kesan positif yang besar terhadap sektor kesihatan negara tanpa perlunya 1Care.

Kami turut menghargai persoalan yang dibangkitkan Institute of Democratic and Economic Affairs (IDEAS) tentang cadangan Pakatan untuk menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan yang dibentangkan di dalam Buku Jingga.

KEADILAN menyokong penubuhan suruhanjaya bebas bagi memastikan kesihatan, sebagai satu hak rakyat yang asas dipelihara secukupnya. Sebagaimana disebut di dalam kenyataan awal saya juga, falsafah kami bahawa kesihatan merupakan hak asasi bukan bermakna kami menentang sektor swasta, yang telah memainkan peranan penting di dalam menyumbang kepada kesihatan negara hari ini. Namun kami mahukan jurang yang wujud hari ini dikurangkan agar kemudahan kesihatan bermutu dapat dirasai semua rakyat Malaysia.

DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagus kak wan. beginilah bakal isteri perdana menteri kita.

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya kenapa hospital di negara ini semua di bina di kawasan cina?

Tanpa Nama berkata...

Bro,bukan 'bakal isteri perdana menteri kita'....should be 'isteri bakal perdana menteri kita'....lalalala

wonder why berkata...

Yang pandai Dato Nan, buang sahaja toxix Lynas ke Sg. Lembing, habis cerita.Lain semua Menteri bodoh belaka.Senang, lebih ramai orang Sg. Lembing Mati FREE. Orang Sg. Lembing semua pengundi Pembangkang.

Tanpa Nama berkata...

Dato nan.....oh dato nan..hahhaha..entah la weh orghang.pepalih ngat menteri beso kiter neh weh demeh..dia nok menenguk orghang paheng neh mate ada tige dulu gamok nyeh.