Sabtu, 10 Mac 2012

DAKWA SHAHRIZAT LEMBU DI MAHKAMAH




SAMAN BALAS KE ATAS DATO’ SERI SHAHRIZAT JALIL UNTUK PASTIKAN KES NFC TERUS MASUK MAHKAMAH

Peguam-peguam saya dan YB Zuraida Kamaruddin pada hari ini telah pun memfailkan pembelaan berhubung saman RM100 juta yang dikemukakan oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Kertas pembelaan yang telah difailkan itu juga telah dihantar ke peguam Shafee & Co yang mewakili Dato’ Ser Shahrizat Jalil petang ini.

Pendirian saya adalah konsisten sejak dari awal mengenai keperluan membicarakan kes ini di mahkamah bagi merungkai sedalam-dalamnya penyelewengan yang berlaku di dalam NFC.

Saya khuatir bahawa pihak plaintiff mungkin mengambil keputusan untuk melengah-lengahkan perbicaraan ini atau menarik balik saman dalam masa terdekat untuk mengelakkan dokumen-dokumen penting dan pimpinan tertinggi Barisan Nasional diseret ke mahkamah memberi keterangan.

Demi kepentingan nasional dan setelah berbincang dengan peguam-peguam, saya mengambil keputusan untuk mengemukakan saman balas kepada Dato’ Seri Shahrizat Jalil atas kata-kata berbau fitnah yang diucapkan di dalam ucapan pembukaan beliau di Perhimpunan Wanita Umno pada 30 November 2011.

Saman balas ini memberi ruang kepada saya untuk memastikan bahawa kes NFC ini akan terus dibawa ke mahkamah dan dokumen-dokumen penting dapat dikemukakan di mahkamah bagi pengetahuan umum.

Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan keseluruhan pimpinan Barisan Nasional tidak lagi boleh berdolak dalih dari berdepan dengan rakyat dalam hal ini. Walaupun Perdana Menteri dan pimpinan kanan Barisan Nasional tidak serius dalam memastikan mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka keadilan, saya yakin jalan mahkamah memberi lebih ruang agar penyelewengan-penyelewengan lain yang belum didedahkan di bawa ke pengetahuan umum.

Tuntutan saman balas itu telah difailkan bersama-sama dengan pembelaan pada pagi ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

9 MAC 2012




4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Demi menangkap Shahrizat Lembu ini, gua berazam dan sanggup memperuntukkan gaji gua sebanyak RM1000.00 sebulan sebagai bantuan sokongan kepada saudara Rafizi dan mana-mana pihak Pakatan Rakyat yang berusaha untuk itu mulai gaji bulan March 2012 ini.

Walaupun gaji gua tak sebanyak mana, melihat terlalu banyak penganiayaan demi penganiayaan, songlap demi songlap yang dilakukan PUAKA berdua suami isteri ini dan kini disambung pula oleh anak-anak puaka 2 ekor ini, kepada rakyat Malaysia khususnya kepada rakan-rakan gua yang bekerja di TPM dulu... insyaAllah, bila ada keperluan masa akan datang, duit tabungan gua ini, akan disalurkan jika bantuan ini diminta oleh PR pada masa-masa yang diperlukan. Gua berharap, penyakong PR yang mempunyai kelapangan dari segi kewangan, dapat juga berbuat demikian demi menangkap menteri2 BN yang kini rata2 anatara mereka ramainya sudah bertaraf billionair.

-Juan Pablo Mantoya.

Tanpa Nama berkata...

YA....SAMAN BALAS, JANGAN TAK SAMAN BALAS...!!!!

YA.... KE JALANRAYA, JANGAN TAK KE JALANRAYA.....!!!!

JOM..............

KE JALANRAYA SEBELUM PRU-13..!

KE JALANRAYA BERRAMAI-RAMAI SEBELUM PRU-13..!

KE JALANRAYA BERRAMAI-RAMAI DAN BERKALI-KALI SEBELUM PRU-13

“Without a struggle, there can be no progress.”
Frederick Douglass quotes (American Abolitionist, Lecturer, Author and Slave, 1817-1895)

.
.

Tanpa Nama berkata...

Berita kawin/beranc*k free tengah top skrg.
Betul hujah2 yg TT katakan ari tu.
Anak nak menganai pun krajaan sponsor.
NFC pung siap beli condo kat Kazakhstan utk tpt melabuhkan sauh, nak apa lagi.
Yang hampas nya kita rakyat semua.
Jadi bersiap sedia, ABU tetap ABU..

AA

Tanpa Nama berkata...

Wahai raayat malaysia.sedarlah,ahai org2muda sedarla,