Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Sabtu, 10 Mac 2012

LAWAK HUJUNG MINGGU



KES KEGANASAN EEE DITUTUP





Imigresen Melaka Tahan 21 Rakyat Asing Dalam Operasi

MELAKA: Jabatan Imigresen Melaka menahan 20 wanita warga asing dan seorang lelaki Bangladesh dalam satu operasi selama enam jam di dua kawasan berasingan di sekitar Melaka Tengah.

Kes Kehilangan Nurul: Polis Johor Tahan Seorang Lagi Lelaki

JOHOR BAHARU: Polis Johor menahan seorang lagi lelaki untuk membantu menyelesaikan kes kehilangan kanak-kanak perempuan Nurul Nadirah Abdullah, sejak 1 Mac lepas.

Lelaki Berjumpa Kawan Ditemui Mati Terapung Di Laut
GEORGE TOWN: Polis Gerakan Marin menemui mayat lelaki yang sebelum itu dikatakan pergi menemui kawannya, terapung di perairan Pantai Macalum di sini, Jumaat.

Tiga Sekeluarga Maut Dalam Nahas Di Lebuhraya Pantai Timur
KUANTAN: Tiga sekeluarga maut manakala seorang lagi anggota keluarga itu cedera selepas kereta yang dinaiki mereka dikatakan merempuh belakang sebuah treler di Km 210.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Gambang awal pagi Jumaat.

Polis Rampas 221 Keping Cek Kembara Palsu Dari Dua Pelancong Asing
KUALA LUMPUR: Polis menahan dua pelancong warga asing serta merampas 221 keping cek kembara bernilai RM82,000 dalam mata wang dolar Amerika (USD), pound British dan Euro yang dipalsukan, Ahad lalu.

Tiga Beranak Rentung Di Seri Kembangan
KUALA LUMPUR: Tiga sekeluarga rentung dalam keadaan berpelukan setelah terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat yang dihuni mereka di Jalan Aman, Seri Kembangan dekat sini awal pagi Jumaat.

Dua Adik-Beradik Ditahan Miliki Pistol, Peluru
SUBANG JAYA: Dua adik-beradik ditahan polis kerana meiliki pistol dan lima peluru hidup.

Warga Afrika Maut Cuba Larikan Diri Daripada Polis
SUBANG JAYA: Seorang warganegara Afrika maut ketika cuba melarikan diri dari serbuan polis di sebuah apartmen 12 tingkat dekat sini.



Polis Pecaya Nurul Nadihah Masih Hidup
JOHOR BARU: Pihak polis mempercayai kanak-kanak berusia lima tahun yang dilaporkan hilang, Nurul Nadirah Abdullah masih hidup.

Lima Ditahan, Polis Temui Dadah Bernilai RM50,000
SEREMBAN: Polis menahan lima individu termasuk seorang wanita dalam serbuan di dua lokasi termasuk sebuah hotel di sini semalam dan menemui dadah jenis heroin dan syabu yang dianggarkan bernilai RM50,000.

Dua Lelaki Ditahan, Pistol, Parang Dan Dadah Dirampas
PASIR MAS: Polis menahan dua lelaki dan merampas sepucuk pistol, dua bilah parang dan dadah setelah kereta mereka terbabas semasa dikejar kereta peronda polis di Jalan Teliar, Bunut Susu, dekat sini, pagi Khamis.

Pengawal Keselamatan Maut Digilis Treler
KOTA BHARU: Seorang pengawal keselamatan, yang baru pulang membeli ubat di sebuah farmasi, maut apabila motosikal yang ditungganginya bergesel dengan sebuah treler di Bulatan Tuan Padang di sini, Khamis.

Bekas Pramugari Dan Kekasih Ditahan Disyaki Miliki Ganja
SUNGAI PETANI: Seorang bekas pramugari dan kekasihnya ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah inap desa di Persiaran Cinta Sayang, di sini.






KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


MALAYSIA NEGARA KE -19 PALING SELAMAT – berita hairan

KUALA LUMPUR: Walaupun ada pihak sentiasa cuba memburukkan imej negara ini, namun kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia adalah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh dunia.

Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.

Ini adalah julung kalinya Malaysia diberi ranking setinggi itu sejak 2007 dan negara ini adalah antara enam negara bukan Eropah yang menduduki 20 tempat teratas dalam senarai berkenaan, di samping Iceland, New Zealand, Jepun, Qatar dan Australia.

Penemuan edisi kelima kaji selidik oleh Institute for Economics and Peace yang berpejabat di Sydney itu diumumkan pada hujung Mei. Pada 2007, Malaysia menduduki tangga ke-37 dan jatuh ke tangga ke-38 pada 2008, sebelum memperbaiki kedudukannya daripada tempat ke-26 pada 2009 kepada tempat ke-22 pada 2010 dan tempat ke-19 pada 2011.

Indeks berkenaan mengandungi 23 petunjuk kualitatif dan kuantitatif oleh sumber yang dihormati, yang menggabungkan faktor dalaman dan luaran iaitu daripada perbelanjaan ketenteraan di peringkat nasional hinggalah kepada hubungan sesebuah negara dengan jirannya serta tahap pematuhan hak asasi manusia.

KAH KAH KAH
KAH KAH AKH
KAH KAH KAH


.... i rest my case my lord.... kah kah kah




7 ulasan:

Non-Governmental Individual berkata...

kah kah kah kah!!! Terbaik...!

Tanpa Nama berkata...

Ke hadapan tuan TT, adapun dengan kehadiran warkah ini untuk memaklumkan bahwa kami sudah pun seqoohhhh, kata orang kedah, berat badan kami susut sebanyak 40% akibat dari menonton gambar pak itam EEE ni, kami memohon jasa baik tuan TT menukar gambar EEE ni ke Brad Pitt untuk menambah selera kami semula..harap bekerjasama...

Tanpa Nama berkata...

Peace=Aman bukan selamat. Negara aman dari keganasan dan peperangan

Tanpa Nama berkata...

Fucking Hilarious this one!!! muahahahahahahah....
Good job sir!

ven.

Tanpa Nama berkata...

Fucking hilarious this one!!!!! hahahahahahhaha

good job sir....

ven.

JANGAN TIPU RAKYAT berkata...

Saya rakyat Malaysia berasal dari KL dan menetap di Singapura sejak 1989 dan saya boleh sahkan bahawa ini adalah satu anugerah syok sendiri yang dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk menipu rakyat Malaysia sebelum pilihanraya diadakan tidak lama lagi.

Singapura pun di Asia Tenggara juga.

Adakah Malaysia lebih selamat daripada Singapura?

Tentu tidak benar kerana Singapura jauh lebih selamat daripada Malaysia.

Bagi rakyat Malaysia yang pernah menetap di Singapura, mereka tentu boleh mengesahkan bahawa Singapura jauh lebih selamat daripada Malaysia.

Mengapa?

Kerana di Singapura, saya boleh keluar bersiar-siar di taman pada jam 3 pagi tanpa berasa takut. Saya boleh balik kerja lewat malam merentasi taman tanpa berasa takut. Hantu pun tak takut kerana suasananya yang bersih dan aman. Tetapi di Kuala Lumpur dan Johor Bahru saya tidak berani buat begitu kerana terlalu ramai penjenayah. Kes ragut selalu berlaku. Ramai kawan dan saudara saya yang menjadi mangsa ragut.

Hakikatnya Singapura ialah tempat yang paling tak selamat bagi penjenayah kerana jika berlaku kes jenayah, penjenayah tidak ada tempat untuk lari kerana bukan sahaja Singapura ialah sebuah negara yang kecil tetapi juga kerana polis Singapura bersih, cekap dan amanah.

Contohnya, di Malaysia rakyat Indonesia yang bernama Manohara yang dianiayai oleh si Rajah Gopal tidak berani melarikan diri untuk mengadu kepada polis bila berada di Malaysia kerana dia tahu bahawa polis Malaysia tidak boleh dipercayai. Tetapi bila berada di Singapura, dia berani melarikan diri daripada suaminya yang ganas kerana dia tahu polis Singapura boleh dipercayai. Kalau rakyat Indonesia pun tahu bahawa polis Malaysia tidak boleh percayai, adakah rakyat Malaysia begitu bodoh tidak mengetahui perkara sebenar?

Ibubapa Risau Keselamatan Anak2 Keluarga nak undi pembangkang berkata...

hari ni 13 MAC 2012 aku dengar dalam radio yg bgtau polis johor sahkan adik nurul nadhirah mati dibunuh di sebuah ladang.....mayat adik tu dibakar dna dia sah sama mcm mak dia...

nampak gaya cara cover up pembunuhan adalah bakar sama seperti pembunuhan sosilawati dan seakan sama tujuan cover line utk hapus bukti seperti pembunuhan altantunya....

kita ni masih nak mengundi UMNO BN lagi ke?...aku dah mula hilang sabar ni mengenangkan keselamatan anak dan keluarga yg terancam....
ni la bala Allah pada pimpinan dan pemimpin zalim sanggup bunuh org awam dan gila rasuah komisyen tender