PELAJARAN
DARI KRISIS
SELANGOR
dari ilmu politik
kita dapat memahami
bahawa kuasa politik
bergantung kuat dengan kuasa ekonomi
kuasa politik bergantung
kuat dengan jentera daulah
apa jentera daulah:
mahkamah
polis
media
spr
sprm
raja
jakim
jais
dan dan dan...
demokrasi
angkat tangan
undi undi
hanya berjalan dalam suasana riang ria
apabila kuasa di gugat
maka nampaklah taring kuasa
nampaklah jentera daulah bergerak
hukum hakam
kenyataan peguam
bawa ke mahkamah
ikut peraturan
ikut undang undang
ikut perlembagaan
semua ini adalah hampeh
UNDI DAN HAKIM
jangan ada ilusi
jangan ada mimpi
ingat
dan wajib terus ingat
faham
dan wajib terus faham
soalan hakiki
bukan soal melanggar hukum hakam
bukan soal melanggar perlembagaan
bukan soal tidak demokratik
bukan hal salah benar
bukan soal mahkamah itu adil atau tidak adil
tetapi soal siapa yang melantik hakim?
bukan berapa ramai yang mengundi
tetapi siapa yang mengira undi
PENGAJARAN
krisis selangor ini
diharapkan akan mendidik
anak anak muda bahawa
suara undi
suara majoriti
mahkamah
perlembagaan
undang-uandang
tidak memberi apa apa makna
yang betul betul berkuasa
ialah ringgit dan dolar
ringgit dan dolar ini
mengawal jentera daulah
dibelakang ini ada daulah terpendam
deep state untuk memastikan
kuasa tidak berganjak
KUASA
kenapa perlu kuasa
kuasa diperlukan
untuk mendapat kekayaan
kenapa perlu kekayaan?
kekayaan perlu dimiliki
untuk mendapat kuasa
kuasa dan kekayaan itu ada satu
JADI APA YANG WAJIB DILAKUKAN?
sebelum soalan ini dijawab
sebelum melangkah mara ke depan
fahami dalam dalam
fahami jelas jelas
hayati dahulu ilmu awal ini
duduk dahulu sebelum berlunjur
buka butang seluar dulu sebelum terair
NOTA
bro... tak faham lagi ke
politik ni ekonomiaaaa
bangang!
-------------





