Selasa, 28 Julai 2026
HUBUNGAN APA FARHASH DENGAN ANWAR BIN IBRAHIM
HUBUNGAN APA
FARSHAH
BIN SALVADOR
DENGAN
ANWAR BIN
IBRAHIM?
AMIN
JADI HEBOH
BAGAI NAK RAK
KAH KAH KAH
ADA HUBUNGAN
SULIT KE?
KAH KAH KAH
KHALAS
'Terima kasih pertemukan kami': Gambar cetus semula persoalan hubungan Anwar bin Ibrahim dan Farhash bin Salvador
Hantaran media sosial oleh salah seorang anak raja Thailand mencetuskan semula persoalan mengenai hubungan Anwar bin Ibrahim dengan Farhash Wafa bin Salvador, walaupun perdana menteri sebelum ini cuba menjauhkan diri daripada bekas setiausaha politiknya itu di sebalik dakwaan berhubung penglibatannya dalam dunia korporat, pengambilalihan kontroversi syarikat kritikal dan pemerolehan kontrak lumayan daripada kerajaan.
Beberapa gambar dikongsi oleh Vacharaesorn Vivacharawongse, anak kedua Raja Maha Vajiralongkorn yang dikatakan sedang dipertimbangkan untuk mengambil alih takhta di Thailand selepas sekian lama disisihkan ayahnya. Gambar itu turut memaparkan Menteri Sumber Manusia, Ramanan Ramakrishnan, yang hanya beberapa bulan lalu terpalit tuduhan mengaitkannya dengan skandal "mafia korporat", di mana beliau didakwa menerima rasuah RM9.5 juta daripada Victor Chin, watak yang pernah dikaitkan dengan Farhash melalui pelaburan bertindih mereka dalam entiti korporat.
Dalam kiriman di beberapa platform media sosialnya, Vacharaesorn mengucapkan terima kasih kepada Farhash kerana mengatur pertemuan dengan Anwar dan Ramanan.
"Sembang mesra dengan Tuan Yang Terutama Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Kami berbual tentang hubungan unik antara negara kami yang berjiran. Kami merapatkan hubungan melalui pengalaman peribadi di luar tanah air kami," tulisnya.
"Turut sempat bersua dengan Menteri Sumber Manusia, Ramanan Ramakrishnan, yang baik hati. Terima kasih sekali lagi kepada sahabat saya, Farhash, kerana mempertemukan kami."
Dalam catatan lain, Vacharaesorn memuat naik gambarnya bertemu Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, yang pernah dikaitkan dengan HeiTech Padu.
Tidak lama dahulu, syarikat tersebut mendapat perhatian selepas ia disenarai pendek untuk membangunkan projek Sistem Imigresen Bersepadu Kebangsaan (NIISe) bernilai RM1 bilion, yang menggantikan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs).
Kontroversi meletus pada 2024 selepas Farhash mengambil alih 15.91% kepentingan dalam HeiTech Padu melalui Rosetta Partners Sdn Bhd, sebuah syarikat dimiliki bersama dengan sultan Kelantan.
Pembelian HeiTech Padu berlaku hanya sehari selepas penyedia perkhidmatan e-kerajaan, MyEG Services Bhd, memperoleh kepentingan ekuiti 14.4% dalam syarikat itu dengan harga RM31.25 juta pada 11 Mac 2024.
Pada hari yang sama, HeiTech Padu mengumumkan pelanjutan kontrak penyelenggaraan MyIMM selama setahun.
Bulan berikutnya, HeiTech Padu dianugerahkan kontrak RM190 juta oleh Kementerian Pengangkutan, mencetuskan kritikan yang mengaitkan keputusan itu dengan hubungan Farhash dan Anwar.
Beberapa hari kemudian, Farhash dilaporkan tidak lagi menjadi pemegang saham utama HeiTech Padu.
Pengambilalihan saham oleh Farhash mencetuskan gesaan supaya beliau disiasat mengenai hubungan politiknya, kontrak kerajaan dan dakwaan kronisme.
Lima bulan kemudian, pada September 2024, Bloomberg melaporkan Anwar mengarahkan ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika itu, Azam bin Baki, supaya tidak menyiasat Farhash berhubung pembelian saham kontroversi tersebut.
Kedua-dua Anwar bin Ibrahim dan SPRM menafikan dakwaan itu, diikuti Jabatan Peguam Negara yang menyatakan "tiada tindakan lanjut" akan diambil susulan siasatan polis mengenai kandungan laporan Bloomberg.
"Kalau ada kes, itu disiasat oleh SPRM dan saya tidak langsung menutupnya," Anwar bin Ibrahim memberitahu Dewan Rakyat pada Oktober 2024.
"Saya tidak mahu panjangkan kerana ini melibatkan isu-isu yang bagi saya remeh, melibatkan individu. Kerana kebetulan dia pernah empat ke lima tahun lalu menjadi staf, maka ia dibangkitkan. Tetapi untuk terus kaitkan saya hanya kerana dia pernah jadi staf saya, saya rasa itu kurang adil."
Sementara itu, hantaran Vacharaesorn mengundang pelbagai komen mengenai hubungan antara Anwar bin , Farhash bin Salvador dan Ramanan anak lelaki Nandek.
"Farhash bin Salavdor dan Ramanan anak lelaki Nandek orang kanan Nuar bin Brahim sekarang ini," tulis seorang pengguna Instagram.
"Orang bukan politik mempertemukan perdana menteri... wow," tulis seorang lagi, mempersoalkan dakwaan Farhash bin Salvador sebelum ini bahawa beliau tidak lagi aktif dalam politik dan fokus sepenuhnya dalam dunia perniagaan dan korporat.
"Farhash bin Salvador , Ramanan anak lelaki Nandek dan Anwar bin Ibrahim disebut... hmmm," tulis Kamarulzaini Zainal.
Pada Mac, Ramanan anak lelaki Nandek mendapat perhatian media susulan dakwaan beliau menerima sogokan RM9.5 juta daripada Victor Chin, pemain pasaran yang disiasat atas kesalahan pengubahan wang dan kemudiannya menjadi tumpuan skandal "mafia korporat".
Chin menafikan dakwaan terhadapnya, sebaliknya berkata beliau sendiri menjadi mangsa mafia korporat yang memaksanya melepaskan pegangannya dalam NexG Bhd, syarikat yang dianugerahkan kontrak bernilai RM2.5 bilion untuk membekalkan pasport dan kad pengenalan Malaysia.
Pada Mac 2025, NexG menjadi pemegang saham utama MMAG Holdings. Sehari sebelumnya, Farhash membeli 20% pegangan dalam MMAG Holdings selepas memperoleh 462 juta saham pada harga diskaun, menurut Bloomberg.
Enam bulan kemudian, NexG memperoleh kontrak kerajaan bernilai RM733 juta untuk membekalkan MyKad kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
NexG turut menerima satu lagi kontrak bernilai RM1.73 bilion untuk membekalkan pasport Malaysia selama tempoh enam tahun.
Awal tahun ini, Farhash bin Salvador dilaporkan menjual 20% pegangannya dalam MMAG pada harga premium yang tinggi, sebelum meletak jawatan sebagai pengerusinya.
Saham MMAG dilaporkan jatuh mendadak antara 29 Oktober dan 7 November tahun lalu, menyebabkan Bursa Malaysia membangkitkan isu aktiviti pasaran luar biasa (UMA).
UNHCR BERI DANA PADA MALAYSIA
UNHCR WAJIB
BERI DANA
KEPADA MALAYSIA
INI CARA TERBAIK
KHALAS
'Tutup pejabat UNHCR di negara ini jika enggan bekerjasama urusan pelarian'
SEREMBAN: Malaysia perlu mempertimbangkan semula keberadaan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini sekiranya badan berkenaan enggan bekerjasama dalam urusan pelarian.
Menteri Luar, Mohamad Hasan, berkata kerjasama itu penting bagi memastikan proses saringan dilakukan dengan ketat sebelum kad UNHCR diberikan kepada seseorang pelarian.
"Kalau mereka tidak mahu bekerjasama, sudah sampai masanya kita mempertimbangkan semula keberadaan UNHCR di dalam negara kita. Itu pandangan saya, supaya kita tidak terus terbeban.
"Ini menjadi satu magnet kepada pelarian untuk datang ke Malaysia kerana adanya pejabat UNHCR dan boleh memberikan kad dengan sewenang-wenangnya. Itu perlu kita urus dengan baik," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan proses pengundian awal di Pangkalan Udara Sendayan, di sini hari ini.
Mohamad berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengambil langkah bagi memastikan setiap individu menjalani saringan menyeluruh dan mendapat persetujuan kementerian itu sebelum kad UNCHR dikeluarkan.
Beliau menegaskan, Malaysia perlu mempunyai perjanjian yang jelas dengan UNHCR bagi menetapkan bidang kuasa, tanggungjawab serta perkara yang boleh atau tidak boleh dilakukan badan itu di negara ini.
"Kita mesti ada perjanjian antarabangsa supaya mereka boleh buat apa ataupun mereka tidak boleh buat itu dan ini.
"Tetapi nampaknya sekarang tidak ada apa-apa, tidak ada prosedur operasi standard (SOP).
"Mereka buat permohonan dalam talian ketika berada di Myanmar, kemudian datang ke sini dan terus mengambil kad.
"Ini bermakna saringan kita tidak ada. Ini yang perlu kita uruskan dengan baik," katanya.
Pada masa sama, beliau berkata, Malaysia perlu mengimbangi pertimbangan kemanusiaan dengan kepentingan keselamatan dan ketenteraman negara.
"Kita perlu menjaga keselamatan dan ketenteraman dalam negara. Kita tidak mahu kerana baik hati kita, ia akhirnya menjadi masalah kepada ketenteraman dan keselamatan negara," katanya.
SATU MALAM DI HILTON BERAPA SEWA ?
ROBOH MUDAH
USIR SENANG
AMIN
LEPAS RUMAH
DIROBOH MEREKA
NAK TINGGAL
DI MANA?
AMIN
BILIK SEMALAM
DI HILTON
BERAPA SEWA?
AMIN
APA PUNCA
RUMAH HARAM
PENDATANG INI ?
KHALAS
MB arah roboh segera penempatan haram warga asing di Setia Alam
SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diarahkan bertindak segera merobohkan penempatan haram yang dilaporkan di Persiaran Setia Makmur, Setia Alam dan Jalan Hamzah, Kampung Budiman, di sini.
Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata beliau dimaklumkan perkara itu ketika Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor, baru-baru ini.
"Ya. Saya minta MBSA untuk melaksanakan segera (robohkan) sebagaimana yang telah kita putuskan dalam majlis keselamatan negeri baru-baru ini.
"Bila dibangkitkan, saya sudah segera maklumkan kepada pihak terbabit (MBSA) dan saya percaya tindakan segera akan dilakukan, terutama notis kepada tuan tanah," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Amirudin berkata, sekiranya tanah di kawasan penempatan haram itu milik kerajaan, sudah pasti kerja perobohan akan dilaksanakan segera.
"Tetapi kalau tanah itu milik persendirian, kita akan minta tuan tanah itu melaksanakan (perobohan) dulu dan bagi ruang yang secukupnya untuk melaksanakan.
"Majlis tindakan keselamatan negeri baru-baru ini sudah bagi arahan yang jelas kepada pegawai daerah... bukan warga asing sahaja, kalau ada pencerobohan di tanah kerajaan, kita akan ambil tindakan," katanya.
Semalam, Jabatan Imigresen dilaporkan sedang menyiasat dakwaan kewujudan perkampungan haram warga asing di Setia Alam, Shah Alam, walaupun tindakan penguatkuasaan diambil awal April lalu.
Ketua Pengarahnya, Zakaria Shaaban, dilaporkan berkata operasi bersepadu membabitkan agensi berkaitan akan dijalankan sekiranya siasatan mendapati dakwaan itu adalah benar.
Terdahulu, media melaporkan ratusan penempatan haram yang dipercayai didiami ribuan warga asing terus wujud di kawasan pinggir bandar Shah Alam meskipun pelbagai siri serbuan dan tindakan penguatkuasaan yang telah dijalankan.
Laporan berkenaan turut memetik tinjauan di Persiaran Setia Makmur, Setia Alam dan Jalan Hamzah, Kampung Budiman mendapati terdapat penempatan haram dibina di kawasan ladang kelapa sawit, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan penguatkuasaan.
TERAM HANYA GERTAK BILA BARUA KENA SERANG
BILA AMERIKA
DAH KALAH
BARUA AMERIKA
TERUS DI SERANG
KAH KAH KAH
TERAM HANYA
TERDAYA GERTAK
KAH KAH KAH
KHALAS
Trump dakwa AS-Iran adakan 'rundingan yang baik' ketika negara jiran Iran diserang dron
DUBAI: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa AS sedang mengadakan 'rundingan yang baik' dengan Iran dan masih terdapat peluang untuk mencapai persetujuan berhubung konflik antara kedua-dua negara.
Bagaimanapun, beliau memberi amaran serangan tentera AS akan disambung semula sekiranya rundingan itu gagal membuahkan hasil, namun Iran pula menegaskan tidak akan minta sambung rundingan damai.
Di sebalik keyakinan Trump, Tehran dilihat segera menguji tempoh jeda kempen ketenteraan AS apabila Arab Saudi, Jordan dan Iraq melaporkan serangan dron pada Isnin.
AS secara mengejut menggantung kempen serangan udara selama dua minggu terhadap Iran pada Sabtu lalu, dalam perubahan strategi terbaharu Trump selepas konflik yang berlarutan selama lima bulan.
"Kami sedang mengadakan 'rundingan yang baik'. Saya fikir ada peluang yang baik untuk sesuatu dicapai. Jika berjaya, itu sesuatu yang baik. Jika tidak, kami akan kembali melakukan apa yang kami lakukan dua hari lalu," katanya.
Pada satu perhimpunan kempen di Michigan lewat Isnin, Trump berkata mengenai Iran: "Anda tidak boleh merasuah mereka. Anda perlu menewaskan mereka dan kami akan mengalahkan mereka habis-habisan.
"Namun, kita akan lihat bagaimana kesudahannya. Buat masa ini, rundingan yang sangat mesra sedang berlangsung," katanya.
Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmail Baghaei, berkata mesej masih disampaikan antara kedua-dua pihak menerusi orang tengah dan Iran tidak pernah meninggalkan saluran diplomasi.
Bagaimanapun, beliau menegaskan laporan yang mendakwa Tehran meminta rundingan disambung semula adalah 'rekaan semata-mata'.
"Perkara itu bukan budaya kami," katanya.
Seorang pegawai kanan Iran memberitahu Reuters pada Ahad bahawa Tehran tidak akan menghentikan serangannya selagi gencatan serangan yang diumumkan sendiri oleh Trump terus berkuat kuasa.
Sementara itu, pemerintah tertinggi tentera Iran pada Isnin menuduh AS mengancam kapal dan kapal tangki minyak di perairan wilayahnya serta cuba melaksanakan sekatan maritim menyalahi undang-undang, yang menurutnya meningkatkan lagi konflik di rantau itu.
Arab Saudi pula memaklumkan pihaknya berjaya memintas beberapa dron yang menyasarkan kemudahan petroleum, termasuk di Riyadh.
Riyadh mendakwa dron itu dilancarkan dari Iraq oleh kumpulan bersenjata yang disokong Iran dan menegaskan ia berhak mengambil tindakan balas.
Tehran turut menegaskan ia masih menguasai Selat Hormuz yang menjadi pertikaian, iaitu laluan perkapalan utama bagi bekalan tenaga dunia, yang menurut Trump perlu dibuka kepada pelayaran bebas semua kapal.
Bagaimanapun, kedua-dua pihak masih berbeza tafsiran terhadap kandungan memorandum berkaitan selat itu.
Washington menegaskan memorandum berkenaan menghendaki Tehran membenarkan kebebasan pelayaran, manakala Iran berpendapat ia memberikan kuasa kepadanya untuk menyelia transit di laluan strategik berkenaan. - REUTERS
KEMBALI CERAH
KEMBALI CERAH
JAM 4.30 HUJAN REDA
ANGIN BERHENTI
LANGIT KEMBALI CERAH
SUARA UNGGAS KEDENGARAN GUMBIRA
AMIN
KAUM KAPITALIS BUAT UNTUNG PERAH TENAGA PENDATANG HARAM
KAUM KAPITALIS
BUAT UNTUNG
PERAS TENAGA
PENDATANG HARAM
KHALAS
Unknown commented on
"PENDATANG ROHINGYA
TERUS DI GEMPUR"
Dahulunya pendatang dibawa masuk untuk bekerja, untuk mengusahakan tanah, bina jalan, bina hospital bangunan hospital sekolah jalan keretapi semuanya untuk bekerja, tak ada masuk free menumpang begitu, sekarang ini hanya kerana kesian agama kesian bangsa masuk menumpang semuanya, dibiarkan atas alasan kesian tetapi sebenarnya mengaut keuntungan daripada pendatang haram,
tauke untung dapat buruh murah, tak payah bayar EPF, tak payah SOCSO tak ada apa-apa tanggung kecuali bayar penguatkuasa secara bulanan, masih untung, pelik apabila penaung yang menggaji pendatang haram tidak kena apa-apa, tangkap pendatang haram masuk tahanan makan minum ditanggung oleh rakyat negara ini,
manakala tauke untung penguatkuasa untung kemudian rakyat pula tanggung gaji elaun pegawai yang korupsi kah kah kah pelik kan kenapa agama bangsa negara untungnya kembali kepada orang-orang tempatan kita amin
DARI BALKONI LE CHATEAU
DARI BALKONI
LE CHATEAU
TIDAK ADA SUARA GURUH
JAM 3.30 PETANG
CUACA BERUBAH
AWAL MATAHARI BERSINAR
JADI REDUP
LANGIT GELAP
RINTIK RINTIK SAMPAI
ANGIN BERTIUB KENCANG
HUJAN MULA TURUN
PETANG BASAH
MALAM SEJUK SANTAI
AMIN
TAMATKAN PERANG KITA BERPERANG
KITA TAMATKAN
PERANG
MELALUI PERANG
AMIN
Unknown commented on
"YAMAN BERJAYA MENYERANG SAUDI"
Bakar bakar bakar. Dunia sedang terbakar. Benar benar, Perang Teluk ke-3. Secara rasmi. Tiada trompet, tiada gendang.
Unknown commented on
"YAMAN BERJAYA MENYERANG SAUDI"
Sesama Arab serang menyerang pun, bukan orang Yahudi atau Amerika kah kah kah sesama buka pintu neraka kata Teram? Neraka ada di benua Arab? Lain-lain manusia hidup aman damai senang makan enjoy saja lah.
Apapun semuanya khidmat bakti kaum agama sendiri, tak payahlah salahkan orang lain percaturan politik sendiri ajak Amerika masuk campur kah kah kah satu sahaja soalan OIC buat apa? Adakah masih wujud atau sudah dikuburkan? Kah kah kah kah
PENDATANG DAN PENDATANG HARAM
PENDATANG
DAN
PENDATANG HARAM
Perkataan pendatang ini jika ianya berdiri sendiri tidak dianggap mengancam. Awal wahid perkataan pendatang ini hanya memberi makna sosok yang baru sampai dari mukim, kariah dan daerah yang lain.
Sosok baru ini berhijrah dan mungkin menetap di wilayah baru ini kerana mencari makan atau berkahwin.
Tapi di Negeri Sembilan jangan tersilap dengan konsep Orang Semenda. Konsep ini membawa makna sosok lelaki dari daerah atau kampung luar yang datang bernikah dengan gadis wanita tempatan.
Sosok Orang Semenda tidak pernah di anggap atau di takrif sebagai pendatang walau dari ceruk mana pun asal usulnya.
Hakikatnya Si Pendatang berhijrah ke tempat yang bukan tanah tumpah darah asal usul atau tempat nenek moyang mereka.
Kampung saya ialah Kampung Chenor di Jelebu. Kampung ini di buka oleh Datuk saya ratusan tahun dahulu. Bila ada pendatang dari Kampung Chennah atau Kampung Ulu Jelebu duduk di kampung kami - mereka ini di tafsir sebagai pendatang walau pun dari daerah Jelebu yang sama.
Jika mereka dari Tampin atau Bahau atau Batu Kikir – datang tinggal di daerah Jelebu mereka juga di anggap dianggap pendatang.
Hari ini kita terbaca berita yang memperlihatkan wujudiah para pendatang ini sebagai mengancam.
Jika ada pendatang dari Pulau Jawa, dari Acheh, atau dari Medan atau dari Jambi - mereka akan di anggap pendatang. Tapi tidak dianggap mengancam.
Mereka datang ke tempat daerah baru ini sebagai perantau mencari rezeki. Lama kelamaan mereka menjadi sebati dan di anggap anak watan walau pun susur galur asal usul dari wilayah yang lain.
Ini kerana mereka semua dari satu suku bangsa yang di panggil Melayu. Lama kelamaan mereka akan sebati dengan budaya tempatan. Malah asal usul mereka – keMelayuan mereka – memberi jaminan bahawa mereka akan berasimilasi dan menjadi seperti anak watan.
Pendatang dari Pulau Jawa, dari Acheh atau dari Minang jelas di kenali Kejawaan, Keminangan atau Keachehan mereka. Mereka semuanya diterima dengan hati terbuka. Ini kerana mereka berasal dari rumpun yang sama. Semua berasal usul dari Bani Melayu.
Mereka pada awalnya di kenali sebagai Pendatang Orang Luar yang lama kelamaan menjadi Pendatang Orang Kita.
Sebenarnya konsep sempadan, negara , pasport dan ke rakyataan warga negara ini semuanya perkara dan konsep baru. Konsep dan istilah ini wujud pasca kolonial. Definisi kewarganegaraan moden ini di wujudkan oleh kuasa kolonial.
Penjajah mewujudkan semua konsep ini untuk menjarah dan mentadbir.
Bumi Melayu Nusantara ini di pecah perintah demi memudahkan pemunggahan harta kekayaan untuk kuasa kolonial.
Bumi Melayu Nusantara - Jawa dan Sumatera terpisah pada tahun 1824 melalui Anglo-Dutch Treaty atau Treaty of London. Kemudian 4 wilayah Melayu di Utara Semenanjung - Yala, Patani, Satun dan Narathiwat di pisahkan dari Semenanjung Tanah Melayu melalui Anglo-Siamese Treaty 1909.
Hakikatnya Nusantara Melayu Raya – di pecah untuk mudah di perintah oleh kuasa kolonial.
Kuasa hegemon pada era kolonial ialah Inggeris yang bersaing dengan Belanda dan Perancis. Justeru apa yang di kenali sebagai Indonesia jatuh ke bawah kuasa Belanda. Manakala Laos. Vietnam dan Kemboja di bawah takluk Peranchis.
Siam menjadi negara pemisah yang tidak menemukan Inggeris dengan Peranchis. Ini sama seperti peranan Belgium di Eropah tidak menemukan German dengan Peranchis dalam garis sempadan yang sama.
Untuk memastikan harta kekayaan Tanah Melayuu dapat di maksimumkan kuasa kolonial Inggeris telah membawa masuk buruh dan kuli dari India dan China.
Jelas warga India dan China ini adalah pendatang. Mereka tidak memiliki apa-apa pertalian dengan Melayu atau Nusantara.
Kuasa kolonial Inggeris yang membawa datang China dan India secara licik telah mengubah nama bumi ini dari Tanah Melayu menjadi Malaya. Ini untuk memastikan bumi ini bukan lagi Tanah Melayu khusus milik Bani Melayu.
Bila projek Malaysia menetas dari dalam reban Inggeris maka Malaya diubah menjadi Malaysia. Malaya dan Malaysia ini tidak memiliki apa apa makna hakiki seperti Tanah Melayu.
Mengubah nama Tanah Melayu – tanah milik Melayu ini - kepada Malaya atau Malaysia sama seperti mengubah nama Scotland – Tanah milik Scot – kepada Wungland. Atau mengubah nama Finland – Tanah milik Finn kepada Dungland. Nama baru yang tidak memiliki apa-apa makna persejarahan.
Maka dari persejarahan mengubah nama Tanah Melayu ini muncul konsep Malaysian Malaysia yang diajukan bukan oleh anak watan tetapi oleh Pendatang.
Konsep Malaysian Malaysia ini bertujuan jelas untuk mencairkan semangat , darah dan kesedaran Melayu sebagai pemilik asal Tanah Melayu.
Saya menimbulkan isu pendatang ini kerana di kebelakangan ini hampir setiap hari media kita ada membuat laporan tentang pendatang dan PATI . Ada serbuan dan tangkapan terhadap pendatang dan PATI. Ada operasi menangkap dan memeriksa status pendatang.
Dulu kita gunakan konsep Pendatang Haram untuk mereka yang menyeludup masuk ke Malaysia. Kini dilunakkan dengan perkataan PATI. Ini singkatan Pendatang Tanpa Izin. Hakikatnya sama – mereka adalah pendatang haram atau dalam bahasa Inggeris di panggil illegal immigrants.
Akhir-akhir ini kita selalu membaca tentang pendatang haram Rohingya. Mereka di buru di sana sini. Kita juga terbaca bagaimana kapal Rohingya yang mahu mendarat di Acheh telah di halau keluar kembali ke Lautan Hindi.
Kita juga di beri tahu oleh media bahawa di Semenanjung ini telah ada lebih dari 300 ribu pendatang Rohingya.
Ketika PDRM dan JIM Jabatan Imigresen - menjalan operasi kita terbaca juga ada warga Bangla, Myanmar, India dan warga Indon yang termasuk ke dalam jala yang sama.
Kita di Malaysia ini masih belum reda dengan isu pendatang dari India da China walau pun mereka telah di baca dan di takrif sebagai rakyat Malaysia.
Warga India dan China telah datang berpuluh tahun dan berjenerasi ke Tanah Melayu masih dilihat oleh Bani Melayu sebagai pembawa masalah. Isu China , Melayu dan India ini belum di lihat mengenap dan reda.
Mei 13 atau 13 Mei itu masih lagi tarikh keramat untuk Bani Melayu. Kiyai Salleh dan Selempang Merah di Muar terus menjadi rujukan Bani Melayu. Kini masuk pula pendatang Rohingya, Bangla Myanmar ke dalam badan politik Tanah Melayu.
Sebenarnya isu pendatang ini bukan...saya ulang.. bukan hanya melanda Malaysia.
Di Amerika Presiden Trump sedang berhadapan dengan pendatang haram dari pelbagai pelusuk dunia. Di United Kingdom isu pendatang ini sedang hangat di bincang. Malah masalah pendatang haram ini sedang menjadi agenda politik numero uno di Eropah.
Di German pendatang dan pendatang haram kini menjadi isu perbualan nasional. Hampir semua negara Kesatuan Eropah – Peranchis, Itali, Ireland, Belgium dan Belanda sedang berhadapan dengan masalah pendatang dan pendatang haram.
Malah di Afrika Selatan gerakan menghalau pendatang haram dari Ghana, Nigeria atau Kenya sedang berjalan. Rumah dan tempat kediaman pendatang bakar. Pendatang – walau pun berkulit sama hitam – masih di lihat sebagai pembawa masalah.
Jika di Berlin atau di Rom atau di Paris pendatang haram berkulit hitam. Jelas berbeza dari anak watan yang berkulit putih. Kulit hitam ini boleh di tafsir membawa takut. Tetapi di Pretoria , di Johannesburg atau di Cape Town – yang di gasak juga berkulit hitam.
Hakikatnya masalah pendatang dan pendatang haram ini bukan hanya warga kulit. Hakikatnya bukan kita di Malaysia saja berhadapan dengan pendatang dan pendatang haram. Hampir seluruh dunia sedang berhadapan dengan masalah ini.
Apakah ada jalan selesai? Sebelum kita mencari jalan penyelesaian kita wajib memahami secara dalam dan tuntas tentang pendatang dan pendatang haram. Sila tunggu minggu hadapan. Amin (TT)
TULISAN INI
DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL MALAYSIA KINI. COM
https://www.malaysiakini.com/columns/780537
Langgan:
Catatan (Atom)


















