Rabu, 29 Julai 2026
KENALI SIAPA PEMIMPIN MELAYU
INGATAN
PADA
BANI MELAYU
AMIN
KENALI SAPA
PEMIMPIN
MELAYU
KHALAS
percaya
Oleh A Kadir Jasin
BUKAN rumah, payung dan apa-apa saja tempat berteduh yang menjadi masalah.
2. Yang menjadi masalah adalah tuan empunya rumah, payung dan tempat-tempat berteduh itu.
3. Kalau ia kapal, bukan sahaja kekukuhannya, tetapi yang lebih penting ialah nakhodanya.
4. Apa guna rumah luas, payung besar dan kapal penisi gagah kalau pengendalinya kleptokrat dan kakistokrat.
5. Bukan parti yang penting, tetapi orang yang menganggotai dan orang yang memimpinnya. Organisasi tidak terbentuk dan runtuh dengan sendirinya.
6. Bagi anggota masyarakat yang berfikiran dalam dan teliti, termasuk orang UMNO, mereka tentu faham dan akui yang parti itu jatuh akibat perbuatan ketua-ketuanya sendiri.
7. Sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 lagi, sudah ada tanda-tanda yang kepimpinan tertingginya telah mula menyimpang daripada perjuangan.
8. Apabila skandal 1MDB meledak di merata pelosok dunia, majoriti pemimpin, ahli dan penyokong UMNO menafikannya dan mempertahankan kepimpinan yang kleptokrat. Yang meminta penjelasan dipecat.
9. Bukan Dr Mahathir Mohamad atau Pakatan Harapan (PH) yang kuat apabila berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam PRU 2018, tetapi kerana UMNO dan BN lemah.
10. Jadi, dalam kita menuju ke arah Pilihan Raya Negeri (PRN) dan PRU ke-16, kita kena selidik dan faham sama ada UMNO yang kalah PRU 2018 dan 2022 itu sudah menggantikan kepimpinan kleptokrat dan kakistokratnya dengan kepimpinan yang lebih baik.
11. Minta maaflah kalau saya kata, orang Melayu belum boleh tergesa-gesa memberi cek kosong kepada UMNO.
12. Ini kerana ciri-ciri kleptokrasi dan kakistokrasi masih nampak jelas dalam kepimpinan tertingginya.
13. Kleptokrasi adalah sistem kerajaan di mana pemimpin politik atau pegawai tinggi kerajaan menggunakan kedudukan untuk menyalahgunakan kuasa bagi menggelapkan dana negara demi memperkayakan diri sendiri.
14. Istilah ini berasal daripada gabungan perkataan Greek klepto (pencuri) dan kratos (pemerintahan), yang bermaksud “pemerintahan oleh pencuri”.
15. Kakistokrasi pula merujuk kepada sistem pemerintahan yang diterajui oleh golongan yang paling tidak layak, tidak cekap dan korup.
16. Istilah ini berasal daripada gabungan perkataan Yunani kakistos (paling teruk) dan kratos (pemerintahan atau kuasa).
17. Walaupun di sana sini ternampak kerlipan bintang harapan, tetapi ia belum cukup terang untuk menyuluh jalan keluar. Bintang-bintang sakarat (dying stars) masih memenuhi cakrawala UMNO.
18. Menurut ilmu kaji bintang (astronomi), bintang-bintang sakarat ini menyala dengan amat terang sebelum padam.
19. Pengasas UMNO, Almarhum Onn bin Jaafar pernah berkata: “Melawan Malayan Union itu perkara kecil, yang berat ialah melawan Melayu sendiri. Melawan Melayu itu ialah melawan perangai, tabiat, dan kelakuan Melayu sendiri.”
Terima kasih.
AMARAN DARI ANWAR BIN IBRAHIM
JELAS INI
TANDA AMARAN
DARI ANWAR
BIN IBRAHIM
AMIN
ZAHID, TOK MAT
KU NAN , AKMAL,
ASRAF, TAKI,
DR SAM
BERHATI-HATI
AMIN
MAHAFIRAUN
GUNA TAKTIK
SAMA BILA
NAK LEMAS
KHALAS
Hukuman penjara Mohd Shafie tak jejas status ADUN - Speaker DUN Sabah
KOTA KINABALU: Keputusan Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima minggu terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, tidak menjejaskan kedudukannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya, berkata hukuman berkenaan tidak memberi sebarang kesan terhadap status Presiden Parti Warisan (WARISAN) itu sebagai ADUN buat masa ini.
"Kalau hukuman penjara, tiada kesan. Saya tidak tahulah kalau ada denda yang dikenakan oleh mahkamah. Kalau ada denda tetapi di bawah RM2,000, tidak juga terjejas.
"Apa pun, kalau hukuman masih dirayu, kedudukannya kekal status quo, belum ada sebarang kesan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mengikut Perkara 17(1) (e) Perlembagaan Negeri Sabah, mana-mana ADUN yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah di Persekutuan dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM2,000 akan hilang kelayakan sebagai ADUN.
Terdahulu, media melaporkan Mohd Shafie dijatuhi hukuman penjara lima minggu selepas didapati bersalah menghina mahkamah susulan kenyataannya berhubung inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan, membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara Mohd Shafie mengemukakan rayuan terhadap sabitan berkenaan.
Dalam penghakimannya, Amir Shah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap Mohd Shafie melampaui keraguan munasabah mengikut Seksyen 99A Akta Mahkamah Rendah 1948
MENUNGGU NAJIB JADI PM SEKALI LAGI
APAKAH BIK MAMA
AKAN BEBAS
HINGGA NAJIB
JADI PM
SEKALI LAGI
AMIN
Rosmah gagal semak keputusan mahkamah menolak penyingkiran hakim dalam kes solar
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan semakan Rosmah Mansor bagi menyingkirkan Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang mensabitkannya dalam kes rasuah membabitkan projek tenaga solar untuk sekolah di pedalaman Sarawak, bernilai RM1.25 bilion.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Azizah Nawawi sebulat suara membuat keputusan itu selepas mendapati Rosmah tidak memenuhi peruntukan Kaedah 137, Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.
"Dengan itu, permohonan semakan ini ditolak," katanya. Turut bersidang dalam panel sama, ialah Lee Swee Seng dan Ravinthran N Paramaguru.
Pada 3 Mac lalu, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan terdahulu menolak rayuan akhir Rosmah, 74, untuk menyingkirkan Mohamed Zaini (kini hakim Mahkamah Rayuan) selepas mendapati tiada kesilapan undang-undang atau fakta yang cukup serius yang mewajarkan campur tangan panel itu.
HUJAN PETANG INI
HUJAN
PETANG INI
JAM 6 PETANG GUA MASUK KE HOKKIEN
ANGIN KUAT
LANGIT GELAP
TAK TAK ENGGAN MASUK
DIA TAHU HUJAN AKAN TURUN
LALU KAMI MASUK KE TEMPAT LETAK KERETA
TAK TAK SUKA SANGAT
MACAM ANJING DI KLIA
CIUM SEMUA KERETA
ENTAH APA YANG DI HIDU
GUA HARAP JAP LAGI
HUJAN AKAN REDA
MALAM INI NAK KE WARUNG TOM YAM
DI BRICKFILD
GUA ADA UDANG DAN PETAI
JUGA IKAN UNTUK DI GORENG
KEPADA SEMUA PEMBACA TUKAR TIUB
SELAMAT MAKAN MALAM
BON APRETIT KATA ORANG BELGIUM
AMIN
SCAMMER ADA HUBUNGAN POLITIK
SCAMMER
DI BUNUH MATI
TAPI
TOWKAY BESAR
BESAR SELAMAT
AMIN
ADA SOKONGAN
POLITIK
AMIN
Myanmar lulus hukuman mati terhadap dalang pusat penipuan dalam talian
NAYPYIDAW: Parlimen Myanmar meluluskan undang-undang baharu memperuntukkan hukuman mati terhadap individu yang menculik, menahan atau menggunakan kekerasan bagi memaksa mangsa bekerja di pusat penipuan dalam talian atau 'scammer'.
Ia adalah langkah paling tegas negara yang disokong tentera itu bagi membanteras jenayah siber yang semakin berleluasa.
Rang Undang-Undang (RUU) Antipenipuan Dalam Talian diluluskan selepas mendapat sokongan ahli Dewan Rendah dan Dewan Tinggi dalam sidang bersama di ibu negara Naypyidaw pada 28 Julai.
Speaker Parlimen Kesatuan, Aung Lin Dwe, mengumumkan kelulusan undang-undang itu menerusi siaran langsung televisyen.
KONGSI GELAP CHINA BERKUASA
DENGAN DUIT
CHINA
KONGSI GELAP
BAYAR POLIS
KHALAS
Unknown commented on
"TANDA PH NAK LINGKUP"
Orang politik beli undi polis tentera, polis beli pangkat, beli jawatan, beli pingat, beli semuanya, siapa bayar polis? Penjenayah penyamun penyangak scammer, judi haram tauke lendir, tauke dadah, kalau pergi rumah pasung, siapa paling ramai?
Melayu ramai, India ramai, Cina tak nampak?
Cina ada duit lepas semua, Melayu kurang duit sangkut kes, India kosong penuh rumah pasung penuh mahkamah penuh semua agensi kerajaan kah kah kah tetapi terpaling banyak menyumbang saman ialah kaum ?
Kalau nak tengok kebenaran pergi mahkamah mana-mana lah pasti mendapat jawapan, sehari buat kutipan berapa juta atas saman? Kah kah kah kah
DARI BALKONI LE CHATEAU
DARI BALKONI
LE CHATEAU
JAM 3 PETANG
MATAHARI TIDAK KELIHATAN
LANGIT PUCAT BIRU
CUACA REDUP
HUTAN DI LIHAT HIJAU SEGAR
JALAN SUNYI KOSONG
SUARA TERKUKUR DI DENGAR
MALAM INI PASTI ENAK
SEJUK SANTAI
AMIN
SEMAU MENOLAK MADAFAKA
MATA-MATA
SOLDADU UNDI
BN/PN
KHALAS
Unknown commented on
"MADAFAKA GELABAH NAK KALAH"
Sudah pasti warga soldadu dan mata-mata sudah sangat benci kepada madafaka. Kalau tidak, mengapa merayu?
ABANG ASKAR JATUH DALAM TANDAS !!!
ABANG ASKAR
JATUH
DALAM TANDAS
KAH KAH KAH
KAH HAH KAH
TAPI TAK KENTUT
KHALAS
JANGAN JADI BARUA SIAM
ANGKAT SENJATA
UNTUK MERDEKA
AMIN
TAK ANGKAT
SENJATA
TAKDA SAPA
AMBIL PEDULI
AMIN
JANGAN IKUT
CARA TUNKU
BERUNDING
JADI BARUA
INGGERIS
AMIN
JANGAN JADI
BARUA SIAM
LAWAN SAMPAI
MENANG
KHALAS
Serangan maut Narathiwat - Thailand tangguh rundingan damai di Malaysia
Thailand menangguhkan rundingan damai dengan kumpulan pemberontak selatan, yang pada mulanya dijadualkan berlangsung di Malaysia pada September, selepas serangan maut di Narathiwat minggu lepas yang mengorbankan lima anggota renjer.
Pengarah Agensi Perisikan Kebangsaan Thanat Suwannanont berkata proses dialog itu pada mulanya berjalan lancar sebelum serangan tersebut mendorong pihak berkuasa untuk menilai semula keadaan.
"Tiada rundingan akan diadakan pada September. Kita telah mengatur pertemuan itu lebih awal, namun insiden tersebut berlaku. Keganasan itu terlalu ekstrem untuk kita terima. Kita dalam proses rundingan apabila perkara ini berlaku.
"Walaupun kumpulan pejuang itu mungkin bertindak mengikut naluri mereka, kita sebenarnya telah memulakan proses dialog tersebut. Apabila keganasan berlaku, kita terpaksa bermula semula dari awal," katanya kepada pemberita di Bangkok pada Selasa.
Thanat, yang juga mengetuai Panel Dialog Keamanan Wilayah Sempadan Selatan Thailand, berkata kerajaan menghantar surat kepada kumpulan pemberontak berkenaan bagi mendapatkan penjelasan mengenai serangan itu, yang berlaku ketika proses keamanan sedang berjalan.
Beliau menambah Perdana Menteri Anutin Charnvirakul sentiasa menegaskan bahawa dialog kekal sebagai antara pendekatan jangka panjang utama untuk menyelesaikan konflik di wilayah sempadan selatan Thailand, dan bukannya sekadar tindak balas jangka pendek terhadap insiden-insiden tertentu.
"Rundingan mesti diteruskan mengikut proses yang telah ditetapkan dan memerlukan masa," katanya.
Pada Rabu lepas, enam penyerang bertopeng yang berpakaian gelap melepaskan tembakan dan melontar bom paip ke arah pos kawalan keselamatan kira-kira 6.45 petang waktu tempatan di Ban Bukit Sami, daerah Rangae, wilayah Narathiwat, menyebabkan kematian lima anggota renjer dan kecederaan kepada enam orang awam, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.
Susulan serangan, Thailand menguatkuasakan Undang-Undang Tentera di 13 daerah di Narathiwat bagi memudahkan usaha memburu suspek serta memperkukuh langkah keselamatan di wilayah selatan yang sering dilanda pergolakan itu.
Sementara itu, Markas Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) Wilayah 4 menyatakan dalam satu kenyataan bahawa Mahkamah Wilayah Narathiwat mengeluarkan waran tangkap terhadap dua suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan tersebut.
ISOC memaklumkan bahawa kedua-dua suspek, yang masing-masing berusia 45 dan 43 tahun, dikenal pasti oleh pihak penyiasat berhubung serangan bersenjata pada 22 Julai itu.
"Mereka didakwa secara bersama melakukan perbuatan keganasan, pembunuhan terancang terhadap seorang pegawai kerajaan, rompakan bersenjata yang mengakibatkan kematian, serta kesalahan melibatkan senjata api dan bahan letupan," menurut kenyataan itu.
ISOC menambah operasi untuk menahan suspek sedang dijalankan, dengan pihak tentera diberi kuasa untuk mengadakan sekatan jalan raya di seluruh Narathiwat pada bila-bila masa sekiranya maklumat perisikan menunjukkan suspek berada di sesuatu kawasan. Bernama
TANDA PH NAK LINGKUP
BETUL KE
PH BELI UNDI
POLIS ?
KAH KAH KAH
INI BERAT
INI TANDA
NAK LINGKUP
KHALAS
PRN NS: Polis buka siasatan kes dakwaan sogok pengundi
SEREMBAN: Polis membuka tiga kertas siasatan termasuk satu berhubung kes disyaki membabitkan sogokan kepada pengundi, dipercayai mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad, berkata sepanjang tempoh 18 Julai hingga 28 Julai, pihaknya menerima 62 laporan dan membuka 19 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya.
"Satu kertas siasatan mengikut Seksyen 11 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dibuka kerana kesalahan penyogokan yang mana laporan dibuat seorang lelaki berusia 29 tahun, semalam.
"Mengikut laporannya, dia mendakwa menerima pesanan melalui aplikasi WhatsApp yang memaklumkan seorang calon parti menerima maklumat mengenai seorang individu tidak dikenali didakwa akan memberi wang sebagai sogokan kepada 'pengundi putih'," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Langgan:
Catatan (Atom)












