Rabu, 29 Julai 2026

AMARAN DARI ANWAR BIN IBRAHIM


JELAS INI

TANDA AMARAN

DARI ANWAR

BIN IBRAHIM

AMIN

ZAHID, TOK MAT

KU NAN , AKMAL,

ASRAF, TAKI,

DR SAM 

BERHATI-HATI

AMIN

MAHAFIRAUN

GUNA TAKTIK 

SAMA BILA

NAK LEMAS

KHALAS



Hukuman penjara Mohd Shafie tak jejas status ADUN - Speaker DUN Sabah


KOTA KINABALU: Keputusan Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima minggu terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, tidak menjejaskan kedudukannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya, berkata hukuman berkenaan tidak memberi sebarang kesan terhadap status Presiden Parti Warisan (WARISAN) itu sebagai ADUN buat masa ini.

"Kalau hukuman penjara, tiada kesan. Saya tidak tahulah kalau ada denda yang dikenakan oleh mahkamah. Kalau ada denda tetapi di bawah RM2,000, tidak juga terjejas.

"Apa pun, kalau hukuman masih dirayu, kedudukannya kekal status quo, belum ada sebarang kesan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengikut Perkara 17(1) (e) Perlembagaan Negeri Sabah, mana-mana ADUN yang disabitkan kesalahan oleh mahkamah di Persekutuan dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM2,000 akan hilang kelayakan sebagai ADUN.

Terdahulu, media melaporkan Mohd Shafie dijatuhi hukuman penjara lima minggu selepas didapati bersalah menghina mahkamah susulan kenyataannya berhubung inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Sesyen, Amir Shah Amir Hassan, membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara Mohd Shafie mengemukakan rayuan terhadap sabitan berkenaan.

Dalam penghakimannya, Amir Shah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap Mohd Shafie melampaui keraguan munasabah mengikut Seksyen 99A Akta Mahkamah Rendah 1948

Tiada ulasan: