Rabu, 29 Julai 2026

TANDA PH NAK LINGKUP


BETUL KE

PH BELI UNDI

POLIS ?

KAH KAH KAH

INI BERAT

INI TANDA 

NAK LINGKUP

KHALAS




PRN NS: Polis buka siasatan kes dakwaan sogok pengundi


SEREMBAN: Polis membuka tiga kertas siasatan termasuk satu berhubung kes disyaki membabitkan sogokan kepada pengundi, dipercayai mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Ketua Polis Negeri Sembilan,  Alzafny Ahmad, berkata sepanjang tempoh 18 Julai hingga 28 Julai, pihaknya menerima 62 laporan dan membuka 19 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya.

"Satu kertas siasatan mengikut Seksyen 11 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dibuka kerana kesalahan penyogokan yang mana laporan dibuat seorang lelaki berusia 29 tahun, semalam.

"Mengikut laporannya, dia mendakwa menerima pesanan melalui aplikasi WhatsApp yang memaklumkan seorang calon parti menerima maklumat mengenai seorang individu tidak dikenali didakwa akan memberi wang sebagai sogokan kepada 'pengundi putih'," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tiada ulasan: