Sabtu, 24 Februari 2024

KLIM CUCU NABI


Individu mengaku keturunan nabi mesti tunjuk dokumen sah, kata mufti

PETALING JAYA: Individu yang mengaku mempunyai jalur keturunan nabi mesti mengemukakan dokumen perakuan sah daripada pihak berwajib negaranya bagi mengelak penipuan.

Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata dokumen perakuan itu perlu dikeluarkan mahkamah, majlis agama Islam atau persatuan ulama dikenali umum.

“Sebenarnya kita tidak boleh menafikan bahawa keturunan Rasulullah sememangnya masih wujud hingga hari ini iaitu daripada Bani Hashim dan Bani Abdul Muttalib.

“Tetapi kita juga perlu berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa kepada penipuan individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab yang mengaku sebagai cicit baginda Rasul yang mulia,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, yang mengingatkan orang ramai menjauhkan diri daripada sikap taasub selepas seorang lelaki mendakwa dirinya dalam jalur keturunan nabi.

Sebelum ini, polis dilaporkan memantau kegiatan seorang lelaki mendakwa dirinya warga Maghribi dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai “Mawla Amin” dan mengaku mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad.

Ia susulan laporan seorang mudir sebuah madrasah di Selangor yang turut aktif mempromosikan “Mawla Amin”, didakwa mengutip dana awam secara tidak sah selain cuba mewujudkan perkampungan “Kerajaan 9” di Melaka sebagai persiapan akhir zaman buat pengikutnya.

Sementara itu, Wan Salim menyokong pemantauan polis terhadap pergerakan lelaki berkenaan dan pengikutnya.

“Sekiranya ada bukti mereka melakukan jenayah menipu orang awam untuk kepentingan diri dan kumpulan mereka maka polis hendaklah mengambil tindakan tegas untuk mengheret ke muka keadilan,” katanya.

WOIT

USTAD KATA

KITA SEMUA

CUCU NABI ADAM

KAH KAH KAH

TAPI MANA

DOKUMEN NAK

BUKTI KITA CUCU

NABI ADAM

KAH KAH KAH

SAPA BUAT

CERITA KARUT INI?

KAH KAH KAH

TAK DA BUKTI

TAKDA DOKUMEN

KHALAS

PRODUK LENDIR


23 warga asing ditahan di pusat urut, restoran

KUANTAN –  Seramai 23 orang warga asing ditahan dalam serbuan Op Gegar dan Selera yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang  di sebuah pusat urut dan restoran di kawasan peranginan di Bentong, semalam.

Pengarahnya Muhammad Hatta Kassim berkata, serbuan yang dilakukan antara jam 3.30 hingga 5.50 petang itu mensasarkan premis perniagaan di kawasan ‘hotspot’ warganegara asing.

”Pasukan operasi yang terdiri daripada 17 orang pegawai itu telah bertidak hasil maklumat dari orang awam dan risikan pegawai Bahagian Penguatkuasa. memeriksa seramai 32 individu termasuk pelanggan di kedua-dua premis.

”Hasil pemeriksaan 23 orang warga asing terdiri daripada 14 wanita Myanmar,  sembilan lelaki Myanmar dan seorang lelaki China ditahan kerana tidak memiliki sebarang pas yang sah untuk tinggal di Malaysia” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mereka ditahan kerana melanggar peruntukan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Kesemua tahanan yang berusia antara 19 hingga 43 tahun itu direman selama 14 hari di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 di Depot Tahanan Imigresen Kemayan untuk siasatan lanjut.

Majikan yang terlibat juga diberikan notis untuk hadir bagi membantu siasatan.

”JIM Negeri Pahang menyeru orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat berkaitan keberadaan pendatang asing tanpa izin (PATI) di lokaliti masing-masing bagi membantu pihak berkuasa membanteras isu kebanjiran PATI di negeri ini.

”Tindakan perundangan yang tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap PATI dan mana-mana pihak yang menggaji serta memberi perlindungan kepada mereka,” katanya. – 

WOIT

PENDATANG HARAM

DAH MASUK

KE INDUSTRI LENDIR

AMIN

RUMAH URUT

PUSAT KESEHATAN

HANYA TOPENG

UNTUK NIAGA LENDIR

HAPPY ENDING

AMIN

KHALAS

BETUL KE ADA PELABUR MASUK ?


BETUL KE ADA

PELABUR MASUK?

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KHALAS 

BIJAK CARI DUIT KOMISEN




BIJAK CARI

DUIT KOMISEN

AMIN

Unknown commented on
 "RINGGIT JATUH LAGI"

Ini mesti kerja DAP atau kerja Yahudi kah kah kah orang-orang kita baik belaka tak pandai tak apa tak cerdik tak apa tapi bab mencuri komisen projek besar projek Ali Baba memang lajukan otak kah kah kah

 bagilah orang cerdik jaga senang kah kah kah tengok pulau satu tu jauh kemajuan tak ada apa pun, tanah tak ada air tak ada semuanya tak ada tapi pengurusan terbaik kita terbalikkan semua atas nama agama bangsa negara kah kah kah


 

PLANTA INI PLATFORM KE ?


PLANTA NI

PLATFORM KE?

AMIN 

Saya ulangggg commented on 
"KJ SAMPAHKAN ANWAR"


PM / menteri kewangan ini kalau tanya pasal ekonomi memang ke laut. Cuba tanya apa guna PLANTA...pasti dia tahu. Akhirnya penyokong PH dan PN sekarang ni bolehlah telan kahak hijau AnUwar. Padan muka...BAHALOL.

RINGGIT LAGI


RINGGIT LAGI

SABTU 24 FEBUARI 2024
RINGGIT RINGGIT
MASIH 
HOT HOT HOT

ANWAR BERTAI CHI
BERSILAT LIDAH
CUBA MEREDA KEADAAN
KAH KAH KAH

RUPA RUPANYA
TIGA HARI DULU
RINGGIT DAH LINTAS
1 DOLAR SAMA DENGAN 5 RINGGIT
JENG JENG JENG
INI DARI LAPORAN GOOGLE

BANK NEGARA KATA
GOOGLE SALAH LAPOR
KAH KAH KAH
TAPI GOOGLE SENYAP
TAK MENJAWAB
JENG JENG JENG

TUDUH MEDIA SALAH LAPOR
SATU PERKARA BIASA
SELALU BERLAKU DI MALAYSIA
KAH KAH KAH

GAZA
PERBINCANGAN
 GENCATAN SENJATA
SEDANG BERJALAN DI PARIS

AMERIKA
SU NEGARA AMERIKA BLINKEN
KRITIK ISRAEL
MEMBENAR KAN YAHUDI BARU
MASUK MENDUDUKI
TANAH PALESTIN

NASA
ROKET AMERIKA DI BULAN
TERGELINCIR SEDIKIT
KETIKA MENDARAT
TAPI MASIH BERJAYA MENJALANKAN
PROJEK KUMPUL DATA


KOREA SELATAN
DOKTOR MOGOK
KINI KOREA DALAM KRISIS
AMIN

HOKKEIN
CERAH SEGAR SEDIKIT BASAH
RUMPUT LALANG KENA RACUN
MENGUNING TUNGGU MASA
UNTUK DI BAKAR

APAKAH CENGKERIK MATI SAMA
BILA DI RACUN
GUA TAK DENGAR LAGI
SUARA CENGKERIK

PAGI INI
DARI JAUH SUARA HOW WOW
DAN DARI ATAS BUKIT
MURAI BERKICAU

WOW
GUA LALU DEPAN  POKOK ARA
SAEKOR WARGA ASAL
DATANG MENDEKATI TAK TAK & EZI
MULANYA MARAH
KEMUDIAN MAIN MAIN
GUA RISAU TAKUT KUTU
BERJANGKIT

HARI INI
PASTI PANAS
BALKONI GUA DAH
BERCAHAYA DAN TAK TAK
MENJALAR MANDI MATAHARI
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT SABTU
DENGAN SENYUMAN

BRO
BUAT  DULU
APA YANG LU SUKA BUAT
SEBELUM LU KENA BUAT
APA YANG WAJIB LU BUAT

BRO
SATU KESILAPAN
YANG SERONOK
MUSTAHIL TIDAK DIULANGI

BRO
JANGAN PERCAYA
BERITA ITU
SEHINGGA IA DI NAFIKAN

BRO
JANGAN HAKIMI
ORANG ITU SEHINGGA
LU DAH JALAN 2 BATU
PAKAI KASUT DIA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI