Sabtu, 14 Mac 2026

TRUMP BUAT LAWAK BERDIRI


TRUMP BUAT

LAWAK BERDIRI

KAH KAH KAH

KHALAS

IRAN TIDAK DAPAT DI KALAHKAN


IRAN TIDAK

AKAN KALAH

AMIN

TIDAK AKAN

MENYERAH KALAH

KHALAS


Trump tak faham rakyat Iran, semakin ditekan semakin kuat – Ali Larijani


TEHRAN: Ketua Keselamatan Iran, Ali Larijani, pada Jumaat menyertai perarakan besar-besaran di Tehran bersama beberapa pegawai kanan lain, sambil menyifatkan serangan terbaru Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas ibu negara itu sebagai tindakan terdesak.

Dengan nada tegas, beliau berkata Presiden AS, Donald Trump, tidak memahami bahawa rakyat Iran ialah bangsa yang berani dan bertekad.

Katanya, semakin tekanan diberikan, semakin kuat semangat rakyat Iran.

"Serangan ini berlaku kerana ketakutan dan rasa putus asa. Pihak yang benar-benar kuat tidak akan mengebom demonstrasi. Jelas mereka telah gagal," katanya kepada pemberita ketika menyertai perarakan tahunan Hari Quds bagi menyatakan sokongan kepada Palestin.

Kehadiran Larijani adalah antara kemunculan awam paling menonjol pegawai Iran sejak serangan pada 28 Februari lalu yang mengorbankan pemimpin tertinggi negara, Ali Khamenei serta beberapa pegawai kanan lain.

Ketua Kehakiman, Gholam-Hossein Mohseni-Ejei dan Ketua Polis Negara, Ahmad-Reza Radan, turut menyertai perarakan itu.

Pada masa sama, beberapa letupan besar dilaporkan berlaku di pusat Tehran, tidak jauh dari lokasi perarakan berkenaan.

Satu letupan juga kedengaran ketika Ejei sedang ditemubual oleh televisyen negara.

"Rakyat kami tidak takut dengan pengeboman ini. Kami akan terus berjuang," katanya.

Orang ramai turut membawa gambar Ali Khamenei serta penggantinya, Mojtaba Khamenei, berarak di sekitar Tehran dalam perarakan tahunan menyokong Palestin dan membantah Israel, sambil memijak gambar Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. - AFP

PASANG BANNER INI DI TEMPAT RAMAAI


PAK CIK

YANG AMBIL

BANNER INI

SILA PASANG 

DI KAWASAN RAMAI

AMIN

Unknown commented on
 "DEMO BERJAYA"

Banner itu akan menjadi penyadang air ujan di bazaar ramadan..kakakak..

MELAYU ISLAM KAKI RASUAH


KENAPA MELAYU

YANG ISLAM 

KUAT RASUAH?

 AMIN 

KERANA PEMIMPIN

MELAYU ISLAM

 JUGA KAKI RASUAH

AMIN


Unknown commented on
 "AZAM BIN BAKI WAJIB 
DI HUMBANKAN !!!"

Mana satu agensi yang ada integriti? Sejak kemasukan orang-orang kita dominasi semua, satu persatu jatuh dan masuk longkang, bukan apa kerana tiada kualiti, tiada integriti, semuanya tunggu peluang untuk sapu songlap rasuah, itulah matlamat hidup, bukan kerana agama bangsa negara tetapi periuk nasi sendiri kah kah kah, 

anak beranak kaum keluarga kaum kerabat terus dominan sekarang pula yang masuk bayaran naik pangkat, naik gred jawatan, naik elaun, semuanya kena ada bayaran, sudah sampai tahap itu, yang kerja baik lurus mengikut peraturan diketepikan dengan pelbagai karenah alasan kah kah kah, 

kalau negara dipimpin oleh orang-orang begini pasti kehancuran akhir zaman kah kah kah, selalunya yang jenama pendek botak lagi kuat makan rasuah tetapi dahi hitam dihantuk setiap hari sebagai make up agama kah kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI


PAGI INI

SABTU 14  MAC 2026

PUASA HARI KE 24

PERANG HARI KE 15


RAYA DAH DEKAT
Kawan gua kata : SAPO TAK POSO TAK LEH RAYA Berpuasa adalah nikmat untuk beraya. Gua PENGAMAL ISLAM BUDAYA amalkan puasa bukan kerana BIDADARI tapi untuk merayakan ISLAM BUDAYA.

ISLAM BUDAYA
Petang ini  DAPUR JALANAN KUALA LUMPUR merayakan MALAM TUJUH LIKUR – ini satu ciri Islam budaya – di Kampung pasang lampu – main meriam buluh – bakar mercun.

Dalam kota Kuala Lumpur ramai warga miskin tanpa tempat tinggal – keseorangan  di  hari baik bulan baiK ini – MAKA Dapur Jalanan merayakan mereka. Berbuka Puasa dengan warga miskin kota – Setahun hanya sekali.

Kawan-kawan dan PEMBACA TUKAR TIUB di jemput sama datang  untuk merayakan BUDAYA MALAM TUJUH LIKUR  bersama miskin kota. Bakar Mercun dan Bergumbira !!!

PERANG IRAN
Dah masuk minggu ke dua – Selat Hormuz masih di tutup – HARGA MINYAK melambung naik.

Jika perang berterusan ISREAL AKAN PARAH !!!

TAPI AWAS !!!  Apakah Zionis Israel akan meledakkan BOM NUKLEAR ? Zionis  Isreal memiliki lebih dari 100 biji bom nuklear yang tersimpan di DIMONA – kawasan Padang Pasir NEGEV  di wilayah Selatan.

Zionis Isreal ada dasar  PILIHAN SAMSON:
Pilihan Samson ialah istilah untuk strategi Israel yang didakwa AKAN menggunakan senjata nuklearnya sebagai pilihan terakhir terhadap ancaman wujud.

Kalau Isreal rasa nak kalah maka .... jeng jeng jeng.

SEMENTARA ITU -  Diesel naik harga – TAK LAMA  LAGI banyak bahan makanan akan naik harga. Amin.

HOKKIEN
Pagi ini sejuk basah segar. Matahari dah keluar cahaya lemah. Langit berawan putih – masih ada kumpulan awan mendung. Kemarin hujan lebat – kilat guruh berdentam dentum. KL & KL Sentral berkabus nipis.

Di Pintu Masuk semua senyap. Di jalan ada beberapa buah kereta. Ada keluarga datang awal untuk Sembahyang Kubur.

Siti dan keluarga tidak kelihatan. Gua berjalan terus ke arah Wakaf Tiga. Ha ha saekor Keng Keng melintas – heboh satu Hokkien.

Berjalan pulang gua rasa  nasi dan Friskies akan gua bawa pulang, Tup Tup Siti datang berlari – gua menoleh ramai yang mengekor – Lalu gua beri makanan. Wow – ramai pagi ini. Emak tidak kelihatan.

Di Pintu Keluar Muari berkicau – Bila Murai berkicau pagi jadi indah.

Jap lagi gua nak ke Chow Kit. Rutin mingguan. Juga nak tengok harga  sayur buah ayam ikan dan daging. Tahun ini gua  ingat nak buat rendang itik dan daging – Di Chow Kita tak ada itik – gua wajib ke NSK.

Nanti di Chow kita gua nak cari mercun UNTUK MALAM INI.

Gua harap petang tak hujan – tak ganggu PESTA MALAM  BUDAYA DAPUR JALANAN. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI SABTU

Kuih bingka dari Melaka
Nira  dari Sungai Ramal
Kita rayakan warga miskin kota
Bergumbira sambil   beramal

Bihun  dipesan  dengan talipon
Pagi meredah gelap bersuluh
Setahun sekali main mercun
Lagi indah meriam buluh

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI

SELAMAT BEPUASA
SELAMAT MENYAMBUT
MALAM TUJUH LIKUR

BERBUKA PETANG INI - SATU JEMPUTAN


MARI BERBUKA

PETANG INI

BERSAMA WARGA

MISKIN KOTA 

DI JLN PANGGUNG

SELARI DENGAN

JLN PETALING

AMIN

KITA RAYAKAN

MEREKA

DENGAN BUDAYA

MAIN BUNGA API

DAN BAKAR MERCUN

AMIN