Selasa, 12 Ogos 2014

SELAMAT JALAN






SELAMAT

 JALAN

kau telah
memberikan ketawa
kepada dunia
kau telah membawa
lawak
ketika dunia bersedih
kau lah mork & mindy
salut 
au revoir

KAH KAH KAH




Actor Robin Williams found dead

Oscar-winning actor and comedian Robin Williams
 has been found dead at his home in California , police said Monday.
---------

WAN AZIZAH MB SELANGOR BARU



KENYATAAN MEDIA
11 OGOS 2014


Pakatan Rakyat Perlu Namakan Menteri Besar Selangor Yang Baharu 
Untuk Tangani Krisis Perlembagaan

BERSIH 2.0 hari ini berpendirian bahawa Pakatan Rakyat perlu dengan kadar segera menamakan Menteri Besar yang baharu dari kalangan mereka untuk menangani dan menamatkan krisis perlembagaan yang sedang melanda Selangor. 

BERSIH 2.0 terkejut dan kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim berkaitan dengan kedudukan beliau di Selangor. Kami ingin mengingatkan bahawa kemelut yang timbul hasil perdebatan berkaitan dengan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri telah pun menyebabkan timbulnya krisis perlembagaan di Selangor hari ini. Maka yang demikian, untuk menyelesaikan kemelut dan memecahkan kebuntuan ini, Pakatan Rakyat melalui sidang kaukus ADUN Pakatan Rakyat perlu segera menamakan Menteri Besar yang baharu.  

Berikut adalah pendirian penuh BERSIH 2.0:

1. Badan Eksekutif dalam sistem berparlimen seperti yang diamalkan di negara ini perlu berfungsi sebagai sebuah pasukan yang seia dan sekata. Tidak wajar sebuah kerajaan atau badan eksekutif dianggotai oleh ahli yang bercanggahan dari segi kedudukan politik. Pengekalan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar hanya menyebabkan berlaku krisis perlembagaan disamping menafikan hak rakyat Selangor untuk mempunyai sebuah kerajaan yang sah dan berfungsi sepenuhnya.

2. Seorang Menteri Besar perlu ditentukan oleh parti politik atau gabungan yang mendapat majoriti di dalam pilihan raya, bukan sebaliknya. Maka dengan itu, Pakatan Rakyat di Selangor bertanggungjawab memanggil sidang kaukus yang perlu dihadiri oleh kesemua 43 orang Ahli Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Rakyat, yang telah pun membentuk majoriti 2/3 DUN bagi melantik ketua ADUN yang baru dan seterusnya mengisi jawatan Menteri Besar. Pakatan Rakyat kemudiannya boleh mengemukakan nama calon Menteri Besar yang baharu secara rasmi untuk perkenan Sultan.

3. Dengan nama calon yang dikemukakan melalui lantikan kaukus ADUN Pakatan Rakyat tersebut, Duli Yang Maha Mulia Sultan kini jelas boleh menentukan ADUN yang benar-benar secara sah mendapat sokongan majoriti dalam kalangan mereka, seterusnya layak dan perlu diperkenankan menjadi Menteri Besar seperti yang digariskan di dalam Artikel 53(2) Perlembagaan Negeri.

4. Kami memohon Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk memberi ruang kepada proses ini mengambil tempat di Dewan Undangan Negeri. Adalah penting bagi DYMM Sultan dari kalangan Raja Berperlembagaan untuk tidak diheret ke dalam pergelutan politik partisan yang hanya akan mencemarkan imej dan nama baik DYMM.

5. Setiap pihak dan parti yang terlibat perlu mengambil langkah segera dalam menangani krisis ini secara bijak dan mengikut Perlembagaan. Kepentingan rakyat Selangor, kelangsungan Raja-raja Berperlembagaan, dan keutuhan kerajaan Negeri perlu diutamakan berbanding mana-mana kepentingan peribadi, mahupun kepentingan parti, individu atau badan institusi.

Ditandatangani oleh
Jawatan Kuasa Pemandu BERSIH 2.0, yang terdiri daripada:
Masjaliza Hamzah (Bendahari), Farhana Halim, Thomas Fann (Naib Pengerusi Semenanjung Selatan), Jannie Lasimbang (Naib Pengerusi Sabah), Simon Lee Ying Wai (Naib Pengerusi Semenanjung Tengah) and Dato’ Dr Toh Kin Woon (Naib Pengerusi Semenanjung Utara).


------------

Isnin, 11 Ogos 2014

MARI BELAJAR DARI SEJARAH






 
LIHAT DAN TONTON
babak babak sejarah
agar kita semua
dapar belajar
dari babak
sejarah
ini






TOLONG JANGAN TIPU ORANG KAMP:ONG




BN akan sokong Khalid kekal MB Selangor, kata Muhyiddin

Muhyiddin Yassin hari ini menjelaskan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada  Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor tanpa syarat bagi menjayakan perjanjian air yang sudah ditandatangani -







KAH KAH KA
woit
tanpa syarat
kah kah kah

lee kuan yew
dapat tanah ktm
di singapura pun
memang tidak 
ada syarat 
tapi ada gambar altantuya


khalid terus 
jadi mb
mustahil tak bersyarat

syarat amat jelas
lulus langat dua
lulus kidex
beri tanah pada
adik vincent tan

baru khalid diumum
selesai hutang
tidak bangkrap

KAH KAH KAH


--------

NASI PANGGUNG KELMARIN




NASI PANGGUNG 
PETANG KELMARIN

Semalam, datang petang hujan berhenti,
Seolah memberi laluan kepada anak semua bangsa
Berkongsi rasa, merapat jiwa,
bersetiakawan dengan warga miskin kota 

Displaying 1407685581658.jpg

Menu & para penyumbang hari ini:-
Tim Dapur Jalanan - Bihun Sup Ayammm
Tim Syed Syahir - Roti Canai // Air Mineral
Tim UM kolej ke 7 - Pek Roti // Air Mineral
Qish awek cun - Cekodok Pisang
Kak Ogy Sekeluarga - Bubur Kacang
Fuzzy Ampang - Pakaian

Displaying IMAG0880.jpg

TERIMA KASEH
Mereka yg sama kerja bakti; buat sibuk & buat ramai di Jln Panggong:-
Aisyah Amira, Husna, Fahmi, Husin, Paramjit, Yan & Acino mat Brickfield
Hazman, Syu, Nad, Ajim, Quratul & cikgu2 Kelas Tuisyen percuma
Nicholas & seluruh tim UM kolej ke-7, Najwa & kawan2 dari Kolej Tunku Jaafar
Muzz, Fauzi, Ayah Halim, Kak Ogy sekeluarga
Eddy Gordo, Brader2 cool Geng Kotak, Awek-awek cun 
& semua kawan2 yg sama hadir bantu, menghidang, basuh pinggan, memeriahkan petang ahad di Jln Panggung

Terima Kasih daun keladi,
semoga kita berjumpa lagi,
minggu depan masih disini,
dengan warga miskin kota bersolidariti!

KAKI BUAT SIBUK
Displaying IMG-20140810-WA0017.jpg

TERIMA KASIH

Displaying 10608868_10201719172494704_1082871449_n.jpg

+ Dapur Raya, Hari Raya Rakyat sedang dirancang. Akan diumum dalam masa terdekat. Meraikan hari raya bersama warga miskin kota. Tungguuu!

+ Untuk maklumat info, sila cari dan tekan like Facebook page DapurJalanan KualaLumpur dan follow twitter: dapurjalananKL & insta - dapurjalananKL
+ Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun dapur jalanan

8001-7278-49 spkl collective

+ Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh tekan number dibawah

 Pakwan = 019-2671285  
Hadikhalid = 012-6648873

Dapur Jalanan Kuala Lumpur
 *Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*




------------

DAH GANTI DARAH ATAU BELUM?






NOTA
nak tanya
dah tukar darah
atau belum
tukar dulu
baru shafie...opps...
baru afdal
bercakap hal islam 


Adun PAS lebih layak jadi MB Selangor, kata Ridhuan Tee

11 Aug — Pakatan Rakyat (PR) perlu memberi laluan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS bagi menggantikan Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor kerana calon parti Islam itu lebih berkredibiliti, kata  Ridhuan Tee Abdullah. Pensyarah…

KAH KAH KAH

kalau makan coklat cadbury kena tukar darah
bagimana pernah makan
bak ku teh

KAH KAH KAH