Jumaat, 24 Oktober 2025

MENTERI FADHLINA JANGAN LETAK JAWATAN


MENTERI FADHLINA

JANGAN PEDULI

DESAKAN LETAK

JAWATAN

AMIN

TERUS BUAT KERJA

SEPERTI  YANG LEPAS

AMIN

PETANG TADI DEMO TOLAK TRUMP


PETANG TADI

DEMO TOLAK TRUMP

AMIN

BERITA BAIK UNTUK HAJIJI

 


Albert failkan prosiding hina mahkamah pada Hajiji

Ahli perniagaan Albert Tei memfailkan permohonan untuk mengenakan perintah hina mahkamah terhadap Ketua Menteri Sementara Sabah Hajiji Noor selepas dia dinafikan kemasukan ke negeri itu dua kali untuk menghadiri prosiding kes jenayahnya.

Dokumen mahkamah yang dilihat oleh Malaysiakini menunjukkan permohonan itu difailkan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini melalui Tetuan Chin Jingulam & Associates, dan permohonan itu akan didengar pada 24 November.

Dalam afidavit sokongannya, Tei mendakwa dia diberitahu bahawa arahan untuk melarang kemasukannya datang secara langsung dari pejabat Hajiji atau melalui pegawai responden, seperti yang dimaklumkan oleh pegawai imigresen semasa ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 22 September dan 23 Oktober.

Tei ditahan di lapangan terbang semasa ketibaannya pada kedua-dua tarikh tersebut, ketika dia dijadualkan hadir di mahkamah pada hari berikutnya, iaitu 23 September dan 24 Oktober.

Pada kejadian pertama, Tei menambah, dia akhirnya dibenarkan masuk selama dua hari, antara 22 hingga 24 September, atas pertimbangan pegawai, selepas dia memenuhi permintaan mereka untuk menyerahkan dokumen berkaitan kes jenayahnya kepada Jabatan Imigresen negeri melalui e-mel.

Pada kejadian kedua, dia mendakwa sekali lagi ditahan di lapangan terbang semasa ketibaan dan dimaklumkan bahawa namanya tersenarai dalam senarai 'Tidak Dibenarkan Mendarat' yang dikeluarkan bawah kuasa pejabat Ketua Menteri.

"Tindakan responden (Hajiji) mengarahkan dan menyebabkan penerusan larangan masuk serta menyekat kemasukan sah pemohon (Tei) untuk menghalang kehadirannya di mahkamah, yang melanggar haknya (untuk mendapatkan nasihat undang-undang), merupakan campur tangan yang disengajakan terhadap pentadbiran keadilan yang sewajarnya.

"(Ini juga) menjejaskan kuasa dan kesucian mahkamah dan oleh itu merupakan penghinaan kepada mahkamah.

ADS

"Arahan responden atau campur tangan terhadap pentadbiran keadilan yang sewajarnya melanggar (beberapa) hak asasi pemohon yang dijamin bawah Perlembagaan Persekutuan, termasuk hak untuk perbicaraan yang adil dan akses kepada keadilan (serta) hak untuk dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah," menurut dokumen itu.

Tei mendakwa bahawa campur tangan sedemikian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, menyerang asas kebebasan kehakiman dan kedaulatan undang-undang.

Dia selanjutnya berkata, melainkan Hajiji dipertanggungjawabkan, kelakuan sedemikian, jika dibiarkan tanpa tindakan, akan mencipta duluan berbahaya yang mungkin membolehkan campur tangan eksekutif dalam prosiding kehakiman dan pelanggaran hak berperlembagaan bawah preteks budi bicara pentadbiran.

Semalam, Jabatan Imigresen memberitahu Malaysiakini bahawa Tei dihalang masuk kerana dia didakwa memberitahu pegawai bahawa dia datang ke Sabah untuk bersiar-siar dan berjumpa rakan-rakan.

Jabatan itu juga berkata bahawa Tei tidak memberikan sebarang dokumen yang berkaitan kesnya di mahkamah, menyebabkan pejabat imigresen lapangan terbang mengeluarkan notis penolakan kemasukan kepadanya kerana adanya notis amaran yang aktif.

Tei sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah di mahkamah Kota Kinabalu. Dia dituduh menawarkan rasuah kepada anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Batu Andi Suryady Bandy dan Adun Sindumin Yusof Yacob.

BERITA BAIK

UNTUK HAJIJI

KAH KAH KAH

HAJI NAIK HAJI

TAK PERLU

PERGI MEKAH

KAH KAH KAH

HANYA NAIK

MAHKAMAH

KES RASUAH

KHALAS

BERSATU TOLAK TRUMP TOLAK MADAFAKA



Pemuda PAS demo menjelang kedatangan Trump

KUALA LUMPUR: Kira-kira 700 peserta menunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) bagi membantah kedatangan Presiden Donald Trump, yang dijangka akan menghadiri Sidang Kemuncak Asean di sini.

Himpunan ini berlatarkan konflik di Palestin, dengan peserta melaungkan slogan mengkritik persekongkolan AS dengan rejim Israel.

Seusai solat Jumaat, peserta himpunan anjuran Pemuda PAS itu berarak dari Menara Tabung Haji sambil membawa sepanduk dan plakad, dengan iringan slogan, untuk menyerahkan memorandum bantahan.

Selain pemimpin PAS, turut kelihatan Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanahair, Muhammad Rafique Rashid Ali; dan aktivis Tian Chua.

“Hari ini kami ingin Trump tahu yang dia tidak dialu-alukan ke Malaysia ketika negaranya masih menyokong pembunuhan rakyat di Gaza,” kata Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden, dalam ucapan kepada peserta di luar kedutaan.

Pada sidang media, Afnan menjelaskan hasrat menyerahkan memorandum membantah kedatangan Trump dan sokongan AS kepada rejim Israel tidak kesampaian. Katanya, memorandum diberi kepada polis untuk diserahkan namun tiada wakil kedutaan tampil untuk terima.

Polis yang mengawal keselamatan sepanjang tunjuk perasaan menganggarkan kira-kira 700 peserta berdemo petang tadi.

Ketua Polis Wangsa Maju, Lazim Ismail berkata, perhimpunan berlangsung terkawal tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Trump dijadual tiba di Malaysia pada Ahad, bagi menyertai pemimpin-pemimpin negara lain untuk sidang serantau yang ke-47.

Malaysia selaku pengerusi blok 10 negara akan menjadi tuan rumah acara yang akan berlangsung dari 26 hingga 28 Okt.


BESATU

BERSAMA 

TOLAK TRUMP

TOLAK MADAFAKA

KHALAS

JANGAN TUDUH TRUMP BAWA BANJIR


JANGAN TUDUH

TRUMP BAWA BAJIR

INI PEMANASAN 

 DUNIA

KHALAS

SAMAN TRAFIK JADI PENDAPATAN KERAJAAN MADAFAKA


SAMAN TRAFIK

JADI PENDAPATAN

KERAJAAN

MADAFAKA

KHALAS


Unknown commented on 
"KUASA POLITIK 
UNTUK REMBAT HARTA NEGARA"

Kutip kutip kutip operasi Madafaka sudah bermula, kutip cukai, kutip saman, kutip hutang kutip semua dari rakyat, mereka anugerah berjuta berbillion kepada kroni anak beranak kah kah kah, nak lancar perang dengan pemandu lori, lancar perang dengan rakyat biasa untuk kutip cukai, halang keluar negara, 

undang-undang ini undang-undang itu semua ditujukan kepada rakyat kah kah kah manakala mereka enjoy kutipan derma sumbangan kutip sebelah kanan derma tangan kiri, lebih masuk poket ataupun masuk poket dahulu kemudian derma? Kah kah kah