Sabtu, 9 Januari 2010

KETUANAN RAKYAT MAKIN MENYALA



GAMBAR DAN BERITA PALING DITAKUTI OLEH GEROMBOLAN




KENYATAAN AKHBAR PIMPINAN TERTINGGI PAKATAN RAKYAT

8 JANUARI 2010

Kami mengutuk tindakan pihak tertentu yang menyerang 3 gereja di sekitar Lembah Klang awal pagi tadi. Serangan tersebut adalah satu perbuatan yang dikecam semua agama dan peradaban.

Perbuatan seperti itu tiada tempat dalam mana-mana negara pun di atas dunia ini. Kami percaya ianya berpunca dari politik amarah yang sempit, ditambah dengan unsur provokasi jahat yang semakin menular dan runtuhnya rasa saling hormat menghormati dalam negara kita yang tercinta ini. Setiap rakyat dalam negara ini, tanpa mengira agama, kaum, keturunan dan etnik seharusnya dapat menikmati keamanan spiritual dan fizikal mereka. Seharusnya sebarang perbezaan pendapat dan pandangan tidak terus dilebarkan. Kami yakin sebarang perselisihan dapat diselesaikan dengan menumpukan usaha untuk membawa semua pihak ke meja rundingan.

Oleh yang demikian, seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat dengan tegas meminta supaya individu atau mana-mana kumpulan yang menyebarkan api kebencian dan kekerasan sebegini agar dihukum dengan setimpalnya.


YB ANWAR IBRAHIM

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum PKR

YAB LIM GUAN ENG
Setiausaha Agung DAP

YB HAJI ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS



17 ulasan:

Khun Pana aka johanssm berkata...

3 GEREJA diBAKAR di sekitar SELANGOR sahaja .(Lain lain tempat tiada kebakaran)

Berita ini mesti diterima dengan baik.
Ini membuktikan bahawa HINDRAF bukan pengganas.
Ini membuktikan bahawa Raja Petra bukan pengganas.
Ini membuktikan bahawa khir toyol sedang berusaha giat untuk rampas kuasa di Selangor.

Dah bunoh teoh beng Hock untok jatuhkan PR Selangor
Dah seret kepala lembu tapi rakyat Hindu tak tiu ..syabas kepada rakyat Malaysia beragama Hindu.
Dah bakar 3 gereja tapi rakyat kristian tak tiu...syabas kepada rakyat kita beragama Kristian.

Cadangan kepada khir toyol, sila seret kapala Bik mama...kita semua akan tiu...hahaha

Sudin berkata...

Kah,kah,kah.......gua setuju
gereja di selangor sahaja yang dibakar.
tempat lain orang tak ambil pot....

Kenapa tak dibakar saje sel kat kamunting ?
Ini kes takut bayang-bayang sendiri....kah,kah,kah.....

Kenapa tak dichekek dan seret pembunuh kugan,teoh,memali....?
dibakar hidup-hidup manusia kejam ni...!!!

sikancil berkata...

Orang berakal tak akan membuat kerja bodoh semacam ini. Pembakaran ini segaja dilakukan untuk menyemarakkan perasaan curiga penganut kristian. Kita yang bijak mengunakan akal mesti dapat meneka siapa dalang yang suka melakukan kerja provokasi seperti ini. InsyaAllah kita akan membalasnya dalam PRU akan datang....celaka sungguh mereka ini.

Tanpa Nama berkata...

Sikap baling batu sembunyi tangan layak diberi kepada gerombolan. Mla-mula diminta diharamkan menguna istilah 'al-elah' atau the God. Pokoknya Allah itu bukan mutlak 'Tuhan Islam' tetapi dalam masyarakt majmuk Malaysia penggunaan istilah itu boleh dimanipulasi untuk kepentingan tertentu. Ramai yang menerima pengetahuan sempit tentang agama boleh digila babikan dengan emosi liar lalu bomkan beberapa greja samabil orang yang membaling batu itu tersengeh bagaikan buta perut perkara itu bukan kerjanya pada hal semua yang mempunyai kesedaran tahu sebaliknya.Kita kena ajar mereka itu pada PU Ke-13 ini walaupun luka yang telah diguris itu mengamil masa yang lama. Kalu dibuat di AS, mungkin dah habis semua masjid kita dibom!
Bagus perkara ini sudah berlaku, menjadi bukti kukuh bahawa gerombolan mman tak tahu mentadbir negara an rakyat mesti sisihkannya pada PUke-13 ini. Rakyak yang pekak itu ambillah pengajaran dari peristiwa ini.

Tanpa Nama berkata...

hahaha.. stuju.
wahai rakyat Malaysia yg cerdik pandi dan berfikiran waras.. jgn terpedaya dgn pengganas dan pelingkup umngok.. diowg tu kurang bijak skit dr lembu.
KHInziR TOYOl sila seret kopek bik mama skali kami nk tahu brapa tan..
kami nk tahu betul ke sebalik kopek tu ada peti simpanan emas rahsia???
semua yg terlibat bakar gereja tu mmg ketuanan lembu!

-budak itm

solo mum berkata...

ha.ha.h..ha i setuju dgn khun 200%

Tanpa Nama berkata...

Hairan dengan puak UMNO ni
mengapa kisah sangat orang kristian pakai nama Allah

bukan kah Allah telah menurunkan 4kitab terdahulu termasuk Al Quran yang terakhir yang dibawa oleh Rasul Rasul terdahulu bagi menyebarkan ugama Allah

Penganut kristian yang berpegang dengan kitab injil juga mempercayai Allah itu tuhan mereka
jadi mengapa kita perlu risau

Puak UMNO nampaknya terlalu dangkal dengan kepercayaan Allah yang satu dengan sengaja mencari masalah dengan penganut kristian di Sabah dan Serawak yang lebih ramai dari penganut Islam

Tanpa Nama berkata...

Step 1 - Akhir tahun lepas pihak gereja telah berjaya di mahkamah untuk menggunakan kalimah Allah.
Step 2 - Kerajaan telah menaikkan harga gula sebanyak 20sen.
Step 3 - Kerajaan telah mengarahkan Abdul Ghani Patail untuk mengendalikan kes Kalimah Allah di mahkamah rayuan.
Step 4 - Kerajaan telah melancarkan Juara Rakyat (macam karnival jom heboh jugak) untuk membawa masyarakat untuk mengenangkan jasa UMNO/BN
Step 5 - 3 gereja dibakar

Langkah yang seterusnya..

Step 6 - Suspek pembakaran gereja telah berjaya ditahan dan dikenakan hukuman (Tapi bukan dibawah akta ISA)
Step 7 - Kes mahkamah rayuan akan berterusan tanpa sebarang keputusan
Step 8 - Kenaikan harga minyak
Step 9 - Mahkamah rayuan meluluskan rayuan kerajaan - Penggunaan kalimah Allah oleh gereja ditarik balik.
Step 10 - bla bla bla.. sehingga rakyat tak sedar yang semua harga barang keperluan harian telah dinaikkan harga termasuk tol.
Step 11 - fund telah mencukupi untuk bertanding di pilihan raya dan bermula semua pesta rasuah yang paling besar dalam sejarah..


hebat x umno?

KAH..KAH berkata...

murni sungguh..
Kah..kah

tulus sungguh..
Kah..kah

marhaen sungguh..
Kah..kah

Kah..Kah..Madani sungguh!

Tanpa Nama berkata...

umno ialah sebuah parti yang suci dan parti umno tidak akan menganjurkan perhimpunan yang boleh mendatangkan ketegangan dikalangan rakyat,tidak seperti pembangkang yang sering menganjurkan perhimpunan haram dan melanggar undang2..".kata tan seri rais yatim sambil memadamkan mancis ditangannya.

Tanpa Nama berkata...

Khir Toyo will be back as our Selangor MB, the richest state in Malaysia. Padan muka Tukar Tiub ... kah kah kah.

MAT LENDIR KG LONEK berkata...

Urutan peristiwa berkaitan pembakaran gereja ini bagi gua tidak akan lari jauh spt perjalanan arak kepala lembu.

i. 3 gereja dibakar
ii. ubn tegaskan akan mengambil tindakan tegas dengan "segera".
iii. setelah 6 bulan, 2 orang ditangkap kerana didakwa terlibat. Kombing hitam?
iv. Masuk mahkomah seksyen. Kombing hitam didapati bersalah.
v.Guni empat tail mencadangkan kombing hitam membuat rayuan di mahkamah tinggi. Kombing hitam masih didapati bersalah dan dihukum penjara 6 bulan.
vii. Mat san mencadangkan rayuan dibuat di mohkamah rayuan. 2 kombing hitam didapati tidak bersalah. Alasan - "tiada kes".
viii. 2 kombing hitam keluar mohkamah dengan senyuman lebar dan gaya relax serta santai.
ix.Piyem meminta orang ramai menerima keputusan mohkamah rayuan dengan hati terbuka.
x.Tanpa disedari harga minyak, elektrik, tol, kunyit, mangkok dan sebagainya telah naik sepanjang tempoh perbicaraan tersebut berjalan.
xi.Semua kes dimasukkan dalam buku sejarah tingkatan 5.

Tanpa Nama berkata...

ala wak toyol dah terdesak sgt ke.nape kat selangor saja ek..ish ish.kok ye nak jadi juara rakyat tak kan kat selangor je..hang x tau ke org selangor dah tau tektik gila meroyan n gila talak hang tu.bertaubatlah wak toyol...

Orang Lama berkata...

Aku sungguh2 tak faham sikap orang Islam kat Mesia ni..

Semua orang Islam dalam dunia ni tahu bahawa Ugama Islam, kristian dan Yahudi berkongsi tuhan yang sama ia itu Allah, yang membezakan kepercayaan atau akidah hanya pada Nabi. Kristian dan Yahudi tidak percaya kepada Nabi Muhammad SAW sedangkan percaya pada Allah.

Orang Islam yang bangang dan tak tahu sejarah teruma dari gerombolan UMNO tolong lah belajar dan mengambil tahu agama lain, jangan dok bongok tak habis2.

Kita berkongsi Allah yang sama dengan Kristian dan Yahudi tapi Nabi yang berlainan! bodoh....

muraisenja berkata...

Khun.... memang betul pendapat anda

Tanpa Nama berkata...

sial la diorang nih..baik2 xde pape, dh jd cite..bakar 3 gereja..xpasal2 budk2 black metal kene tuduh psni..oh geng 3 kaler...bile la korng nk sedar n keluar dari kepompong yg jengkel..kesian korang..masih lg jd lembu cucuk hidung..bodo xbertempat..aku pn melayu! aku xrasa bangga jd melayu sebab perangai2 mlayu islam yg mcm ni..bodo xde akal!

Paku Payung berkata...

Nota Untuk Perdana Menteri.

Sabah dan Sarawak merupakan antara penyumbang terbesar kepada kemenangan UMNO sebelum ini. Saksikanlah permulaan kepada perubahan pola politik pada masa terdekat. Amin.

Isu yang berjaya didedahkan:-
A)Rasuah
B)Penyalahgunaan wang/kuasa
C)Pengundi Hantu
D)Penipuan
E)Isu melibatkan Polis/SPRM/dsb
F)Pola Kenaikan harga
G)Projek Kroni
F)Altantuya
H)Kapal Selam
I)"Dalam siasatan"
J)Kugan/Beng Hock
K)Video Rosmah
L)Memali
M)100B
N)ISA
O)PKFZ
P)Dan bermacam2 lagi

Mahasiswa/wi Borneo hanya menunggu runtuhnya AUKU. Dalam masa yang sama, golongan ini mempunyai kesedaran akan ketidakseimbangan yang berlaku. Ketidaktelusan ini digalurkan ke seluruh pelusuk kawasan mereka. Hanya menunggu masa untuk bangun.

Golongan baik dalam kepimpinan UMNO sudah tidak dapat menembusi golongan yang berkepentingan, maka akan tertutup rasa percaya, rasa selamat dan rasa senang dengan kepimpinan masa kini.

Bersedialah apabila terbuka sahaja mata penduduk Sabah dan Sarawak semuanya, sia-sia sandiwara yang ditonjolkan melalui pelbagai cara.

Perkara yang pasti dan telah mula berlaku. Semoga perubahan ini menjadi lebih baik berbanding keadaan masa kini.

-tunggu dan lihat-