Sabtu, 24 Jun 2023
TALIBAN JUAL TEH TARIK
Tiada 'abang besar' dalam Perikatan, kata Muhyiddin
TIADA “abang besar” dalam Perikatan Nasional walaupun PAS diberi kebanyakan kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang, kata pengerusi pakatan Muhyiddin Yassin.
Presiden Bersatu itu berkata PAS lebih berpengalaman berbanding Bersatu dan mempunyai banyak kerusi penyandang di negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.
“Kita tak panggil ‘abang besar’ ke ‘abang kecil’. Saya presiden Bersatu dan pengerusi PN disokong oleh PAS.
“Tak kisah siapa memimpin asalkan kita mempunyai tekad dan azam sama,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Pagoh hari ini.
Bekas perdana menteri itu menjawab dakwaan PAS adalah “abang besar” dalam PN kerana parti Islam itu akan bertanding di 126 kerusi daripada 245 kerusi pada PRN akan datang.
Bersatu akan bertanding di 83 kerusi manakala Gerakan akan bertanding untuk memenangi 36 kerusi.
Peruntukan kerusi yang adil
Muhyiddin seterusnya berkata pembahagian kerusi dilakukan secara adil walaupun PAS diberi lebih banyak kerusi di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
“Di Selangor dan Negeri Sembilan, Bersatu lebih… begitu juga di Pulau Pinang.
“Bagi kami tak jadi masalah dan sudah diputuskan dengan baik (pembahagian kerusi PN),” katanya.
Bagaimanapun PN masih belum memutuskan senarai calon yang akan diletakkan pada PRN.
“Tidak kira apa pun, kita akan memastikan terdapat penyertaan yang adil atau sesuai daripada kategori calon yang akan dibentangkan kepada kita,” katanya. – 24 Jun, 2023.
WOIT
AWAS !!!
TALIBAN PAKAI
JUBAH BERSATU
UNTUK JUAL
TEH TARIK
AMIN
KHALAS
LUKA AZMIN BERDARAH KEMBALI
PN menang di Selangor, Anwar akan turun dari Putrajaya – Azmin
SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) memerlukan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor ini sebagai isyarat rakyat telah menolak Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Mohamed Azmin Ali menegaskan, Anwar perlu berundur dari Putrajaya jika Selangor jatuh kepada PN pada PRN nanti.
“Menang PN di Selangor, Anwar akan turun di Putrajaya,” katanya yang juga bekas Menteri Besar Selangor penuh bersemangat.
Beliau berkata demikian kepada berucap di Konvensyen Pilihanraya PN Selangor 2023 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.
Mohamed Azmin yang juga bekas menteri Kabinet turut memberi amaran, PN telah bersedia untuk menggempur kawasan-kawasan kubu kuat Pakatan Harapan (PH) seperti di 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai DAP.
Beliau juga menegaskan, undian kepada PH merupakan sokongan kepada kleptokrasi dan nepotisme dalam kerajaan.
“Satu undi untuk PH adalah satu undi untuk perasuah, pembelot, pengkhianat.
“Sudah melampau, kalau sebelum PRU dahulu kita tolak kleptokrat, nepotisme, sudah menang anak, isteri jadi penasihat, sebab itu pengundi di Selangor sama ada Melayu Cina dan India kalau mahu pemimpin yang jujur dan ikhlas, yang menolak kleptokrat, undilah PN,” katanya. –
WOIT
AZMIN ORANG
KUAT ANWAR
KAH KAH KAH
ADA APA APA KE
CERITA LAMA
KAH KAH KAH
RASA HATI
BERDARAH
KEMBALI
KAH KAH KAH
KHALAS
CALON BN MENIPU - APA NAK HAIRAN
Calon BN PRU15 DUN Jelapang didakwa atas 77 tuduhan menipu
TAIPING – Seorang calon wanita Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelapang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 77 pertuduhan menipu berhubung tawaran pembelian tanah dan rumah yang tidak wujud melibatkan kerugian RM350,000.
Hamidah Muhamad, 47, membuat pengakuan itu di dua mahkamah iaitu 38 pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret R. Prabakaran manakala 39 pertuduhan didengar di hadapan Majistret Nur Atiqah Sapari.
Suri rumah itu didakwa memperdaya empat mangsa antara 2021 dan 2022 dengan menawarkan mangsa membeli sebidang tanah di mukim Pokok Assam dan sebuah rumah dengan niat curang mendorong mangsa supaya memasukkan wang ke dalam akaunnya yang mangsa tidak akan memasukkan wang itu jika tidak diperdaya oleh tertuduh.
Hamidah didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp Khoo Kian Peng dan Timbalan Pendakwa Raya Nur Amalina Harun manakala Hamidah diwakili peguam S. Singaradivel
Khoo berkata tertuduh tidak dicadang ditawarkan sebarang jaminan kerana kerugian bagi kesemua 38 kes itu mencecah kira-kira RM200,000 manakala bagi 39 pertuduhan lagi yang dikendalikan Nur Amalina, beliau juga tidak mencadangkan Hamidah ditawarkan sebarang jaminan kerana melibatkan kerugian RM150,000.
Singaradivel bagaimanapun memohon anak guamnya diikat jamin atas alasan masalah kesihatan termasuk menghidap kanser otak dan tulang belakang serta perlu menelan 32 biji pil sehari bagi rawatan penyakitnya.
Bagaimanapun Prabakaran menetapkan jaminan RM12,000 secara kolektif dengan dua penjamin bagi 38 pertuduhan manakala Nur Atiqah juga menetapkan jumlah yang sama dengan syarat tambahan iaitu pasport tertuduh mesti diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Kedua-dua mahkamah menetapkan 31 Julai bagi sebutan semula kes berkenaan.
Pada PRU15, Hamidah dari parti Makkal Sakti ketika itu mewakili BN menentang Cheah Pou Hian dari Pakatan Harapan (DAP) dan S. Navinten dari Perikatan Nasional (PAS) dalam pertembungan tiga penjuru di DUN Jelapang.
Cheah menang dengan 21,554 undi manakala Hamidah hanya meraih 1,443 undi.- BERNAMA
WOIT
INI CALON BN
APA NAK HAIRAN
KAH KAH KAH
NAJIB REMBAT
BILION BILION
KAH KAH KAH
INI BARU
RIBU RIBU
KAH KAH KAH
INI GENG
KLEPTOKRAT
BARU NAK
BELAJAR
KAH KAH KAH
AMIN
BLOK ISLAM BEBAS DARI SAUDI
BLOK ISLAM
BEBAS DARI SAUDI
AMIN
Unknown commented on
"ERDOGAN KURANG HAJAR ?"
bukan Madey yg offer ke tt? Bukan Erdogan saja, ramai lagi gwa dengar yang madey offer, tujuannya untuk bentuk blok baru lawan kuasa china merah. Sebab madey bukan lagi PM lah, kalau madey pm lagi, encik tt agak2, encik tt rasa2 madey akan lawan china merah tak? Tanya je jangan emo pulak.
Langgan:
Catatan (Atom)




