Khamis, 30 Julai 2026
HARI HARI AKHIR SEKOR MADAFAKA
HARI HARI
TERAKHIR
SAEKOR
MADAFAKA
KAH KAH KAH
KHALAS
Ong: Kerajaan Madani 'di hujung tanduk' jika PH kalah di N Sembilan, cetus PRU
Kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya Negeri Sembilan mungkin menjadi penamat kepada kerajaan Madani, menurut bekas ahli Parlimen DAP Ong Kian Ming.
Dia meramalkan keputusan sedemikian akan menggugat kerjasama PH dan BN di peringkat persekutuan, sekali gus berpotensi membuka laluan kepada pilihan raya umum lebih awal.
“Buat masa ini, saya tidak fikir kerajaan Madani mempunyai kemungkinan besar untuk kekal stabil dan terus memerintah sehingga penghujung 2027.
“Ini kerana permusuhan politik yang timbul daripada apa yang berlaku di Johor, serta perkembangan susulan daripadanya, berkemungkinan menimbulkan ketegangan dalam kabinet dan menyukarkan kerajaan melaksanakan sebarang dasar substantif selepas ini,” kata Ong kepada program Kini Jelas terbitan KiniTV.
Ong berkata kesannya mungkin sangat buruk sekiranya pemimpin kanan DAP, termasuk Setiausaha Agung Anthony Loke yang mempertahankan kerusi Chennah, tewas di Negeri Sembilan.
Katanya, rasa tidak puas hati yang semakin meningkat dalam kalangan anggota DAP terhadap kerjasama parti itu dengan BN boleh mencetuskan desakan supaya DAP menarik wakilnya daripada kerajaan persekutuan.
“Saya fikir satu daripada kesannya kepada DAP adalah apabila perwakilan mengundi dalam kongres khas pada 16 Ogos, terdapat kemungkinan lebih besar mereka akan mengundi supaya pemimpin DAP meletakkan jawatan dalam kabinet.
“Ini bermakna lima menteri dan tujuh timbalan menteri akan meletakkan jawatan dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya.
Ong berkata ahli parlimen DAP boleh terus menyokong Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim sebagai penyokong kerajaan, tetapi pengunduran menteri parti itu akan melemahkan kabinet dan menyukarkan lagi penggubalan dasar.
“Kita kemudian perlu melihat langkah politik yang akan diambil, khususnya oleh pemimpin Umno, selepas perkembangan sedemikian,” tambahnya.
Ong turut merujuk ucapan Anwar bin Ibrahim sepanjang kempen dengan berkata pengerusi PH itu dilihat meningkatkan tekanan terhadap BN melalui pendedahan dakwaan skandal membabitkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Dia berkata janji Anwar bin Ibrahim untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji—yang secara rasmi didedahkan kepada umum semalam—juga boleh dilihat sebagai sebahagian daripada serangan politik lebih luas terhadap Umno.
Bagaimanapun, Ong berkata prestasi kukuh BN dan PN di Negeri Sembilan akan mengukuhkan kepercayaan Umno bahawa kerjasama dengan gabungan pembangkang itu boleh membawa keuntungan pilihan raya.
“Mereka (Umno) mempunyai cara untuk memastikan kepentingan mereka dilindungi.
“Jika mereka tidak berpuas hati, mereka boleh meletakkan jawatan dalam kabinet atau mengambil pendirian yang menyebabkan Anwar bin Ibrahim tiada pilihan selain menyingkirkan BN daripada kabinet.
“Ini kemudian boleh membawa kepada pembubaran Parlimen dan pelaksanaan pilihan raya umum ke-16,” kata Ong.
Ong meramalkan pilihan raya umum ke-16 mungkin diadakan menjelang akhir tahun ini dengan berhujah kerajaan Madani mungkin sukar bertahan daripada kesan politik susulan kekalahan di Negeri Sembilan.
Katanya, Anwar bin Ibrahim akhirnya mungkin terpaksa mendapatkan mandat baru sekiranya kerajaan kehilangan sokongan mencukupi untuk mengekalkan kestabilan kabinet atau meluluskan Belanjawan Persekutuan 2027 yang dijadualkan dibentangkan pada November.
PEMIMPIN PKR BANGANG
BEKAS
PEMIMPIN PKR
INI SAH BANGANG
AMIN
SAMSENG NICKY INI
DAH BERI DUIT
SUMBANGAN PADA
PARTI PKR
AMIN
KALAU TAK
DAPAT SEN
JANGAN MARAH
LU BANGANG
KAH KAH KAH
KHALAS
Bekas pemimpin PKR tuntut AGC jelaskan DNAA kes Nicky Liow
Seorang bekas pemimpin PKR mendesak Jabatan Peguam Negara (AGC) menjelaskan keputusan pendakwaan yang membawa kepada pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) ahli perniagaan Nicky Liow (gambar judul) daripada 26 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM36 juta.
Bekas ketua PKR Batu, Asheeq Ali Sethi Alivi (gambar bawah) menggesa AGC memperincikan alasan pihak pendakwaan tidak meneruskan kes terhadap Liow.
Ini selepas peguam Liow, Rajpal Singh semalam berkata anak guamnya diberikan DNAA pada 15 Jun 2023 selepas AGC menerima surat representasi yang dikemukakannya.
Menurut Rajpal, Liow turut membayar hampir RM400,000 tunggakan cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung kesalahan mengemukakan borang nyata cukai yang tidak betul mengikut Akta Cukai Pendapatan.
Bagaimanapun, Asheeq berkata ketiadaan penjelasan AGC berhubung perkara itu boleh menjejaskan persepsi orang ramai terhadap polis yang sebelum ini menjalankan siasatan terhadap Liow selepas dia disenaraikan sebagai individu dikehendaki kerana didakwa terbabit dalam sindiket dikenali sebagai “Geng Nicky”.
"Kes ini menggegarkan satu Malaysia suatu ketika dahulu yang mana siasatan telah diketuai oleh Tan Sri Ayob Khan.
"Apakah keseluruhan siasatan yang dilaksanakan oleh PDRM sehingga membawa kepada pertuduhan RM 36 juta hanya satu sandiwara?” soal Asheeq.
Liow mengaku tidak bersalah terhadap kesemua 26 pertuduhan yang dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Helina Sulaiman pada 12 April 2022.
Ahli perniagaan yang didakwa atas kapasitinya sebagai pengarah syarikat itu berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda jumlah hasil kegiatan haram atau RM5 juta, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pertuduhan itu melibatkan transaksi yang didakwa berlaku di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang antara 2016 hingga 2021.
Sehari sebelum pengakuan tidak bersalahnya direkodkan, Liow yang juga pengasas Winner Dynasty Group menyerah diri kepada polis selepas menjadi individu buruan selama lebih setahun.
Dalam kes berasingan pada 7 Julai 2022, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan 14 individu, termasuk dua adik-beradik Liow, daripada pertuduhan terbabit dalam kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai “Geng Nicky.”
Panel tiga hakim membuat keputusan sebulat suara itu selepas Rajpal memaklumkan mahkamah bahawa AGC menerima representasi daripada semua perayu supaya mereka dibebaskan sepenuhnya daripada pertuduhan.
Mahkamah Rayuan kemudian mengetepikan perintah DNAA yang dibuat Mahkamah Tinggi terhadap 14 individu terbabit.
Rajpal semalam turut berkata Liow yang difahamkan didakwa tanpa kehadirannya dalam satu lagi kes berkaitan kumpulan jenayah terancang, kemudian dilepas dan dibebaskan. Kes itu berasingan daripada 26 pertuduhan AMLA yang menurutnya berakhir dengan DNAA.
Polis pernah siasat kaitan penguat kuasa
Bekas timbalan ketua polis negara Ayob Khan Mydin Pitchay yang baru bersara dan pernah mengetuai operasi terhadap Liow serta individu dikaitkan dengannya, pada 2021 berkata polis mengesyaki ahli perniagaan itu mendapat bantuan pihak tertentu dalam kalangan penguat kuasa sehingga berjaya mengelak daripada ditangkap.
Susulan itu, polis mengalihkan tumpuan siasatan kepada individu yang disyaki membantu Liow.
Ketua polis negara ketika itu, Abdul Hamid Bador kemudian berkata siasatan polis mengenal pasti 34 anggota polis dan pegawai agensi penguatkuasaan yang disyaki mempunyai kaitan dengan Liow.
Pada masa sama, polis Johor turut memburu seorang bekas timbalan pendakwa raya bagi membantu siasatan beberapa kes pengubahan wang haram dan jenayah komersial di negeri itu yang dikaitkan dengan kes Liow.
Status terkini siasatan terhadap bekas timbalan pendakwa raya itu belum dapat dipastikan.
Nama Liow kembali menjadi perhatian baru-baru ini selepas dia dirakam memakai baju Pemuda PKR pada satu majlis kutipan dana yang turut dihadiri Presiden PKR merangkap Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim.
Peguam Liow kemudian menjelaskan kehadiran anak guamnya pada majlis berkenaan berdasarkan undangan terbuka kepada NGO dan Liow merupakan anggota salah sebuah pertubuhan terbabit.
ASKAR BANGANG KATA MADAFAKA
JADI CERDIK
TOLAK MADAFAKA
KHALAS
Tuduhan
“bangang
tentera”
amat
menyakit hati
Oleh Mata-mata Pencen
TIDAK beri pelarasan pencen tak apa, mereka boleh terima, tapi tuduhan “bangang tentera” amat menyakitkan hati, seolah-olah tentera tiada peranan bahkan dianggap bodoh dan bangang.
Tugas dan peranan tentera selepas peristiwa 13 Mei amat menyiksa bahkan ramai yang terbunuh, hilang anggota badan, tinggal anak isteri dan pelbagai penderitaan.
Tamat darurat 1986, negara kembali aman dan rakyat hilang ketakutan serta dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Pada 1990an negara sekali lagi dikejutkan dengan reformasi jalanan pada setiap hari Jumaat petang, sekaligus mengheret PDRM terlibat dalam usaha mententeramkan keadaan di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
Adakah patut tentera mendapat hadiah gelaran “bangang” dan disaran masuk FELDA, serta dituduh makan tidur? — BebasNews
Langgan:
Catatan (Atom)




