HARI HARI
TERAKHIR
SAEKOR
MADAFAKA
KAH KAH KAH
KHALAS
Ong: Kerajaan Madani 'di hujung tanduk' jika PH kalah di N Sembilan, cetus PRU
Kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya Negeri Sembilan mungkin menjadi penamat kepada kerajaan Madani, menurut bekas ahli Parlimen DAP Ong Kian Ming.
Dia meramalkan keputusan sedemikian akan menggugat kerjasama PH dan BN di peringkat persekutuan, sekali gus berpotensi membuka laluan kepada pilihan raya umum lebih awal.
“Buat masa ini, saya tidak fikir kerajaan Madani mempunyai kemungkinan besar untuk kekal stabil dan terus memerintah sehingga penghujung 2027.
“Ini kerana permusuhan politik yang timbul daripada apa yang berlaku di Johor, serta perkembangan susulan daripadanya, berkemungkinan menimbulkan ketegangan dalam kabinet dan menyukarkan kerajaan melaksanakan sebarang dasar substantif selepas ini,” kata Ong kepada program Kini Jelas terbitan KiniTV.
Ong berkata kesannya mungkin sangat buruk sekiranya pemimpin kanan DAP, termasuk Setiausaha Agung Anthony Loke yang mempertahankan kerusi Chennah, tewas di Negeri Sembilan.
Katanya, rasa tidak puas hati yang semakin meningkat dalam kalangan anggota DAP terhadap kerjasama parti itu dengan BN boleh mencetuskan desakan supaya DAP menarik wakilnya daripada kerajaan persekutuan.
“Saya fikir satu daripada kesannya kepada DAP adalah apabila perwakilan mengundi dalam kongres khas pada 16 Ogos, terdapat kemungkinan lebih besar mereka akan mengundi supaya pemimpin DAP meletakkan jawatan dalam kabinet.
“Ini bermakna lima menteri dan tujuh timbalan menteri akan meletakkan jawatan dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya.
Ong berkata ahli parlimen DAP boleh terus menyokong Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim sebagai penyokong kerajaan, tetapi pengunduran menteri parti itu akan melemahkan kabinet dan menyukarkan lagi penggubalan dasar.
“Kita kemudian perlu melihat langkah politik yang akan diambil, khususnya oleh pemimpin Umno, selepas perkembangan sedemikian,” tambahnya.
Ong turut merujuk ucapan Anwar bin Ibrahim sepanjang kempen dengan berkata pengerusi PH itu dilihat meningkatkan tekanan terhadap BN melalui pendedahan dakwaan skandal membabitkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Dia berkata janji Anwar bin Ibrahim untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji—yang secara rasmi didedahkan kepada umum semalam—juga boleh dilihat sebagai sebahagian daripada serangan politik lebih luas terhadap Umno.
Bagaimanapun, Ong berkata prestasi kukuh BN dan PN di Negeri Sembilan akan mengukuhkan kepercayaan Umno bahawa kerjasama dengan gabungan pembangkang itu boleh membawa keuntungan pilihan raya.
“Mereka (Umno) mempunyai cara untuk memastikan kepentingan mereka dilindungi.
“Jika mereka tidak berpuas hati, mereka boleh meletakkan jawatan dalam kabinet atau mengambil pendirian yang menyebabkan Anwar bin Ibrahim tiada pilihan selain menyingkirkan BN daripada kabinet.
“Ini kemudian boleh membawa kepada pembubaran Parlimen dan pelaksanaan pilihan raya umum ke-16,” kata Ong.
Ong meramalkan pilihan raya umum ke-16 mungkin diadakan menjelang akhir tahun ini dengan berhujah kerajaan Madani mungkin sukar bertahan daripada kesan politik susulan kekalahan di Negeri Sembilan.
Katanya, Anwar bin Ibrahim akhirnya mungkin terpaksa mendapatkan mandat baru sekiranya kerajaan kehilangan sokongan mencukupi untuk mengekalkan kestabilan kabinet atau meluluskan Belanjawan Persekutuan 2027 yang dijadualkan dibentangkan pada November.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan