Khamis, 30 Julai 2026
HARI HARI AKHIR SEKOR MADAFAKA
HARI HARI
TERAKHIR
SAEKOR
MADAFAKA
KAH KAH KAH
KHALAS
Ong: Kerajaan Madani 'di hujung tanduk' jika PH kalah di N Sembilan, cetus PRU
Kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya Negeri Sembilan mungkin menjadi penamat kepada kerajaan Madani, menurut bekas ahli Parlimen DAP Ong Kian Ming.
Dia meramalkan keputusan sedemikian akan menggugat kerjasama PH dan BN di peringkat persekutuan, sekali gus berpotensi membuka laluan kepada pilihan raya umum lebih awal.
“Buat masa ini, saya tidak fikir kerajaan Madani mempunyai kemungkinan besar untuk kekal stabil dan terus memerintah sehingga penghujung 2027.
“Ini kerana permusuhan politik yang timbul daripada apa yang berlaku di Johor, serta perkembangan susulan daripadanya, berkemungkinan menimbulkan ketegangan dalam kabinet dan menyukarkan kerajaan melaksanakan sebarang dasar substantif selepas ini,” kata Ong kepada program Kini Jelas terbitan KiniTV.
Ong berkata kesannya mungkin sangat buruk sekiranya pemimpin kanan DAP, termasuk Setiausaha Agung Anthony Loke yang mempertahankan kerusi Chennah, tewas di Negeri Sembilan.
Katanya, rasa tidak puas hati yang semakin meningkat dalam kalangan anggota DAP terhadap kerjasama parti itu dengan BN boleh mencetuskan desakan supaya DAP menarik wakilnya daripada kerajaan persekutuan.
“Saya fikir satu daripada kesannya kepada DAP adalah apabila perwakilan mengundi dalam kongres khas pada 16 Ogos, terdapat kemungkinan lebih besar mereka akan mengundi supaya pemimpin DAP meletakkan jawatan dalam kabinet.
“Ini bermakna lima menteri dan tujuh timbalan menteri akan meletakkan jawatan dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya.
Ong berkata ahli parlimen DAP boleh terus menyokong Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim sebagai penyokong kerajaan, tetapi pengunduran menteri parti itu akan melemahkan kabinet dan menyukarkan lagi penggubalan dasar.
“Kita kemudian perlu melihat langkah politik yang akan diambil, khususnya oleh pemimpin Umno, selepas perkembangan sedemikian,” tambahnya.
Ong turut merujuk ucapan Anwar bin Ibrahim sepanjang kempen dengan berkata pengerusi PH itu dilihat meningkatkan tekanan terhadap BN melalui pendedahan dakwaan skandal membabitkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Dia berkata janji Anwar bin Ibrahim untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji—yang secara rasmi didedahkan kepada umum semalam—juga boleh dilihat sebagai sebahagian daripada serangan politik lebih luas terhadap Umno.
Bagaimanapun, Ong berkata prestasi kukuh BN dan PN di Negeri Sembilan akan mengukuhkan kepercayaan Umno bahawa kerjasama dengan gabungan pembangkang itu boleh membawa keuntungan pilihan raya.
“Mereka (Umno) mempunyai cara untuk memastikan kepentingan mereka dilindungi.
“Jika mereka tidak berpuas hati, mereka boleh meletakkan jawatan dalam kabinet atau mengambil pendirian yang menyebabkan Anwar bin Ibrahim tiada pilihan selain menyingkirkan BN daripada kabinet.
“Ini kemudian boleh membawa kepada pembubaran Parlimen dan pelaksanaan pilihan raya umum ke-16,” kata Ong.
Ong meramalkan pilihan raya umum ke-16 mungkin diadakan menjelang akhir tahun ini dengan berhujah kerajaan Madani mungkin sukar bertahan daripada kesan politik susulan kekalahan di Negeri Sembilan.
Katanya, Anwar bin Ibrahim akhirnya mungkin terpaksa mendapatkan mandat baru sekiranya kerajaan kehilangan sokongan mencukupi untuk mengekalkan kestabilan kabinet atau meluluskan Belanjawan Persekutuan 2027 yang dijadualkan dibentangkan pada November.
PEMIMPIN PKR BANGANG
BEKAS
PEMIMPIN PKR
INI SAH BANGANG
AMIN
SAMSENG NICKY INI
DAH BERI DUIT
SUMBANGAN PADA
PARTI PKR
AMIN
KALAU TAK
DAPAT SEN
JANGAN MARAH
LU BANGANG
KAH KAH KAH
KHALAS
Bekas pemimpin PKR tuntut AGC jelaskan DNAA kes Nicky Liow
Seorang bekas pemimpin PKR mendesak Jabatan Peguam Negara (AGC) menjelaskan keputusan pendakwaan yang membawa kepada pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) ahli perniagaan Nicky Liow (gambar judul) daripada 26 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM36 juta.
Bekas ketua PKR Batu, Asheeq Ali Sethi Alivi (gambar bawah) menggesa AGC memperincikan alasan pihak pendakwaan tidak meneruskan kes terhadap Liow.
Ini selepas peguam Liow, Rajpal Singh semalam berkata anak guamnya diberikan DNAA pada 15 Jun 2023 selepas AGC menerima surat representasi yang dikemukakannya.
Menurut Rajpal, Liow turut membayar hampir RM400,000 tunggakan cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung kesalahan mengemukakan borang nyata cukai yang tidak betul mengikut Akta Cukai Pendapatan.
Bagaimanapun, Asheeq berkata ketiadaan penjelasan AGC berhubung perkara itu boleh menjejaskan persepsi orang ramai terhadap polis yang sebelum ini menjalankan siasatan terhadap Liow selepas dia disenaraikan sebagai individu dikehendaki kerana didakwa terbabit dalam sindiket dikenali sebagai “Geng Nicky”.
"Kes ini menggegarkan satu Malaysia suatu ketika dahulu yang mana siasatan telah diketuai oleh Tan Sri Ayob Khan.
"Apakah keseluruhan siasatan yang dilaksanakan oleh PDRM sehingga membawa kepada pertuduhan RM 36 juta hanya satu sandiwara?” soal Asheeq.
Liow mengaku tidak bersalah terhadap kesemua 26 pertuduhan yang dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Helina Sulaiman pada 12 April 2022.
Ahli perniagaan yang didakwa atas kapasitinya sebagai pengarah syarikat itu berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda jumlah hasil kegiatan haram atau RM5 juta, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pertuduhan itu melibatkan transaksi yang didakwa berlaku di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang antara 2016 hingga 2021.
Sehari sebelum pengakuan tidak bersalahnya direkodkan, Liow yang juga pengasas Winner Dynasty Group menyerah diri kepada polis selepas menjadi individu buruan selama lebih setahun.
Dalam kes berasingan pada 7 Julai 2022, Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan 14 individu, termasuk dua adik-beradik Liow, daripada pertuduhan terbabit dalam kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai “Geng Nicky.”
Panel tiga hakim membuat keputusan sebulat suara itu selepas Rajpal memaklumkan mahkamah bahawa AGC menerima representasi daripada semua perayu supaya mereka dibebaskan sepenuhnya daripada pertuduhan.
Mahkamah Rayuan kemudian mengetepikan perintah DNAA yang dibuat Mahkamah Tinggi terhadap 14 individu terbabit.
Rajpal semalam turut berkata Liow yang difahamkan didakwa tanpa kehadirannya dalam satu lagi kes berkaitan kumpulan jenayah terancang, kemudian dilepas dan dibebaskan. Kes itu berasingan daripada 26 pertuduhan AMLA yang menurutnya berakhir dengan DNAA.
Polis pernah siasat kaitan penguat kuasa
Bekas timbalan ketua polis negara Ayob Khan Mydin Pitchay yang baru bersara dan pernah mengetuai operasi terhadap Liow serta individu dikaitkan dengannya, pada 2021 berkata polis mengesyaki ahli perniagaan itu mendapat bantuan pihak tertentu dalam kalangan penguat kuasa sehingga berjaya mengelak daripada ditangkap.
Susulan itu, polis mengalihkan tumpuan siasatan kepada individu yang disyaki membantu Liow.
Ketua polis negara ketika itu, Abdul Hamid Bador kemudian berkata siasatan polis mengenal pasti 34 anggota polis dan pegawai agensi penguatkuasaan yang disyaki mempunyai kaitan dengan Liow.
Pada masa sama, polis Johor turut memburu seorang bekas timbalan pendakwa raya bagi membantu siasatan beberapa kes pengubahan wang haram dan jenayah komersial di negeri itu yang dikaitkan dengan kes Liow.
Status terkini siasatan terhadap bekas timbalan pendakwa raya itu belum dapat dipastikan.
Nama Liow kembali menjadi perhatian baru-baru ini selepas dia dirakam memakai baju Pemuda PKR pada satu majlis kutipan dana yang turut dihadiri Presiden PKR merangkap Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim.
Peguam Liow kemudian menjelaskan kehadiran anak guamnya pada majlis berkenaan berdasarkan undangan terbuka kepada NGO dan Liow merupakan anggota salah sebuah pertubuhan terbabit.
ASKAR BANGANG KATA MADAFAKA
JADI CERDIK
TOLAK MADAFAKA
KHALAS
Tuduhan
“bangang
tentera”
amat
menyakit hati
Oleh Mata-mata Pencen
TIDAK beri pelarasan pencen tak apa, mereka boleh terima, tapi tuduhan “bangang tentera” amat menyakitkan hati, seolah-olah tentera tiada peranan bahkan dianggap bodoh dan bangang.
Tugas dan peranan tentera selepas peristiwa 13 Mei amat menyiksa bahkan ramai yang terbunuh, hilang anggota badan, tinggal anak isteri dan pelbagai penderitaan.
Tamat darurat 1986, negara kembali aman dan rakyat hilang ketakutan serta dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Pada 1990an negara sekali lagi dikejutkan dengan reformasi jalanan pada setiap hari Jumaat petang, sekaligus mengheret PDRM terlibat dalam usaha mententeramkan keadaan di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
Adakah patut tentera mendapat hadiah gelaran “bangang” dan disaran masuk FELDA, serta dituduh makan tidur? — BebasNews
PERJUANGAN KELAS BUKAN DENDAM
BRO - DENDAM
MAKNA LAIN
AMIN
ANTI
CUKONG CHINA
KUAM KAPITALIS
BUKAN DENDAM
AMIN
INI NAMANYA
PERJUANGAN
KELAS
KHALAS
Unknown commented on
"PAGI INI"
> BRO
Lu jangan berdendam – dendam itu berat di pikul. Amin
What? Ko salahkan Cina, India 25/8 tu ape cerita? LOL
BARU MENGAWAN - HAMIL LAGI ?
NURUL IZZAH
BARU MENGAWAN
APAKAH HAMIL
LAGI?
BERITA DAH MULA TERSEBAR
NURUL IZZAH AKAN MENGUNDUR DIRI
TIDAK AKAN BERPOLITIK LAGI
AKAN LETAK JAWATAN PARTI
KENAPA?
APAKAH
KERANA SATELAH MENGAWAN
HAMIL LAGI ?
AMIN
KUIL HARAM ?
MASAALAH
KUIL HARAM
ATAU
MASAALAH
KELIANG HARAM
KAH KAH KAH
KHALAS
Anwar akui silap, mohon maaf sebut 'kuil haram'
Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim malam tadi merayu sokongan pengundi India di Negeri Sembilan dengan meminta masyarakat itu memaafkan kesilapannya menggunakan istilah "kuil haram" ketika merujuk rumah ibadat yang dibina di atas tanah yang dipertikaikan.
Berucap di hadapan lebih 1,000 hadirin pada satu program di Seremban, pengerusi PH itu mengakui penggunaan istilah berkenaan adalah satu kesilapan.
"Since i have been PM, satu kuil lama pun tak pernah saya robohkan. Tak ada.
"Peraturan memang ada.. jadi kalau saya tahu..Anwar bin Ibrahim salah cakap ni kuil haram, ok, saya dah minta maaf.
"I said no, that was technical, i have said a mistake. PM is not perfect, PM is also a human being. Sometimes he doesn't mean it when he uses the wrong term," katanya ketika sesi ramah mesra bersama masyarakat India.
Tahun lalu, ketika kontroversi membabitkan kuil Hindu di atas tanah yang dipertikaikan, Anwarbin Ibrahim menerima kritikan selepas dilaporkan merujuk rumah ibadat berkenaan sebagai "kuil haram".
Dia turut dikecam susulan kenyataannya ketika majlis pecah tanah sebuah masjid di lokasi yang turut dipertikaikan, apabila menyifatkan projek itu sebagai satu "kemenangan".
Ambil alih hal ehwal masyarakat India
Pada majlis sama, Anwar bin Ibrahim turut mengumumkan bahawa dia sendiri akan menyelia hal ehwal masyarakat India di negara ini.
Menurutnya, walaupun Menteri Sumber Manusia, R Ramanan, akan terus membantu melaksanakan pelbagai inisiatif untuk masyarakat India, dia kini akan mengambil alih tanggungjawab tersebut.
"Di malam ni saya nak sebut..to show that I'm serious about India issues, i've assigned Ramadhan to help, but from now, not only Mitra (Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia) but Indian issues, I take charge. Saya akan ambil alih," katanya.
Anwar bin Ibrahim berkata, antara perkara yang akan dipantau termasuk bantuan di bawah agensi kerajaan seperti Tekun dan Amanah Ikhtiar Malaysia, selain urusan permohonan kewarganegaraan.
Dalam ucapannya, presiden PKR itu turut menggesa pengundi supaya menolak naratif perkauman yang dibawa pihak lawan sepanjang tempoh kempen.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ditetapkan pada 1 Ogos ini.
HUKUM MATI !!!
100++GRAM DADAH
HUKUM MATI ?
GILA APA NI?
AMIN
KALAU HUKUM MATI
BOLEH SELESAI
MASAALAH DADAH
KENAPA TAK GUNA
HUKUM MATI
UNTUK RASUAH
KHALAS
MAT TERAM MENGARUT LAGI
MAT TERAM
MENGARUT LAGI
KAH KAH KAH
BERAPA RATUS
KALI ANCAM
NAK BOM
KAH KAH KAH
SEMUA HASIL
TARAAAAK
KAH KAH KAH
KHALAS
Trump beri amaran akan hentam Iran dengan dahsyat
TEHRAN: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berikrar akan bertindak balas dengan keras lagi dahsyat terhadap Iran selepas negara itu menyerang pangkalan tentera AS di Jordan, semalam.
Amaran itu dikeluarkan ketika konflik di Asia Barat kembali memuncak dan sekali lagi membabitkan kumpulan proksi yang disokong Iran.
Semalam, Arab Saudi dan AS mengumumkan serangan ke atas pangkalan kumpulan militan di Iraq, manakala sekutu rapat Washington, Israel, menuduh Hizbullah melanggar gencatan senjata.
Arab Saudi yang menjadi pengeksport minyak terbesar dunia, melaporkan serangan dron selama dua hari berturut-turut.
Serangan itu menyasarkan kemudahan minyak mentahnya dan menuduh kumpulan bersenjata Iraq yang bersekutu dengan Tehran bertanggungjawab.
Iran pula melancarkan serangan peluru berpandu ke arah Jordan, sekutu AS, manakala media kerajaan Iran kemudian melaporkan serangan AS berhampiran sempadan republik Islam itu dengan Iraq.
Terdahulu, tentera Jordan berkata pihaknya berjaya memintas lima peluru berpandu Iran, manakala Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) memaklumkan bahawa sasaran serangan itu ialah pangkalan tentera AS di negara berkenaan.
"Selagi ancaman terhadap Republik Islam Iran berterusan… perjuangan penentangan akan diteruskan," katanya.
Trump memberitahu Fox News bahawa AS akan menyerang mereka dengan keras.
"Kami akan membelasah mereka habis-habisan," katanya.
Penganalisis keselamatan dan penyelidik Arab Saudi, Hesham Alghannam, berkata Tehran kini menggunakan rangkaian proksinya untuk mengekalkan pengaruh dan saluran diplomatik menarik perhatian masyarakat antarabangsa."
Pada masa sama, televisyen kerajaan Iran melaporkan serangan AS di kawasan sempadan Piranshahr, di mana sebuah peluru berpandu mengenai kawasan tidak berpenghuni.
Sementera itu, Israel menuduh Hizbullah melancarkan dron pada waktu malam ke arah sebuah kenderaan Israel di dalam wilayah Lubnan.
Israel berkata tindakan itu adalah pelanggaran terang-terangan terhadap gencatan senjata.
Di Iraq, operasi udara bersama AS dan Arab Saudi dilancarkan susulan serangan terhadap kemudahan minyak Arab Saudi.
Tentera AS berkata, lokasi logistik dan simpanan senjata milik kumpulan yang bersekutu dengan Iran menjadi sasaran serangan berkenaan.
Pakatan Hashed al-Shaabi di Iraq memaklumkan serangan itu mengorbankan sekurang-kurangnya 20 anggotanya.
Pakatan itu mengecam tindakan berkenaan sebagai peningkatan berbahaya terhadap sebuah institusi keselamatan rasmi.
Dua pegawai Hashed, berkata lima penasihat Iran turut terbunuh dalam serangan itu.
Iraq mengecam serangan AS-Arab Saudi itu dan menegaskan ia menolak semua bentuk pencerobohan, tanpa mengira pihak yang bertanggungjawab atau alasan yang diberikan.
Majlis Menteri Keselamatan Negara Iraq berkata ia akan menangani sebarang pencabulan terhadap kedaulatan Iraq dan menghalang mana-mana pihak daripada menggunakan wilayah Iraq untuk mengancam negara jiran.
Bagaimanapun, menurut Fox News, Trump berkata serangan itu diselaraskan dengan kerajaan Iraq.
Serangan itu berlaku ketika AS terus meningkatkan tekanan terhadap Iraq supaya melucutkan senjata kumpulan pro-Iran.
Awal bulan ini, Perdana Menteri Iraq, Ali al-Zaidi, mengadakan lawatan ke AS dan Iran. – AFP
NAMA BUMI INI IALAH TANAH MELAYU
NAMA BUMI INI
IALAH
TANAH MELAYU
AMIN
Unknown commented on
"NAMA MALAYA DAN MALAYSIA TAK ADA MAKNA"
xperlu penig kepala mikir... xde persekutuan tanah melayu xde la malaysia.
maka pendatang pun pulang ke tongsan dan ke benua keling
kah kah kah
Unknown commented on
"NAMA MALAYA DAN MALAYSIA TAK ADA MAKNA"
Kah kah kah yang terpaling Melayu sekarang puak-puak pendatang, orang-orang asal sakai senoi orang asli masih tunggu tepi jalan menjual petai dan hasil hutan kah kah kah kah penyamun lanun pula disembah kerana berjaya merompak negara amin amin amin kah kah kah kah
SCAMMER DARI CHINA MERAH
BILA POLIS
IMIGRASI NAK
SERBU TANGAKAP
SCAMAMER
DARI CHINA MERAH
AMIN
Unknown commented on "SCAMMER ADA HUBUNGAN POLITIK"
Scammer dari China Merah ramai masuk berpuluh beratus, pelik kan masuk-masuk sebagai pelancong tetapi membuat kerja scammer, kenapa scammer memilih negaraku? Sudah diketahui umum sejak kes Bossku, penjenayah terpaling hebat diberi gelaran Bossku, jadi scammer pun terfikir bagus negara ini untuk beroperasi kah kah kah kah,
mungkin jadi Dato' Tan Sri kalau menjadi penjenayah, mereka tidak berani di negara sendiri kerana mati terus ditembak kah kah kah kah sini penguatkuasa tunggu bayaran bulanan kah kah kah kah tak ada orang lain selain orang-orang kita sendiri amin
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
KHAMIS 30 JULAI 2026
SERANG MENYERANG BERHENTI
SATELAH 15 HARI BERPERANG
IRAN TERUS MEMBEDIL
Pangkalan askar Amerika di Jordan di bedil
Mat Teram klim ada rundingan
Iran tak ambil pot.
HOUTHI YAMAN BEDIL LOJI PENAPIS MINYAK SAUDI
Tiga loji ARAMCO yang mengeluarkan 7 juta tong minyak sehari – terbakar.
SAUDI TUDUH INI KERJA GERILA IRAQ - Kah kah kah - Saudi takut nak tuduh Houthi – walau pun HOUTHI dah mengaku – KAH KAH KAH
TERKINI TERNOW
TERAM ARAH SERANGAN KE ATAS IRAN MULA KEMBALI – amin
HARGA MINYAK MENDADAK NAIK – KAH KAH KAH
HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk – kemarin hujan lebat YANG BERANGIN KUAT- jalan masuk terhalang Pokok Getah tumbang.
Matahari belum keluar – Langit masih penuh dengan awan hitam – ramai lagi belum turun. KL & KL Sentral cerah kerana hujan dan angin kuat
Gua masuk suara Jantan berkokok – di bukit suara Terkukur.
Pagi ini ada satu Geng Baru sampai – lalu bergaduh dengan Keluarga Siti – Tak Tak masuk campur – heboh Hokkien.
Gua bawa makanan ke depan Wakaf Pertama – jauh dari tempat bergaduh – Ramai makan gua gumbira.
Berjalan ke Wakaf Ke tiga Siti mengekor – dapat Friskies -
Berjalan pulang ke wakaf Pertama - satu kumpulan Gagak atas pokok Cempaka – berlagu.
Di Wakaf Pertama ramai dah ada menunggu – Pagi ini Tiong datang solo.
Berjalan pulang suara Murai berkicau – pagi jadi indah – Depan lorong pintu keluar Jantan melintas – jangan muda kacak bergaya – jantan ini yang berkokok. Aduh ! Pagi ini jadi indah.
Jap lagi gua nak jadi Pelancong Politik – nak ke Jelebu nak tengok suasana PRN. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI KHAMIS
BRO
Jika lu belajar dari kegagalan – lu pasti tidak akan gagal.
BRO
Masa depan lu bermula dari hari ini.
BRO
Lu jangan berdendam – dendam itu berat di pikul. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA
Langgan:
Catatan (Atom)














