Jumaat, 31 Julai 2026

TEATER RASUAH


INI TEATER

RASUAH DIPENTAS

UNTUK HIBURAN

SEBELUM MENGUNDI

KHALAS

PRN Negeri Sembilan: SPRM terima empat laporan dakwaan sogokan wang tunai

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima empat laporan berkaitan dakwaan pemberian wang tunai pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan semalam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, berkata daripada jumlah itu, dua laporan membabitkan calon, manakala dua lagi membabitkan pengundi.

Katanya, semua laporan yang diterima adalah berhubung dakwaan pemberian wang tunai dan sedang diteliti oleh SPRM.

"Kita membuka bilik gerakan sempena PRN Negeri Sembilan dan setakat semalam, SPRM menerima empat laporan.

"Daripada jumlah itu, dua membabitkan calon dan dua lagi membabitkan pengundi, dengan kesemuanya adalah aduan berkaitan pemberian wang tunai," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

LAPORAN DARI MEDAN TEMPUR


LAPORAN DARI

MEDAN TEMPUR 

3 BIJI F35 MUSNAH

AMIN

Kenyataan Rasmi Pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC) 

Kepada rakyat Jordan yang mulia dan peka:

Solidariti dan kerjasama tulus ikhlas anda, terutamanya pendirian jelas yang diambil oleh sebilangan tokoh intelektual Jordan, telah semakin membatasi musuh dan menempatkannya dalam keadaan lemah.

Pada awal pagi ini, musuh Amerika, yang didorong oleh ketidakmampuannya untuk terlibat dalam pertempuran ketenteraan yang jujur, melancarkan serangan udara dari pangkalan tentera yang diduduki di negara anda terhadap dua rumah kediaman di Pulau Qeshm menggunakan bom yang memusnahkan. Rumah-rumah sederhana ini, yang didiami oleh penduduk tempatan, telah disasarkan, mengakibatkan cedera kepada seorang bapa, seorang ibu, dan anak kepada keluarga seorang martir, serta dua kanak-kanak lagi.

Sebagai tindak balas kepada jenayah ini, dan sebagai sokongan untuk membebaskan tanah Islam Jordan dari penghinaan pendudukan Amerika, pejuang dari Pasukan Angkasa IRGC melancarkan serangan awal pagi menggunakan beberapa peluru berpandu terhadap platform pelancaran dan penyelenggaraan pesawat Amerika F-35 di Pangkalan Udara Azraq. Operasi ini mengakibatkan pemusnahan sepenuhnya tiga pesawat pejuang F-35 dan kerosakan teruk kepada tiga lagi.

Operasi ini juga mengakibatkan kematian beberapa pegawai, juruteknik, dan jurutera yang bertanggungjawab untuk menyelenggara pesawat.

Wilayah kita bukanlah tempat untuk sebuah tentera yang membunuh kanak-kanak, melakukan kekejaman sedemikian dengan kejam, dan membunuh keluarga yang tidak bersalah pada waktu malam ketika mereka tidur. Perjuangan kita, bersama dengan anda, akan berterusan sehingga penghulu Amerika terakhir diusir dari tanah-tanah Islam.

🔻
https://chat.whatsapp.com/LkbiKrfmwwi0b6UzGW8EaJ?s=cl&p=a&ilr=0

PUKEE MAK APA?

Ringkasan ini tidak tersedia. Sila klik di sini untuk melihat siaran.

DI SAMAN KERAN BERCAKAP BENAR


WOIT

APA YANG DICAKAP

SEMAU BENAR

AMIN

JUMPA

 DI MAHKAMAH

AMIN

KAITKAN SALAH

GUAN KUASA

DENGAN KES

ISAP PELIR 

YUSOF RAWTHER

KHALAS


PM ancam saman, dakwa difitnah Tuan Ibrahim

Anwar bin  Ibrahim mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung beberapa kenyataan yang didakwa berunsur fitnah ketika ceramah politik di Pahang pada 14 Jun lalu.

Peguam Anwar bin Ibrahim, Sankara Nair berkata surat tuntutan dihantar melalui e-mel kepada Tuan Ibrahim pada jam 6 petang hari ini, dengan ahli parlimen Kubang Kerian itu diberikan tempoh 48 jam untuk memberikan maklum balas.

“Surat tuntutan itu antara lain menghendaki kenyataan yang dipertikaikan ditarik balik serta-merta, permohonan maaf terbuka tanpa syarat, aku janji untuk tidak mengulangi dakwaan itu serta pembayaran ganti rugi dan kos guaman.

“Penerima diberikan tempoh 48 jam untuk memberikan maklum balas. Jika gagal, kami diarahkan memulakan prosiding undang-undang tanpa sebarang notis lanjut,” katanya pada kenyataan.

Kenyataan itu tidak menyatakan jumlah ganti rugi yang dituntut.

Sankara berkata surat berkenaan dikeluarkan atas arahan perdana menteri berhubung kenyataan yang didakwa berunsur fitnah dan kemudian disiarkan semula di media sosial.

Ketika dihubungi, Sankara berkata kenyataan yang didakwa berunsur fitnah itu termasuk tuduhan bahawa Anwar bin Ibrahim hilang kawalan terhadap rakan politiknya; mencampuri urusan pewarisan takhta diraja Negeri Sembilan; menggunakan polis terhadap pengkritik kerajaan; serta mengetuai pentadbiran yang dibelenggu krisis, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Tuan Ibrahim didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah itu ketika ceramah PAS di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau, pada 14 Jun.

Sebahagian ucapannya dimuat naik di halaman Facebook dan saluran YouTube Tuan Ibrahim pada keesokan harinya.

IRAN TERUS MENYERANG


IRAN TERUS

MENYERANG

KHALAS

MASIH BERGETAH


MENJANDA

TIGA KALI

MASIH BERGETAH

KHALAS



Unknown commented on 
"PAGI INI"

Jangan sibuk pasal orang lain, dia nak mengawan dia nak berambus pedulikan saja, kenapa suka sibuk jaga tepi kain orang, kalau nak masuk dalam kain dia, mungkin boleh tengok menikmati sesuatu yang indah kah kah kah kah,

kan orang kita suka pakai pelikat senang kah kah kah sentiasa berangin kah kah kah kah

ORANG JELEBU BUNUH DAP ?

ORANG JELEBU

BUNUH DAP?

AMIN

SAKAI  JADI

PENENTU

KHALAS



HUKUM MATI UNTUK PENDATANG HARAM !!!




DARI SEGI HUJAH

HUKUM MATI BOLEH SELESAI 

MASALAH DADAH

AMIN

APAKAH MASAALAH PENDATANG HARAM

 AKAN SELESALIJ 

JIKA GUNA 

HUKUM MATI

KHALAS

APA AMOI INI TULIS - HINA ISLAM ?


JIKA DI PAKISTAN

AMOI NI PASTI

DAH MATI 

KHALAS

SAPA TAHU

APA MINAH INI

TULIS TENTANG

ISLAM ?

KHALAS


Wanita didenda RM12,000 buat hantaran jelik hina Islam
Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman denda RM12,000 terhadap seorang pekerja sambilan bidang kreatif selepas mengaku bersalah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik yang menghina Islam, tiga tahun lepas.

Hakim Muhammad Ilmami Ahmad juga memerintahkan Yeo Li Yin, 48, menjalani hukuman penjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat menyakiti hati orang lain menggunakan aplikasi Twitter (kini dikenali sebagai X) dengan nama profil “Liyin Yeo” pada 19 Jun 2023.

Hantaran itu dilihat di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, di Kuala Lumpur pada 2.15 petang 22 Jun 2023.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan dan hendaklah didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

ADS

Timbalan Pendakwa Raya Nursyuhada Husna Sulaiman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada Yeo dan orang awam agar tidak melakukan perkara yang menggugat ketenteraman awam.

Bagaimanapun, peguam Mohd Ruzaini Zulkifli memohon hukuman denda minimum dengan alasan anak guamnya telah insaf dan kesal dengan perbuatan itu serta perlu menjaga ibu bapanya.

“Anak guam saya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama dan menutup akaun itu,” katanya.

- Bernama

TAKTIK MADAFAKA NAK DAPAT UNDI


KES TABUNG HAJI

PERCUBAAN AKHIR

  DAP & PKR

NAK DAPAT UNDI

KHALAS

LUCUT SENJATA - BUNUH DIRI


LUCUT SENJATA

KERANA ZIONIS

ADALAH

BUNUH DIRI

AMIN


Tiada pelucutan senjata sebelum Israel berundur dari Gaza - Hamas


ISTANBUL: Seorang pegawai kanan Hamas hari ini berkata kumpulan Palestin itu tidak akan mengambil sebarang langkah ke arah pelucutan senjata sebelum tentera Israel berundur dari Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi.

Anggota delegasi rundingan Hamas, Ghazi Hamad berkata isu pelucutan senjata berkait rapat dengan pengunduran Israel dari Gaza serta usaha pembinaan semula wilayah itu.

Dalam kenyataan kepada saluran Al Jazeera yang berpangkalan di Qatar, Hamad berkata Israel tidak akan memainkan sebarang peranan dalam proses pelucutan senjata, sebaliknya proses itu akan dilaksanakan oleh sebuah jawatankuasa kebangsaan Palestin.

Beliau menegaskan bahawa Hamas tidak akan melaksanakan sebarang langkah pelucutan senjata selagi Israel belum memenuhi terlebih dahulu kewajipannya di bawah persetujuan berkenaan.

Hamad menyifatkan rundingan itu sebagai "sukar dan mencabar", sambil berkata Hamas berusaha mendapatkan hasil terbaik tanpa mengabaikan komitmennya untuk mempertahankan hak rakyat Palestin.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Mesir, Qatar dan Türkiye atas usaha pengantaraan mereka sehingga persetujuan itu berjaya dicapai.

Kenyataan Hamad dibuat selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan bahawa persetujuan telah dicapai bagi pelucutan senjata sepenuhnya Hamas dan kumpulan bersenjata lain di Gaza, manakala tentera Israel akan berundur secara berfasa seiring kemajuan proses berkenaan.

Trump turut memuji peranan Mesir, Qatar dan Türkiye dalam membantu menjayakan apa yang disifatkannya sebagai "kejayaan bersejarah".

Beliau berkata persetujuan itu akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan Pasukan Penstabilan Antarabangsa bekerjasama bersama pasukan polis Palestin yang baharu untuk mengambil alih tanggungjawab keselamatan di Gaza.

Perang genosid Israel di Gaza telah mengorbankan lebih 73,000 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 174,000 yang lain, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, selain memusnahkan kira-kira 90 peratus infrastruktur wilayah itu.

Gencatan senjata itu dicapai berdasarkan pelan 20 perkara Trump bagi Gaza dan dipantau oleh Lembaga Keamanan yang dipengerusikannya.

Meskipun gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Oktober 2025, Israel terus melancarkan serangan setiap hari di seluruh Gaza, mengorbankan 1,214 rakyat Palestin dan mencederakan 3,977 yang lain, selain menyebabkan kemusnahan meluas.

KONGSI GELAP MAKIN BERKUASA


KONGSI GELAP

MAKIN BERKUASA

DALAM POLITIK

NEGARA

AMIN

Unknown commented on
 "PEMIMPIN PKR BANGANG"

Wei duit pulus masuk semua beres, penjenayah dapat Dato', warga asing dibagi Datuk, perompak negara diberi Tan Sri, semuanya dijual beli, sekarang orang-orang DAP pun pandai buat duit, setiap tahun jual Datuk ini peluang baik mencari duit tambahan kah kah kah 

jangan anggap DAP semua baik, ada peluang sapu, yang betul-betul menyumbang habuk tak dapat kah kah kah kah duit ada semua beres laju jalan kah kah kah kah

TEROKA GAYA HIDUP BARU


HIDUP MODEN

JADIKAN KITA

HAMBA KONSUMER

AMIN

SILA TEROKA

GAYA HIDUP BARU

AMIN

Unknown commented on
 "LAST KOPEK DARI MADAFAKA"

Semua rakyat tak perlu kerja kuat lagi, semua kerja untuk makan enjoy sudah, mengapa perlu kerja kuat mencari kekayaan kemudian bayar macam-macam, akhirnya dicuri dirompak disamun di sakau oleh orang-orang politik? Jadi rumusan buat kerja selamba tak payah kuat, masih menjaga kroni kaum agama sendiri sudah, tak payah bersusah payah sangat, ramai sudah sedar sekarang, tak guna kerja bertungkus lumus akhirnya mereka senang duduk makan berak atas kepala kita semua kah kah kah kah padan muka jadi pengembala anjing kuda kambing lembu lagi baik, binatang tidak menipu kah kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI




PAGI INI

JUMAAT 31  JULAI  2026

SERANG MENYERANG  DI SAMBUNG 


IRAN SERANG KAPAL TANGKI  MINYAK AMERIKA DI MESIR kah kah kah

IRAN BERJAYA  MEMUSNAH F35 PESAWAT TEMPUR AMERIKA DI JORDAN -  SEBUAH JELAS HANCUR – YANG LAIN SAMA ROSAK.

Amerika larang gambar satelit di lihat umum. -  gambar  F35 hancur dari satelit China dan Rusia

KAH KAH KAH
Houthi Yaman beri amaran pada Saudi -   paip minyak Saudi akan jadi sasaran – kah kah kah

GAZA
Di laporkan akan ada PERJANJIAN DAMAI DENGAN HAMAS – ini klim Mat Teram. HAMAS akui ada rundingan – kita tunggu dan lihat. Amin

PRN N9 – MANA NURUL IZZAH
MAT SABU  CARI NURUL IZZAH
TONY LOKE CARI NURUL IZZAH
MANA SUDAH LARI
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

DI LAPOR LEPAS PRN N9 -  Minah  ini akan mengundur diri – jeng jeng jeng

DIA NAK MENGAWAN dalam suasana tenang kah kah kah -amin

HOKKIEN
Pagi ini cerah kering. Matahari dah keluar – cahaya masih lemah – langit biru  berawan putih – indah tapi awan hitam masih  ada dilihat. KL & KL Sentral berkabus nipis – petang kemarin ujan gagal.

Pagi ini di Lorong Masuk ramai dah menunggu – masih ada dua kumpulan – heboh bercekak – Tak Tak jadi orang tengah. Gua gumbira ramai datang makan walau pun salak menyalak.

Siti dan Minah Itam ikut gua ke Wakaf Tiga.

Berjalan  ke Wakaf Satu gua dengar suara Terkukur dari atas bukit.

Ha ha di Wakaf Satu ada pekerja sedang pasang mesin rumput – takda sapa menunggu – semua takut nak berkumpul.

Tapi empat ekor muncul ikut gua ke Lorong Pulang – lalu gua beri friskies -  satu Ibu Itam amat garang – gua larang dia makan kerana dia suka menyerang.

Hari ini akan panas – jap lagi gua nak ke Jelebu – kemarin tak jadi – NAK JADI PELANCUNG POLITIK – nak tengok kawasan Tony Loke. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI JUMAAT

BRO
Ketika PRN ini banyak janji di tabur – sila rakam untuk bahan bukti.

BRO
Janji paling mudah di lupakan ialah jaji politikus.

BRO
KALAU LU percaya janji politik  ertinya lu sosok baik lurus bendul. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERJUMAAT