Ahad, 4 Januari 2009

BERITA DARI KUALA TERANGGANU

BERITA TERKINI - POLIS DAN FRU

Jam 6.30 petang tadi kelihantan beberapa gerombolan polis berhenti rehat di Cherating,

Awal dari ini kelihatan juga beberapa buah trak FRU dan dua kereta meriam kimia dalam perjalanan ke Utara.


TERKINI DI KUALA TERANGGANU

Orang ramai - kaki Pak Sibuk dan Kaki Bodek telah mula berbondong datang ke Kuala Terengganu.

Bilik bilik hotel cukup susah untuk di temui. Bandar KT menjadi sesak.

Para pembodek gerombolan United Malays National Organistion semakin sibuk. Mereka amat ingin melihatkan muka mereka terutama kepada Najib Razak. Ini adalah pelaburan masa depan mereka untuk mendapt kontrek dan projek.


BANJIR

Hujan turun- turun dan kemudian berhenti dan turun lagi di Pahang dan Terangganu. Di kawasan lembah sesudah Maran kelihatan melimpah dengan air.

Chukai/Kemaman kering.

Dungun kering dan berangin


MASYARAKAT CINA KT BERSAMA PAKATAN

Berita telah mula tersebar bahawa masyarakat Cina di KT telah mula merapati Pakatan.

Tian Chua telah diberitakan baru sahaja bertolak ke KT pada jam 10.00 malam tadi dari Kuala Lumpur. Tian Chua diberitakan akan memainkan peranan untuk mendapatkan sokongan undi Cina.

Undi Cina ialah 10.94% atau dari jumlah 80,325 kawasan KT.


GEROMBOLAN MULA RESAH GADUH DALAMAN

Kelmarin Khor Toyo telah memanggil Wan Farid 'underdog' hari ini desas desus telah timbul di KT bahawa ada kumpulan yang mahukan Wan Farid kalah.

Kumpulan ini tidak mahu Wan Farid menang kerana mereka melihat Wan Farid sebagai ' kutu' kepada Khairy Jamaluddin atau nama manjanya KJ.

Ada juga kumpulan yang amat setia kepada Abdullah Badawi mahukan Wan Farid kalah agar ini satu ajaran kepada Najib Razak.


BERITA DARI UNITED ARAB EMIRATES

Akhbar 7 Days UAE telah melaporkan bahawa Malaysia langsung tidak tersenarai lagi dalam dunia pelaboran antarabangsa bermula pada tahun 2009.

Malaysia di anggap kawasan 'perniagaan kelentong' seperti kes Vinod yang dilaporkan oleh New York Times dan kes hutang al-marhum Tuanku Jafaar kepada bank Standard Chartered.



12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hoho ni yg gua tnggu2..bro isham wat liputan2 trkini dr KT cm masa p.pauh dulu..trime kaseh,bro..
wat lah reviu2 tmpat2 makan gak ek..hehehe

Tanpa Nama berkata...

cantik lah, isham, kau ada dekat KT ye. dapat juga kita semua membaca/menerima gambaran sebenar di KT sana tu.

kau ada dekat KT, bau bau cafe sapa jaga? dengar-dengar bbc dah lama tutup. biar betul ni isham. situ dah macam tempat paling cool gua lepak dekat kl ni

Tanpa Nama berkata...

KERANA NILA SETITIK... HABIS SUSU SEBELANGA

Tanpa Nama berkata...

Yup! pembodek pembodek Mat mongol sudah tiba! Semua nak tunjuk muka pada mat C4 yang mereka penyokong tegang! Baru baru ni mat zzzzz lawat iran tak ramai mat mat bodek ikut mat zzzz, di katakan mereka tidak mahu di lihat sebagai penyokong tegang mat zzzz....nanti mat C4 marah? kasian mat zzzz cuma ptd saja yang ikut tapi dudok jauh jauh....dunia oh dunia itulah nasib mat zzzz bila datang mac, iyo ko?

FADZLAN RIZAN JOHANI berkata...

salam bro,
marilah kita sama-sama membantah peperangan...copy the URL poster in your blog
http://farm4.static.flickr.com/3108/3162321299_8c048f54e4_m.jpg

PAKLAN
http://papan9.blogspot.com/
http://jalakmas.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Mari kita tolak BN di KT untuk tolak mat monggol dan bik mama.

Khun Pana aka johanssm berkata...

Sampai 6000 biji kepala merah dan kepala biru di hantar ke KT.
agak nya sipa yang akan dapat kontract bekal nasi bungkus dan air kepada 6000 biji kepala tu yang akan makam pagi , tengahari , kopi-O petang dan malam.
Beruk nasional mana yang jadi caterer dan dapat $$$$$ tu?


Tak kan lah dihantar untuk berdiri macam tugu saja.
Buatlah program hapuskan mat rempit di KT , hapuskan mat gian hisap super glue chap gajah , buat lah program hapuskan PATI kat KT tu. Atau semata-mata jadi tugu yang berbaris panjang lebar kawal beruk-beruk bn yang berlagak macam saiful.

tak boleh ke 6000 biji kepala merah dan kepala warna biru tu tolong cari adik Sharlinie?
Polis Inspigtor General Tan Sri Musang, what say you?
You sent so many tugu there, 6000 tugu aint they going to do something productive too?

Tanpa Nama berkata...

Hai cerita kelentong akan banyak berkumandang semasa pilihan raya kecil KT nanti. Orang Malaysia termasuk UMNO/PR/PAS/akan ligat tak kira kena banjir atau berita Gaza kena lanyak dek Zionis. Politik di KT akan lebih hot dan berpusing

Aloy Paradoks berkata...

gua pun nak g tunjuk muke kat sane la, mane tau nanti najib nmpk gua,,,
Yes! Yes!

Tanpa Nama berkata...

gurkha-gurkha politik juga telah memaklumkan bahawa 'betting' pertandingan ini tidak menampakan yang kemenangan akan memihak kepada BN/Wan Farid 'underdog'

Tanpa Nama berkata...

Salam buat warga di Kuala Terengganu,
terutama pengundi-pengundi berdaftar..

Salam Reformasi..

Tanpa Nama berkata...

Pembodek-pembodek pembangkang pun ramai juga...
Bagus juga bro buat liputan macam ni. Senang sikit nak tengok percanggahan laporan antara yang sebenar dan versi pembangkang yang pastinya lebih banyak rempah ratus yang ditambah bagi menyedapkan cerita...