Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Isnin, 5 Januari 2009

KUALA TERANGGANU - MAKAN JADI MAKANG

BERITA

Melintasi Marang ada polis membuat rintangan jalan untuk melihat siapa yang akan masuk ke KT.

Marang tidak berapa juah dari KT.

Dua kilometer dari KT ada berpuluh puluh lori polis. Dimana-mana kelihatan pondok polis.


CUACA


Cuaca pagi tadi di Dungun, Marang, Cukai , Kemaman cukup enak. Ketika ini cuaca di KT cucup nyaman
kalau ada awek atau balak lagi cun. Berangin dan panas seperti pantai Lido di Itali.


BERITA TANGKAPAN

Malam tadi Ketua Timbalan Angkatan Muda Keadilan Sdr. Fariz Musa dan empat ahli AMK telah di tahan.

Mereka sedang menaikkan poster arwah Altantuya Shaaribu.

Mereka ingin memberitahu penduduk KT bahawa arwah Altantuya telah mati dengan letupan C4.

Penduduk KT juga ingin di beritahu bahawa Najib Razak ialah bekas kekasih arwah Altantuya gadis cun dari Mongolia.

Altantuya juga ialah berkas kekasih Razak Baginda.

Razak Baginda ialah penasihat politik Najib Razak.

Najib Razak suami kepada Rosmah Mansor akan datang ke Kuala Terengganu pada petang ini.

Najib akan memberikan cek berjumlah 3 juta ringgit kepada Sekolah Rendah Cina Chung Hwa Wei Sin di KT.
Ini adalah salah satu usaha terdesak gerombolan United Malays National Organisation untuk meraih simpati pengundi Cina.


MAKAN TENGAH HARI


Tengah hari tadi saya telah makan tengah hari di sebuah restoran Cina. Saya telah membeli ikan tenggiri di pasar Dungun.
Saya telah menjadikan sushi ikan ini. Ini kerana ikan ini baru sahaja naik dari laut. Segar dan cukup baik untuk dimakan mentah.

Setelah makan saya bersembang dengan tuan empunya restoran dan para pekerja.
Mereka semuanya berlorat Terangganu. Makan jadi Makang.
Ikan jadi Ikang.

Dari perbualan ini saya difahamkan restoran ini semuanya akan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat.
Mereka tahu tentang kes Altantuya dan kesah keterlibatan Najib Razak.


TIAN CHUA DAN ANWAR TAN
Pada pukul 6 petang ini Anwar Tan dan Tian Chua akan mengadakan satu jamuan terbuka di Kampong Tiong.

Anwar Tan ialah Exco kerajaan Kelantan. Tian Chua ialah cellmate Tukar Tiub.

Jamuan makan malam ini adalah anjuran masyarakat Cina satempat. Kelihatan bahawa sokongan masyarakat Cina terhadap Pakatan
semakin kuat.


WARTAWAN


Wartan semakin ramai sampai. Tim MalaysiaKini diberikan berkubang di rumah editor Mkini - Wan Fathi anak tempatan.

The Edge di beritakan berkubang di seri Malaysia.


MAKANAN

Masih belum merayau-rayau. Tapi kopi kedai Cina di Kampong Cina boleh tahan.

Apa yang pasti ialah keropok lekor tidak akan dimakan kerana banyak aji-no-moto.

Pelik tetapi benar - minuman pagi di Dungun ada jual Nasi Minyak. Tetapi warga tidak banyak kelihatan obese.


TERKINI


Baru saya di beritahu oleh Exco AMK bahawa 5 ahli AMK yang sedang ditahan masih lagi belum dibebaskan.

Mereka di tahan di IPD Kuala Terangganu. ( Kalau mengikut lorat Terangganu mereka di tahang di IPD Kola Ganu).

Perundingan masih berjalan.


Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
5 Januari 2009

AMK Bidas Penahanan Ketua AMK Terengganu

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin melahirkan rasa kesal dengan tindakan pihak polis yang menahan Ketua AMK Terengganu, Sdr Fariz Musa dan lima lagi ahli Skuad AMK Terengganu yang sedang menampal poster di sekitar bandar Kuala Terengganu, awal pagi tadi.

Penahanan Fariz yang juga Tmbalan Ketua AMK Pusat jelas merupakan satu bentuk intimidasi awal oleh BN yang memanipulasi pihak polis untuk mengekang kempen yang dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat.

Apa yang menghairankan ialah,apakah aktiviti penampalan poster boleh dikaitkan sebagai satu hasutan yang boleh membawa kepada kemudaratan awam? Apakah calon BN, yang merupakan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab kepada pengurusan polis bertindak menggunakan kuasa di saat-saat akhir beliau menjawat jawatan berkenaan sebelum beliau melepaskan jawatan untuk dinamakan sebagai calon PRK Kuala Terengganu esok?

AMK difahamkan bahawa yang menjadi isu ialah poster yang ditampal memaparkan gambar mendiang Altantuya Shaaribuu.Persoalan timbul apakah masalah yang dihadapi dengan paparan gambar mendiang Altantuya jika ia tidak mensabitkan mana-mana pihak berkenaan?

AMK mempersoalkan apakah Najib Tun Razak berasa gusar dengan penampalan poster berkenaan berikutan beliau akan hadir ke penamaan calon di Kuala Terengganu? Seharusnya Najib tidak perlu gusar jika beliau benar-benar tidak terlibat mahupun mengenali mendiang Altantuya sebagaimana yang pernah disumpahkan beliau sewaktu Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada Ogos 2008 lepas.

AMK dengan ini mendesak agar pihak polis memberikan justifikasi terperinci berkenaan penahanan sdr Fariz dan ahli Skuad AMK dan menggesa mereka dibebaskan pada kadar segera.

AMK juga ingin memberi peringatan kepada Umno-BN agar mereka tidak menyalahgunakan jentera dan instrumen kerajaan termasuklah pihak polis untuk memastikan kemenangan mereka pada 17 Januari kelak. Rakyat tidak mudah diperbodohkan dengan siri intimidasi yang kelak akan menjerat leher Umno-BN sendiri.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia




6 ulasan:

nami o fish berkata...

Baru pergi Bangla perhati pilihanraya dah jadi permerhati kat KT?

huahuaa..

Budak Bongok berkata...

Cayalah bro..update berita macam permatang pauh dulu..MAmposlah UMNO!!

Tanpa Nama berkata...

Kalau jumpa Mat Monggol kirim salam dan suruh je dia balik KL naik jet VVIP TUDM, brader tak nak tumpang ke atau takut bik Mama tunggu dalam "cockpit"
Hahahahahahaha Mat Monggol akan kalah perang lagi.

MahadeyBersiong berkata...

bn tadok aghoh doh ni..
nampok sgt umno tu nakuk paik.

megat dewa berkata...

Syabas. Kemunculan yang dinanti. Laporan terkini dan terpantas di K.T oleh Tukar Tiub.

Farouk berkata...

Bagus juga Bro buat update macam diari harian. Nampak simple tapi agak lengkap. Boleh juga buat perbandingan antara catatan blogger pro kerajaan dan blogger pro pembangkang macam Bro... Baru boleh nampak segala kelentong dan pandangan dari sudut pembangkang...