Selasa, 29 Mac 2016

INI NAMANYA BARISAN BERSATU






INi NAMANYA

BARiSAN

BERSATU

PKR, AMANAH mahu bersama Mahathir, enggan ungkit sejarah silam

Anwar Ibrahim dulu masa dalam kerajaan pun banyak mendatangkan kesusahan kepada pembangkang. Kita serang  Mahathir semasa beliau menjadi pemerintah, sekarang beliau sudah tidak berkuasa kita bersama menentang kegagalan Najib mentadbir negara.
KUALA LUMPUR: PKR dan AMANAH tidak mahu ‘mengungkit’ kekejaman pemerintahan yang dilakukan Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri, sebaliknya mahu bersama bekas diktator itu untuk menyelamatkan Malaysia.
Ketua Whip PKR,  Johari Abdul berkata, apa yang telah dilakukan Mahathir semasa mentadbir negara biarlah berlalu kerana perjuangan pembangkang ketika ini adalah untuk menyelamatkan Malaysia daripada kekejaman pentadbiran Najib.
“Kita bincang masalah sekarang dan akan datang (masa hadapan), saya ingat pendekatan itu adalah betul, soal maaf ke tak maaf ke itu cerita lain. Masalah yang kita hadapi ialah masalah pemerintah yang kelam kabut, ekonomi yang kelam kabut.
“PKR tidak akan ungkit benda lama (sikap Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri), kita fokus isu yang berlaku kepada negara sekarang, isu harga barang, isu pendidikan, isu keselamatan dan isu-isu besar seperti salahguna kuasa yang kita hadapi, berbanding bincang siapa salah siapa betul.
Kalau bincang benda lepas ia tak akan selesaikan masalah,” katanya.
Sementara itu, bagi Ahli Jawatankuasa Kerja AMANAH, Hanipa Maidin beliau berkata, tidak ada guna pembangkang menyerang Dr Mahathir sebagai usaha membalas dendam diatas kekejaman yang dibuat semasa mentadbir negara.
“Kita lawan Mahathir masa dia ada kuasa sekarang dia tak ada kuasa dan sekarang bersama-sama kita nak lawan orang yang ada kuasa Najib..
“Presiden AMANAH cakap semalam dia pun pernah kena tahan di bawah ISA dua kali, tapi sekarang kalau kita nak serang dia tak ada guna.
“Kalau nak ungkit banyak benda boleh ungkit, Anwar dulu masa dalam kerajaan pun banyak dia mendatangkan kesusahan kepada pembangkang,” katanya.

KENALi MUSUH

UTAMA 

SASARAN UNTUK

MUSUH UTAMA

ITU NAMANYA

STRATIJi

UNITED FRONT

-----------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setanhayu kata - the enemy of my enemy is my enemy... sbb tu dia baik dgn erdogan - the crypto jew...

panglimo potaseh berkata...

Ingat 20 tahung dulu, gimana aruah Kapal Sing, Kit Siang dan Mat Bronson bermati-matian tuduh Sudara Anu-ar naik bas ikut pintu kecemasan (bas lama pintu kecemasan terletak dibelakang). Tapi lepas Anu-ar tukar kem .. tiga ekor ni terus bersatu dgn Anu-ar, hasilnya anda lihat sendiri pada 2008 dan 2013.

Sekarang anda bayangkan mereka ini bersatu pula dengan Chedet (nama manja Madey), dulu mereka panggil Mahazalim semasa jadi PM .. ketiga ekor ni semuanya dah rasa sorang sedikit penangan Chedet .. di humban dalam lokap, dipicit anunya, disakiti dan diaibkan .. tapi tu dulu .. dahhh lupa dahhh .. tapi kalau dipikir balik, sapa suruh ejek Madey tu Mahazalim, kan dah kene.

Lupakan lah hal lama .. kamu tak hilang apa-apa pon malah lagi popular. Yg penting masa depan .. Najib perlu di cekup kalau tidak banyak lagi duit dan nyawa akan ghaib. Lepas Najib kita carik pemakan dedak pula.

nazrio dond dolla berkata...

Kesiyan Hj hadi..isu2 besar semua x kena mengena dengsn hadi, maLah semua isu besar pakatan Rakyat dah ambik ...hadi Dan syeikh kadeeeeeer syeikh fadeeeeeeseeeeeeer nak bawak isu APA.?