.

Selasa, 29 Mac 2016

TERIMA KASEH





TERiMA KASEH

ANAK 

SEMUA BANGSA


Kempen bantu Mat Sabu capai sasaran
SHAH ALAM - Dalam tempoh tidak sampai dua bulan, kempen ‘Derma #SahabatMatSabu, RM10 seorang’ telah berjaya mengumpul kutipan derma mencecah RM200,000.

Difahamkan, kempen itu dilancar bagi membantu Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang diperintahkan mahkamah untuk membayar RM200,000 dalam kes saman dikemukakan oleh bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Wakil kumpulan aktivis, Hishamuddin Rais dalam satu kenyataan bersama, pihaknya telah menutup tabung tersebut secara rasmi dan jumlah rasmi kutipan derma akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Adalah dimaklumkan kutipan derma untuk Mat Sabu yang dijalankan oleh  ‪#‎SahabatMatSabu telah berjaya mencecah RM200,000.

“Dengan ini diumumkan tabung ini akan ditutup secara rasmi #SahabatMatSabu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penderma. Akaun ini akan diaudit dalam masa terdekat dan jumlah rasmi juga akan diumumkan,” katanya seperti yang dipetik menerusi kenyataan di laman rasmi Facebook Amanah.


Menurutnya lagi, adalah menjadi tanggungjawab setiap individu atau pihak yang mengenali Mohamad atau Mat Sabu untuk membantu pemimpin politik itu.

Jelasnya lagi, tarikh penyerahan duit kepada pihak peguam Mat Sabu juga akan diumumkan dalam masa terdekat.



---------------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mat Sabu x nak duit tu.. bagi trus kat Wan Ahmad yg kebulur dan busunglah perut makan duit rakyat yg x halalkan tu

Tanpa Nama berkata...

apa pencerahan tt andaikata PAS menjadi parti utama mendapat sokongan Melayu pru14 nanti?

Tanpa Nama berkata...

tengok mood anak muda skrg pun lebih ke arah Islamic,mungkin PAS berpeluang besar.

air gunung berkata...

Tak yah laa tanya TT.
Wat ngabehkan boreh jer.
Jap lagi dia syarah lebih 200 surah.
Lps tu komidi berdiri lg.
Tak larat nanti.
Jumpa dpn lagi tak larat
Psl dia punya bau petai pehhhhhhh.
Power giler.
Kah kah kah.

Senang cerita
Mood anak muda ke arah islamic.
Aku rasa lagi la Parti Amanah Negara berpeluang besar.
Bdk muda tak suka kluk klek pong pang pong pang then koner baring kat u turn.
maka begitulah pencerahannya.
Tak perlulah makan petai bnyk2.
Nanti brlaku pencerahan usus perut membawa keciritan seperti ciritnya zuhdi dr bwh bwk ke mulut dan ke tgn.
Haper punya cirit daaaaaa...
Kah kah kah kah

Nasrudin Abd Shukor berkata...

Sokong lu laah AIR GUNUNG.memang itulah aliran anak muda sekarang.