Isnin, 3 Ogos 2026
GELOMBANG MELAYU TOLAK MADAFAKA
MELAYU BERSATU
PEGANG TERAJU
AMIN
MELAYU BERSATU
MALAYSIA MAJU
AMIN
MELAYU BERSATU
HUMBAN MADFAKA
KHALAS
Tsunami Melayu tumbangkan calon PKR, AMANAH di Negeri Sembilan'
JOHOR BAHRU: Kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, didakwa berpunca daripada kebangkitan gelombang 'tsunami' pengundi Melayu.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, berkata, 'tsunami' politik berkenaan menyebabkan semua calon Melayu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Parti Amanah Negara (AMANAH) tewas.
"Saya melihat bahawa di Negeri Sembilan ini jelas iaitu dalam kalangan pengundi Melayu, nampaknya mereka telah memutuskan untuk menyokong kembali UMNO, Barisan Nasional (BN) dan juga Perikatan Nasional (PN).
"Jadi, ini perkara yang PH perlu ambil tahu, satu kesedaran yang sudah jelas bermula daripada PRN Johor iaitu rakyat Melayu mereka mahukan undi Melayu ini jangan berpecah.
"Sebab mereka belajar dan mereka memperhatikan bagaimana masyarakat Cina mengundi dengan strategik. Mereka tak mengundi GERAKAN (Parti Gerakan Rakyat Malaysia) dan MCA dalam beberapa pilihan raya yang lalu sehingga MCA tak ada tempat kecuali di Johor. Jadi, tumpuan penuh kepada sokongan kepada DAP," katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan sampan sukarelawan skuad bencana dan minum pagi bersama-sama komuniti Flat Taman Molek, di sini hari ini.
Hassan berkata, isu diketengahkan kempen PRN Negeri Sembilan mengenai prestasi ekonomi, tatakelola dan perancangan kerajaan dipimpin kerajaan PH Negeri Sembilan tidak menjadi perhatian atau keutamaan, sebaliknya ia menjadi isu kedua dan ketiga kerana apa yang penting bagi mereka adalah semua undi orang Melayu perlu tertumpu kepada satu blok sahaja supaya undi tidak berpecah.
"Sentimen penyatuan Melayu itu tidak dapat dilawan walaupun Perdana Menteri hampir setiap hari turun berkempen termasuk membawakan isu nasional seperti Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.
"Jadi, walaupun kempen kerajaan PH di peringkat negeri dan Pusat, Perdana Menteri hampir setiap hari kan (turun berkempen), tidak dapat melawan sentimen iaitu orang Melayu nak bersatu, kan? Jadi, dia tolak. Umpamanya laporan RCI Tabung Haji, bukan mereka tak anggap penting tu tapi dia tangguhkan dulu, yang penting dia nak tukar kerajaan," katanya.
Hassan berkata, perkembangan itu menunjukkan kesedaran orang Melayu untuk tidak mahu berpecah belah dalam keadaan banyak parti Melayu ketika ini.
Katanya, perkembangan itu wajar dihormati dan PH terutamanya PKR perlu sedar akan sokongan orang Melayu dan jika mahu menang pada pilihan raya akan datang perlu memenangi hati mereka.
"Di Johor, bayangkan daripada 100 orang Melayu, hanya enam orang saja undi undi PKR. Enam orang saja, jadi bermakna sekarang iaitu apa juga kerajaan buat setakat ini, naikkan gaji kakitangan awam, bagi penyelarasan subsidi, bagi Sumbangan Tunai Rahmah, tak ada kesan pun.
"Ini bermakna parti-parti Melayu dalam PH ini, khususnya PKR dan AMANAH, hampir tidak diyakini oleh masyarakat Melayu," katanya.
Katanya, PH dan PKR perlu mendapatkan sokongan dan kepercayaan orang Melayu dalam tempoh 18 bulan ini sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) diadakan.
CAKAP BANYAK - SEMUA TIPU
PADAN MUKA
SUKA MENIPU
KINI TERBARAI
KAH KAH KAH
CAKAP
BERDEGAR
BERAK
ATAS PAGAR
KAH KAH KAH
BERSATU
HUMBANKAN
MADAFAKA
KHALAS
Tuai apa disemai: Dilema reformasi dan haluan baru Wong Chen
Seorang ahli parlimen PKR yang dilihat sehaluan dengan pengasas bersama Bersama, Rafizi Ramli, melancarkan kritikan pedas berikutan kekalahan Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan, buat pilihan raya negeri (PRN) ketiga bermula di Sabah pada November tahun lalu.
Anggota Parlimen Subang, Wong Chen, tanpa tapisan terus meletakkan kekalahan tersebut atas sikap PH yang didakwanya sanggup mengkompromikan prinsip demi kelangsungan politik.
“Inilah yang berlaku apabila keghairahan untuk mengkompromikan segala-galanya demi kekal berkuasa bagi jangka masa pendek menguasai diri, sehingga mengakibatkan kelesuan politik dan kelumpuhan prinsip teras,” katanya.
Wong, yang memberi isyarat bahawa dia sedang bersiap sedia untuk merancang haluan politik yang berbeza, berkata kestabilan demi kelangsungan hidup sendiri dan supaya individu tertentu kekal menjadi menteri tidak patut dikelirukan dengan kestabilan negara.
“Ketelusan, kebertanggungjawaban, dan penentangan terhadap rasuah adalah misi serta mandat asal reformasi kita.
“Bukan kuasa demi kuasa semata-mata,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Dia seterusnya mendesak rakan-rakannya dalam PH untuk bertanggungjawab atas kekurangan mereka dan mempertimbangkan untuk berundur sekiranya tidak lagi mempunyai tekad atau selera untuk meneruskan reformasi.
“Setiap kali penentang dalam PKR bersuara di Parlimen, sebahagian besar memilih untuk berdiam diri.
“Mantra mengenai 'kestabilan', 'demi kebaikan yang lebih besar', 'perlu ada disiplin parti', dan 'kita boleh berubah secara perlahan-lahan dari dalam' semuanya sudah lesu dan lapuk.
“Pengundi tidak lagi menerima alasan-alasan ini,” tambahnya.
Wong memetik dakwaan yang melibatkan bekas ketua pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, serta dakwaan kewujudan mafia korporat yang melibatkan pegawai SPRM yang didakwa berpakat dengan usahawan bagi memudah cara pengambilalihan korporat, sebagai contoh isu yang gagal ditangani secara tegas oleh kerajaan.
“Kekurangan keberanian dalam kalangan kita telah mencapai tahap kritikal sehingga kita tidak mampu mendapatkan 51 peratus anggota Parlimen untuk mendesak perdana menteri mengesyorkan penubuhan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja), sedangkan kita mempunyai majoriti dua pertiga di Dewan,” katanya.
Mengenai kekalahan PH dalam pilihan raya Negeri Sembilan, Wong berkata ia akhirnya bergantung kepada pengiraan matematik, apabila gabungan tersebut gagal meraih undi Melayu ketika dua parti teras Melayu - Umno dan PAS - bekerjasama.
“Undi lain tidak memberi banyak makna apabila golongan progresif dari semua pihak telah dikecewakan oleh ketidakwujudan reformasi yang ketara.
“Tanpa platform progresif yang berwibawa untuk menyatukan semua kaum, kita akan terus terperangkap dalam corak pengundian berasaskan kaum,” katanya.
Wong turut mendedahkan bahawa dia tidak diminta untuk berkempen bagi PKR sama ada di Johor mahupun Negeri Sembilan.
“Pada peringkat ini, perasaan itu adalah sama. Siapa yang menanam, dialah yang menuai hasilnya, dan bagi saya, sudah tiba masanya untuk melangkah ke hadapan,” katanya Lagi
JANGAN JADI BARUA AMERIKA
JANGAN JADI
BARUA AMERIKA
AMIN
JANGAN JUAL
NEGARA PADA
ZIONIS AMERIKA
KHALAS
AS komited perkukuh hubungan pertahanan dengan Malaysia - Khaled Nordin
KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) komited untuk terus memperkukuh hubungan rapat dengan Malaysia termasuk dalam sektor pertahanan, kata Mohamed Khaled Nordin.
Menteri Pertahanan itu berkata perkara berkenaan antara disentuh Duta AS ke ASEAN, Kevin Kim dalam kunjungan hormat sempena Persidangan Tahunan Ke-37 Undang-Undang dan Operasi Ketenteraan (MILOPS) yang berlangsung di ibu negara hari ini.
"AS akan sentiasa memberi perhatian kepada meningkatkan dan memantapkan lagi hubungan rapat antara kedua-dua negara termasuk dalam sektor pertahanan," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat itu.
Beliau berkata pertemuan itu lebih tertumpu kepada usaha mengukuhkan hubungan sedia ada dan tidak melibatkan perbincangan mengenai perkara-perkara dasar.
Selain Kevin, Mohamed Khaled turut menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn dan Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Singapura, Joseph Leong.
Mengulas pertemuannya dengan Kim Hourn, beliau berkata kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai cabaran dihadapi ASEAN serta usaha memperkukuh sumbangan sektor pertahanan dalam mengekalkan prinsip Kepusatan ASEAN, keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau.
Beliau berkata mereka turut sependapat bahawa sektor pertahanan mempunyai peranan penting dalam menyokong matlamat ASEAN serta memperkukuh kerjasama antara negara anggota.
Sementara itu, Mohamed Khaled berkata Joseph, yang baru dilantik Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan Singapura, menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh kerjasama dengan Malaysia.
Beliau berkata kerjasama berkenaan bukan sahaja melibatkan hubungan dua hala malah turut merangkumi kerjasama pelbagai hala di peringkat ASEAN serta menerusi Peraturan Pertahanan Lima Negara (FPDA).
Persidangan Tahunan Ke-37 MILOPS berlangsung di Kuala Lumpur mulai hari ini hingga 6 Ogos, menghimpunkan pegawai kerajaan dan wakil ketenteraan daripada lebih 30 negara bagi membincangkan cabaran keselamatan serantau serta memperkukuh kerjasama dalam aspek undang-undang dan operasi ketenteraan.
TERAM NAK BERUNDING DENGAN SAPA ?
TERAM NAK
BERUNDING
DENGAN SAPA?
KAH KAH KAH
BERUNDING
DIMANA
KAH KAH KAH
IRAN BUAT
DEEK AJE
KAH KAH KAH
ANCUK OMAK KAO
TERAM DAH KALAH
PELURU DAH ABIH
KAH KAH KAH
KHALAS
Trump masih harapkan penyelesaian diplomatik tamatkan perang AS-Iran
WASHINGTON: Rundingan damai baharu antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran akan bermula esok, kata Presiden Donald Trump, namun Tehran menafikan sebarang persetujuan ke arah itu.
Trump berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau membatalkan rancangan melancarkan serangan baharu terhadap Iran bagi memberi peluang kepada penyelesaian secara diplomatik.
"Jelas sekali mereka tidak mahu diserang. Mereka tahu sejauh mana persiapan serangan itu kerana mereka melihat segala persediaan sedang dilakukan.
"Kini, apa yang kami lakukan ialah berunding dengan mereka. Rundingan itu akan bermula esok (Isnin) petang," katanya kepada pemberita di dalam pesawat Air Force One semalam.
Disyorkan
Anak nelayan Kampung Alai kini terajui SPRM
Cukuplah, jangan ganggu saya lagi - Nur Fazura
Syahmi sumbang emas keenam Malaysia
PRN NS: 'Saya tidak tuduh sesiapa, tapi jangan cabar saya' - Anwar
Bagaimanapun, Trump tidak mendedahkan lokasi atau pihak yang terbabit dalam rundingan itu.
Pada Sabtu, Trump menarik balik ancaman untuk melancarkan serangan dahsyat besar-besaran terhadap Iran yang didakwanya mampu menjadi serangan terbesar sejak Perang Dunia Kedua.
Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana masih ada peluang untuk mencapai persetujuan.
Mengulas lanjut mengenai keputusan itu, Trump berkata beliau diminta oleh Iran serta sekutu AS iaitu Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar supaya membatalkan serangan berkenaan.
"Apabila sekutu meminta supaya ia dibatalkan, kita perlu mempertimbangkan. Mereka berbuat demikian kerana percaya masih ada ruang untuk mencapai perjanjian," katanya.
Menurut beliau, perjanjian itu membabitkan Selat Hormuz sebelum disusuli persetujuan mengenai isu nuklear atau pelucutan program nuklear Iran.
Trump sekali lagi menegaskan serangan yang dirancang itu akan menjadi serangan terbesar sejak Perang Dunia Kedua sekiranya tida mendapat kerjasama Iran.
"Ia (Iran) akan memerlukan masa bertahun-tahun untuk dibangunkan semula, jika ia masih boleh dibina semula. Saya sendiri tidak fikir ia boleh dipulihkan," katanya.
Trump juga berkata, Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, menggesanya supaya tidak meneruskan serangan itu kerana bimbang ia akan mencetuskan kesan buruk yang tidak dijangka.
"Mereka mungkin dibanjiri kemasukan orang ramai ke negara mereka dan pelbagai bencana lain boleh berlaku. Banyak perkara buruk boleh terjadi," katanya.
Konflik antara AS, Israel dan Iran bermula pada 28 Februari apabila AS dan Israel melancarkan serangan mengejut ke atas Iran.
Walaupun beberapa rundingan diplomatik berjaya meredakan ketegangan buat sementara waktu, perjanjian gencatan senjata gagal dipertahankan.
Iran kemudian mengetatkan kawalan di Selat Hormuz, laluan penting bagi bekalan tenaga dunia, ketika kedua-dua pihak kembali saling melancarkan serangan sejak beberapa minggu lalu. - AFP
BERSATU TOLAK MADAFAKA
CHINA INDIA
MELAYU KADAZAN
SEMUA BERSATU
TOLAK MADAFAKA
KHALAS
Unknown commented on
"HUMBAN KAN MADOFAKO"
Yang bagi nyawa kepada PH ini hanya Cina India dan lain-lain, Melayu tidak pernah sokong sepenuhnya, Melayu yang sokong ada mendapat keistimewaan kemudahan projek pembangunan bersepadu semuanya tuju kepada Melayu, jangan lupa sekarang Cina India lain-lain yang muak dengan janji-janji kosong Nuar Brahim kah kah kah,
padan muka, yang sokong dahulu pun dah tak sokong sekarang, padan muka engkau lah, yang asyik sembang pasal orang tak sokong buat apa?
Cuba tengok kalau-kalau ada Presiden atau PM Palestine masih kosong? Mungkin boleh cuba nasib di sana nanti? Kan wujud dia lupa asal-usul kawan otai lama dilupakan, asyik bina di Palestin kah kah kah nak kentut wangi jumpa Nuar Brahim kah kah kah kah
HUMBANKAN MADAFAKA
SATUKAN TENAGA
HUMBANKAN
MADAFAKA
KHALAS
Unknown commented on
"JUAL DATUK"
Manusia menjadi semakin tamak kuasa, semakin rakus mencuri menjawat jawatan kah kah kah masa akan sampai untuk pembalasan, tiket disediakan PAS untuk orang terpilih mungkin kena bayar juga supaya lubang luas sedikit daripada biasa kah kah bawa sekali rumah kereta pangkat pingat emas semua sekali oh yeah jangan lupa beg tangan Birkin ya kah kah kah kah
Unknown commented on
"ZAKAR SHI BERCAKAP BENAR"
Kalau tamat alamat tak ada jawatan lagi, siapa nak bagi kerja tanpa gaji? Siapa nak bayar elaun jet helikopter kereta semuanya sewa belaka kah kah kah, siapa nak ikut belakang lagi? Kah kah kah kena berfikir sedap sedap seronok menjadi tumpuan semua kah kah kah kah
Unknown commented on
"HUMBAN KAN MADOFAKO"
Kalau masuk group pencuri perompak perasuah semua diterima, semua mendapat tempat di hati fikiran orang kita, mana-mana yang sembang kencang nak hapus rasuah nak hapuskan pencuri nak hapuskan perompak akan ditolak akan disusuli kekecewaan, sebab utama seronok mendapat percuma bantuan subsidi mentaliti begitu kah kah kah kah semuanya dapat tanpa bekerja tanpa berusaha sebab menjadi tuan tanah seronok kah kah kah kah
Unknown commented on
"JUAL DATUK"
Cukai cukai cukai asyik pekena orang dengan cukai kononnya membantu rakyat susah? Mana ada rakyat susah sekarang? Yang susah tetap akan susah kerana diri sendiri, malas enggan berusaha ada peluang tak mahu bekerja, Rohingya masuk haram pun berjaya jadi tauke?
Apa masalahnya engkau dengan sekampung kau tu? Asyik bermotosikal sini sana konvoi buang masa sembang kedai kopi sampai sehari tak balik rumah? Pasal tu perempuan kita cari Bangla Rohingya padu berisi dan sanggup berbelanja kah kah kah kah kah
TUMBANGKAN KERAJAAN MADANI SEKARANG !
LANGKAH
SETERUS IALAH
TUMBANGKAN
KERAJAAN MADANI
KHALAS
Unknown commented on
"WUJUD POLITIK BARU"
Ramai pakar-pakar muncul dengan macam-macam analisis, macam-macam kajian, kah kah kah nak mencari sebab-sebab kekalahan, nak cari sebab kemenangan? Hebat pakar-pakar muncul selepas keputusan diumumkan, sebelum kajian tak betul? Mana pakar-pakar kajian dalam Kerajaan MADANI? Adakah betul semuanya?
Ada kah orang-orang politik mendengar kajian mereka? Semua seronok sendiri semua taksub ego tinggi kerana menganggap diri hebat belaka, kalau PMX turun beribu-ribu sambut, tetapi siapa yang sambut? Tukang bodek tukang jilat tukang cium tangan adalah beribu-ribu sekarang kah kah kah kah hakikatnya tidak semua sekeliling kita menyokong kita pun?
Sudah terlambat Bossku sudah jauh ketinggalan pakar-pakar membuat kajian sekarang? Kalau buat kerja secara ikhlas untuk rakyat nescaya akan mendapat sokongan, kalau tidak pasti ditendang keluar macam Anthony Loke sekarang kah kah kah
hebat Menteri Pengangkutan ini, hebat petah berhujah bercakap undang-undang baru, projek sini projek sana, dagu tinggi muka tinggi akan kecundang juga, empayar Rom pun jatuh inikan pula empayar politik tempatan, walaupun mengajar Rom bina kapal jiwa kita masih duduk dalam kelompok asabiyah kah kah kah kah
DARI BALKONI LE CHATEAU
DARI BALKONI
LE CHATEAU
JAM 2.20 PETANG
MATAHARI BERSINAR INDAH
LANGIT BIRU
AWAN PUTIH BERGELOMBANG
LE CHATEAU AGAK SUNYI HENING
TAK KEDENGARAN SUARA UNGGAS
PETANG YANG INDAH
APAKAH AWAN PUTIH
AKAN BERTUKAR WARNA?
HARAP TIDAK
MENUNGGU
MALAM SEJUK SANTAI
DENGAN TIUPAN ANGIN SEJUK
AMIN
ZAKAR SHI BERCAKAP BENAR
ZAKAR SHI
BERCAKAP BENAR
AMIN
HUMBANKAN
SACEPAT MUNGKIN
ANWAR
BIN IBRAHIM
AMIN
SELAMATKAN
NEGARA DENGAN
FORMULA BARU
KHALAS
Puad desak PM tamat kerjasama BN-PH
Anwar bin Ibrahim perlu mempertimbangkan untuk menamatkan memorandum persefahaman antara BN dan PH lebih awal kerana kepercayaan antara kedua-dua pihak tidak lagi wujud, kata bekas pemimpin Umno, Puad Zarkashi.
Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu berkata demikian di Facebook selepas membidas anggota Jawatankuasa Kerja Pusat PAS, Annuar Musa kerana mendakwa Perikatan Nasional (PN) berperanan penting dalam membolehkan BN membentuk kerajaan negeri Negeri Sembilan dan memperoleh majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri.
Sambil menuduh Annuar angkuh, Puad berhujah bahawa BN sebenarnya boleh membentuk kerajaan bersama PH kerana gabungan kerusi mereka juga juga mencukupi.
“Sebenarnya boleh sahaja ditubuhkan kerajaan BN-PH (18 kerusi campur 11 kerusi).
“Tetapi kali ini (Presiden Umno, Ahmad) Zahid Hamidi lebih percaya kepada PN. Zahid mahu formula ini diteruskan di Melaka.
“Sebab itu PMX (Anawar bin Ibrahim) sewajarnya menamatkan lebih awal MOU (perjanjian pkerjasama) BN-PH dalam kerajaan perpaduan.
“Sudah tidak wujud kepercayaan antara BN-PH. Maka kenapa perlu diteruskan?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Sebelum itu, bekas setiausaha agung BN, Annuar Musa menerusi satu hantaran di media sosial menyatakan bahawa jumlah 18 kerusi yang dimenangi BN tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan secara majoriti mudah.
Menurutnya, sokongan daripada tujuh kerusi yang dimenangi PN bukan sahaja membolehkan gabungan PN dan BN menubuhkan kerajaan bersama, malah melengkapkan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Negeri.
“BN memenangi 18 kerusi.Tidak cukup untuk membentuk kerajaan dengan simple majority.
“Perikatan Nasional memenangi 7 kerusi dan PH 11 kerusi. Ini menjadikan 18 kerusi atau 50:50 daripada jumlah 36 kerusi.
“Di sinilah indahnya Muafakat,” katanya.
Perkembangan ini menimbulkan persoalan berhubung status persefahaman politik di peringkat Persekutuan yang menyaksikan BN bersekutu dengan PH manakala PN bertindak sebagai pembangkang.
HUMBAN KAN MADOFAKO
INI BUKTI
SUMO WARIKH
NOGORI BONCI
MADOFAKO
AMIN
SUMO NAK
HUMBAN
NUAR BERAIM
KE DALAM TOBEK
KAH KAH KAH
KHALAS
Semua calon Melayu PH tewas PRN Negeri Sembilan
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang melabuhkan tirainya kelmarin menyaksikan Pakatan Harapan (PH) gagal mempertahankan penguasaan dalam kalangan pengundi Melayu apabila kesemua calon Melayunya tewas di kerusi yang ditandingi masing-masing.
Keputusan rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) muncul pemenang dengan menguasai 18 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), diikuti PH yang memenangi 11 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) tujuh kerusi.
Sebelum ini, Pengerusi PH, Anwar bin Ibrahim mengumumkan senarai 36 calon gabungan itu pada 1 Ogos lalu dengan menggabungkan muka baharu serta pemimpin berpengalaman daripada PKR, DAP dan AMANAH.
Daripada keseluruhan calon yang diketengahkan seramai 22 adalah calon Melayu.
Bagaimanapun, keputusan PRN menunjukkan kesemua 22 calon Melayu PH gagal memenangi kerusi ditandingi, sekali gus menyebabkan kesemua 11 kerusi yang dimenangi gabungan itu disumbangkan oleh calon bukan Melayu.
Apa yang lebih menarik ialah kekalahan beberapa nama besar yang sebelum ini mempunyai rekod cemerlang dalam politik Negeri Sembilan termasuk Aminuddin.
Beliau sebelum ini pernah menerajui pentadbiran negeri sebagai Menteri Besar selama dua penggal bermula 2018 sehingga pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun ini.
Aminuddin, yang juga Naib Presiden PKR dan Pengerusi PKR Negeri Sembilan, sebelum ini dianggap antara pemimpin PH paling berpengaruh di negeri berkenaan.
Sepanjang pentadbirannya, beliau mengetuai kerajaan negeri ketika PH membentuk kerajaan pada 2018 sebelum meneruskan pentadbiran selepas PRN 2023 menerusi kerjasama dengan Barisan Nasional (BN).
Malah, keputusan PH menamakan Aminuddin sebagai calon di DUN Linggi dilihat sebagai antara strategi utama gabungan itu untuk menampilkan kepemimpinan berpengalaman dan tokoh yang mempunyai rekod pentadbiran negeri sebagai sandaran bagi mengekalkan sokongan rakyat, khususnya pengundi Melayu.
Selain Aminuddin, kekalahan Noorzunita Begum di DUN Pilah turut menjadi perhatian kerana beliau bukan sahaja merupakan antara pemimpin wanita kanan PKR di negeri itu, malah penyandang kerusi berkenaan.
Noorzunita Begum sebelum ini memenangi kerusi DUN Pilah pada PRN 2023 dan berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sepanjang penggal lalu.
Keputusan PH mengekalkannya sebagai calon memperlihatkan keyakinan gabungan itu terhadap prestasi serta rekod khidmat beliau di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, status sebagai penyandang tidak mampu diterjemahkan kepada kemenangan apabila beliau turut tewas, sekali gus menunjukkan kelebihan sebagai wakil rakyat sedia ada bukan lagi faktor dominan dalam mempengaruhi corak pengundian kali ini.
Kekalahan Aminuddin dan Noorzunita Begum dilihat mencerminkan bahawa PH bukan sahaja gagal mempertahankan sokongan terhadap calon baharu, malah turut gagal mengekalkan pengaruh pemimpin yang mempunyai rekod pentadbiran dan pengalaman sebagai penyandang.
Keputusan itu menggambarkan cabaran besar PH dalam mendapatkan semula sokongan pengundi Melayu di Negeri Sembilan, khususnya di kawasan majoriti Melayu.
Meskipun PH masih mengekalkan penguasaan di beberapa kawasan bandar dan separa bandar menerusi kemenangan calon bukan Melayu, namun prestasi gabungan itu dalam kalangan calon Melayu dijangka menjadi antara fokus utama analisis pasca pilihan raya, terutama dalam menilai strategi pemilihan calon, pendekatan kempen serta keberkesanan naratif yang dibawa kepada pengundi.
Corak pengundian itu juga berpotensi memberi isyarat awal kepada landskap politik menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), apabila sokongan pengundi Melayu terus menjadi antara faktor penentu dalam persaingan antara gabungan politik di negara ini.
Langgan:
Catatan (Atom)











