KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
AMIN
DULU MURID
SERANG GURU
KAH KAH KAH
SEKARANG GURU
SERANG MURID
KEMUDIAN SERANG
MAK MURID
AMIN
APAKAH INI
AKIBAT JEREBU?
KAH KAH KAH
AMIN
Guru ditahan disyaki pukul pelajar, tampar ibu
KOTA BHARU: Polis menahan seorang guru lelaki kerana disyaki memukul seorang pelajar berusia 14 tahun serta menampar ibu pelajar berkenaan dalam dua kejadian berasingan di Pasir Mas.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata suspek berusia 54 tahun ditahan semalam selepas pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa berusia 42 tahun pada hari yang sama.
Beliau berkata kejadian membabitkan pelajar lelaki itu berlaku di sebuah sekolah menengah pada Selasa lepas.
"Pada hari keesokannya, wanita terbabit pergi berjumpa guru itu untuk berbincang mengenai kejadian itu, namun guru berkenaan dipercayai menamparnya ketika pertemuan itu.
"Suspek ditahan sebaik sahaja polis menerima laporan dan direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan," katanya kepada BERNAMA hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau cara berbahaya.





