Khamis, 25 Februari 2016

TERKINI TER NOWW TER HOTT








NAJIB TAK MAHU

BERITA SPRM

MAHU NAJIB

DIDAKWA

DILAPOR ARAH

MINSIDER TUTUP


TAPI BOLEH

 BUKA

DI SINI:


http://www.themalaysianoutsider.com/



Pandangan panel penilaian SPRM bukan cabar kuasa peguam negara, kata SPRM



---------------

LAUT CHINA SELATAN





BERJAGA JAGA


South China Sea: US may consider sending more destroyers to patrol islands

The US, worried by China’s military buildup to assert dominance in the South China Sea, will increase freedom-of-navigation operations there, a senior Pentagon official has said.
“We will be doing them more, and we’ll be doing them with greater complexity in the future and ... we’ll fly, sail and operate wherever international law allows,” Admiral Harry Harris, the head of the US Navy’s Pacific Command, told a hearing of the House of Representatives armed services committee





-------------

TABUNG HAJEE AKAN LEENGKUP








LEENGKUP

TABUNG HAJEE

KEERANA AZEEZ


25 FEBRUARI 2016

PELABURAN TABUNG HAJI DI SYARIKAT KEJURUTERAAN HULUAN (RAMUNIA HOLDINGS BERHAD) CATAT KERUGIAN ATAS KERTAS RM200 JUTA, RISIKO KERUGIAN JANGKA PANJANG RM1.4 BILION 
Pelaburan Tabung Haji yang mengundang kontroversi paling utama ialah pelaburannya di dalam syarikat kejuruteraan huluan (“upstream engineering”) yang bernama Ramunia Holdings Berhad bermula dari 2008. Setelah syarikat tersebut mengalami kerugian mendadak dan sahamnya jatuh menjunam dalam tahun 2010, Tabung Haji menjenamakan semula syarikat itu sebagai TH Heavy Engineering Berhad (THHE) dan terus menyuntik lebih banyak pelaburan.

Tabung Haji mula membeli saham dengan agresif dalam pertengahan tahun 2008 seperti berikut:

·         Di antara 10 Julai 2008 hingga 16 Julai 2008, Tabung Haji membeli 14.23 juta saham menjadikan pegangannya mencecah 18.06% (99.74 juta saham) selepas pembelian tersebut. Harga saham pada waktu ini adalah di antara RM1.54 hingga RM1.59 sesaham.

·         Berdasarkan Laporan Tahunan Ramunia Holdings Berhad bagi tahun kewangan 2008, setakat 29 Februari 2009, Tabung Haji telah mengumpul 166,836,833 saham menjadikannya pemegang saham terbesar Ramunia Holdings Berhad pada 29.68% pegangan.

Mengambil kira prestasi harga saham Ramunia Holdings Berhad sepanjang tahun 2008 yang menunjukkan harganya memuncak pada harga RM1.95 sesaham pada awal Februari dan mula menurun sehingga ia mencatat harga terendah (rekod 52 minggu) 76 sen sesaham pada pertengahan Ogos, anggaran harga saham purata yang dibeli oleh Tabung Haji untuk mengumpul 29.68% saham ialah RM1.50 sesaham.

Saya menganggarkan pelaburan awal Tabung Haji dalam tahun 2008 untuk membeli saham-saham Ramunia Holdings Berhad adalah sekitar RM250 juta.

Walaupun saya faham pada ketika itu ada khabar-khabar angin bahawa MISC (anak syarikat PETRONAS) akan membeli Ramunia (yang menyebabkan harga sahamnya naik melonjak), prestasi kewangan Ramunia secara jelas menunjukkan ia sebuah syarikat yang mempunyai masalah kewangan, seperti yang ditunjukkan berikut:

Tahun Kewangan
Kerugian Tahunan
(RM juta)
Kerugian Terkumpul
(RM juta)
2008
21
74
2009
383
457

Oleh kerana kerugian yang mendadak dan terlalu besar bagi tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2009, juruaudit telah memberi amaran bahawa Ramunia Holdings Berhad berdepan dengan risiko muflis (“going concern”) terutamanya kerana sebuah anak syarikatnya Ramunia Fabricator Sdn Bhd disaman oleh banyak pihak kerana gagal membayar hutang.

Akibat dari amaran ini, saham Ramunia Holdings Berhad jatuh menjunam sehingga ditutup pada harga 20.5 sen pada 2 Mac 2010. Berikutan dari ini, Ramunia Holdings Berhad digantung penyenaraiannya dan dikategorikan sebagai syarikat PN17.

Kontroversi melibatkan Ramunia Holdings Berhad diketahui umum kerana ia melibatkan penjualan asetnya kepada Sime Darby Engineering dan pelbagai tindakan mahkamah oleh kontraktor-kontraktor yang rata-ratanya usahawan Bumiputra yang terpaksa gulung tikar. Saya telah duduk sendiri dengan beberapa orang usahawan ini yang jatuh muflis akibat masalah kewangan Ramunia Holdings Berhad.

Tabung Haji sebaliknya terus menambah pelaburan di dalam Ramunia Holdings Berhad yang dijenamakan semula sebagai TH Heavy Engineering Berhad (“THHE”). Tabung Haji melantik wakilnya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan kekal sebagai pemegang saham terbesar.

Prestasi kewangan THHE menampakkan sedikit pemulihan bagi beberapa suku kewangan sahaja sebelum sahamnya jatuh kembali. Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik Tabung Haji sebelum ini iaitu Datuk Nor Badli Mohd Alias meletakkan jawatan secara mengejut dalam tahun 2014 apabila THHE gagal menunjukkan pemulihan kewangan.

Saham THHE terkini (berdasarkan harga 22 Februari 2016) ditutup pada 14.5 sen.

Oleh itu, perkiraan kerugian atas kertas pelaburan Tabung Haji di dalam THHE setakat ini adalah seperti berikut:


RM Juta
Pelaburan asal 2008:
166,836,833 saham @ RM1.50 harga purata

250


Nilai terkini 22 Februari 2016:
334,162,107 saham @ RM0.145
(jumlah saham selepas penstrukturan)

48


Kerugian atas kertas
202

Paling membimbangkan, THHE terpaksa pula beroperasi dalam suasana harga minyak mentah yang rendah yang dijangkakan berterusan sehingga 5 hingga 8 tahun akan datang. Ini akan menyebabkan tidak banyak kontrak-kontrak pembinaan huluan yang boleh dibida kerana syarikat-syarikat minyak memotong perbelanjaan kapital mereka dalam tempoh tersebut.

Tabung Haji terus memberi sokongan kewangan walaupun prospek THHE membimbangkan. Apabila THHE menerbitkan “Islamic irredeemable cumulative preference shares” (ICPS), terbitan itu tidak mendapat sambutan yang baik oleh pelabur lain tetapi Tabung Haji menyuntik RM275 juta ke dalam THHE dengan melanggan ICPS tersebut.

Kontroversi terkini ialah dokumen yang bocor dari Tabung Haji dalam Januari yang lalu yang menunjukkan Tabung Haji melanggar akta dan undang-undang penubuhannya apabila ia memberikan jaminan korporat (“corporate guarantee”) kepada THHE berjumlah RM981 juta (seperti dihuraikan di dalam Laporan Risiko Pelaburan) sedangkan THHE bukanlah anak syarikat Tabung Haji (kerana pegangan saham Tabung Haji hanyalah 29.81% setakat 10 April 2015). Maklumat di dalam Laporan Risiko Pelaburan tersebut menunjukkan bahawa kelulusan pengurusan Tabung Haji untuk memberikan jaminan korporat kepada THHE itu dibuat sekitar November atau Disember 2015.

Oleh yang demikian, risiko pelaburan Tabung Haji di dalam THHE kini mencecah sekurang-kurangnya RM1.4 bilion (iaitu kerugian saham pada nilaian RM100 juta bagi keseluruhan pegangan saham, ICPS sebanyak RM275 juta, sukuk sebanyak RM50 juta dan jaminan korporat sebanyak RM981 juta). Risiko pelaburan ini akan lebih tinggi melangkau RM1.4 bilion apabila harga saham THHE jatuh di bawah paras 30 sen satu saham.

Soalan saya yang paling utama: sejauh mana Tabung Haji akan menyuntik lebih banyak dana pendeposit di dalam THHE untuk bertahan dalam tempoh 5 hingga 8 tahun kejatuhan harga minyak mentah ini, sedangkan ia gagal memulihkan THHE dalam tahun-tahun 2008 hingga 2014 pada ketika harga minyak mentah memuncak?

  
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN




-------------

IMAM FULUSIKOM






IMAM FULUS
ust2 mcm ni byk lahir dari utara.berebut jawatan imam sb fulus,
berebut jawatan agama semua kerana fulus..lihat produk2 agama
dari air di bacakan quran, upah haji umrah, kbykkan dari utara.
di utara, yg penting jaga solat, kena ada dua kalimah..pastu tak kira la nak rasuah ke merembat merompak ke sume bole ditutup..jamil khir perabih duit rakyat utk bayar saman anwar ibrahim, apa ulama2 dari utara buat?

dr asri vs zamihan begado dan nak berdebat sb isu kata mengata
dan isu syiah wahabi je.alhamdulilah sampai skrang abuk pun tarak..ada tak dua2 org agama ni mlwan secara terang keatas kezaliman ekonomi yg dilakuakn umno bn?

org utara hanya berani mbantah mukriz dijatuhkan,yg kaya raya 
dan ada tali dgn syarikat arak san maguel.tp takda ust2 ulama2 dari utara yg berani mlwn atau mgata org2 kuat san miguel yg terdiri dari org utara gak..janji islam bukan cina dap. janji berkalimah walau merompak namun cina dap wajar diajar dihina walaupun cina dap berlaku adil dan saksama. on SILA LIHAT DAN DENGAR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 2/25/16

Ein Kuntum

wa fulus sikom




-----------

TER KINI TER NOWW TER HOTT





TER KINI

TER NOWW

TER HOTT


This webpage is not available


ERR_NAME_NOT_RESOLVED


404 - File or directory not found.

The resource you are looking for might have been removed, had its name changed, or is temporarily unavailable


SKMM sekat portal Malaysian Insider

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyekat laman web beritaThe Malaysian Insider (TMI) atas alasan melanggar undang-undang negara.
"Laman sesawang ini tidak dapat diakses di Malaysia kerana kandungannya melanggar undang-undang negara," menurut maklumat kepada pelayar di web itu.
Tiada penjelasan lanjut diberikan kepada pengguna.
Semakan Malaysiakini setakat ini mendapati tidak dapat dicapai melalui talian Celcom sahaja.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi TMI dan kerajaan berkaitan perkara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jahabar Sadiq ketika dihubungi tidak dapat mengulasnya buat masa ini kerana sedang meneliti perkara itu.



--------------

LEMBAGEE EETAM DI TABUNG HAJEE




ADEE

LEMBAGE EETAM

DITABUNG HAJEE

FACE BOOK



Hangus RM90 juta. Pencarum tak berasa apa-apa. Orang Islam buat-buat tak tahu. Beli saham RM1.08 sen dan jual dgn harga serendah 10 sen. Pemimpin orang Islam pun buat "bodo" saja. Amacam?























-------------