Jumaat, 3 Disember 2010

KETUANAN RAKYAT PUKUL MATI KETUANAN MELAYU




OMBAK RAKYAT AKAN MEMUKUL GEROMBOLAN




KETUANAN RAKYAT LEBIH DEMOKRATIK, KATA MB SELANGOR
- minsider

Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim hari ini mempertahankan konsep “Ketuanan Rakyat” dengan menyifatkan ungkapan itu lebih mencerminkan prinsip demokratik.

Nazri Aziz sebelum ini berkata “Ketuanan Rakyat” yang diperjuangkan pemimpin PKR tidak membenarkan kuasa mutlak rakyat untuk memilih pemimpin kerajaan sambil mengingatkan mereka bahawa orang Melayu masih menjadi pemerintah tertinggi di Malaysia dalam sistem Perlembagaan.

“Ketuanan Rakyat adalah satu proses demokratik,” kata Khalid yang juga pemimpin PKR.
“Perlembagaan pula melindungi hak-hak dan kuasa-kuasa pemerintahan beraja, tetapi dalam proses pentadbiran rakyat masih menentukan kepimpinan (negara),” tambah beliau.

nota:
hanya yang bebal sahaja tak faham
apa dia makna ketuanan rakyat
atau sengaja tidak mahu faham

ketuanan raja ertinya raja berkuasa kita jadi hamba
ketuanan tuan punya kilang ertinya tuan punya kilang berkusas kita jadi buruh
ketuanan estate ertinya tuan empunaya estate yang kaya kita jadi buruh

maka ketuanan rakyat ertinya rakyat berkuasa
yang mals nak cari kontrek dan projek pergi mampoooslah




3 ulasan:

Unknown berkata...

kah kah kah
salut yg keje ngan MB
sentiasa bg pukulan maut
sengat yg berbisa
salut pd yg bg idea
ini yg kita mau
setiap provokasi umno
setiap idea APCO
dipatahkan dipukul mati

Tanpa Nama berkata...

kesihan kat kaum lain
depa tak dak tuan

cicit ngah layor berkata...

Aper nak dikecohkan pasai ketuanan Melayu atau ketuanan ghakyat ni... Ketuanan Genting,Ketuanan TOTO,Ketuanan Magnum dan ketuanan2 yg samer waktu dengannyer tak ader pon heboh.Pader hainyer demer tu tuan yg paling kayer diMalaysia ni.Ketuanan maner pulak yg bagi demer ni kayer?