Memaparkan catatan dengan label BEBAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BEBAS. Papar semua catatan

Rabu, 8 Jun 2011

EEE KECIL BUAT LAWAK SERAM




YB MUKHRIZ







PEMIMPIN BARU PAS : UMNO TAK RASA TERGUGAT – MUKHRIZ :
tiewnama

UMNO sama sekali tidak merasa tergugat dengan barisan kepimpinan baru Pas, kata Mukhriz Mahathir.

Mukhriz, bagaimanapun berkata, parti itu mempunyai pelbagai reaksi berhubung keputusan pemilihan pucuk pimpinan Pas itu.

"Tidak... tidak sama sekali (tergugat)... kenapa kami rasa gembira kerana kami rasa kami mempunyai peluang yang lebih baik dengan barisan baru itu... dan kenapa kami tidak rasa gembira kerana jika kami bercakap tentang perpaduan, pimpinan baru itu tidak akan membantu kami,” katanya kepada pemberita apabila ditanya adakah UMNO merasa terancam dengan pimpinan baru Pas. – Tiewnama

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… APA HAL DENGAN EEEE INI…. kah kah kah…

kah kah kah… TETIBA SAJE CAKAP TERGUGAT…. kah kah kah…

kah kah kah… TAK ADA PUN ORANG TANYA…. PERSAAAN SENDIRI…. kah kah kah

woit… TAPI INGAT MACAM MANA BACA AKHBAR GEROMBOLAN…. kah kah kah…

kah kah kah…KALAU DI NAFIKAN… ERTINYA ADA…. kah kah kah..

kah kah kah…KALAU KATA TAK TERGUGAT…. ERTINYA TERBERAK BERAK TAKUT…. kah kah kah


9 JULAI RAKYAT MENGUGAT


Selasa, 1 Mac 2011

BERITA BARU MASUK





PERBINCANGAN SERIOUS



nota:
mubarak sedang mendapat
nasehat benjamin netanyahu
tentang bagaimana hendak
membuat undi pos kah kah kah





KEADILAN DEDAH KEMASUKAN PENGUNDI POS BESAR-BESARAN DI DUN-DUN UMNO PERAK


YB Chan Ming Kai, Timbalan Pengarah Pilihanraya KEADILAN Perak telah mendedahkan kemasukan pengundi pos besar-besaran di kawasan-kawasan DUN UMNO di Perak pada tahun 2010 dalam Sidang Media Mingguan parti pada 1 Mac 2011.

Contohnya, di DUN Pangkor yang diwakili Menteri Besar Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir telah menerima kemasukan 5669 pengundi pos berbanding hanya 368 yang keluar pada 2010. Bilangan pengundi pos kini mencapai hampir separuh daripada jumlah 26,000 pengundi di DUN Pangkor.

DUN Pangkor adalah sebahagian daripada Parlimen Lumut. KEADILAN tewas hanya 298 undi di Parlimen Lumut kepada calon MCA-BN pada Pilihan Raya Umum 2008.

YB Ming Kai juga menjangkakan UMNO akan memberikan tumpuan untuk menambah pengundi pos di DUN Sg. Rapat yang diwakili oleh Exco Kanan Hamidah Osman yang hanya menang tipis 636 undi dengan calon PAS. Pada 2008 sebanyak 248 pengundi pos masuk ke DUN Sg. Rapat.

Usaha ini jelas untuk memberi manfaat kepada UMNO. Kawasan-kawasan majoriti Cina seperti Canning Garden yang juga mempunyai kem tentera tidak pula melihat pertambahan undi pos.

YB Ming Kai khuatir wujud penyalahgunaan undi pos dan meminta SPR serta pihak Kementerian Pertahanan menjelaskan perkembangan ini.


UNDI POS MASUK KELUAR DI PERAK 2010 CONTOH KAWASAN DUN


DUN MASUK KELUAR
PANGKOR +5669 -368
KAMUNTING +1102 -146
TEMENGGOR +690 -38
PENGKALAN HULU +506 -117
CHENDERIANG +255 -31
SUNGAI RAPAT +248 -31


nota:
kalau pilihanraya boleh megubah sesuatu
telah lama pilihanyara di haramkam

nota:
inilah cara presiden mubarak dapat berkuasa
selama 40 tahun di mesir

mubarak menggunakan undi hantu
mubarak menggunakan undi pendatang afrika
mubarak memggunakan undi pos

tak kan tak faham faham kah kah kah




Jumaat, 3 Disember 2010

KETUANAN RAKYAT PUKUL MATI KETUANAN MELAYU




OMBAK RAKYAT AKAN MEMUKUL GEROMBOLAN




KETUANAN RAKYAT LEBIH DEMOKRATIK, KATA MB SELANGOR
- minsider

Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim hari ini mempertahankan konsep “Ketuanan Rakyat” dengan menyifatkan ungkapan itu lebih mencerminkan prinsip demokratik.

Nazri Aziz sebelum ini berkata “Ketuanan Rakyat” yang diperjuangkan pemimpin PKR tidak membenarkan kuasa mutlak rakyat untuk memilih pemimpin kerajaan sambil mengingatkan mereka bahawa orang Melayu masih menjadi pemerintah tertinggi di Malaysia dalam sistem Perlembagaan.

“Ketuanan Rakyat adalah satu proses demokratik,” kata Khalid yang juga pemimpin PKR.
“Perlembagaan pula melindungi hak-hak dan kuasa-kuasa pemerintahan beraja, tetapi dalam proses pentadbiran rakyat masih menentukan kepimpinan (negara),” tambah beliau.

nota:
hanya yang bebal sahaja tak faham
apa dia makna ketuanan rakyat
atau sengaja tidak mahu faham

ketuanan raja ertinya raja berkuasa kita jadi hamba
ketuanan tuan punya kilang ertinya tuan punya kilang berkusas kita jadi buruh
ketuanan estate ertinya tuan empunaya estate yang kaya kita jadi buruh

maka ketuanan rakyat ertinya rakyat berkuasa
yang mals nak cari kontrek dan projek pergi mampoooslah




Rabu, 22 September 2010

BERITA MUSIM DAUN GUGUR




DARI SUNGAI BULUH KE LONDON



ANAK RPK DIBEBAS TUDUHAN MENCURI – ajensi berita dunia

Anak penulis blog yang melarikkan diri di luar negara, Raja Petra Kamarudin hari ini dibebaskan daripada dua tuduhan mencuri dan pecah masuk rumah.

Sabtu, 29 Mei 2010

DARI KOTA BAHRU




TAK JUMPA CIK MEK MOLEK LAGI


sampai ke gua musang sebelum jam 11.malam
singgah makan sup cendawan.
bergerak. dipertengahan jalan hujan runtuh dengan lebatnya.
berjakan perlahan hingga ke kuala krai. singgah
sebentar meluruskan kaki.

sampai ke wakaf che yeh - woooow... .
ini jawapan kota bahru kepada bukit bintang -
melambak dengan CCL - barangan cheap chinese labour
tak nampak juga cik molek.

paling menarik dvd clip dikir barat dengan rock band dan dua ekor
cik mek molek goyang goyang punggung. haha haha... tercium sex
dimana mana. teasterone jantan tercium.

makan awal pagi - nasi kerabu -
meja disebelah ada kumpulan pakeda sedang
menyambut ayahanda.salaman mereka cukup berbunnga bunga.
terdengar abang ngah marah kerana hari ini
tidak ada pilihan kita terpaksa membeli minuman
yang semuanya milik yeoh.

sampai ke pantai cinta berahi jam dua.
menadapat bilik unttuk tidoor.

lalu sehari habis berlalu

Selasa, 2 Februari 2010

TIPU LAGI - E -KELENTONG




SENYAP SENYAP - LAWAN TETAP LAWAN !



SUDAH MULA BERANI BERDEMO DALAM KAMPUS


Mahasiswa di UKM masih tidak lagi redha dengan penindasan dan kezaliman yang berlaku dalam Pilihan Raya Kampus kali ini apabila mahasiswa sekalian telahpun dinafikan kemenangan mereka untuk membentuk PMUKM.

Dalam usaha untuk membantah keputusan dan pengiraan undi pada Hari Pengundian (28/1/2010) serta sepanjang kempen 3 hari (25 - 27/1/2010), mahasiswa-mahasiswi telah mengumpulkan segala bukti fakta yang mereka ada mengenai kekurangan, keraguan, ketidakadilan dan penyelewengan yang berlaku untuk diutarakan kepada pihak universiti melalui 'saluran yang betul'.

Bantahan SENYAP pada 1 tengah hari ini merupakan salah satu langkah yang signifikan, yang telah diambil oleh mahasiswa di FSSK (Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaa), UKM untuk membantah secara senyap tanpa melaung-laungkan slogan, ala peace walk/berkabung mengenai kematian demokrasi kampus.

Selain daripada itu, pengabaian kebajikan mahasiswa oleh pihak pengurusan universiti (2 buah kolej di UKM sering mengalami kekurangan air - Kolej Pendeta Zaba dengan Kolej Keris Mas) serta penganiayaan mahasiswa oleh pihak polis dan FRU baru-baru ini telah memberi inspirasi kepada kumpulan mahasiswa-mahasiswi ini untuk meneruskan perjuangan dengan cara yang kreatif dan lebih memberangsangkan.




Jumaat, 19 September 2008

TERESA KOK BEBAS

Ahli parlimen Seputeh telah dibebaskan setelah di tahan selama satu minggu.

Peguam Sankara Nair telah menerima panggilan talipon dari YB Teresa.

Pemangku Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail telah berkata Teresa di bebaskan jam 1.30 petang ini setelah siasatan dijalankan. Tidak ada lagi sebab untuk menahan Teresa.

Ketika berita ini ditulis Teresa sedang mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP Petaling Jaya.