Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 3 Disember 2010

JANGAN LUPA AHAD TENGAH HARI





BERSAMA MB KE ISTANA NEGARA















KENYATAAN MEDIA
3 Disember 2010


POTONG GAJI PENGERUSI SYABAS UNTUK TAMPUNG OPERASI


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa terkejut dengan maklumat bahawa pendapatan Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mencecah RM5.1 juta setahun atau bersamaan dengan RM 425,000.00 sebulan.

DPPWP hairan bagaimana kerajaan Selangor sebelum era Pakatan Rakyat (PR) boleh meluluskan pendapatan sebegini banyak untuk seorang pengerusi syarikat yang mempunyai kepentingan dengan keperluan asas penduduk di negeri Selangor iaitu air. DPPWP tidak kisah sekiranya pendapatan tersebut diperolehi oleh Pengerusi atau Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat gergasi yang mempunyai keuntungan berbilion ringgit setahun dan bersifat internasional.

Tetapi nilai pendapatan sebegitu tinggi tidak wajar diperolehi oleh pengerusi sebuah syarikat yang menguruskan air untuk rakyat. Apakah SYABAS mahu mengambil laba berlipat kali ganda dari rakyat hasil dari sedikit jasa menguruskan air untuk keperluan rakyat? Meskipun air di Selangor diuruskan oleh SYABAS, namun lupakah pengerusinya bahawa air dikurniakan oleh Allah swt untuk manusia?

Air adalah keperluan asas penduduk. Tanpa air, tiadalah kehidupan. DPPWP kesal bagaimana air yang sangat penting boleh diniagakan dengan nilai yang tinggi kepada rakyat. DPPWP juga melihat mungkin inilah faktor SYABAS mahu menaikkan harga air sebanyak 37% kerana mahu menampung operasi mereka termasuk membayar gaji pengerusinya. Sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mahukan kebajikan untuk rakyat dengan memberi 20 meter padu air percuma kepada rakyat.

Sepatutnya Pengerusi SYABAS perlu insaf terhadap keadaan masyarakat khususnya yang berpendapatan rendah. Menaikkan harga air beerti menambah beban kepada rakyat. Rakyat baru mendapat hadiah dengan kenaikan harga minyak petrol RON 97 baru-baru ini, usah ditambah dengan pelbagai kenaikan lagi.

SYABAS perlu melihat kesan kepada ekonomi negara dengan hampir semua harga barang keperluan akan meningkat. DPPWP menyokong sekiranya ada usaha kerajaan Selangor mahupun SYABAS sendiri memotong gaji pengerusinya untuk menampung kos operasi mereka atau memberi bantuan keperluan asas kepada penduduk khususnya warga Selangor.

DPPWP juga menyokong usaha kerajaan Selangor yang akan mengadakan himpunan besar-besaran pada 5 Disember 2010 sebagai membantah kenaikan harga air oleh SYABAS.

Disediakan oleh;
FADHIL OSMAN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan



SEMUA DIAJAK DALAM PESTA MERAJ 5 DISEMBER – harakah daily

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah gerakan anak muda non structural yakin dengan penyusunan anak muda ke arah kebangkitan mendesak perubahan, telah memutuskan akan bersama dengan Menteri Besar Selangor dalam satu himpunan aman bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda dalam isu hak air rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, Syabas sebuah syarikat ciptaan regim yang terlalu kaya sehingga gaji Ketua Pengawai Eksekutif, Tan Sri Rozali menjangkau RM425 ribu sebulan.

Itu, katanya belum masuk perbagai elaun keistimewaan hanya dengan memperdagangkan air yang menjadi hak asas rakyat.

Tambahnya, bukan sahaja kenaikan harus ditolak tetapi air seharusnya dikendalikan oleh kerajaan bagi pihak rakyat.

Menurutnya, himpunan aman Ahad ini merupakan hak rakyat.

nota:
mari kita meramaikan
mari kita merayakan
mari kita bersama menyokong warga selangor!

6 ulasan:

Datuk berkata...

kah kah kah
duit gaji banyk tu
bab nak bagi balik kat umno
nak simpan tuk pilihanraya

nak tolong rakyat
jgn harap ler
ne kan kapitalis
kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Wow! 5.1 juta gaji setahun!

Gaji banyak tuh, tujuh keturunan aku kerja sampai mampos pun belum tentu dapat......

Apatah lagi pakcik felda atau tukang baca meter paip air!

Tanpa Nama berkata...

bro..ada pemecah berita...kerajaan n9 sedang memusnahkan tanaman sawit penduduk kg linggi untuk memudahkan cukong2 pasir mengeluarkan pasir di sungai linggi...permohonan penduduk kg ditolak w/pun tanah tersebut telah diushakan atas alasan buffer zon utk sg linggi...tapi operasi memunggah/merompak sg linggi boleh pulak diteruskan terus dari sungai...ini berlaku bukan di ng pakatan...tapi di ng 9....sedang berlaku sekarang...klu dapat gambar nnt gua post

Tanpa Nama berkata...

kita juga harus siasat berapa gaji ceo tnb, pos, telekom dan banyak lagi.
kalau melampau sangat kasi potong. jangan kasi chance.
mereka ingat duit tu mak bapak mereka punya ke.
ketuanan melayu konon.
ketuanan melayu merembat duit rakyat melayu miskin.
hidup ketuanan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

ada banyak penulis sundal yang diupah

dek umngok untuk mengatakan 'umngoklah

terbaik. sejak sliced bread diinnovasikan

dek nenek moyang kita'

dalam gerombalan termasuklah roki-mabukselalu-beru,

paria kari, big-shit dog, akbar-si sesat-ali, dan lain

lain sundal yang bagaikan semut dok menggigigit

kat parti pr hari hari.


Keroni di dulukan , rakyat tersengsara
========================================

rotijala kata malaysia akan bankrap jika subsidi

untuk rakyat diteruskan. Atas polisi u tolong, i tolong

banyak aset rakyat dapat difaraidkan kat keroni cukong cukong

tanpa khazanah dapat menambah aset du khazanah.

asset negara seperti hak kepada 700mhz , kalau di singapura dapat

membawa hasil ke khazanah , di malaysia illek!!! asset di beri kepada

ytl untuk tolong keroni. lepas itu keroni pulak akan tolong

datok seli.... [ inilah perinsip 1M- i tolong, u tolong.., 1M geng

bolih cepat kaya]


transformasi base protokol bila pr bikin gomen
-----------------------------------------------

rakyat marhen mahu pemimpin pr bikin transformasi atas tetel

protokol sedia ada-


contoh
-------

> tun llc telah mengsonglapkan sejumlah besar wang negara.

lepas ditransformerkan, gelaran tun akan jadi tung+g +g = tung

senanglah gomen of the day nak handle kes transform dari tun ke

tung sampah.


> dato x telah membuat onar dengan meraba raba buntuk china doll.

lepas ditransformerkan , dato -d + g = Tong

same solution- x bolih ditongsampahkan juga


>gomen service ada banyak tan sli yang merupakan dead wood yang tak
berguna


lepas ditransformerkan -

ba + tan +g - sli = batang [aje]

again solution batang buruk bolih di buat kueh jua kat jpa main

pool.


kkk

apa apa pun ok berkata...

meniaga air ambil gaji RM40/minit, lancau la.... mentang2 la org kena pakai air. tekan lebih2!!! air syabas ni bukannya baguih sangat sangat pun. kan banyak org jual water filter. water filter ni ada sbb air tu kualitinya x baguih la... tu belum kira mineral water lg tu... lancau la syabas.... tipu orang... penaya orang... makan duit orang... ini sudah kira makan duit haram looooo..... sbbnya tipu org... bisnes la pg international... itu jam ko nak gaji 80 juta seminit org x heran.. ini duit org ramai jugak ko tibai.. service x seberapa... duit nak banyak... lancau la.... cina cakap tui na ma ciiii baiiiiii.... kahh... kahh... kahh...